28 June 2011

QAZAF AL JUBURI!

(Mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin pernah mendesak Anwar supaya letak jawatan dan berundur kerana masalah moral)

Salam 2 all.

Kalau PAS benar-benar ikhlas dan istiqomah dalam prinsip mengenai qazaf, maka PAS wajib menghukum pemimpin-pemimpin mereka dahulu dengan 80 kali sebatan. Kerana mereka terang-terang melakukan fitnah dan tuduhan liar terhadap manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Para pimpinan, penceramah, termasuk ustad-ustad PAS menuduh Anwar Ibrahim sebagai AL-JUBURI, tanpa bukti, tanpa 4 saksi, hanya dengan dakwaan daripada seorang punjabi tak berturban!

Buktinya. Pada 22.10.1997, mursyidul am Pakatan pembangkang, Karpal Singh, mendedahkan didalam Dewan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim pengamal homoseks, terlibat dengan kegiatan meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Tidak cukup dengan itu, Karpal mengulangi tuduhan itu semasa berceramah di Hotel Federal, Kuala Lumpur. YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), bekas Ketua Penerangan dan pimpinan kanan DAP pada masa itu mengakui beliau mendengar sendiri ucapan Karpal tersebut.

Karpal juga telah menemui beberapa orang pimpinan PAS. Karpal memberikan taklimat mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar Ibrahim, yang pada masa itu adalah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Kepimpinan PAS, termasuk para ustad dan agamawan PAS pada masa itu terus menghukum dan mengisytiharkan Anwar Ibrahim dengan pertuduhan Al Juburi. Satu dunia menjadi saksi melihat gelagat penceramah dan ustad-ustad PAS pada masa itu, tanpa segan-silu tanpa malu, membelasah Anwar Ibrahim dan menghukumnya sebagai Al Juburi. Dalam ceramah, dalam kuliah, dalam tazkirah, dalam himpunan dan dibanyak tempat..label Anwar Al Juburi bergema disegala pelosok negara pada masa itu, diiringi dengan lolongan takbeer dan derma jihad.

Teman tak pernah dengar masa itu kepimpinan, ulamak dan ustad-ustad PAS berkata tentang qazaf. Teman tak dengar langsung ustad-ustad PAS bercakap tentang fitnah. Teman tak dengar langsung pada masa itu ulamak-ulamak PAS berpatwa mengenai hudud qazaf dan lain-lain. Teman tak dengar langsung pemimpin PAS mendakwa kenyataan Karpal tidak cukup 4 persaksian. Teman tak dengar langsung muktamar PAS membuat resolusi dakwaan Karpal hanya sekadar "besi buruk" yang tidak boleh menjadi bahan pembuktian syariah. Teman tak dengar langsung usul untuk membahaskan dakwaan Karpal itu.

Malah PAS langsung tidak menyiasat, bertanya atau mendapatkan bukti. Hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, mereka secara membabi buta terus menghukum dan melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Juburi!!! Mereka tiada 4 saksi, mereka tidak ada bukti, mereka tidak ada apa-apa langsung!!!

Sekarang, berdepan dengan videoklip, berdepan dengan saksi mata iaitu Datuk Eskay yang ada ditempat kejadian, berdepan dengan pembuktian pakar dalam dan luarnegara akan kesahihan videoklip tersebut, berdepan dengan pengesahan DNA, berdepan dengan kengganan Wan Azizah dan Anwar menunjukkan jam Omega, dan terlalu banyak bukti dan keterangan; para ulama, ustad dan kepimpinan PAS bukan sahaja menolak secara membabi buta (sebab mereka tengok videoklip tu pun tak), malah mereka menjatuhkan hukuman qazaf dan mengisytiharkan ianya fitnah. Dalam kuliah, tazkirah, ceramah, sampai kerabat tangga mimbar Jumaat mereka menghukum qazaf semua orang; demi membela seorang manusia yang mereka sendiri isytihar sebagai Al Juburi beberapa tahun lepas!

Jadi, kalau hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, seorang kafir harbi yang bersedia mati daripada membenarkan PAS menubuhkan Negara Islam, ulamak, ustad dan kepimpinan PAS boleh menerimanya dan terus menghukum Anwar dengan label Al-Juburi tanpa sebarang keraguan, tanpa sebarang siasatan, tanpa sebarang bukti, malah tanpa sebarang saksi syarie', mengapa bukti persaksian Datuk Eskay, videoklip, jam Omega, DNA, keterangan pakar dan lain-lain tidak boleh diterima?

Persoalannya sekarang, mengapa dengan bukti saksi mata, videoklip, keterangan pakar, DNA, jam Omega dan lain-lain, tetiba keluar pulak patwa qazaf, hukum fitnah?!

Kesimpulannya mudah. Ini semua adalah retorik dan sandiwara politik semata-mata; dengan memperkudakan ayat Al Quran dan hukum-hakam agama. Begitulah tahap pelacuran politik yang boleh dilakukan manusia bila sudah menjadi politikus kalkatus yang rakus kerana ketaksuban dan ketamakan duniawi. Hingga kalimah ALLAH pun dijual, anak bini menjadi gadaian politik, perjuangan negara Islam pun ditongsampahkan hanya kerana takutkan seorang punjabi yang tak berturban! Mereka berubah makhluk menjadi kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Rumusannya, kalau PAS beriya-iya nak hukum qazaf dan fitnah dalam isu videoklip, jadi wajib PAS menghukum para kepimpinan, penceramah dan para ustad mereka yang menuduh Anwar dengan label Al Juburi tanpa 4 saksi, tanpa qarinah dan tanpa bukti menurut hukum syara'. Jika tidak, PAS akan dilihat sebagai tidak konsisten, tidak istiqomah; dan lebih bahaya, PAS akan dilihat sebagai pengamal politik double standard, hipokrit, dan memperkudakan agama hanya kerana habuan politik kepartian.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

26 Rejab 1432

28 Jun 2011

12 comments:

hanismalik said...

Menarik sekali.

Unknown said...

Jika kita berfikir berpandukan warna dan kumpulan inilah jadinya.............hilang lillah hitaala

arjuna said...

YB yang dihormati,
PAS mmg parti yang tiada pendirian dan ini menjadikan mereka amat mudah DIPERBODOHKAN oleh biaDAP dan PKR.
Teruskan perjuangan saudara dalam menyedarkan pemimpin PAS YANG MABUK KUASA!
Wassalam.

arjuna said...

Salam YB Zul,
Teruskan usaha saudara dalam memberi kesedaran kepada rakyat ttg keburukan pakatan pembangkang ni. PAS memang parti yg amat mudah DIPERBODOHKAN oleh biadap dan pkr.
Wassalam.

radio karat said...

salam YB sy memang setuju dengan ayat dan statement YB,terus bongkar kemungkaran sy percaya berani kerana benar takut kerana klip vedio dan saksi2 didepan mata
sekian

Pendekar Siber said...

Salam,

Saya ingin mengulas tentang perenggan 'Malah PAS langsung tidak menyiasat, bertanya atau mendapatkan bukti. (Berkenaan tentang isu liwat 98).

Difahamkan bahawa PAS melalui Mat Sabu telah menemui UMMI HAFILDA ALI dan bertanya tentang isu LIWAT 98 Anwar Ibrahim secara terperinci.

Di dalam pertemuan itu, Ummi Hafilda telah menceritakan segala-galanya mengenai kegiatan seks Anwar Ibrahim. Malangnya maklumat tersebut telah dijadikan modal untuk menghentam Kerajaan di Parlimen dan juga melabelkan Anwar dengan gelaran Al-Sheikh Al-Juburi.

Ummi Hafilda ada menyatakan tentang perkara ini semasa siri ceramah yang dihadiri oleh beliau. Mohon tuan semak tentang perkara ini.

Sila layari www.pendekarberapi.blogspot.com

Sekian, terima kasih.

wk said...

Saudara Zulkifli Bin Nordin,

Saya teruja bila membaca artikel2 saudara,saya sangat2 berharap supaya saudara teruskan dengan artikel2 saudara demi menegakkan kebenaran yang sebenar benarnya.

anod said...

terima kasih utk penerangan yg mudah dan tepat.

KZSO said...

Salam, Kepimpinan pas (dulu perjuangkan Daulah Islamiah tapi skrg negara berkebajikan) tahu ttg kegiatan anwar rentetan pertemuan mat sabu dan beberapa rakan beliau dengan ummi hafilda dan azizan...(dari sesi ceramah ummi hafilda tempoh hari)

warisatulikhlas2011 said...

Salam ukhwah.
PAS memang tak konsisten dari dulu lagi. PAS selaku parti politik tak pernah didik masyarakat biasa rancangan mereka secara detail kalau dapat kuasa. Modal PAS hanya hentam dan bangkang UMNO-BN.
Which brings us to UMNO.
Sebutlah keburukan Anwar macam mana sekalipun, masyarakat akan tetap pangkah PKR dan PAS. Hati mereka dan bulat dan resolute bukan sebab PKR kuat atau PAS consistent atau Anwar pemimpin anugerah Tuhan. Mereka pangkah sebab UMNO LEMAH!!

Mungkin mereka tak nampak atau buat tak nampak apa akan jadi kepada umat Melayu Islam di bawah pemerintahan DAP, tapi saya kata faktor UMNO lemah adalah hakiki yang sukar ditelan.

UMNO tidak belajar daripada PRU12. Kepimpinan UMNO masih ditakuk lama dan kewibawaan pemimpin bahagian dan cawangan berbanding dengan golongan cerdik pandai dan profesional yang mengungguli PAS is an embarrassment. Penglibatan kepimpinan UMNO bahagian dan cawangan dengan aktiviti masjid-masjid di kejiranan-kejiranan Melayu Muslim ditahap terlalu rendah. UMNO dah tak faham psyche org Melayu Muslim.

Macam mana nak menang pilihanraya utk kalahkan biaDAP and DAPigs. Inilah hakikat yang sukar ditelan.

UMNO wajib bangun dan tinggalkan paradigma masa lampau dan segera berubah.

Wallahu alam.

Abd Razak said...

dalam dewan rakyat,ahli parlimen bebas untuk memfitnah dan mencaci dan diberi kekebalan dari tindakan undang2,pernah kah kita terfikir?
apa kah kekebalan ini juga diberi oleh allah?..tak terfikir kah wakil rakyat dari PAS yang sering dok memfitnah .ada kah allah memberi kekebalan pada PAS.

harap serban saja besar tapi kepala otak kecik

capt razak

Syed said...

Aslkum, Ustaz/YB Zulkifli Noordin. Pd pendapat saya, sblm wujudnya pakatan rakyat, PAS begitu sombong dgn mengatakan UMNO ini bkerjasama dgn kafir, tak amal hukum hudud, sembelihan org UMNO/BN/kerajaan tidak halal, malah tidak mahu sembhyang jemaah bersma org2 yg mereka fikir adalah penyokong UMNO/BN/kerajaan. Kegiatan mereka ini telah berjaya memecah-belahkan bkn sahaja keharmonian masyarakat malah hbgn baik antara keluarga. Sekarang saya rasa Allah telah membalas perangai buruk mereka & direndah2kan darjat mereka serendah-rendahnya.