16 June 2011

ULAMAK KARTUN?

(Memperkartunkan agamawan yang memperkartunkan diri mereka)

Salam 2 all.

Semasa Presiden PAS membuat kenyataan didalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 57 beliau menyatakan videoklip yang membabitkan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana "dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi". Ucapan itu disambut dengan takbeer dan laungan menyokong oleh kaum yang menyokong. Langusng tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan "Amanat Baru Haji Hadi" itu!

Tetiba bila saudara Miko melakar kenyataan itu dalam bentuk kartun dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, tetiba muncul jaguh-jaguh kampung bertempik menuntut kartun itu ditarik balik, ianya menghina Islam kata mereka. Malah ada yang mintak supaya Miko dan Utusan bertaubat. Yang DiPertua Persatuan Ulama', yang juga rakan baik Anwar Ibrahim, turut tumpang sekaki mendesak pelukis kartun dan akhbar Utusan dikenakan pertuduhan jenayah kerana menghina Islam kononnya!

Padanlah ALLAH swt mengingatkan kita didalam suraf Al A'raf:175-176, akan ada dikalangan mereka yang diberikan 'ilmu dan pengetahuan kitab (saperti para 'ilmuan dan agamawan), namun mereka bermati-matian cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka ALLAH swt umpamakan mereka saperti "Al-Kalb - Anjing-Anjing"!!! Dan ALLAH swt menutup ayat tersebut dengan "sampaikanlah kepada mereka supaya mereka berfikir"!!! Dan inilah yang teman lakukan, teman nak sampaikan kepada mike semua yop akan peringatan ALLAH swt itu!!! Supaya nanti depan ALLAH swt teman tidak ditanya adakah kamu telah menyampaikan, dan supaya mike besok depan ALLAH swt tidak boleh menjawab "kami tak tau!!!".

Khusus kepada para agamawan dan ustadwan yang memekik ini, teman nasihatkan janganlah kerana ketaksuban kepada Anwar menyebabkan pertimbangan 'ilmu yang dianugerah ALLAH menjadi celaru, kelabu dan mengubah kita menjadi kalkatu. Jadilah agamawan, ustadwan dan 'ilmuan yang benar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kalau kartun lakaran Miko itu menyentuh qalbu, sepatutnya kenyataan Ustadz Hadi juga lebih-lebih lagi; kerana Miko tak pakai serban, Ustadz Hadi pemimpin sebuah parti yang berpentaskan Islam!

Kepada jaguh-jaguh kampung yang tetiba bangkit nak berjihad kerana kartun ini, cermin-cerminlah muka tu dulu. Cuba mike pikio sikit yop, apakah perlakuan dan perbuatan yang mike dok buat selama ini tidak menghina Islam, menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, dan sebenarnya menghina diri sendiri!

1. mike meredhai penyalahgunaan kalimah ALLAH untuk dicemari oleh segelintir Kristian, dengan alasan kristian juga berhak menggunakan nama ALLAH walaupun dalam bentuk syirik dengan fahaman triniti. Kristian ini dipanggil kafir oleh ALLAH yop. Mike tau pasal apa, pasal mereka menolak ALLAH Yang Satu, sebaliknya mempercayai Tuhan itu dalam bentuk triniti. Bukan sahaja mike meredhai kristian mensyirikkan kalimah ALLAH, mike putar habis ayat Quran hadis Nabi saw untuk menghalalkan kekufuran itu. Dan yang lebih teruk, mike maki hamun pejuang dan pembela Islam yang mempertahankan kalimah ALLAH ini. Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

2. mike meredhai tuntutan seorang kafir harbi supaya perjuangan negara Islam dihapuskan, dan dia beri amaran "langkah mayat dia dulu" kalau nak buat negara Islam. Belum pun sikafir harbi ni mati, mike semua mematikan perjuangan negara Islam mike. Dan mike hina ALLAH dan Rasulullah saw dengan mendakwa rupa-rupanya dalam Al Quran tak ada sebut tentang Negara Islam. Mike hina kawan mike sendiri Almarhum Ustadz Ibrahim Libya yang mike fatwakan mati syahid kerana memperjuangkan negara Islam. Mike hina ulama' besar Dato' Dr. Haron Din yang bersusah payah menulis kitab "Ciri-Ciri Negara Islam". Hari ini mike nak kata kartun tu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

3. mike meredhai murtadnya seorang rakan sekutu Nor Azman Beginda, calon pilihanraya DUN Sarawak dari PKR. Bukan sahaja murtad, dia benarkan anak dia membawa sosej babi kesekolah. Bukan sahaja mike tetiba menjadi syaitan bisu yang langsung tak bercakap, pejuang Islam yang menegur kemungkaran itu mike maki hamun, sampai ada yang diancam! Kalu dulu mike akan melompat lebih dulu dari teman sambil cabut pedang mengisytihar jihad fisabilillah kepada mereka yang murtad. Hari ni mike dah jadi tak lebih macam tepong custard. Dan hari ni mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

4. mike meredhai orang yang menganut aqidah pluralisma. Terang-terang mereka kata "semua agama sama, menuju kearah yang sama". Sedangkan mike semua diberi 'ilmu oleh ALLAH, agama Islam itu haq dan benar, dimenangkan atas agama lain, walau kafir musyrik tidak suka. ALLAH tegaskan Islam untuk kita, kafir untuk kafir. Tetapi tetiba mike jadi syaitan bisu bila rakan sekutu mike mengisytiharkan ALLAH milik semua orang, samada dalam bentuk Esa atau dalam bentuk Triniti. Bahawa semua agama itu sama. Dan hari ni mike nak kata kartun itu tidak Islamik! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

5. mike meredhai seorang penentang Islam menjadi pemimpin mike untuk mengadakan himpunan haram. Orang yang mike sendiri lawan dahulu; orang yang menjuarai IFC, orang yang menyokong murtadnya Lina Joy, orang yang menghina Islam dengan forum "Masuk Islam". Dulu mike bersama teman sebaris dihadapan Majlis Peguam menentang. Dulu mike satu saf dengan teman di Masjid Wilayah dalam Himpunan Sejuta Umat menentang murtadnya Lina Joy. Mike rempuh forum IFC sehingga ada diantara mike masuk penjara. Mike isytihar jihad memerangi Majlis Peguam. Hari ini mike angkat kaum itu sebagai ketua mike untuk berhimpun secara haram. Dan mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

6. mike menentang fahaman syi'ah. Mike umum bahawa orang yang berfahaman syi'ah ini kafir, sesat. Malah semasa teman memuji Presiden Ahmadinejad dari Iran sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang berani berhadapan dengan Amerika/ Yahudi dan kafir Barat la'natullah, mike marah teman dan suruh teman kaji semula pendirian. Tetiba mike mengangkat kalangan idola syiah sebagai pemimpin. Mike kompangkan inilah pemimpin-pejuang yang menjadi "kabinet perang" ke Putrajaya. Mike telan habis apa yang mike ludahkan selama ini. Tetiba kartun itu mike fatwakan menghina Islam!Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

7. mike bertakbir jihad bila isu videoklip VK Lingam meletus. Mike desak VK Lingam dihukum. Bila Rahim Thamby Chik dituduh berzina dengan budak bawah umur, mike tanpa sebarang keraguan, dan belum pun ada bukti, mengisytiharkan Rahim Thamby Chik wajib dihukum. Bila muncul videoklip Chua Soi Lek, mike tanpa sebarang keraguan mengisytiharkan Chua Soi Lek wajib letak jawatan, dan dihukum. Bile si Balasubramaniam buat SD dengan bayaran RM5-00 tu memfitnah PM berkaitan Altantuya, mike terus hunus pedang menghukum PM.

Tapi bila Saiful Bukhori Azlan mengadu dirogol liwat, tanpa sedikit keraguan, tanpa bertanya Saiful dan tanpa menyiasat, terus mike hukum qazaf keatas Saiful, mike tuntut dia disebat 80 kali. Dan tetiba bila muncul videoklip manusia yang mike taqsubkan, siap dengan jam Omega dan saksi yang turut bersama; terus mike fatwakan videoklip itu besi, tidak boleh jadi saksi. Mike terus fatwakan ini isu qazaf, mike putar habis dalam kuliah, tazkirah dan khutbah bahawa ini fitnah kabeer! Malah hingga mike fatwa wanita kena rogol, mangsa liwat jugak kena bawak 4 orang saksi. Tetiba bila kartun itu melakar-kartunkan apa yang mike fatwakan; mike kata ia menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

Teman nak tutup yop dengan peringatan ALLAH didalam surah Yaasin (7-10) sebagai peringatan untuk teman dan semua umat Islam yang masih ada sedikit keimanan:

"Demi sesungguhnya telah pasti berlaku ketentuan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mempercayai. Sesungguhnya kami telah memasang belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, sehingga mereka tertengadah keatas. Kami jadikan (ketaqsuban mereka kepada dunia, habuan dan pangkat) sebagai dinding penghalang dihadapan, dibelakang mereka, dan Kami tutup mata mereka, sehingga mereka menjadi buta tidak melihat. Sama sahaja bagi mereka, samada kamu berikan peringatan atau tidak, mereka tetap tidak akan menerima kebenaran (dan mempercayainya serta beriman)".

Dibulan Rejab penuh sejarah, dari Isro' wal Mi'raj sehingga pembukaan Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin, teman mengajak diri teman dan mike semua supaya bertaubat dan beristghfarlah kepada ALLAH, pohonlah petunjuk dan hidayah, mohonlah keredhaan dan keberkatan, dan mohonlah dimasukkan kedalam golongan yang beriman. Jadikanlah peristiwa gerhana bulan pagi tadi sebagai pengajaran, jangan sehingga perjuangan kita untuk Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah juga digerhanakan ALLAH swt.

Janganlah kita ni muncul sekadar menjadi mujahiddin dan ulama' kartun je yop!!! Sebenarnya mike yamg telah menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, DAN mike juga sebenarnya telah memperkartunkan diri sendiri yop! Jadi bila orang memperkartunkan sikap kartun mike, janganlah marah yop. Sebab sebenarnya, hakikatnya, memang mike telah memperkartunkan agama dan diri mike sendiri!

Mereka sekadar melakarkannya kekartunan perangai mike tu sebagai peringatan kepada mike. Ambillah itu sebagai peringatan untuk menyedarkan diri daripada kesesatan yang mungkin kita lakukan. Sepatutnya mike semua bersyukur masih ada lagi dikalangan umat yang mahu menegur, dan ALLAH swt masih memberi peluang dengan peringatan demi peringatan. Yang baik itu dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Rejab 1432
16 Jun 2011

29 comments:

Panglima Harimau said...

Mantap la kupasan YB..
Memang tersentap la puak Parti Ajaran Sesat (PAS) ni..
Kih kih kih

bg_dd said...

allah hu akbar
harap dapat bukakan minda org yg taksub tu semua. hina islam dimalaysia dek pas.

abraz966 said...

MANTAP. insyaALLAH,Tuan akan di berikan kebaikan yang pasti akan tiba.

Anonymous said...

kupasan yang menarik & boleh membuka minda umat Islam di negara ini, teruskan menegak kebenaran...

ariff said...

alhamdulilah...
semoga tulisan ini dapat melenyenyap kan sikap kartun yang ada pada mereka-mereka ,
dan menjadikan mereka-mereka kembali kejalan yang lurus.
amin...

Mr Beb said...

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Reb@k said...

saya setuju

Hasanan Mohd Hidir said...

Tahniah YB, teruskan usaha murni YB. Semoga Allah membuka hati kepada mereka yang mempermainkan agama Allah.

anak bukit besi said...

Kena selamatkan Ummat Islam kat tanahair ni ustaz....dah ramai terbelenggu dgn pembawakan huru hara puak2 Pas ni....segelintirnya.

PUU said...

bagus ler mike.. semoga mike diampuni Allah

Unknown said...

baru tau kisah ni

Awang said...

As Salam saudara Zulkifli. Ada Hadis yg menyuruh umat Islam belajar memanah, berkuda dan berenang. Kalau setakat ini saja yg kita ajarkan kepada anak2 kita, terutamanya bab memanah, agaknya macam mana kita nak berlawan dengan mereka yg menggunakan pistol dan bom. Jadi pada pandangan saya, 4 saksi Qazaf mungkin dapat diperbincangan oleh yg berkenaan (pakar Islam),bahawa pada zaman sekarang 4 bukti yg cukup kuat seperti 1) DNA 2) Video 3) Akuan drp yg terlibat (selagi siuman) 4) Barangan dr tempat kejadian seperti peluru, jam tangan dan lain-lain lagi. Mungkin ada orang jahat yang berselindung dan mendapat perlindungan di dunia ini drp Qazaf (yang menggunakan 4 orang saksi) selama ini. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Tiger Mizie said...

Kita berada diakhir zaman. Ulamak yg kita harapkan dah bertukar jadi FULAMAK..
Sedih dan kesal. Agama dilacurkan utk politik. Takkira pembangkang atau pemerintah.. banyak sgt yg dah jadi bangang.
Jika ada mangsa rogol atau diliwat atau dituduh merogol atau meliwat tetapi ada bukti video.. FULAMAK ini tanggung lah dosa.
Saya teringin nak tanya apa hukum yg mereka akan katakan untuk menonton video lucah? Salah atau tidak salah?? Kerana pemain video itu besi juga, mana kala cd itu plastik. So mcmana??? Lepas nie ramailah yg dirogol atau berzina. RUGINYA Airil Peterporn takde kat Malaysia.. kalau ada selamat dah dia dari disalahkan.. sebabnya TELEFON ITU BESI.

Tiger Mizie

hasrul1904 said...

salam yb terima kasih dats penyelasan yb..moga2 kita deberkati dan dberi pertunjuk oleh NYA :)

hatasinchi said...

Bagus artikel nie! Biar sedor sket kartun2 dalam PAS tuh!

face said...

saya suka ini

Mat UMNO said...

Syabas YB! Saya amat suka dengan pandangan YB. Apa yang dikatakan oleh YB amat tepat dan jelas...yang hairan, kenapa orang Melayu masih buta dan pekak? Apakah ketaksuban mereka membuat mereka bodoh dan tolol?

Binatang seperti Anwar, Karpal, Kit Siang, Guan Eng, Khalid dan Azmin patut dihukum tembak aje...

Malaysia ni boleh jadi aman dan makmur tanpa mereka...Mereka ni bukan nak menyatukan rakyat, malah lebih cenderung untuk menjahanamkan negara untuk kepentingan politik masing-masing...

Kepada penyokong PAS...buka leah mata...dimana perjuangan membentuk negara Islam? Mungkin Hadi dan Nik Aziz sudah diliwat oleh Anwar dan Karpal.....

Jangan ada pertumpahan darah sesama Melayu....

Life said...

boleh ubah tlis dlm bahasa universal (bm yg semua paham) x? thx

MOHD FAIRUL A BAKAR said...

Terima kasih atas artikel ini

Wan Suhail said...

padu!!!

WARISAN said...

Salam, Saya bersetuju apa yang ditulis oleh Saudara, saya sedih dengan perjuangan PAS, dari dulu lagi ada Amanat Haji Hadi, pengikutnya telan bulat-bulat apa yang difatwanya, habis orang UMNO dikafirkan mereka, sekolah TASKA PAS mengajar anak-anak kecil membenci pemimpin terutama PM, sekarang Allah telah membuka minda kita tentang apa yang dilakukan mereka yang makin aku rasa tersesat jauh,

Wan said...

Bagi sy lakaran kartun tersebut tidak menghina Islam.Tetapi,yg menghina Islam ialah ahli politik yang bertopengkan ulama yang sewenang-wenangnya membuat fatwa berlandaskan kepentingan politik mereka sendiri.Oleh itu,politik harus diasingkan daripada agama kerana mencampur adukkan urusan politik dalam agama akan mencemarkan kesucian agama itu sendiri.

Meooo Comicore Club said...

slm bro...

bukan kartunis miko...

kartunis miki... huhuhu

ayamtua said...

arap2 terbukak la sikit kepala hotak org yang diperbodohkan selama ni...

HBB said...

alhamdulillah...jika mereka baca ini dgn hati yang terbuka, insyaallah dapatlah hidayah dariNya. Jgn bersedih jika mereka abaikan... teruskan perjuangan anda sdra zulkifli nordin. semoga kita semua mndpt keredhaanNya. amin

Fahmi Amin said...

saya pernah bertanya kpd rakan saya (penyokong PAS) berkenaan kerjasama mereka dalam PR..
Saya : awat sokong sangat PAS ni?

kAWAN : sebab depa perjuangkan Islam?

Saya : Dah tu,awat p dok dalam PR? DAP tu kan terus terang dah tentang Islam..

Kawan : Jangan dok pening2.Sokong ja hat perjuangkan Islam..ni kita namakan konsep Tahaluf siyasi dalam Islam...

hasil kesimpulan saya,orang2 PAS sendiri main hentam ajaran Islam demi kuasa.entAh2 kawan saya tu sendiri x pernah faham konsep sebenar tahaluf siyasi tu

CIKGU SUHASNI said...

deme dah lupe islam..deme dok kire berape kerusi nak letak, sape nak jadi calon, sape nak jd MB..PM deme dah tolak dah yop...

islam bagi deme ni mcm 'buah catur' jer..kene bagi makan satu sbb nak makan yg buah lagi satu...

Insyaallah..Allah swt akan terus meletakkan kebenaran Islam bersama2 kerajaan UMNO/BN kerana deme dah tolak islam..

Nauzubillah...

tashakuriwa said...

Saya seperti mahu menangis mengenangkan betapa jahilnya mereka yg telah saudara Zul sebutkan td...Benarlah seperti yg telah diceritakan bahawa, pada akhir zaman nnti, akan bertebaranlah manusia merebut kenikmatan dunia dan yg akhirnya membutakan mereka atas usaha akhirat. terima kasih atas tulisan saudara yg sangat bernas dan membuka minda.tq

anak kel said...

memang tepat sekali.apa kata pok nik ajis wali selipau.