Pada 16.02.2014 di Holy
Family Chruch, Kajang,
Anwar menyatakan tiada
halangan untuk
Kristian mengguna-pakai
kalimah Allah! Na’uzubillah
|
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Tahniah kepada Tuanku Baginda Sultan Brunei dan Kerajaan Brunei atas penggubalan undang-undang terbaru dikenali sebagai Kod Penal Syariah Brunei 1435/2014 yang antara lain mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim!
Perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya oleh non-Muslim didalam Kod Penal Syariah ini hampir sama dengan Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor dan lain-lain Enakmen yang ada didalam Malaysia.
Dibawah undang-undang baru ini, sesiapa yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda maksimum $4,000-00 (RM10,400-00) atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun!
Adakah mereka yang kononnya berjuang untuk hak kebebasan tanpa batas akan kutuk undang-undang ini sebagai menyekat hak asasi manusia, atau barbarik, atau ketinggalan zaman, atau jumud, atau tidak Islamik?
Selain kalimah Allah, undang-undang itu juga mengharamkan penggunaan 19 perkataan yang diperuntukkan iaitu:
1. Allah;
2. Masjid;
3. Azan;
4. Baitullah;
5. Al-Quran;
6. Fatwa;
7. Firman;
8. Hadis;
9. Haji;
10. Hukum Syarak;
11. Ilahi;
12. Kaabah;
13. Kalimah Syahadat;
14. Kiblat
15. Imam;
16. Mufti;
17. Mukmin;
18. Solat;
19. wali.
Jadi saya cabar Anwar Ibrahim dan para balacinya yang bersetuju bebenor kristian menyalah-guna kalimah Allah supaya menyatakan pendirian mereka! Tak berasa nak hentam Kerajaan Brunei ke yop?
Dan kepada Datuk Seri Hadi Awang dan kepimpinan PAS, saya cabar supaya segera menarik balik dan membatalkan perjanjian 08.01.2013 yang dibuat antara Lim Kit Siang, Anwar dan Datuk Seri Hadi menyatakan persetujuan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan desakan Lim Guan Eng pada 25.12.2012 supaya kristian dibenarkan menyalah-guna kalimah Allah!
Jangan lupa, kesalahan murtad adalah salah satu daripada kesalahan hudud yop!
Wallahua'lam dan wassalam.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Adigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
05 Rejab 1435
05 Mei 2014
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada www.sinarharian.com.my)
BANDAR
SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19
perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara
itu.
Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.
Lain-lain
perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman
ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat,
kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.
Pegawai
Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah
Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan
Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di
tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.
“Jika
sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400)
dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh
seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi
bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati
jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat
saksi,” katanya.
Menurutnya,
mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau
tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh
dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.
“Mana-mana
ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka
dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga
B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.
SINARHARIAN
No comments:
Post a Comment