Ah Foo, itu kelusi Kitua Mentili nanti mau kasi sama lu punyia cucu kah? Aya Ah Cheng, lu luluk liam-liam ma, nanti wa kasi atur tengok apa maciam? |
Salam 2 all.
Sahih DAP adalah Daddy-Anak-Party!
Lim Guan Eng anak lelaki Lim Kit Siang merangkap Setiausaha Agong DAP (jawatan yang dipegang oleh bapaknya Lim Kit Siang dahulu) telah mengumumkan pencalonan Ramkarpal Singh anak lelaki Karpal Singh sebagai calon DAP bagi PRK
Bukit Gelugor yang dijadualkan pada 25.05.2014 ini.
Tanpa sebarang niat mempertikai mendiang Karpal Singh sebagai tokoh hebat DAP, atau mempertikai Ramkarpal Singh sebagai pewaris pusaka mendiang Karpal; pada saya pencalonan Ramkarpal Singh sebagai calon PRK Bkt Gelugor adalah bukti jelas pembangkang termasuk DAP adalah pengamal politik warisan keluarga.
PARTI ANAK BERANAK
Kita melihat dalam PKR sendiri bagaimana bapak, ibu dan anak memegang jawatan utama parti. Mana ada dalam dunia ini Bapak jadi Ketum - Ketua Umum, Mak jadi Presiden, anak jadi Naib Presiden? Saya ingat Presiden Mugabe di Zimbabwe pun tak jadikan jawatan parti dan kerajaan sebagai warisan keluarga.
Malah dalam PRK Kajang terbukti amalan politik anak-beranak dalam PKR apabila
penamaan Anwar sebagai bakal calon diserah-ganti pula kepada isterinya Wan Azizah setelah dia disabitkan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat pembantunya Saiful.
Begitu juga didalam DAP dimana jawatan Setiausaha Agong DAP yang berpuluh tahun dipegang oleh Lim Kit Siang diperturunkan pula kepada anaknya Lim Guan Eng.
Adakah nanti jawatan Setiausaha Agong, kerusi Parlimen Bagan dan kerusi Parlimen Gelang Patah akan diwariskan kepada cucu Lim kit Siang pula?
PENGHINAAN KEPADA AHLI
Kini kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang oleh mendiang Karpal Singh selama dua penggal diperturunkan pula kepada anaknya Ramkarpal Singh!
Pada saya, amalan demokrasi warisan keluarga ini satu penghinaan kepada ahli DAP dan PKR. Seolah-olah DAP dan PKR sudah ketandusan kepimpinan pelapis sehingga terpaksa jawatan dan kedudukan dalam parti dijadikan warisan pusaka anak-beranak pemimpin sedia-ada.
Begitu juga pengekalan Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR dalam satu licik-politik yang menyaksikan ura-ura Azmin Ali untuk mencabar jawatan Presiden terbantut adalah jelas satu penghinaan kepada ahli PKR yang mahukan satu transformasi politik daripada kongkongan kekeluargaan Anwar kepada demokrasi tulin akar umbi.
Kekangan solid-grip kekeluargaan Anwar dalam PKR yang jelas sehingga memaksa Azmin Ali mengeluarkan kenyataan bahawa PKR bukan milik Anwar dan adalah sangat perlu bagi ahli PKR melangkau keluar daripada bayangan Anwar! Satu kenyataan yang menunjukkan kematangan berpolitik daripada Azmin yang telah di check-mate oleh mainan licik-politik Anwar.
KETANDUSAN PEMIMPIN PELAPIS
Malahan, amalan politik
anak-beranak ini membuktikan bahawa kepimpinan DAP-PKR ini seolah-olah
tidak mempercayai kebolehan ahli-ahli lain. Malah pada saya ianya satu
penghinaan kepada pengorbanan dan komitmen ahli-ahli lain.
Sudah tentu dikalangan ahli DAP dan PKR kini tertanya-tertanya, adakah kriteria untuk menjadi pemimpin dan menduduki jawatan utama parti perlu ada nilai-tambah politik; iaitu mesti ada Bin Anwar, atau pun Anak Lelaki Kitsiang?
PENGHINAAN KEPADA PENGUNDI DAN RAKYAT?
Malahan bagi saya, pemilihan
Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh sebagai calon bagi PRK Bkt. Gelugor
adalah satu penghinaan kepada pengundi Bkt Gelugor khasnya dan rakyat
Malaysia amnya. Seolah-olah kerusi Parlimen dan jawatan amanah untuk
menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat dijadikan warisan pusaka
anak-beranak bagi kepimpinan pembangkang ini.
Saya berharap pengundi di Bukit Gelugor khasnya dan rakyat Malaysia amnya akan membuka mata melihat gelagat politik pembangkang terutama DAP-PKR ini dan memberi mesej jelas rakyat menolak politik warisan keluarga ini dengan menolak mereka dalam PRK Bkt Gelugor nanti.
CALON TAK-SAH
Satu perkara yang ingin saya sentuh disini ialah kesahihan pencalonan Rampkarpal Singh sebagai calon mewakili parti DAP bagi PRK Bkt. Gelugor.
Adakah sebarang watikah calon yang akan dikeluarkan oleh DAP atas nama Setiausaha Agong Lim Guan Eng sah dan boleh diterima oleh Pegawai Pilihanraya Bkt Gelugor? Bolehkah nanti Ramkarpal Singh bertanding atas lambang dan logo DAP?
Ini adalah kerana Pendaftar Pertubuhan - ROS - telah mengeluarkan notis kepada DAP memaklumkan pemilihan CEC DAP adalah tidak sah dan tidak diiktiraf kerana aduan sebahagian ahli DAP yang mempertikai keabsahan proses pemilihan dan pengundian CEC DAP dalam Perhimpunan Khas yang diadakan.
Berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh ROS itu, maka kedudukan semua anggota CEC adalah tidak sah, termasuk kedudukan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agong. Dalam keadaan itu, Lim Guan Eng tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan atau menandatangani watikah calon bagi Ramkarpal Singh untuk bertanding sebagai calon DAP bagi PRK Bkt. Gelugor.
Sekiranya mereka berdegil, ada kemungkinan kertas penamaan calon Ramkarpal Singh nanti akan dtolak oleh Pegawai Pilihanraya Bkt. Gelugor!
Saya sarankan kepada mana-mana calon yang akan bertanding menentang Ramkarpal Singh supaya mengemukakan bantahan bertulis kepada Pegawai Pilihanraya semasa proses penamaan calon 13 Mei ini. Silap-silap menang tanpa bertanding yop!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkfli Noordin
Sabtu
10 Rejab 1435
10 Mei 2014
Sabtu
10 Rejab 1435
10 Mei 2014
No comments:
Post a Comment