Kemuncak kemungkaran gelombang agama baru hak asasi tanpa batas ialah bila kalimah Allah juga dijadikan bahan percaturan sehingga ada yang mengaku pejuang Islam tumbang didalam kesyirikan terhadap Allah semata-mata kerana mengejar habuan dunia yang terlalu sedikit,na'uzubillah min zalik!
Salam 2 all.
Saya menyokong penuh ucapan YAB PM dalam perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke 75 di Kuantan semalam yang mendedahkan tentang gejala hak asasi tanpa batas yang kini muncul seperti agama baru yang melanda dunia.
Rasulullah saw bersabda, 'kelak akan datang atas umatku suatu masa dimana seseorang dihadapkan dengan dua pilihan antara kelemahan (iaitu diboikot, diasingkan, dimaki hamun, dijauhi orang) dan kemaksiatan (kejahatan, pencabulan, pengkhianatan, dan sebagainya). Barangsiapa berada dizaman itu, hendaklah ia memilih kelemahan dan meninggalkan kemaksiatan'.
Riwayat Hakim
Sebenarnya kita sudah pun berada di zaman fitnah itu. Hari ini kalau bercakap tentang kebebasan tanpa batas, seks bebas tanpa batas, seks songsang, perkahwinan songsang sama jenis, hidup macam tidak bertuhan maka akan disanjung dan diangkat sebagai pejuang hak asasi kemanusiaan; malah akan diangkat dan dinobatkan sebagai pemimpin!
Tetapi kalau kita mahu hidup mengikut syariat agama, melarang seks bebas, mengharamkan seks songsang, menghukum seks luar tabie, menghalang kahwin sesama jenis; kita akan dianggap kolot, dituduh extremis, dilabel sebagai makhluk zaman batu dan macam-macam lagi.
Kita sedang berdepan dengan gelombang songsang agama baru yang dipanggil hak asasi kemanusiaan tanpa batas - humanrightisma!
Kemuncak kepada kemungkaran agama baru
ini ialah pencabulan terhadap kalimah Allah yang maha dahsyat - kalimah
Allah nak disamakan dengan fahaman syirik ketuhanan. Dan yang paling malang, ada dikalangan umat Islam sendiri yang menjadi buta dan menyokong kemungkaran kabir ini hanya demi habuan duniawi yang terlalu sedikit.
Rasulullah saw bersabda dalam keadaan itu, pilihlah kelemahan walaupun memilih sedemikian akan menyebabkan kita diboikot, dimaki hamun, diherdik sebagai pelampau dan extremis; pendekkata hidup kita seperti mengenggam bara api, dan kita akan hidup terasing.
Tetapi yakinlah pilihan kelemahan itulah yang tepat. Dan kita akan menjadi golongan muflihun - kaum yang menang!
Apa pun, tahniah kepada Dato' Sri Najib atas keberanian mendedahkan gelombang songsang dan sesat ini. Semoga Allah memberikan kekuatan, quwwah & istiqomah kepada beliau dan Kerajaan Malaysia dalam menentang kemungkaran besar ini.
Amin ya rabbal 'aalamin!
Wallahua'lam dan wassalam.
Adios amigos, graisas senor!
Rabu
14 Rejab 1435
14 Mei 2014
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sumber daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140514/dn_11/Islam-berdepan-ancaman-ihumanrightismei bertarikh 14 Rejab 1435/ 14 Mei 2014
Islam berdepan ancaman humanrightisme
KUANTAN 13 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam kini
berdepan dengan satu bentuk ancaman serangan baharu yang begitu agresif
iaitu pemikiran dan fahaman humanrightisme.
Perdana Menteri berkata, fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu
cabang agama baharu yang amat pesat berkembang di dalam dan luar
negara.
Menurutnya, rencah utama fahaman tersebut adalah berasaskan pemikiran humanisme dan sekularisme serta liberalisme.
Fahaman ini bersifat songsang, apabila mengagungkan kehendak dan
nafsu manusia semata-mata serta menolak sebarang sistem nilai yang
merangkumi normal agama dan adab susila.
Mereka melakukan segalanya ini di atas satu balutan indah yang
diumpani dengan istilah kononnya atas dasar memperjuangkan hak-hak asasi
manusia," katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Tilawah
al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad
Shah di sini malam ini.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor;
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pada majlis tersebut, tiga qari dan qariah jemputan yang pernah
memenangi tilawah tersebut memperdengarkan bacaan masing-masing.
Mereka ialah Datuk Abdul Hak @ Abdul Ghani Abdullah, Datuk Ahmad Faizol Ghazali dan Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.
Najib berkata, sebagai sebuah negara Islam yang memartabatkan maqasid
syariah, sudah tentu umat Islam amat menitikberatkan kemaslahatan dan
kebajikan setiap insan tanpa mengira warna kulit, bahasa mahupun agama.
Pemahaman hak asasi manusia yang ekstrem dan tidak mempunyai batas
diwasatiyyahkan dengan kerangka undang-undang, Perlembagaan dan nilai
budaya bangsa," ujarnya.
Beliau berkata, hari ini dengan cabaran globalisasi dunia tanpa
sempadan, pemikiran songsang di sisi Islam seperti pluralisme dan
liberalisme cuba dicerna dan disebarkan dengan mengaitkan kesucian
agama Islam.
Hakikatnya kata Najib, pemikiran sesat itu merupakan ancaman yang sangat berbahaya kepada akidah dan syariat Islam sendiri.
Sudah tentu kita sama sekali tidak akan reda dengan sebarang
tuntutan supaya hak untuk murtad daripada Islam diberikan atau hak umat
Islam melaksanakan ajaran Islam melalui mahkamah syariah dinafikan,
mahupun sebarang perilaku songsang lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) diperakui dan dihalalkan," ujarnya.
Menurut Najib, tuntutan al-Quran yang dibawa oleh wahyu suci telah
memerdekakan manusia daripada pemikiran dan kegelapan jahiliah kepada
cahaya keimanan serta kemuliaan insan.
Sebagai umat Islam kita harus berusaha memahami al-Quran mengikut
pemahaman Nabi Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dan
ketakwaan hanya kerana Allah SWT serta persaudaraan erat sesama Islam,"
ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140514/dn_11/Islam-berdepan-ancaman-ihumanrightismei#ixzz31gEbjDyK
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment