29 July 2010

HARAMKAN DAP!

Salam 2 all.

Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969. Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka. Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!! Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya. Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP. Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu. Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Sya'ban 1431
29 Julai 2010

25 July 2010

IKTIBAR

Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda akan datang suatu masa kelak "kamu akan melihat wanita kamu yang menderhaka, remaja kamu yang fasiq, dan kamu meninggalkan jihad". Para sahabat bertanya, "mengapa begitu ya Rasulullah?"

Baginda tidak menjawab, sebaliknya menyatakan, "bahkan lebih teruk daripada itu akan berlaku". "Kamu akan melihat umat Islam meninggalkan kerja amar makruf nahi mungkar!". "Apakah akan terjadi begitu ya Rasulullah?". Baginda menambah, "bahkan lebih teruk daripada itu, kamu akan melihat yang ma'ruf menjadi mungkar, dan yang mungkar menjadi ma'ruf!". "Begitu sekali ya Rasulullah?" Sahabat bertanya terkejut. "Bahkan, malahan lebih teruk daripada itu akan berlaku, kamu akan disuruh membuat yang mungkar, dan kamu ditegah daripada membuat yang ma'ruf".

Apa yang faham daripada hadis yang panjang ini ialah pada satu hari nanti umat Islam akan disuruh melakukan sesuatu yang ditegah Al Quran/Sunnah, dan kita akan disuruh melaksanakan sesuatu yang tidak menurut Al Quran/ Sunnah!! Nakuzubillah min zalik.

Saya teringatkan hadis tersebut, yang pernah dibaca oleh seorang ustadz dalam satu munaqasyah, apabila mengenangkan kita umat Islam yang tak habis-habis dirundung perpecahan. Dan yang paling teruk, kita sanggup bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan satu sama lain.

Kita lupa kepada sejarah. Itulah punca kejatuhan Kerajaan Khilafah Usmaniah, apabila sekumpulan badwi padang pasir yang kononnya mahu menumbangkan Kerajaan Khilafah Usmaniah yang didakwa zalim, rasuah dan banyak melakulan mungkar, sanggup bersekongkol dengan kafir harbi Eropah, terutamanya dari Britain. Akhirnya runtuhlah Kerajaan Khilafah Usmaniah yang berpusat di Istanbul. Peristiwa yang di abadikan dalam filem "Lawrence of Arabia" itu sepatutnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita, tetapi rupanya umat Islam akhir zaman ini memang umat yang mudah lupa pada sejarah.

Akhirnya yang tewas dan hina ialah Islam dan umatnya sendiri. Lihatlah Islam di Turki, lihatlah umat Islam di Iraq, Afghanistan,

Hari ini kesilapan yang sama sedang kita lakukan. Samada di Mesir, Afghanistan, Kuwait, Iraq, Pakistan dan lain-lain, termasuklah di Malaysia. Umat Islam berpecah dan sanggup bersekongkol dengan kafir harbi demi memuaskan nafsu serakah mereka untuk menumbangkan saudaranya sendiri. Dan sebagaimana yang dilakukan oleh badwi padang pasir di Hijjaz tahun 1940an, begitulah yang kita juga buat ditanah air sendiri.

Atas sebab itulah saya sangat sedih melihat Dr. Hassan Ali terpaksa memberi penjelasan mengapa beliau pergi berjumpa dengan Sahibus Samahah Tan Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Perak. Beliau pergi dengan baik demi mencari jalan penyelesaian kepada kemelut perpecahan yang dihadapi umat Islam. Dan sebagai Mufti Tan Sri Harussani bersangka baik dan memberi cadangan untuk jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dikemukakan.

Dan mereka bertemu, berbincang dan bermuzakarah sesuai dengan seruan ALLAH didalam Surah Ali Imran ayat 103. Dan itulah peringatan Rasulullah sebelum wafat Baginda tentang keadaan umat Islam yang akan berpecah.

Tetapi apa yang mereka dapat. Maki hamun, caci maki, dilabel dengan pelbagai penghinaan dan macam-macam lagi ke'aiban. Apa yang mereka cuba buat itu suatu perkara ma'ruf, tetapi itu menjadi kebencian kepada segelintir umat Islam. Mereka lebih suka tidur sebantal dengan kafir harbi, kafir yang terang-terang menolak dan menentang Islam. Sedangkan bersekongkol dengan kafir harbi itu suatu kemungkaran. Maka benarlah rupanya sabda Rasulullah saperti yang disebut dalam muqaddimah diatas tadi.

Pada saya, umat Islam kesemuanya harus bersatu. Tetapi bukan bersatu dari segi kepartian. Saya sendiri tidak bersetuju umat Islam hanya punya satu sahaja parti politik. Eloklah kita punya parti politik di pihak pemerintah, dan dipihak pembangkang. Kerana ada perkara yang pemerintah tidak boleh buat tetapi peranannya boleh dimainkan oleh parti pembangkang. Inilah yang dilakukan oleh pihak bukan Islam. Apa yang MCA/ Gerakan tidak boleh buat, maka DAP akan memainkan peranannya, asalkan menguntungkan kaum Cina. Begitu juga apa yang MIC atau PPP tidak boleh laksanakan, maka PKR akan memainkan peranan asalkan menguntungkan kaum India. Sepatutnya umat Islam berbuat perkara yang sama. Tetapi malangnya bagi umat Islam ia tidak menjadi begitu. Kita berpecah sehingga "berbunuh-bunuhan"!! Langsung tidak menguntungkan umat Islam. Dan bangsa lain tertawa melihat kita!

Tetapi pada saya, umat Islam sepatutnya bersatu dari segi isu. Kita boleh menjadi parti pemerintah ataupun pembangkang. Kita boleh berselisih dan bertikai dalam apa juga isu. Tetapi dalam isu membabitkan Islam dan umat Islam, kita wajib bersatu. Samada dalam isu murtad, isu perlaksanaan syariat, isu hukum-hakam, isu perunndangan dan kehakiman, isu muamalat, munakahat, isu halal haram dan banyal lagi isu menyentuh Islam dan umat Islam. Kalau timbul sesuatu isu, sepatutnya kita duduk bersama dengan para mufti dan ulama' dan berbincang untuk mencari kata sepakat. Kalau ada perbezaan hendaklah cuba diselesaikan didalam muzakarah. Dan apabila mengambil pendirian, hendaklah ianya atas satu suara satu pendapat. Kerana Tuhan kita satu, Nabi kita satu, kitab kita satu. Pasti kita boleh mengambil satu pendirian. Asalkan ianya berlandaskan Al Quran dan sunnah.

Sekiranya kita boleh berbuat sedemikian, saya cukup yakin kaum lain akan menghormati dan gerun kepada kita. Bukan kerana kepandaian atau kehebatan kita, tetapi kerana apabila kita tunduk kepada perintah ALLAH, maka ALLAH akan menundukkan musuh Islam kepada kita.

Semoga kita umat Islam akan kembali kepada Al Quran dan Sunnah, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, dan menghidupkan semula semangat jihad di jalan ALLAH.

Ini adalah pendapat saya sendiri. Sekiranya pandangan saya ini bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah, maka terbatallah pendapat saya ini, sebaliknya ikutilah Al Quran dan Sunnah itu. Yang baik dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan saya sendiri. Moga ALLAH memberikan keampunan kepada kita semua.

Wassalam.

Isnin
14 Sya'ban 1431
26 Julai 2010

24 July 2010

LIM TEE POOH




Salam 2 all.

Guan Eng dakwa kononnya antara kesalahan Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Sdr. Nik Ali ialah tidak menyediakan beliau kerusi dan tempat duduk semasa program pelancaran Kereta-api Bukit Bendera. Maka pelbagai fitnah dan tohmah dikenakan kepada seorang pegawai beragama Islam yang cuba melaksanakan tugasnya dengan baik.

Tapi cuba lihat gambar-gambar diatas. Bukan sahaja kerusi empuk warna kuning disediakan, malahan Guan Eng dilayan dengan begitu baik dan didudukkan sebelah dengan Menteri Kerajaan Persekutuan iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Tak cukup dengan itu, Guan Eng turut dipentaskan bersama dengan Menteri Kerajaan Persekutuan Dato' Seri Ng Yen Yen dalam satu majlis rasmi!!

Kata omputeh, "a picture speak a thousand words"!! Siapa yang menipu sebenarnya. Dan kepada mereka yang menyokong cauvinis ini secara mengkhinzir buta, sehingga tergamak menghina Islam dengan menyamakannya dengan Khulafa Rasyidin 'Umar 'Abdul Aziz, buka lah mata, tepuklah dada, tanyalah iman.

Dan saya mula tertanya-tanya, apakah pegawai-pegawai beragama Islam yang berkhidmat dibawah perkhidmatan negeri Pulau Pinang mengalami nasib yang sama. Saya tidak lupa kata Guan Eng, kalau Nik Ali duduk dibawah Kerajaan Negeri dah lama beliau dipecat!!

Jangan lupa parti si Guan Eng ini adalah parti yang memang anti Islam. Jangan lupa penghinaan Ketua Staf Guan Eng, YB Jeff Ooi melabelkan Jemaah Islah sebagai teroris, dan sehingga kini enggan memohon maaf. Bagaimana pula kenyataan mereka di Sibu bahawa isu pemerintahan negara Islam ala PAS tidak timbul kerana PAS tidak akan menjadi pemerintah dibawah Kerajaan Pakatan. Dan ingatlah "patwa" mursyidul am DAP Karpal Singh, "Islam over my dead body". Dan pendirian jelas DAP yang menolak penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah!!

Dan yang paling malang, ada Melayu haprak yang sanggup menjadi balaci dan tukang angguk cauvinis ini, hanya kerana seronok dengan jawatan dan kedudukan. Begitulah Melayu, samada bersongkok atau berserban, demi kerakusan politik mereka akan halalkan apa sahaja. Bukankah sudah tiba masanya bangsa Melayu beragama Islam perlu kembali kepada perjuangan Islam sebenarnya, menegakkan kembali pemerintahan khalifah Islam yang bertunjangkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw.

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan istiqomah untuk kembali kepada pemerintahan khilafah Islamiyyah yang sebenarnya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Sya'ban 1431
24 Julai 2010

AL-FATIHAH WAK

(Bersama keluarga Allahyarham Wak Izir di Kg. Pasir, Rantau (dari kanan) Zafar, Norzi, Ismadi, Fudzail, saya (sambil memeluk anak Allahyarham Ibrahim & Adam), Helmi Had, Rosaini, Juliana, Yati (isteri Allahyarham), Siti Aisyah (tshirt kuning), Siti Habsah (tshirt merah) sambil mendukung anak bongsu Allahyarham Siti Khadijah (10 bulan) berserta anak-anak saudara Allahyarham)

Salam 2 all.

Pagi tadi sebelum solat Jumaat sedang saya berbual dengan sahabat saya Fudzail di pejabat kami mendapat berita mengejutkan mengenai pemergian seorang sahabat kami Izir ke rahmatullah tengahari semalam.

Izir, atau lebih kami kenali sebagai Wak Izir adalah pelajar Auckland University, New Zealand dan kami bersama dalam Alumni NZ. Wak adalah batch ketiga sementara saya dari batch pertama. Antara mereka yang sama batch dengan Wak ialah penyanyi Aishah (Aishah & The Fan Club). Walaupun berbeza batch, namun hubungan saya dengan junior batch sangat rapat kerana jumlah pelajar New Zealand yang sedikit.

Semasa di New Zealand dahulu Wak memang dikenali sebagai seorang yang cukup mudah ketawa. Semua hal "no problem punya". Dan yang paling mengagumkan kami, Wak ni "friends always first", apa hal pun kawan didahulukan.

Macam mana sibuk atau letih pun, malah kekadang demam pun, tapi kalau kawan minta tolong Wak tak pernah "say no".

Bila mendapat berita sedih itu pagi tadi, saya dan Fudzail bersama sahabat lain iaitu Helmi Had dan isteri Juliana, Norzi, Zafar dan Rosaini terus ke Seremban. Tiba disana kami bertemu seorang sahabat lagi Ismadi di kedai minyak Shell Seremban (dia punya tu).

Dari situ kami menuju ke Kg. Pasir, Rantau kerana Wak dikebumikan disitu.

Sebaik sampai, azan Jumaat sudah berkumandang di Masjid Jamik Rantau. Setelah solat Jumaat kami menuju ke Kg. Pasir. Alhamdulillah seorang Pakcik sudi menunjukkan kami jalan ke rumah Wak.

Sebenarnya Wak ni asalnya orang Muar, dan Kg. Pasir ni rumah mertuanya. Wak mengajar di Seremban (saya lupa nama sekolah dia sebelah TKC). Isteri Wak juga seorang guru dan mereka tinggal di Seremban 2.

Sebaik sampai kerumah mertua Wak, kami disambut oleh isteri Wak serta anak-anak Wak.

Sedih juga kami melihat anak-anak Wak ni yang masih kecil dan sangat memerlukan kasih sayang seorang bapa. Yang sulong Siti Aisyah baru Darjah 6 dan akan mengambil UPSR tak lama lagi. Kedua Siti Habsah (8 tahun rasanya). Kemudian anak lelaki Adam dan Ibrahim. Yang paling kecil Siti Khadijah baru berusia 10 bulan.

Isteri Wak sebenarnya masih sedih dan terkejut dengan pemergian Wak. Mana taknya, Wak pergi tanpa disangka-sangka.

Kata isteri Wak, Rabu malam Wak berasa sesak nafas dan tak sedap badan. Jadi Wak beritahu isterinya dia nak ke Hospital Seremban untuk periksa. Wak pergi memandu sendiri dengan kereta Proton dia.

Kata isteri Wak, lebih kurang jam 5 pagi Wak telefon kata dia kena admitted, tapi jangan risau, "no problem" kata Wak.

Jam 10 pagi Khamis Wak telefon isteri dia bagitahu dia ok dan masih dihospital untuk buat pemeriksaan lanjut. Kebetulan sepupu isteri Wak pun ada ke Hospital Seremban untuk ambil barang dan ternampak Wak turun berjalan ke keretanya mungkin untuk mengambil sesuatu. Tetapi mereka tak sempat bertemu.

Isteri Wak beritahu kata nak pergi ziarah Wak, tapi Wak kata melalui telefon tak payah datang, lebih baik jaga budak-budak.

Tau-tau pada pukul 01 tengahari pihak Hospital telefon memaklumkan Wak telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada jam 12.45 tengahari.

Macam manalah tak terkejut isteri Wak mendapat berita tersebut. Baru je bercakap dengan Wak sekejap tadi and saperti biasa Wak kata "no problem"!!

Kata isteri Wak, dia terus ke Hospital Seremban dan jenazah Wak dimandi dan dikafankan, kemudian dibawa balik ke Kg. Pasir untuk dikebumikan selepas waktu 'asar.

Kebetulan kata isteri Wak dia melihat nombor telefon dalam handphone Wak pagi tadi dan menghubungi seorang sahabat Alumni kami Zaini @ Jono yang kemudiannya terus memaklumkan berita sedih tersebut kepada kami semua.

Kami agak terkilan kerana tidak sempat melihat jenazah Wak dan menyembahyangkan beliau. Solat jenazah dibuat di Surau Lebai Hassan yang terletak berdepan dengan rumah mertua Wak.

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, kami sempat singgah ke kubur Wak. Tanahnya masih merah, dan kesedihan benar-benar meresapi kami akan kehilangan seorang rakan dan sahabat yang sangat baik orangnya.

Melihat peristiwa ini, jelas terbayang kepada kami bahawa umur kita makin meningkat. Tiap detik berlalu mendekatkan kita lagi kepada satu kepastian..iaitu maut yang pasti akan menjemput kita. Ia tidak mengenal usia, dan tidak ada belas kasihan. Bila ia datang, tiada yang boleh menghalang. Wak hanya berusia 45 tahun, dan anak-anaknya masih kecil.

Dalam keadaan begini, saya menginsafi bahawa keutamaan dalam hidup kita adalah ahli keluarga kita, terutamanya anak-anak kita, ibubapa kita dan isteri kita. Merekalah yang akan mendapat kesan secara langsung sekiranya apa-apa berlaku kepada kita. Sebab itu berilah keutamaan kepada mereka. Kebetulan pulak khutbah Jumaat di Masjid Jamik Rantau tadi megupas persoalan tanggungjawab anak kepada ibubapa!

Semoga ALLAH memberikan rahmat dan keampunan kepada Allahyarham, melapangkan kuburnya, menjauhkan dari segala siksa dan 'azab, dan memasukkan Allahyarham dalam golongan yang diredhoiNya dan dianugerahkan syurga.

Semoga ALLAH memberikan kesabaran kepada isteri dan anak-anak Allahyarham, serta ketabahan dalam mengharungi kehidupan ini tanpa Allahyarham bersama.

Selamat tinggal Wak, semoga dikau selamat di alam barzakh sana. Yang pastinya kami akan menyusul engkau Wak, cuma masa dan tika nya sahaja yang kami tidak ketahui. Kami mohon kepada ALLAH apa jua pun, sudahkanlah kehidupan kami kelak dalam keadaan husnul khatimah, dan jauhkan pengakhiran kehidupan kami dari bisuu-il khatimah.

Amin dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
11 Sya'ban 1431
23 Julai 2010

22 July 2010

RAMADHAN DI GAZA

Salam 2 all.

Alhamdulillah dan insyallah saya akan menyertai misi "Ramadhan di Ghozzah" bersama dengan badan Majlis Perunding Islam Malaysia" (MAPIM).

Insyallah kami akan bertolak pada hari Jumaat 25 Sya'ban/ 06 Ogos 2010 dan dijangka berada disana sehingga Rabu 08 Ramadhan 1431/ 18 Ogos 2010. Kemudian insyallah jika ada rezeki saya akan ke Baitul Maqdis pada hari Khamis 09 Ramadhan 1431 dan akan cuba mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa pada hari Jumaat 10 Ramadhan, sebelum kembali ke tanah air insyallah pada hari Sabtu 11 Ramadhan 1431 bersamaan 21 Ogos 2010.

Misi "Ramadhan di Ghozzah ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan membuat dokumentasi yang berkaitan untuk tujuan mengenal pasti bantuan dan keperluan umat Filistin khususnya di Ghozzah.

Selain itu kami juga akan menghulurkan bantuan makanan dan perubatan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan disana. Dan yang lebih menarik, insyallah kami akan cuba berpuasa bersama mereka pada peringkat awal Ramadhan ini.

Apa yang menarik bagi misi ini ialah ianya akan disertai oleh 40 orang delegasi termasuk dari kalangan bukan Islam, diketuai oleh tokoh pejuang Cikgu Azmi (daripada Teras). Turut menyertai misi ini ialah seorang ulama' Sahibul Fadhilah Ustadz Abdul Ghani Shamsuddin (bekas Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia) dan rakan media termasuk saudara Mohd. Nizal Mohamad (bekas wartawan TV3).

Insyallah saya berdoa kepada ALLAH semoga misi ini berjaya. Saya dan rakan-rakan yang menyertai misi ini tahu akan bahaya yang sedang menanti kami, sebagaimana yang berlaku kepada misi Flotilla baru-baru ini. Namun itu adalah risiko yang kami bersedia ambil.

Pada saya, kalau ditakdirkan ALLAH apa-apa berlaku kepada kami, termasuk kemungkinan terkorban, kami berharap ALLAH akan mencatatkannya sebagai sebahagian daripada 'amal kami yang tidak seberapa.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada misi ini, sila tuliskan cek atas nama "MAPIM-Tabung Bantuan Gaza" atau membuat bayaran terus ke akaun MAPIM di Bank Islam Malaysia Berhad Akaun No. 0801301007582.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa disebabkan misi ini, semua program tazkirah Ramadhan yang telah diatur termasuk kuliah Subuh, tazkirah Tarawih, kuliah zohor, tazkirah Jumaat, khutbah Jumaat dan program tazkirah dhuha kaum ibu di semua surau, masjid, pejabat dan lain-lain bagi bulan Ramadhan tahun ini terpaksa saya batalkan. Saya pohon maaf kepada semua sahabat yang telah menjemput saya bagi program-program tersebut (yang kebetulan telahpun penuh bagi sebulan Ramadhan 1431 ini). Saya telahpun menghubungi semua penganjur berkenaan dan makluman ini lebih kepada para jemaah supaya memakluminya.

Insyallah jika ada ruang dan keizinan, saya akan menyambung semula semua kuliah dan tazkirah bulanan sebagaimana yang dijadualkan mulai bulan Zul Qaedah 1431 ini (selepas musim perayaan 'Eidulfitr).

Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan istiqomah kepada kita semua dan semoga kita diberi keizinan untuk melalui bulan Ramadhan 1431 ini dengan memperolehi ketaqwaan yang sebenarnya. Semoga ALLAH meredhai kita semua yang mempunyai sedikit keimanan ini dan mengampunkan kita atas segala salah dan silap selama ini. Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Sya'aban 1431
22 Julai 2010

15 July 2010

PENGUATKUASAAN SELEKTIF

Salam 2 all.

Alhamdulillah tengahari tadi wakil Konsensus Bebas YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan Akta Pemerdagangan Manusia (Human Trafficking Act). Dalam membahaskan isu tersebut, kami telah menyentuh tentang kewibawaan penguatkuasaan apa-apa perundangan oleh badan yang diberikan kuasa tersebut. Peroalan pokonya ialah apa guna kuasa penguatkuasaan sekiranya badan yang diberi tnaggungjawab tidak melaksanakannya, apatah lagi jika melaksanakannya secara selektif.

Berikut adalah sedutan daripada ucapan tersebut untuk renungan bersama.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
02 Sya'ban 1431
15 Julai 2010

Tan Sri Yang Dipertua, saya menyatakan dengan terus terang bahawa Akta Ibu dan Pindaan ini jika 2 isu utama tidak ditangani akan menyebabkan pindaan ini tidak bermakna. Iaitu

1. Ketiadaan penguatkuasaan; dan

2. Peningkatan gejala rasuah.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia dimaklum bahawa kita tidak boleh mengatasi masalah-masalah tertentu bukan Negara kita tiada undang-undang untuk mengawalselia keadaan tertentu.  Kuasa-kuasa yang diberikan dibawah pindaan-pindaan ini atau undang-undang lain tidak akan berkesan apabila pihak berkuasa berkenaan sendiri tidak mempunyai hasrat untuk bertindak dan menguatkuasakan kuasa-kuasa yang diberikan.

Samalah perumpaannya saperti seorang penyangak korporat tidak disumbat kedalam penjara kerana kesalahan rasuah, maka jeriji besi penjara adalah sekadar perhiasan sahaja. Kerana penyangak masih diluar penjara dan bebas merampok kesana-kemari, bagaikan jerung mengganas dilautan.

Kita mempunyai perundangan yang sama saperti di Singapura. Di Singapura, ketegasan pihak berkuasanya menimbulkan ketakutan kepada rakyat terutama para penyangaknya. Sebaliknya di Malaysia, penyangak yang menimbulkan ketakutan kepada pihak berkuasa dengan kuasa wang dan kabel politik!

Oleh itu, apa juga pindaan untuk mempertingkatkan penalti atau memperluaskan jaringan atau memberikan lebih kuasa akan menjadi sia-sia sahaja. Kuasa berlebihan kepada penguatkuasa dan penalti yang tinggi hanya melahirkan lebih banyak amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Tuan Yang Di-Pertua,

Izinkan saya memberikan beberapa contoh ketiadaan atau kelemahan penguatkuasaan dan/atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak berkuasa.

Saya telah 4 kali mendedahkan di Dewan Yang Mulia ini mengenai kes rasuah terhadap Encik Hasbie Satar, setiausaha Politik yang gah dan hebat kepada mantan Menteri Kewangan II, YB Tasek Gelugur, (kini YB Menteri EPU) yang telah disiasat oleh SPRM dan didapati mempunyai 48 buah peti besi didalam rumah kediamannya, jutaan ringgit tunai, ditambah dengan beberapa buah kondo mewah dan beliau masih lagi bebas. Kalau seorang setiausaha boleh memiliki 48 buah peti besi, bossnya mesti memiliki sekurang-kurangnya 100 buah peti besi. Sudah 8 bulan dan langsung tidak ada tindakan untuk mendakwa beliau di Mahkamah dan menjalankan sesiatan terhadap mantan Menteri Kewangan II, YB Tasek Gelugor. Tidak ada pihak berkuasa termasuk SPRM yang berani menyentuh mereka. Mereka menjadi orang yang begitu kebal! Apa guna pindaan dan penambahan penalty ini jika sikap pihak berkuasa tiada berubah? Apa gunanya jika pihak saperti SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti contohnya tidak menjalankan tanggungjawab dan kuasa yang diberikan kepada mereka?

Tuan Yang Di-Pertua,

Terdapat banyak kes yang diketahui umum dimana tiada sebarang penguatkuasaan atau pendakwaan tidak dibawa terhadap kes-kes amalan rasuah dan salahguna kuasa contohnya:

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Yg Bhg Tan Sri Zarinah Anwar, dan siasatan ala-samseng keatas 4 orang wartawan perniagaan berkaitan penjualan saham Kenmark Industrial Co (M) Bhd melibatkan Datuk Ishak Ismail. Kita tahu bahawa gangguan terhadap 4 orang wartawan ini adalah bertujuan untuk menutup skandal-skandal Tan Sri Zarinah dan suaminya, Dato Azizan Abdul Rhaman.

Satu lagi salahguna kuasa dan undang-undang Suruhanjaya Sekuriti jelas berlaku didalam kes pengambilan alih Pantai Hospital oleh Parkway Holdings Ltd, syarikat Singapura.

Sebelum saya melanjutkan bahas, kita semua sedia maklum akan peraturan bahawa kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing atau FIC adalah mandatori sebelum sesuatu syarikat asing boleh mengambil alih sesebuah syarikat tempatan.

Kita perlu ambil perhatian bahawa Hospital Pantai telah diberikan konsesi mengendalikan Fomema dan Medivest oleh Kerajaan. Kedua-dua konsesi ini melibatkan perkhidmatan utama (essential services) dengan izin, kepentingan negara. Kalau adapun permohonan sedemikian, Suruhanjaya Sekuriti tidak sepatutnya meluluskannya atas kepentingan negara.  Tetapi didalam kes ini, langsung tidak ada permohonan oleh Parkway tetapi Suruhanjaya Sekuriti membenarkan Parkway mengambil alih Hospital Pantai! MENGAPA?!

Parkway membayar RM312 juta pada tahun 2005 untuk mengambil alih Hospital Pantai. Pada 13 Ogos 2006 mantan PM Tun Abdullah Badawi mengakui didalam akhbar The Star saperti berikut:-

“He said the matter was being looked at by the Treasury after realising that it had become a problem as it was related to the concessions for the supply of hospital requirements. The share sale has become a problem, as it involves several matters related to the concessions given to Pantai Holdings that has a contract to supply hospital requirements.”

He said the government had always hoped that the equity would remain with Malaysians but unfortunately it had gone into the hands of foreigners. The concessions have changed hands, and it has gone to other people and (we) hope it will remain with the Malaysian side, and held by Malaysian citizens, he said.”

Kita tidak boleh menyalahkan matan PM memang beliau tidak tahu mengenai perkara ini. Akan tetapi Tan Sri Zarinah Anwar, sebagai pengurusi Suruhanjaya Sekuriti, harus mengambil tindakan untuk berhentikan transaksi ini yang terlibat essential services, dengan izin, dan kepentigan negara  telah dilapurkan dalam surat khabar dan internet.

Selepas kenyataan mantan PM tersebut, Khazanah Holdings Bhd diarah untuk bailout Hospital Pantai. Ini adalah satu cover-up skandal kumpulan tertentu.  

Inilah lawak terbesar abad ini. Pada 30 Ogos 2006, The Edge melapurkan bahawa mantan Menteri Kewangan II, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, menyatakan bahawa tindakan Khazanah Nasional Bhd mengambil alih penguasaan keatas Pantai Holdings Berhad adalah untuk membantu. (Membantu siapa? Kumpulan beliau kah?). Saya memetik:

“This is not a bailout. This is a market-driven problem where there is a willing-buyer, willing-seller. Pantai is seen to be in an industry which is viewed as sensitive as it holds 2 concessions. It (Khazanah’s taking control) has resolved the issue of this sensitive sector.”

Ini adalah satu kenyataan mantan Mentri Kewangan II yang meperbodohkan atau meperbudakan rakyat Malaysia!  Khazanah terpaksa membayar RM800 juta untuk mengambil alih Pantai daripada Parkway. Tidak semena-mena sebuah syarikat asing membuat keuntungan sebanyak RM500 juta daripada wang rakyat. Dan yang lebih teruk, Khazanah tidak mengurus Hospital Pantai, sebaliknya melantik Parkway Holdings untuk menguruskannya! Parkway dibayar fee pengurusan yang amat tinggi sekali. MENGAPA?! Untuk agenda kumpulan Tingakt 4 dan/atau Singapore operatives atau barua-barua Singapura.

Sebabnya mudah. Ini kerana “barua-barua” Singapura yang terlibat. Saya percaya ini berlaku dengan pengetahuan mantan Menteri Kewangan II (atau “he will be deemed to have known the actual facts, dengan izin), dan sudah tentu, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar, seorang lantikan atau appointee “kumpulan Tingkat 4.”

Jika mereka berdua tidak tahu pada semua masa yang material bahawa Hospital Pantai memegang dua konsessi essential, mereka tidak layak memegang jawatan Menteri dan Pengurusi Suruhanjay Sekuriti pada masa sekarang. Perdana Menteri bertangung jawab untuk menjaga kepentigan negara dan beliau tiada ada pilahan lain kecuali memecat mereka daripada jawatan masing-masing dengan segara demi kepentingan negara. Jika tidak berbuat demikian, maka PM “will be seen as to condone such acts of anti-national”, dengan izin.

Adalah jelas seluruh pentadbiran Barisan Nasional masa itu mengambil sikap menutup mata terhadap pengambilan alih jahat Pantai Holdings oleh syarikat Singapura Parkway dan pembelian semula oleh Khazanah kemungkinan besar sekumpulan mereka ada kepentingan.

Terlalu banyak contoh melibatkan barua dan balaci Singapura menjual kepentingan negara kepada Singapura. Pelupusan 10% saham Telekom kepada Temasek Holdings. Pembelian saham Temasek di dalam Bank International Indonesia oleh Maybank pada nilai 4.6 kali ganda daripada nilai buku, dan banyak lagi.

Tuan Yang Di-Pertua,

Telekom Bhd adalah syarikat monopoli dan “a profit making company”, dengan izin, maka ia tidak perlu menjual 10% sahamnya kepada Temasek Holdings, satu syarikat dimiliki oleh Kerajaan Singapura, atau sesiapapun apatahlagi Temasek Holdings. Maybank tidak semestinya membeli saham Bank International Indonesia dari Temasek Holdings dengan harga yang amat tinggi (4.6 time the book value) kerana dengan harga tersebut Maybank ada perluang membeli saham bank yang lain di Indonesia atau negara lain.

Yang amat aneh adalah kenapa kedua-dua transaksi ini terlibat Temasek Holdings dan tiada ada apa-apa tidakan dari Suruhanjaya Sekuriti dan mantan Menteri Kewangan II. Jika ini bukan satu konspirasi yang terlibat kedua-dua pihak tersebut dan Singapore Operatives tertentu, apa lagi?

Layanan istimewa kepada AirAsia iaitu membenarkan mereka berhutang daripada membayar cukai lapangan terbang kepada MAHB yang bernilai beratus juta ringgit dari hari AirAsia memulakan operasinya. MAHB tidak berani mengambil tindakan walaupun airport tax tidak bayar selama 8 tahun. Ada semua masa yang material, matan Menteri Kewangan II yang sama yang bertangung jawab.

Tuan Yang Di-Pertua,

Ada lagi banyak contoh penglibatan mantan Menteri Kewangan II (sekaragn Menteri EPU) dengan syarikat bernama Mun Loong, yang kemudian menjadi Abrar Corporation. Fakta-fakta contoh ini menuju kita kepada satu arah sahaja. Kemana Ahli-Ahli yang Berhormat tahu sama tahu tak payah saya sebutkan nama orang tertentu di Dewan Yang Mulia ini.

Dato Hamzah Kassim, pengarah syarikat Innovation Associate, seorang ahli jawatankuasa NEAC, dan seorang pakar sumber manusia yang menasihat kepada kerajaan mengenai modal insan. Beliau juga adalah penasihat kepada kerajaan berkenaan Talent Corporation dalam RMK10. Beliau seorang ahli penasihat MACC/SPRM. Dato Hamzah Kassim juga mendapat banyak projek-projek Kementerian Pendidekan, Kementerian Sumber Malaysia, NCIA, IRDA dan Khazanah Holdings Bhd dan juga memburu projek baru. Apa yang telah terjadi kepada kerajaan 1Malaysia dengan peminpin-peminpin yang begini tamak dan rakus. Ahli-Ahli yang Berhormat tahu sama tahu dalam contoh-contoh, tak payah saya sebutkan nama orang tertentu di Dewan Yang Mulia ini.

Dengan semua fakta konflik kepentingan ini, Dato Hamzah Kassim tidak layak menjadi penasihat kepada kerajaan dan ahli jawatankuasa MACC. MACC harus menjalankan siasatan terhadap beliau dalam projek-projek yang dianugerahkan kepada syarikat beliau iaitu Innovation Associate.

Dato’ Mohd. Bakke Salleh, pengarah eksekutif baru Sime Darby, yang telah menyebabkan Felda kerugian pelaburan antarabangsa yang berjumlah lebih kurang RM300 juta, adalah sahabat karib Dato Hamzah Kassim. Apa sudah jadi kepada kerajaan 1Malaysia semua pegawai atasan yang lantik terlipat dalam skandal kewangan dan bersangkut-pauh antara satu sama lain — semua suku sakat skandal kewangan yang di kepalahi oleh peminpin tertentu.

Tuan Yang Di-Pertua,

Kesemua kes-kes tersebut adalah jelas membuktikan kegiatan “cover-ups” (dengan izin) dan sikap membutakan mata secara sengaja oleh Suruhanjaya Sekuriti, dan Kerajaan Barisan Nasional untuk semata-mata melindungungi pengkianat dan pengrompakan Negara. Ini adalah contoh klasik kepada peribahasa Melayu harapkan pagar, pagar makan padi. Inikah ciri pentadbiran kerajaan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” lebih tepat projek-projek didahulukan kepada Umnoputra yang bersangkut-paut dengan Tingkat 4.

Jika pihak-pihak berkuasa termasuk, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti, Menteri-Menteri masih seperti diatas, apa-apa Rang Udang-Undang diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini adalah tidak bermakna dan mesyurat Dewan Yang Mulia adalah membazirkan wang rakyat.

Akhirnya, saya menyeru kepada Menteri berkenaan dan Perdana Menteri, supaya meneliti kes-kes yang saya bangkitkan dan mengambil tindakan dengan segara demi kepentigan negara supaya mesyurat Dewan Yang Mulia mempunyai makna dan nilai.

14 July 2010

ARAK HALAL II?!

Salam 2 all.

Alhamdulillah respon agak baik saya terima berkenaan tulisan saya mengenai isu "arak halal". Ramai yang memberi pandangan bahawa isu ini tidak sepatutnya berbangkit kerana hukum arak sudah jelas, "sudah terang bersuluh pula" kata seorang rakan blog.

Dan ramai yang melahirkan rasa terkejut bahawa ianya boleh menjadi isu. Saya sendiri pun merasa sangat terkejut apabila isu ini berbangkit semasa isu judibola dibahas di Parlimen baru-baru ini. Apabila YB Wee Choo Keong (Konsensus-Wangsa Maju) bertanya mengapa hasil judi haram diambil sedangkan hasil arak diperbolehkan di negeri Kelantan, ada Pak Janggoat yang bangun melenting dan menjawab "judi lain, arak lain!". Ada pula yang menjawab "judi haram semua agama, arak hanya Islam haram, agama lain tidak!".

Saya yang terkejut tu bukannya apa, Pak Janggoat-Pak Janggoat ini jugak yang dulu bukan main hentak meja nak tutup kilang arak kalau memerintah! Dan saya pun tak lupa Menteri Kewangan yang mana yang meluluskan lesen judi di Sabah/ Sarawak dulu. Namun bila memikirkan Pak Janggoat-Pak Janggoat ni tidak menjadikan YB Tuan Guru Haji Hadi sebagai "Presidennya" tapi orang lain, maka sejuklah sikit hati tu. Sebab saya para ilmuan Islam dan intelek agama serta pejuang Islam tahu bahawa apa yang disebut oleh Pak Janggoat-Pak Janggoat ini tidak mewakili suara para pejuang Islam.

Cuam satu persoalan yang berbangkit, apabila ada kalangan pihak berjanggoat ini mendakwa hasil dan cukai arak itu halal diambil oleh pemerintah Islam untuk digunakan buat pembangunan dan kegunaan pemerintah atas alasan agama lain menghalalkan arak, maka kesannya ialah:

1. kita tidak boleh lagi menuntut kilang arak dalam negara ini ditutup kerana kilang itu mengeluarkan arak untuk kegunaan bukan Islam; jadi perjuangan kita selama ini nak menutup kilang arak salah lah rupanya bagi Pak Janggoat-Pak Janggoat ini. Padanlah kilang Carlsberg masih tertegak dibumi Shah Alam;

2. kita tidak boleh mendesak penerbangan Malaysia membatalkan penjualan arak dalam penerbangan kerana ianya hanya untuk bukan Islam;

3. kita tidak boleh menghalang 7-11, K-Mart atau lain-lain kedai serbanika daripada menjual arak kerana ianya dijual untuk bukan Islam;

Dan banyaklah lagi isu dan perjuangan mengenai arak yang selama ini kita perjuangkan terpaksa kita tinggalkan kerana rupa-rupanya mengikut sabda para Pak Janggoat, hasil arak halal diambil dan dicukai oleh pemerintah Islam. Dan memandangkan agama lain "menghalalkan arak" saperti sabda Pak Janggoat, maka kita kena benarkan ianya dijual dan diminum.

Apakah itu yang akan terjadi kepada Malaysia Darul Janggoat ini kalau mereka diberikan kuasa memerintah? Persoalan lebih besar ialah apakah ahli, penyokong dan pendokong Pak-Pak Janggoat tahu itu sebenarnya perjuangan mereka.

Namun saya memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH kerana ramai pemimpin dan ahli akar umbi gerakan Islam yang menghubungi saya tegas menyatakan bahawa arak tetap haram, dan hasilnya tetap haram. Dan perjuangan mereka jelas, kilang arak mesti ditutup, kedai menjual arak secara terbuka mesti dilarang, peminuman arak secara terbuka mesti diharamkan Alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak bermaksud menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh minum arak. Itu hak mereka. Tetapi mereka hanya patut dibenarkan minum ditempat khas yang tertutup atau majlis-majlis persendirian mereka. Kalau hendak dijual, bolehlah dijual di restoran atau kedai makan yang "haram", yang tidak menjual makanan halal, yang hanya dikunjungi oleh bukan Islam.

Dan kalau ada sebarang hasil diperolehi daripada arak ini, kita umat Islam sepatutnya berusaha tidak mengambilnya, biarlah kita miskin dan kekurangan hasil, daripada kaya dan buncit kerana hasil arak! Kalau ditakdirkan ada juga, kita patut kembalikan hasil atau cukai itu kepada golongan bukan Islam untuk tujuan mereka. Mungkin untuk biasiswa atau membiayai pengajian anak mereka, membaikpulih rumah ibadat mereka atau apa sahaja yang hanya dipergunakan oleh golongan bukan Islam sahaja.

Pada saya, apa alasan juga kita nak guna, arak tetap haram dan hasil arak dalam apa bentuk pun tetap haram. Bukan kerja kita nak corner sana corner sini untuk menghalalkan sesuatu yang sudah jelas haramnya. Dan bukan kerja kita untuk menghalalkannya bagi penganut agama lain.

Sebagaimana pada pandangan saya ALLAH itu Maha Esa, tetap Satu. Bukan kerja kita nak corner sana corner sini nak menghalalkan kalimah ALLAH disyirikkan sebagai punya anak. Dan bukan kerja kita untuk menghalalkan pensyirikan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. Tugas kita ialah terus berdakwah untuk memperbetulkan kesyirikan mereka kepada mengesakan ALLAH Yang Satu!

Wallahua'lam.

Yang baik dari ALLAH, yang tidak daripada kelemahan saya sendiri. Moga ALLAH mengampunkan saya atas segala kesilapan dalam memberikan pandangan mengenai arak ini. Sekiranya didapati pandangan saya ini bercanggah dengan Al Quran & Sunnah, maka terbatallah pandangan saya ini dan ikutlah Al Quran & Sunnah tersebut.

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
02 Sya'ban 1431
14 Julai 2010

PEMBOHONGAN TERHADAP YDP AGONG!

Salam 2 all.

Saya melihat isu pembinaan Istana Negara yang baru di Sri Hartamas telah diputarbelitkan menjadi isu menghina Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu secara peribadi. Sebuah laman portal Asia Sentinel yang berpengkalan diluarnegara contohnya menuduh:

"Well-placed sources in Kuala Lumpur told Asia Sentinel that the RM811 figure is only preliminary. The total cost is actually nearing RM1.2 billion and is expected to go higher, the sources said, with both the Sultan of Perlis, who retired as Agong in 2006, and the Sultan of Terengganu, who took his place, becoming hidden partners with Malaysia's seventh richest individual, Syed Mokhtar Al-Bukhairy, a onetime roti canai seller who was born into a poor Kedah family of Arab descent".

"Syed Mokhtar got the original contract at RM400 million. Then the Raja of Perlis was given a gratuity and his brother, Syed Anwar Jamallulail, became Syed Mokhtar's 30 percent partner and costs escalated," said a source. "When the current king came in – the Sultan of Terengganu -- he asked for a piece of the action and costs went up again".

(Terjemahan: "Sumber-sumber di Kuala Lumpur memberitahu Asia Sentinel bahawa RM811 juta tersebut adalah jumlah awalan. Kos keseluruhan sebenarnya ialah RM1.2billion dan dijangka akan meningkat, kata sumber itu, dan kedua-dua Sultan Perlis (yang bersara sebagai Agong tahun 2006), dan Sultan Terengganu, yang mengambil alih tempatnya, menjadi rakan rahsia kepada tokoh korporat yang ketujuh terkaya di Malaysia Syed Mukhtar Al-Bukhary, seorang bekas penjual roti canai yang dilahirkan daripada keluarga miskin di Kedah berketurunan arab".

"Syed Mokhtar mendapat kontrak asal bernilai RM400 juta. Kemudian Raja Perlis diberikan gratuiti dan abangnya Syed Anwar Jamalulail menjadi rakan Syed Mokhtar bernilai 30% dan kos makin meningkat" kata sumber tersebut. "Apabila Raja sekarang menjadi Agong - Sultan Terengganu - belaiu juga menuntut bahagiannya dan kos meningkat lagi").

Pertama, mereka berselindung disebalik "well-placed sources"? Siapa "well-placed sources" tu? Sumber halimunan? Sumber yang direka cipta mereka sendiri? Kemudian dengan sewenang-wenang mereka memetik angka RM1.2billion sebagai kos pembinaan. Dan tanpa sebarang bukti atau keterangan, dengan senang-senang mereka menuduh Raja Perlis dan Yang Di Pertuan Agong ada "saham" didalam projek tersebut".

Saya pernah melihat taktik putarbelit dan pembohongan yang sama dibuat oleh "pihak-pihak tertentu" yang kemudian akan spin cerita saperti ini didalam akhbar dan ceramah-ceramah mereka. Kita dapat lihat dengan jelas putar belit dan pembohongan serta fitnah didalam tulisan saperti ini. Semua faktanya direkayarsa dan dicipta, dicanai dan diputarbelitkan, dan dibuat dalam bentuk lapuran.

Dan saya cukup tahu modus operandi puak-puak ini, nanti akan ada satu dua akhbar milik mereka akan membuat lapuran kononnya "berdasarkan satu lapuran akhbar luarnegara, memetik sumber yang menyatakan YDP Agong dan Raja Perlis telah..bla...bla..bla...". Kemudian para penceramah dan pencacai mereka akan berkokok sana sini dalam ceramah dan kempen mereka, kononnya Yang DiPertuan Agong dan Raja Perlis terlibat dengan kontrak dan lain-lain.

Apakah tujuan mereka ini? Sudah pasti untuk memburukkan imej Yang Di Pertuan Agong dan institusi Raja-Raja Melayu. Matlamat mereka? Supaya rakyat negara ini mencurigai institusi Raja-Raja Melayu, kerana akhir-akhir ini Raja-Raja Melayu sudah mula bangkit mempertahankan institusi Islam dan Melayu dalam negara. Dan pengkhianat-pengkhianat ini khuatir agenda jahat dan politik sempit mereka akan terbantut. Dan mereka telah melihat bagaimana beberapa agenda sempit mereka terbantut kerana tindakan bijkasana Raja-Raja kita.

Yang menghairankan, puak-puak ini tidak pulak buat bising bila didedahkan baru-baru ini bahawa kos membiayai satu keluarga diraja di Eropah ada yang mencecah hampir RM1 billion tiap tahun. Mengapa mereka nak sibuk dengan hal dalaman negara ini dengan membuat pembohongan dan penipuan, sedangkan taik depan hidung mereka buat tak nampak?!

Puak-puak pengkhianat ini sebenarnya semakin tersepit dan terhimpit. Pembohongan dan putar belit mereka sudah terbongkar. Politik kotor mereka sudah dilondehkan. Mereka perlukan isu baru. Mereka perlu alihkan perhatian rakyat daripada masalah peribadi dan dalaman mereka. Maka mereka buat apa yang mereka ada kepakaran: BERBOHONG!!!

Saya berharap pihak berkuasa khususnya Polis Di Raja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Multimedia dan lain-lain supaya mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan pengkhanatan saperti ini. Kita rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, tidak memerlukan pengkhianaty-pengkhianat saperti ini. Jangan dibiarkan mereka bertindak sewenang-wenangnya dan bermaharajalela tanpa sebarang tindakan. Saya percaya rakyat negara ini akan menyokong sebarang tindakan yang akan diambil terhadap pengkhianat-pengkhainat negara ini.

Kepada umat Islam dan rakyat negara ini, sedarlah kita kepada politik pembohongan dan putarbelit ini. Apakah kita rela dipimpin oleh pembohong dan kaki putar alam. Apakah kita rela dipimpin oleh mereka yang sanggup menggadai agamanya sendiri, yang nama Tuhan pun mereka jadikan barangan politik!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Wassalam.

Adios amigos. Grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
02 Sya'ban 1431
14 Julai 2010

13 July 2010

ARAK HALAL?!

Salam 2 all.

Akhir-akhir ini, kelihatan saperti ada suatu kekeliruan dikalangan umat Islam mengenai hukum arak, terutama dari segi hasilnya. Samada kekeliruan ini adalah kerana kejahilan (yang boleh diperbetulkan dengan ilmu), atau kerana kepentingan tertentu tidaklah saya ketahui.

Apa yang saya ingat, dahulu kita bergegar menyatakan kalau hari ini kita memerintah, esok kilang arak kita akan tutup. Sehingga jualan arak dikedai runcit dan serbanika pun kita nak halang. Malahan saya masih ingat semasa mengendalikan kes Al Maunah (yang majoritinya adalah anggota Unit Amal), antara sasaran mereka ialah memembak dan cuba memusnahkan sebuah kilang arak. Malahan kita pernah menuntut supaya syarikat penerbangan MAS menghentikan penjualan arak didalam penerbangan termasuk kepada penumpang bukan Islam.

Ini semua berlaku kerana kefahaman kita ialah "alkhamru ummul qoba'is", arak itu ibu segala maksiat. " Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371).

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

1. Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
2. Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
3. Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
4. Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
5. Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
6. Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)".

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

1. pembuatnya,
2. pengedarnya,
3. peminumnya,
4. pembawanya,
5. pengirimnya,
6. penuangnya,
7. penjualnya,
8. pemakan wang hasilnya,
9. pembayarnya
10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidhi).

Inilah tarbiyyah yang kita semua terima sejak dahulu, sehingga kita memandang arak dengan begitu jijik. Dan memang itulah sepatutnya pun. Dan saya antara orang yang cukup konsisten dan istiqomah dalam hal ini. samada masa ceramah atau tazkirah. Malah sebaik menjadi Ahli Parlimen, samada semasa bersama Pakatan mahupun sebagai MP Bebas, banyak usul yang saya kemukakan untuk mengharamkan arak ini. Hansard dan rekod Parlimen membuktikan pendirian konsisten saya itu sehingga kehari ini.

Dan bila bercakap tentang arak, saya pasti akan teringat kepada Almarhum Dato' Ishak Baharom, yang tidak pernah lekang daripada multnya dalam setiap ceramah, kuliah atau tazkirah Almarhum mengingatkan kita tentang bahaya arak sebagai ibu segala maksiat.

Tetapi hari ini ada diantara kita mengubah haluan dan menyatakan bahawa hasil dan cukai arak kita boleh ambil dan guna. Kita kata kita tidak boleh halang orang bukan Islam daripada meminum arak. Bahawa hasil dan cukai keatas arak halal buat kita.

Dan yang paling teruk, ada diantara kita menghalalkan tindakan kita dengan berselindung dibalik dakwaan hanya agama Islam mengharamkan arak, tetapi agama lain membenarkannya.

Samada yang bercakap itu hipokritus aljahlunus, ataupun jahlun alhipokritus!

Pertama, kita umat Islam tahu bahawa semua kitab agama wahyu yang ada hari ini telah diselewengkan atau diputarbelitkan. Maka tidak ada sebab kita nak mempercayai kitab-kitab mereka.

Kedua, adalah jelas agama-agama lain, kalau tidak mengharamkan arak pun, sangatlah tidak menggalakkan peminumannya. Tetapi apa yang jelas, semua agama mengharamkan pemabukan. Agama Buddha mengharamkan alkohol/ arak termasuk pemabukan. Agama Kristian umumnya mengharamkan pemabukan walaupun memberikan pengecualian sedikit arak saperti wine diminum untuk majlis-majlis keagamaan tertentu. Agama Yahudi/ Judaism mengharamkan paderinya daripada mengendalikan sebarang upacara agama kalau si paderi tersebut meminum arak walau setitik. Agama Hindu juga mengharamkan pemabukan. Manakala agama Sikhism (Punjabi) mengharamkan sebarang bentuk minuman yang memabukkan. Jadi dimana bukti dakwaan yang kata kononnya agama lain menghalalkan arak? Hanya kerana penganutnya minum tanpa batas bukan bermakna agamnya membenarkan.

Tiba-tiba ada pak janggoat mendakwa agama lain menghalalkan arak. Oleh itu cukai dan hasil daripada arak ini halal buat kita orang Islam ambil dan gunakan. Sedangkan hadis Rasulullah saw diatas jelas bahawa diantara sepuluh golongan yang dilaknat ALLAH berkaitan arak ialah "pemakan wang hasilnya"!! Apakah mengutip cukai dan menggunakan hasil arak itu tidak termasuk golongan "pemakan wang hasilnya"!!

Saya teringat sebuah buku risalah mengenai arak ini yang pernah diterbitkan oleh penulis sebuah parti politik tertentu bertajuk "Banjir Arak"! Jelas didalamnya menegaskan hasil dan cukai arak adalah haram!!!

Sebab itu Rasulullah pernah bersabda, "aamantu billah summastaqim" - aku beriman kepada ALLAH, dan aku beristiqamah. Mendapat iman adalah satu anugerah, tetapi hendak memelihara iman dan aqidah serta beristiqamah dengannya adalah suatu jihad dan perjuangan, dan ianya bukan mudah.

Berdoalah kita kepada ALLAH moga kita bukan sahaja diberi keimanan dan aqidah yang mantap, tetapi juga beristiqamah dengannya. Ianya bukan mudah, tetapi boleh dilakukan.

Yang baik dan benar itu daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan saya sendiri. Ini adalah pandangan dan pendapat saya, tetapi sekiranya terbukti pandangan saya ini bercanggah dengan mana-mana ayat Al Quran mahupun hadis Rasulullah saw, maka pendapat saya ini adalah terbatal dengan sendiri dan Al Quran dan Sunnah itulah yang wajib kita ikuti, dan saya pohon keampunan ALLAH atas kelemahan dan kesilapan saya itu.

Selamat menyambut bulan sya'ban, dan bersedialah kita untuk menyambut Ramadhan. Dan saya berdoa semoga ALLAH memberikan saya dan semua umat islam yang beriman peluang untuk menjalani 'ibadah puasa dibulan penuh keberkatan ini. Ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
01 Sya'ban 1431
13 Julai 2010

KEBEBASAN AKHBAR

Salam 2 all.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri menggunakan kuasa dibawah Akta Mesin Cetak & Penerbitan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar Suara Keadilan, dan kini mengambil tindakan yang boleh membawa kepada penggantungan akhbar Harakah.

Pada pendapat saya, sekiranya benar akhbar-akhbar tersebut melakukan pembohongan atau penipuan, tindakan hendaklah diambil terhadap editornya, penulisnya ataupun wartawan yang terlibat bukan dengan menggantung atau membatalkan permit penerbitan tersebut.

Kalau setelah siasatan dibuat oleh pihak berkuasa ataupun polis dibuat, didapati ada kes untuk diambil tindakan atas pembohongan atau penipuan dibuat oleh akhbar-akhbar tersebut, maka tindakan pertuduhan jenayah atau yang bersesuaian hendaklah diambil terhadap editornya (kerana menyiarkannya), penulisnya (kerana penulisannya) dan wartawannya (kerana melapurkannya).

Ini akan memberi pengajaran kepada para editor, penulis atau pun wartawan untuk bertindak dengan lebih beretika dan amanah.

Menggantung atau membatalkan permit sesuatu penerbitan sebaliknya akan menyebabkan ramai orang lain teraniaya termasuk para pekerja dan kakitangan yang terlibat yang mungkin tidak terbabit bersekongkol dengan pembohongan atau penipuan tersebut.

Kecuali sekiranya sudah terbukti sesuatu penerbitan itu memang menjadikan pembohongan dan penipuan itu suatu kelaziman penerbitan mereka, dan setelah diberi amaran dan peringatan beberapa kali, maka barulah boleh pihak kementerian menimbang untuk menggantung atau membatalkan permnit sesuatu penerbitan setelah mereka diberi peluang untuk membela atau memperjelaskan diri.

Dan saya cadangkan supaya tindakan penguatkuasaan ini juga dikenakan juga kepada semua penerbitan dan media samada media perdana (cetak dan elektronik), media cyber (terutama laman web dan blog contohnya). Kita dapati banyak media cyber contohnya menjadikan pembohongan dan penipuan serta putarbelit berita sebagai suatu kelaziman dan lumrah penerbitan tetapi tiada tindakan diambil. Ini mmeberikan persepsi seolah-olah pembohongan dan penipuan dihalalkan di media cyber.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
01 Sya'ban 1431
13 Julai 2010

11 July 2010

BRAVO TOK GURU

Salam 2 all.

Sekali lagi Tok Guru tampil mengkritik "mursyidul am DAP" Karpal Singh yang tidak menghormati pendirian PAS untuk mendaulatkan sebuah negara Islam. Tok Guru sekali lagi menegaskan perjuangan mendaulatkan negara Islam adalah perjuangan utama PAS selama ini. Sebenarnya itulah peribadi Tok Guru sebenarnya, orang yang tetap cintakan perjuangan menegakkan negara Islam.

Saya telah mengupas panjang tentang DAP dan Pakatan Rakyat yang memang tidak akan membenarkan penubuhan sebuah negara Islam saperti yang diperjuangkan oleh PAS (sila lihat tulisan saya sebelum ini bertajuk "Tahniah Al Tantawi"). Pada saya, DAP adalah sebuah parti harbi, yang menentang Islam secara terang-terangan. Kita boleh berdakwah dengan mereka, tetapi janganlah bersekongkol bersama mereka!

Saya sangat-sangat berdoa semoga PAS akan segera sedar dan kembali kepada perjuangan Islam yang sebenarnya berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH didalam Surah Al Maidah: 54, bahawa ciri-ciri sebuah parti ALLAH ada enam iaitu:

1. ALLAH cintakan mereka;
2. mereka cintakan ALLAH;
3. mereka berlembut sesama Islam;
4. mereka tegas dan keras terhadap kafir;
5. mereka berjihad ke jalan ALLAH;
6. dan mereka tidak takut celaan golongan yang mencela.

Dan parti ALLAH inilah yang dijamin kemenagan oleh ALLAH walaupun daripada golongan yang sedikit sahaja. Semoga ALLAH memberikan kekuatan istiqomah dan keikhlasan didalam perjuangan mendaulatkan sebuah negara Islam, sebuah khilafah dan insyallah akhirnya nanti akan muncul nanti pemerintahan Khilafah Islamiyyah buat negara ini dan dunia umumnya.

Aamantu billah summastaqim - aku beriman kepada ALLAH dan aku beristiqomah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
30 Rejab 1431
12 Julai 1431

####################
(lapuran akhbar semalam 29 Rejab 1431/ 11 Julai 2010)

Karpal tidak betul – Nik Aziz

KOTA BHARU 8 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta parti itu menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul.

Ini kerana jelasnya, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat.

“Waktu belum kami masuk perikatan, kami dah bincang dah, dasar kami Islam. Oleh yang demikian, kami hormat pada DAP. Dan DAP hormat pada kami mula-mula kami nak buat pakatan dulu lagi, kenapa timbul balik perkara ini".

TAHNIAH AL-TANTAWI

Salam 2 all.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Ustadz Nasrudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS yang mempertikai pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempersoalkan perjuangan PAS untuk mendaulatkan sebuah negara Islam.

Cuma yang saya nak perbetulkan sedikit kenyataan tersebut ialah kenyataan Karpal Singh itu bukan kenyataan peribadi. Sebaliknya itu adalah pendirian DAP sebagai parti. Sebab itu bila timbul isu menyokong DAP bermakna menyokong negara Islam PAS semasa pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini, DAP menjawab,

"The question of PAS Islamic state is never an issue because PAS will never rule when Pakatan becomes government".
("Soal negara Islam PAS tidak timbul kerana PAS tidak akan memerintah didalam Kerajaan Pakatan Rakyat").

Ini adalah satu penghinaan kepada PAS kerana ternyata DAP dan Pakatan Rakyat tidak pernah mengiktiraf PAS sebagai rakan komponen samataraf, sebaliknya hanya dipergunakan untuk memberi flavor Islam kepada politik batil mereka.

Saya sudah menulis panjang tentang sikap DAP yang anti Islam ini. Lihat contoh kenyataan Jeff Ooi (Ketua Staf Lim Guan Eng) yang melabel Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis dan dengan angkuh enggan meminta maaf walaupun setelah jelas kenyataan beliau salah. Lihat bagaimana angkuhnya ADUN DAP menggugat Kerajaan PAS Kedah sehingga mengisytihar keluar Pakatan Rakyat di Kedah semasa isu tempat penyembelihan babi. Kita nampak jelas bagaimana Dato' Hasan Ali dihina dan dan diperlekeh bila mahu menguatkuasakan larangan penjualan arak di kedai serbanika dalam Selangor. Dan jangan lupa kenyataan Karpal Singh, "langkah mayat saya dulu kalau nak Islam".

Sebenarnya bagi mana-mana umat yang punya walau sedikit iman akan menyedari bahawa DAP hanyalah memperkudakan PAS demi kepentingan politik sempit mereka. Dan yang saya sedih ada sekelumit dikalangan kita yang lebih rela bersekongkol dengan DAP, dan alasan naif yang diguna ialah untuk berdakwah! Samada yang bercakap ni hipokritus paling jahlun, atau pun jahlun paling hipokrit!

Tidak salah untuk berdakwah. Tapi berdakwah dan bersekongkopl adalah dua perkara yang berbeza. Kalau nak berdakwah, bukan sahaja kepada DAP, tetapi juga kepada MCA, MIC, PPP, Gerakan dan banyak lagi parti yang boleh didakwah. Itu baru dakwah yang ikhlas namanya. Kenapa berdakwah dijadikan topeng untuk bersekongkol dengan musuh Islam!

Sebab itu saya ulangi seruan saya sekali lagi kepada sahabat-sahabat pejuang Islam semua, tepuklah dada tanyalah iman. Mufaraqahlah daripada politik kebatilan, yang mana matlamat menghalalkan cara. Janganlah kerana cita-cita memutrajayakan diri menyebabkan halal jadi haram, haram jadi halal. Marilah kita berjuang atas nama Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Memang berjuang diatas kebenaran Islam ini akan menyebabkan kita menjadi sedikit dan macam tidak kuat, tetapi yakinlah golongan sedikit inilah yang akan menjadi "gholibun" insyallah.

Dan kepada Ustadz Nasrudin Tantawi, alhamdulillah Islam masih punya pejuang saperti akhi, dan insyallah kita doakan semoga ALLAH anugerahkan kita semua hidayah dan istiqomah. Saya berdoa semoga PAS akan kembali kepada perjuangan Islam untuk mendaulatkan sebuah negara Islam. Walaupun ada segelintir golongan Anwarinas yang menjadikan orang lain sebagai qiblat mereka didalam PAS, namun saya yakin dengan berkata perjuangan mereka yang ikhlas saperti Ustadz Nasrudin pasti ALLAH akan menurunkan bantuanNya insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
30 Rejab 1431
12 Julai 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan usaha menubuhkan negara Islam oleh Pas amat menyakitkan hati pemimpin serta seluruh ahli Pas.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), Nasrudin Hasan meminta pemimpin utama DAP itu tidak lagi membangkitkan isu tersebut kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan keharmonian antara Pas dan DAP di dalam pakatan pembangkang.

Pada masa sama beliau turut meminta semua pemimpin DAP tidak mendokong pendirian Karpal itu demi kerjasama yang telah terjalin antara semua parti pembangkang dalam satu pakatan.

''Seperti mana kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu ini tidak akan berbangkit sekiranya Karpal menghormati dasar perjuangan yang dibawa oleh Pas. Pas dan DAP mempunyai dasarnya masing-masing dan seharusnya ia dihormati antara satu sama lain.

''Lagipun Pas selama ini tidak pernah mempertikaikan dasar yang dibawa oleh DAP. Pas menghormati dasar perjuangan mereka dan sepatutnya mereka juga perlu menghormati dasar perjuangan Pas. Ini yang dinamakan adil,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nasrudin berkata, pendirian dan dasar Pas tidak pernah berubah iaitu Islam akan terus menjadi dasar perjuangan parti walaupun menjadi salah satu anggota pakatan pembangkang.

''Sebagai barisan hadapan parti, DPP akan tetap mempertahankan dasar Islam yang kita bawa. Islam terus menjadi asas perjuangan kami dan ia tidak akan berubah sampai bila-bila,'' katanya.

Nasrudin dalam perkembangan berkaitan percaya kenyataan Karpal itu tetap bersifat peribadi dan bukannya DAP secara keseluruhan.

''Saya lihat secara positifnya kenyataan Karpal ini tidak disambut oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Bagi saya ia adalah kenyataan Karpal semata-mata,'' katanya.

08 July 2010

SATU LAGI PUTAR ALAM

Salam 2 all.

Saya dan rakan-rakan Konsensus Bebas berasa kesal dengan tindakan penulis dari akhbar portal Malaysian Insider yang mendakwa kononnya kami akan "lead UMNO roadshow in Selangor" (lapuran tersebut dilampir dibawah).

Penulis tersebut juga memilih untuk memutarbelit fakta dengan menuduh kononnya "walaupun mereka memilih menjadi bebas, namun mereka adalah pro-BN dengan menyerang bekas rakan mereka. Dengan menyertai roadshow UMNO, Ahli Parlimen Bebas mengukuhkan reputasi mereka sebagai penyokong UMNO dan BN".

Saya tidak faham apa maksud penulis meumtarbelitkan fakta. Bagi mereka yang mengahdiri sidang Parlimen dan membaca dokumen-dokumen Parlimen, mereka akan tahu bahawa kami bukan sahaja mengkritik pembangkang, malahan kami juga mengkritik kerajaan apabila ada isu yang kami berpendapat perlu ditegur atau dikritik. Antaranya dalam isu judibola, saya antara yang paling kuat mengkritik kerajaan dengan bahas dan usul (termasuk mengadakan perbincangan dengan "pihak tertentu") mendesak supaya ianya dibatalkan.

YB Dato' Seri Zahrain mengkritik keras isu penyelewengan Pos Malaysia dan mendesak siasatan dan tindakan dibuat. YB Wee Choo Keong mendesak supaya tindakan diambil terhadap Setiausaha Politik Menteri EPU yang ditahan dengan wang berjuta didalam biliknya. Malahan YB Wee mendesak supaya disiasat samada Menteri berkenaan terlibat.

Sebenarnya banyak isu-isu lain yang kami Konsensus Bebas telah bangkitkan samada yang menyentuh pembangkang ataupun kerajaan.

Saya tahu banyak isu yang kami Konsensus Bebas bangkitkan atau dedahkan mengenai pembangkang tidak dapat dijawab oleh mereka. Dan saperti biasa pembangkang apabila tidak dapat menjawab, mereka akan gunakan taktik "character assassination". Dengan melabel kami Konsensus Bebas sebagai 'pro-BN' atau 'pro-UMNO', maka pembangkang akan cuba memberi persepsi atau gambaran kononnya kami adalah 'orang suruhan BN atau UMNO'.

Kami adalah Ahli Parlimen Bebas. Kami berhak untuk memilih menghadiri apa-apa program yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, samada NGO, Kerajaan ataupun pembangkang. Malahan saya telah menghadiri beberapa program anjuran PAS walaupun setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, dan saya tidak dengar pula BN atau UMNO komplen. Malahan bulan ini sahaja saya ada beberapa program ceramah dan forum anjuran PAS dan beberapa NGO Islam lain.

Saya sangat menghargai rakan-rakan wartawan, samada dari media perdana mahupun media portal. Malahan saya punya hubungan baik dengan ramai wartawan termasuk beberapa rakan di media portal Malaysian Insider. Oleh itu saya sendiri tidak pasti apakah penulis tersebut mempunyai agenda tersendiri, atau menjadi penulis upahan pembangkang? Tetapi apa yang beliau tulis mirip kepada suara sumbang pembangkang.

Yang saya paling kesal, penulis tersebut langsung tidak menemui kami ataupun meminta pengesahan atau komen kami mengenai dakwaan beliau walaupun kami berada di Parlimen untuk menghadiri persidangan. Sebaliknya beliau memilih untuk menulis tanpa mendapat pengesahan kami. Dan yang paling malang, lapuran beliau bercampur baur dengan pendapat beliau.

Pada saya, ini adalah sikap kewartawanan yang sangat tidak beretika. Saya sangat khuatir dengan sikap serta etika kewartawanan dan lapuran-lapuran media (cetak dan portal) yang akhir-akhir ini sangat membimbangkan. Walaupun mereka yang terlibat itu hanya segelintir, tetapi sikap mereka memberi gambaran buruk kepada rakan-rakan media yang lain. Kita lihat contoh beberapa lapuran media akhir-akhir ini yang jelas berniat jahat. Dan diperburukkan dengan segelintir mereka yang memperkudakan media untuk merekayasa lapuran-lapuran bohong dan palsu.

Dan yang paling malang ada media yang rela diperkudakan untuk menjadi alat politik sempit segelintir golongan yang mempunyai agenda politik yang sempit.

Saya berharap rakan-rakan wartawan yang jujur dan ikhlas akan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab kewartawanan yang baik dan beretika. Janganlah sikap buruk segelintir wartawan mematahkan semangat yang lain untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
26 Rejab 1431
08 Julai 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

MALAYSIAN INSIDER

Ex-PKR MPs to lead Umno roadshow in Selangor
By Debra Chong
July 08, 2010

KUALA LUMPUR, July 8 — In its push to recapture Selangor, Umno has roped in former PKR MPs Datuk Zahrain Hashim and Zulkifli Noordin to join its state-wide campaign to “expose” Pakatan Rakyat (PR).

Umno Selangor information chief Abd Shukor Idrus said the duo would be able to give a clear explanation to the public on current issues, particularly on political matters related to the state.

The former PKR MPs have formed what they say is an independent consensus in Parliament.

But while they remain independent, they have been pro-Barisan Nasional (BN) in attacks on their former colleagues.

By joining Umno’s roadshow, the independent MPs will cement their reputation as Umno and BN supporters.

Abd Shukor said the speakers would be able to open the public’s eyes to the “lies” created by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in his bid to realise his personal goals.

“Only they know what happened, they used to be in the party, such as Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Hashim and Bandar Baru Kulim MP Zulkifli Nordin,” Abd Shukor was cited as saying in the Umno Online web portal.

He said his party was not working to interfere with PKR’s internal affairs but to expose their “sandiwara” or stageplay.

“We don’t have to interfere so as to be trapped by their tactics,” Abd Shukor said.

The party’s aim was to point out what it terms as PR’s failure to live up to their pre-election promises over state development.

“This is part of Umno Selangor’s efforts to ensure Barisan Nasional succeeds in recapturing Selangor,” he said, adding the party would continue until the next general election.

The roadshow is scheduled to kick off this weekend in Selayang.

Zahrain and Zulkifli are among five lawmakers who exited PKR earlier this year. The former resigned while the latter was sacked for indiscipline.

The other PKR defectors are federal lawmakers Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) and Penang state assemblyman Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

04 July 2010

04th of JULY - SALAHUDDIN AL AYYUBI

Salam 2 all.

Pada tiap 04 Julai, Amerika akan merayakan hari kemerdekaan mereka. Ini berdasarkan sejarah kononnya perisytiharan kemerdekaan Amerika (Declaration of Independence) yang dibuat oleh Kongres Amerika pada 04 Julai 1776. Setiap tahun pada 04 Julai, rakyat Amerika meraikan kemerdekaan ini dengan pesta, bunga api, tarian dan persembahan. Dan ini adalah hari cuti umum bagi Amerika.

Namun bagi kita umat Islam, 04 Julai juga adalah tarikh keramat dalam sejarah moden Islam. Setelah seribu tahun lebih Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa berada dibawah pemerintahan Islam (sejak zaman Saidina 'Umar r.a), ia jatuh ke tangan kuffar pada tahun 1099. Setelah 88 tahun dibawah pemerintahan tentera salib, akhirnya muncul wira Islam moden Sultan Salahuddin Al Ayubi.

Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah seorang Kurdis yang dilahirkan di Tikrit daripada keluarga Najm Adden Ayyub (Tikrit adalah sebuah wilayah didalam Iraq sekarang, kebetulan tempat kelahiran Allahyarham Saddam Hussein). Nama sebenar Salahuddin ialah Yussuf bin Ayyub (1137-1193).

Sebenarnya, sejarah kegemilangan pembukaan semula Kota Baitul Maqdis dan pembebasan Masjidil Aqsa daripada kuffar salibiah oleh Sultan Salahuddin bermula pada 04 Julai 1187. Pada tarikh tersebut, Sultan Salahuddin bersama tenteranya (kebanyakannya umat islam Kurdish yang bergerak daripada Dimasyq/ Damsyik) telah bertempur dalam satu peperangan besar di Hattin, menentang tentera salib dibawah pemerintahan Guy de Lusignan dan Raymond of Tripoli. Sebelum pertempuran Hattin, Sultan Salahuddin telah berjaya merobohkan benteng pertahan tentera salib di Kota Kerak (Jordan) dibawah pemerintahan Raynold de Chatillon dan tentera The Templars.

Dalam pertempuran Hattin, Raynold dan Guy telah ditangkap oleh tentera Islam. Sultan Salahuddin sendiri telah memancung Raynald tetapi tidak menghukum Guy de Lasagna. Kejayaan menumpaskan tentera salib di Hattin pada 04 Julai 1187 telah mengubah haluan sejarah dan membuka peluang kepada Sultan Salahuddin untuk membebaskan Baitul Maqdis yang berjaya dibuka semula tiga bulan selepas itu iaitu pada 02 Oktober 1187. Bagi yang berminat dengan kisah ini, bolehlah menonton filem "The Kingdom of Heaven" lakunan Orlando Bloom dan Ghassan Massoud.

Oleh itu, apabila tiba tarikh 04 Julai, janganlah kita terikut-ikut nak mengingat hari kemerdekaan Amerika, Tetapi ingatlah kepada kejayaan Sultan Salahuddin Al Ayyubi memenangi pertempuran Hattin dan sekaligus berjaya membuka semula Kota Baitul Maqdis dan membebaskan Masjidil Aqsa.

Dan saya terkenang kata-kata Sultan Salahuddin semasa ditanya oleh seorang pegawainya, "ALLAH sentiasa bersama saya kerana saya sentiasa bersama ALLAH". Sultan Salahuddin seorang yang sangat bertaqwa, sangat takutkan ALLAH, dan sentiasa mendirikan solat malam. Tidak pernah merasa dirinya hebat, sentiasa bertawaddhuk serta zuhud, dan walaupun beliau sendiri bukan seorang agamawan ataupun ulama', tetapi sentiasa mengambil nasihat ulama' dan memastikan ulama' selalu disekelilingnya.

Dalam mencapai cita-cita memartabatkan Islam, Sultan Salahuddin langsung tidak berkompromi dengan mereka yang memperkudakan Islam. Malahan sebelum memulakan ekspedisi membuka Kota Baitulmaqdis, Sultan Salahuddin terlebih dahulu menghapuskan semua pemimpin dan pemerintah beragama Islam tetapi tidak hidup mengikut Islam. Dan Sultan Salahuddin cukup yakin dengan bantuan ALLAH, sebab itu beliau langsung tidak bersekongkol dengan mana-mana musuh Islam, apatah lagi dari golongan kuffar. Beliau yakin Islam boleh mencapai kejayaan dengan sendiri, sebagaimana Rasulullah boleh mencapai kejayaan dalam perang Badar tanpa bantuan kuffar walau senafas. Walaupun tidak pernah bersekongkol dengan kuffar, namun nama Sultan Salahuddin sangat dihormati dan digeruni di Barat, yang mengenali beliau dengan nama Saladin.

Sultan Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 04 Mac 1193 di Kota Damsyik. Apabila peti simpanan Salahuddin dibuka untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Sultan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Sultan Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyah, Damsyik merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal dan sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.

Alangkah baiknya jika dapat umat Islam mengambil iktibar daripada perjuangan Sultan Salahuddin Al Ayyubi ini

Yang baik dari ALLAH, yang tidak dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Rejab 1431
04 Julai 2010

*Gambar atas adalah wajah Sultan Salahuddin Al Ayyubi At Tikriti, sementara gambar kanan adalah Tugu Peringatan Sultan Salahuddin di tengah Kota Damsyik. Gambar bawah adalah Maqam Sultan Salahuddin yang terletak bersebelahan Masjid Ummaiyyah, Damsyik (yang didalamnya terletak kubor Nabi Yahya dan Maqam Saidina Hussein).

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sejarah ringkas Sultan Salahuddin Al Ayyubi

Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.

Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.

Pada 4 Julai 1187, Sultan Salahuddin Al Ayubi At-Tikriti bertempur dalam Pertempuran Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), raja negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.
Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam warna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.

Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.

MUHAMMAD QAYYIM


Salam 2 all.

Alhamdulillah rakan saya YB Abd. Aziz Kadir (Ketereh-PKR) telah memaklumkan kepada saya hasrat untuk mendapatkan Al Quran braille buat adik Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi (11 tahun). Adik Qayyim, lahir pada 07.09.1998 adalah seorang anak yang kurang upaya penglihatan menetap bersama ibubapanya saudara Sarimi dan Puan Rozan Mohamed di Lot 188, Kg. Talang Kadok, Jalan Kuala Krai, 16450 Kota Bharu (didalam Parlimen Ketereh).

Adik Qayyim ini seorang anak yang sangat istimewa. Beliau menjadi juara muazzin dalam beberapa pertandingan azan. Beliau juga adalah naib juara program realiti Adik-Adikku anjuran JAKIM dan RTM. Kehebatan adik Qayyim membaca al Quran dan mengalunkan azan sangat mengagumkan (bagi yang mahu mendengar alunan azan adik Qayyim sila dengar di Radio Klasik Nasional ataupun Kelantan FM). Bagi yang berminat dengan adik Qayyim, sila baca lapuran yang dikepil dibawah.

Alhamdulilah saya telah dapat memperolehi naskah Al Quran braille untuk dihadiahkan kepada adik Qayyim. Naskah tersebut telah saya serahkan kepada sahabat saya YB Abd. Azizl (gambar atas) semasa sidang Parlimen Khamis lepas 01.07.2010 untuk disampaikan kepada adik Qayyim di Ketereh.

Semoga sumbangan yang sedikit itu akan dapat membantu adik Qayyim untuk terus mendalami ilmu Al Quran, dan saya doakan moga adik Qayyim akan menjadi qari yang hebat, mungkin juga seorang ulama' yang tersohor dimasa akan datang. Membaca kisah adik Qayyim mengingatkan saya kepada cerita sahabat Nabi yang buat iaitu Abdullah ibnu Maktum r.a, yang juga seorang mu'azzin Nabi selain Bilal bin Rabbah r.a.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Zakaria daripada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Dato' Zamani dan JAKIM atas bantuan dan kerjasama yang diberikan. Buat makluman saudara/i, sekiranya ada sesiapa yang mahu memberi sumbangan kepada pihak PERTIS dan JAKIM untuk menerbit dan mencetak Al Quran Barille, atau ingin menaja mana-mana golongan kurang penglihatan mendapatkan Al Quran braille, boleh berbuat sedemikian dengan memberi sumbangan kos percetakan sebanyak RM200-00 (tidak termasuk kos hantaran) kepada PERTIS ataupun JAKIM. Buat pengetahuan semua, satu set lengkap Al Quran braille 30 juzu' mengandungi 6 naskah tiap set.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah menghubungi terus pihak PERTIS dialamat 134-1, Taman Seri Setapak, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.

Semoga ALLAH memberkati segala usaha dan 'amal kita yang tidak seberapa ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Rejab 1431
04 Julai 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Muhammad Qayyim kanak-kanak istimewa tunggal perdengar azan di radio

KOTA BHARU 31 Jan. - Jika sesekali terdengar azan berkumandang di stesen radio Kelantan FM dan Klasik Nasional yang seakan-akan bukan suara seorang dewasa, ia sebenarnya suara milik seorang kanak-kanak, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.

Muhammad Qayyim Nizar, 10, yang cacat penglihatan sejak lahir, mempunyai keistimewaan tersendiri mengalunkan azan dalam pelbagai lagu dengan begitu merdu.

Sejak masuk tahun satu di Kelas Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh di sini, anak kepada pasangan pendidik itu mampu menghafal semua jenis azan dengan hanya mendengarnya sekali imbas.

Dengan hanya sedikit panduan, Muhammad Qayyim mampu memperdengarkan azan sebagaimana lagu 'Husaini' iaitu azan di Masjidilharam Mekah dan lagu azan di Masjid Nabawi, Madinah.

Keistimewaannya itu disedari gurunya, Mahyuddin Mahmud dan mulai tahun 2005, dia dibawa untuk menyertai Pertandingan Azan Subuh kategori junior bermasalah penglihatan peringkat kebangsaan dan muncul sebagai naib johan.

Anak sulung daripada empat adik-beradik itu seterusnya menjuarai pertandingan azan peringkat kebangsaan berturut-turut pada tahun 2006 dan 2007 dan terpilih sebagai naib johan dalam tilawah al-Quran (2007).

''Berikutan kemenangannya itu, dia diberi penghormatan memperdengarkan azan di Klasik Nasional dan Kelantan FM selepas membuat rakaman November lalu.

''Saya difahamkan dia merupakan kanak-kanak tunggal di negara ini mendapat penghormatan itu,'' ujar Mahyuddin.

Sementara itu, Guru Besar SK Kampung Sireh, Muhammad Noor Sulaiman berkata, Muhammad Qayyim merupakan seorang daripada sembilan pelajar cacat penglihatan yang belajar dari tahun satu hingga enam di kelas pendidikan di sekolah tersebut.

''Kelas tersebut merupakan satu-satunya untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan di negeri ini, menyediakan pengajaran dan kaedah pembelajaran bacaan dan tulisan braille," katanya.

Pembelajaran lain yang diberikan termasuk orientasi dan mobiliti iaitu kaedah bergerak dan menggunakan tongkat bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri untuk berdikari.

Beliau memberitahu, mereka ditempatkan di kelas itu sehingga berumur 13 tahun dan sejak penubuhan kelas itu pada tahun 1999, seramai enam orang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan di Setapak, Kuala Lumpur.