Puak kristian telah menolak Resolusi 10-Perkara sejak 08 April 2011 lagi, iaitu hari yang sama Idris jala mengumumkannya. Tetapi kini extremis dan pelampau kristian sentiasa mengungkit Resolusi 10 Perkara ini, dengan mendakwa konon kerajaan telah mengkhianatinya apabila kristian dilarang untuk berterusan menyalahgunakan kalimah Allah samada oleh Mahkamah maupun Pihak Berkuasa Islam. Elok Kerajaan batalkan & tarik balik Resolusi 10 Perkara ini!* |
HIPOKRISI EXTREMIS KRISTIAN
Salam 2 all.
Tiap
kali timbul isu kalimah Allah, sudah pasti anasir extremis dan pelampau kristian akan
membangkitkan isu Resolusi 10-Perkara.
Apabila
Mahkamah Persekutuan pada 23.06.2014 menolak
permohonan Titular Archbishop KL untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah
Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh The Herald, sekali lagi anasir
extremis dan pelampau kristian membangkitkan isu Resolusi 10 Perkara.
Mereka
mendakwa Kerajaan telah melanggar dan mengkhianati Resolusi 10 Perkara apabila kristian di Malaysia tidak
dibenarkan berterusan menyalah-gunakan kalimah Allah.
Pada
saya, anasir extremis dan pelampau kristian ini adalah puak hipokrit paling besar!
Kerana
apa?
Pertama,
kerana kumpulan kristian sendiri telah menolak Resolusi 10 Perkara bertarikh 08
April 2011 ini. Pada hari yang sama Menteri di JPM, seorang kristian totok daripada
Bario bernama Idris Jala mengumumkan Resolusi 10-Perkara, Dewan Pemuda Majlis
Gereja Malaysia
telah dengan jelas memberi 10-Poin yang panjang lebar kenapa mereka menolak Resolusi tersebut.
Jadi,
setelah menolak Resolusi 10-Perkara tersebut, apa hak
extremis dan pelampau kristian kini mengungkit tentang resolusi tersebut? Bukankah ini cakap
tak serupa bikin, hipokrit melampau yang tidak sepatutnya datang daripada
mereka yang mengaku beragama dan bertuhan!
Kedua,
Resolusi 10-Perkara ini langsung tidak menyentuh tentang kalimah Allah. Ianya
hanya berkaitan pengimpotan, percetakan dan penerbitan bibel versi bahasa
Melayu-Indonesia kedalam Malaysia
(lihat Resolusi 10-Perkara tersebut dibawah).
Dan
bercakap tentang pengimpotan, percetakan dan penerbitan bibel versi bahasa
Melayu-Indonesia, adalah jelas tidak semua bibel versi Melayu-Indonesia mengandungi kalimah Allah. Contohnya
‘Kitab Perjanjian Baru & Lama’
terbitan Yayasan Lentera Bangsa Kristian Indonesia, mereka membuat keputusan
menggugurkan penggunaan kalimah Allah dan menggantikannya dengan Elohim.
Ini
selaras dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Maximus J Ongkili, seorang lagi
kristian totok yang menegaskan bahawa kepercayaan kristiannya tidak terjejas
sedikit pun walaupun tidak menggunakan kalimah Allah; malah beliau menegaskan
kalimah Allah boleh sahaja digantikan dengan kalimah Kinorihingan, Yahweh, Bapak Syurga dan lain-lain perkataan lagi.
Jadi
pengimpotan bibel seperti ini, yang tidak mengandungi istilah, kalimah atau perkataan yang bercanggah dengan undang-undang negara mungkin boleh dipertimbangkan berdasarkan
Resolusi 10-Perkara tersebut, tertakluk kepada Perkara 9 Resolusi iaitu berdasarkan
Perlembagaan, dan dengan mengambilkira undang-undang sedia ada didalam negara ini.
Apa
undang-undang itu?
Ianya
termasuk undang-undang kastam, undang-undang percukaian, undang-undang pengangkutan,
dan banyak lagi undang-undang berkaitan pengimpotan termasuk Enakmen Pengawalan
Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri-Negeri (Enakmen Anti-Dakyah).
Dan
dibawah Enakmen Anti-Dakyah, terdapat 35 perkataan, kalimah dan istilah yang
dilarang penggunaanya menurut agama atau kepercayaan selain Islam, antaranya
kalimah Allah.
Perlu
diingatkan diperingkat ini bahawa bukan sahaja bibel, pengimpotan semua bahan
cetakan dan penerbitan adalah tertakluk kepada pelbagai undang-undang. Tidak
semestinya seseorang pengimpot sudah mendapat kelulusan KDN maka dia boleh bawa
masuk bahan penerbitan tersebut tanpa sekatan.
Sama
seperti pengimpotan kenderaan, walaupun pengimpot mungkin sudah mendapat
kelulsan kastam, namun ianya masih tertakluk kepada undang-undang lain seperti
Akta Pengangkutan Jalan. Contohnya tidak boleh cermin gelap 100%, tidak boleh
punya enjin yang terlalu bising dan macam-macam lagi.
Jadi
walaupun pihak pengimpot sudah memperolehi kelulusan KDN untuk mengimpot masuk apa-apa
penerbitan atau bahan cetakan daripada luar negara, namun ianya masih tertakluk
kepada undang-undang sedia-ada negara. Ini yang disebut oleh Perkara 9 Resolusi
10-Perkara tersebut. Jika ianya bercanggah dengan undang-undang negara, samada mungkin
mengandungi perkataan yang bercanggah dengan undang-undang negara, ponografi,
hasutan dan lain-lain, ianya tidak boleh dibawa masuk.
Malahan,
rekod menunjukkan sudah banyak naskhah Al-Quran yang dirampas dan dilarang
dibawa masuk kedalam negara ini kerana didapati tidak bersesuaian atau
menyalahi naskhah sahih Al-Quran. Tidak pernah pulak kedengaran umat
Melayu-Islam berguling atas jalan, atau membuat bantahan sampai ke
Bangsa-Bangsa Bersatu, atau mengheret Kerajaan ke Mahkamah.
Ringkasnya,
bibel versi bahasa Melayu-Indonesia yang dirampas, ditahan atau dilarang
penerbitan atau percetakan oleh pihak berkuasa bukan kerana ianya bibel per se, tetapi kerana ianya mengandungi
istilah, perkataan atau kalimah yang melanggar undang-undang negara ini, iaitu
penyalahgunaan kalimah Allah untuk tujuan dan kefahaman mengikut kepercayaan
agama kristian - iaitu Allah itu Tuhan 3-Dalam-1, Allah Triniti, Allah-Hus-Salis!
Sebagai
perbandingan, perlu diingatkan Kerajaan tidak pernah melarang pengimpotan,
kemasukan, penerbitan atau percetakan bibel dalam versi bahasa Inggeris, kerana
ianya (setakat ini) tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara.
RUMUSAN
Apa
yang ingin saya kemukakan diatas ialah sikap hipokrit anasir extremis dan pelampau kristian
dalam mengungkit Resolusi 10-Perkara apabila tiap kali isu berkaitan kalimah
Allah berbangkit; dengan menuding jari kononnya Kerajaan mengkhianati resolusi
tersebut.
Hakikatnya
Dewan Pemuda Majlis Gereja Malaysia
sendiri telah menolak resolusi tersebut!
Hakikatnya
Resolusi 10-Perkara langsung tidak menyentuh tentang kalimah Allah, sebaliknya
hanya menyentuh tentang persoalan pengimpotan, penerbitan dan percetakan bibel
versi bahasa Melayu-Indonesia;
Hakikatnya
Resolusi 10-Perkara itu mensyaratkan pengimpotan, penerbitan dan percetakan bibel
versi bahasa Melayu-Indonesia itu mesti tertakluk kepada undang-undang negara;
Hakikatnya
kristian Indonesia
sendiri telah mencetak dan menerbitkan bibel baru versi bahasa Melayu-Indonesia
yang menggurkan penggunaan kalimah Allah dan digantikan dengan Elohim;
Hakikatnya
ada penganut kristian Malaysia
sendiri menegaskan kalimah Allah bukan sebahagian daripada kepercayaan kristianiti,
malah boleh diganti dengan perkataan atau kalimah lain.
Oleh
itu, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya membatalkan dan menarik balik
Resolusi 10-Perkara ini. Ini adalah kerana ianya bukan sahaja telah ditolak
oleh masyarakat kristian sendiri, malah sering diputar-belitkan dan
dipergunakan untuk memberi gambaran salah dan persepsi buruk kononnya Kerajaan
telah mengkhianati Resolusi 10-Perkara itu apabila kristian dilarang untuk
terus menyalah-gunakan kalimah Allah dalam negara ini.
Wallahua’lam
& Wassalam.
Adios
amigos, grasias senor.
Zulkifli
Bin Noordin
Isnin
09
Ramadhan 1435
07
Julai 2014
* Ehsan daripada www.akarimomar.wordpress.com
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
RESOLUSI 10-PERKARA:
1. Bibel
dalam apa jua bahasa boleh di impot masuk kedalam Malaysia, termasuk dalam Bahasa Malaysia/ Indonesia;
2. Bibel-bibel
ini juga boleh dicetak didalam Semenanjung Malaysia,
Sabah and Sarawak;
3. Bibel
dalam bahasa asal kaum di Sabah dan Sarawak
seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang juga boleh dicetak atau diimpot;
4.
Bagi Sabah dan Sarawak, dengan mengakui ujudnya masyarakat Kristian bagi
negeri-negeri ini, tiada syarat akan dikenakan bagi pengimpotan dan percetakan bibel
dalam semua bahasa, termasuk dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa
tempatan. Juga tiada keperluan untuk setem atau nombor siri;
5.
Mengambil kira kepentingan masyarakat Islam yang besar di Semenanjung Malaysia,
bibel didalam Bahasa Malaysia/Indonesia, samada dicetak atau diimpot,
mestilah tercatat “Penerbitan Kristian”
dan ‘salib’ dicetak di halaman hadapan;
6.
Diatas semangat 1Malaysia, dan mengakui bahawa ramai orang bergerak diantara
Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, maka tiada sebarang larangan atau
sekatan untuk mana-mana orang membawa bibel atau bahan kristian bagi
pergerakan tersebut;
7.
Arahan berkaitan bibel ini telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan perlaksanaan keputusan cabinet ini
disempurnakan. Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pegawai
berkenaan dikenakan tindakan disiplin dibawah Perintah Am. Taklimat
komprehensif oleh para pegawai kanan termasuk Peguam Negara akan diberikan
kepada semua pegawai berkaitan untuk memastikan pemahaman yang baik dan
perlaksanaan yang sempurna arahan ini;
8.
Untuk bibel yang telah dirampas di Kucing, pihak Gideon, pengimpot bible
tersebut boleh mengambil semula 30,000 naskah bible tersebut tanpa sebarang bayaran.
Kami juga akan membayar semula kos-kos pihak yang terlibat. Tawaran yang sama
juga diberikan keatas 5,100 naskah Bibel yang dirampas di Pelabuhan Kelang,
yang telah pun diambil semula oleh Bible Society Malaysia (BSM) minggu lepas;
9.
Melangkaui isu bibel ini, Kerajaan berhasrat menegaskan komitmennya
untuk bekerjasama dengan kumpulan kristian dan semua kumpulan agama lain untuk
memastikan isu-isu antara-agama dibincangkan secara baik dan bekerja untuk
memastikan pencapaian aspirasi semua agama berdasarkan Perlembagaan, dengan
mengambilkira undang-undang sedia ada didalam negara ini. Untuk memastikan
penyegeraan perihal ini, YAB Perdana Menteri akan menemui perwakilan Christian
Federation of Malaysia (CFM) untuk membincangkan hal ini;
10.
Para Menteri kabinet beragama kristian akan mengadakan pertemuan secara berkala
dengan pelbagai kumpulan kristian untuk membincangkan isu-isu berkaitan
kepentingan mereka dengan mana-mana Menteri atau Perdana Mentari untuk tujuan
menyelesaikannya;
No comments:
Post a Comment