Gambar terakhir. Pesawat Boeing 777 MH017 di Gate 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam pada hari Khamis 17 Julai 2014 sejurus sebelum berlepas jam 12.15tgh waktu Amsterdam bersama Kapten Wan Amran Wan Hussin dan 14 krew berserta 280 penumpang. MH017 ditembak jatuh di Ukraine menyebabkan kesemua anak kapal dan penumpang terbunuh. |
Serpihan pesawat MH017 yang jatuh terhempas di perkampungan Grobovo, timur Ukraine berhampiran sempadan Russia. Walaupun belum ada sebarang bukti,Amerika dan sekutu baratnya mendakwa MH017 ditembak jatuh oleh peluru berpandu 'earth-to-air missile' jenis BUK yang dikatakan dilancarkan oleh tentera pemisah pro-Russia. |
Tiada kata-kata yang mampu dituturkan bagi menggambarkan perasaan rakyat Malaysia khususnya apabila berita mengenai pesawat MH017 laluan Amsterdam-KLIA dilapurkan terhempas akibat ditembak di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia semalam.
Kesemua 295 anak kapal dan penumpang dilapurkan terbunuh.
Kita masih lagi diselubungi misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada 08.03.2014, dan sehingga kini kita masih tidak tahu apa sebenarnya terjadi kepada pesawat, dan kini kita berhadapan pula dengan ujian pesawat MH017 yang ditembak jatuh.
Saya tidak bercadang untuk membuat sebarang spekulasi atau andaian, apatah lagi memberi pelbagai teori yang semuanya tidak menyelesaikan masalah. Saya serahkan kepada pihak berkuasa Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa antarabangsa untuk menjalankan siasatan untuk mengenal pasti dalang yang menembak jatuh MH017.
Memetik kata-kata Dato' Sri Najib, Malaysia pasti akan menuntut keadilan atas serangan tidak berperi kemanusiaan ini; dan kita tidak akan berdiam diri sehingga para petualang ini diheret ke muka pengadilan.
Apa pun, nasihat saya kepada diri sendiri dan kepada semua, berhati-hati dalam membuat komen atau sebarang posting. Pastikan maklumat yang diperolehi boleh disahkan dan sesuai diguna-pakai.
Dan saya juga berharap janganlah isu MH017 ini dipolitikkan. Saya tahu memang diluar sana ada barua-barua haiwan politik yang tidak sabar-sabar untuk menagih isu MH017 sebagai modal politik lacuran mereka. Ingatlah tiap jari yang kamu tuding kepada orang, tiga lagi jari menuding kearah kamu!
Ingatlah perasaan dan sensitiviti ahli keluarga dan waris anak-kapal dan penumpang yang sedang melalui saat yang sukar dan mencabar ini. Jangan memikirkan keseronokkan kita sahaja. Jangan ditambah beban keatas bahu mereka yang sudah sedia berat memikul kesedihan ujian besar ini.
Marilah kita sama-sama membantu pihak berkuasa untuk menangani tragedi hitam negara ini dengan baik. Kita wajib bersatu dalam tragedi ini.
Tiada guna kita menuding jari menyalahkan orang lain, apatah lagi berdasarkan spekulasi dan andaian yang kita sendiri pun tak tahu kesahihannya. Bak kata pepatah Melayu, elok jangan dibuka mulut tu, sebab bila dibuka maka sahlah kita tu bodoh dan jahil.
Kepada keluarga dan waris anak-kapal dan penumpang pesawat MH017, saya ucapkan takziah. Semoga diberi kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian mencabar ini.
Diwaktu yang sama, kita jangan lupa dengan pembunuhan dan penyembelihan yang sedang dilakukan oleh rejim zionis di Gaza. Tiga jam selepas berita MH017 terhempas, rejim zionis memulakan ground assault dengan menyerang Hospital Al-Waffa di timur Gaza.
Hospital ini menempatkan ramai pesakit dikalangan orang tua. Ramai petugas kemanusiaan berada di Hospital Al-Waffa termasuk daripada Sweden, Amerika Syarikat, Venezuela dan Itali. Mereka menjadi perisai-manusia untuk melindungi Hospital Al-Waffa daripada diserang.
Dan yang paling malang, berita pembunuhan dan penyembelihan umat Islam di Gaza kini tidak lagi mendapat perhatian media antarabangsa. Media dunia kini sedang memberi fokus kepada tragedi MH017.
Saya mendoakan semoga Allah memberi perlindungan dan keselamatan kepada umat Islam dan rakyat Palestin di Gaza yang sedang bersendirian melalui genosid terancang dan act of state-terrorism oleh rejim zionis laknatullah ini.

Al-Fatihah buat MH017.
Innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un - daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.
Innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un - daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.
Wallahua'lam dan Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
20 Ramadhan 1434
18 Julai 2014
No comments:
Post a Comment