10 May 2010

KES AMINULRASYID: POLIS DITUDUH


Salam 2 all.

Koperal Jenain Subi, 48 tahun, daripada IPD Shah Alam dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi dan dikenakan pertuduhan menurut Seksyen 304A Kanun Kesiksaan kerana menyebabkan kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzahdengan pertuduhan "kamu telah, diantara jam 1.10 pagi dan 2 pagi Isnin 12 Jamadil Awal 1431 / 26 April 2010 menyebabkan kematian Allahyarham adik Amnulrasyid Amzah di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam".

Seksyen 304A Kanun Kesiksaan adalah peruntukkan kesalahan menyebabkan kematian dengan cuai dimana "barangsiapa menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan apa-apa perbuatan gopoh, atau cuai tidak terjumlah kepada mematikan orang dengan salah, hendaklah disiksa dengan penjara selama yang boleh sampai 2 tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya".

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Duzuki Mokhtar. Koperal Jenain, yang diwakili peguam Salim Bashir tidak mengaku salah terhadap tuduhan dan minta dibicarakan. Memandangkan ini adalah kesalahan yang boleh dijamin, Timbalan Pendakwa Raya telah menwarkan jaminan berjumlah RM35,000-00. Namun dibantah oleh peguam Salim Bashir yang meminta ianya dikurangkan. Akhirnya Hakim M Gunalan membenarkan Koperal Jenain diikatjamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes ini akan disebut semula pada 10 Julai 2010.

Saya tidak pasti mengapa Koperal Jenain, yang berasal dari Sabah, dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 304A yang hukumannya tidaklah seberat mana berbanding dengan pertuduhan dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman mati ditali gantung. Kebiasaannya pesalah pertama jika disabit kesalahan dibawah Seksyen 304A akan dikenakan hukuman beberapa bulan sahaja dan mungkin juga dengan denda.

Dengan pertuduhan terhadap Koperal Jenain ini, saya berpendapat pihak Polis sepatutnya
mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada ibu dan keluarga Allahyarham adik Aminulrasyid kerana menuduh Allahyarhman sebagai penjenayah semasa memberikan kenyataan awal berkenaan kes ini. Kenyataan inilah yang menyebabkan ibu dan keluarga Allahyarham berasa sangat terkilan dan sedih. Oleh itu saya sarankan YB Menteri menasihatkan pihak polis supaya menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada ibu dan keluarga Allahyarham secara terbuka.

Saya juga mencadangkan supaya cara perlantikan anggota, latihan asas serta latihan dalam perkhidmatan pasukan polis dikaji semula. Saya berasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem yang diamalkan setakat ini kerana kalau seorang anggota yang agak senior saperti Koperal Jenain dan seorang anggota yang masih mentah saperti dalam kes di Negeri Sembilan baru-baru ini boleh melepaskan tembakan kepada orang awam tanpa sebab yang menasabah. Apakah "Standard Operating Procedure" bagi penggunaan senjata api dikalangan anggota polis; dan kajian perlu dibuat samada SOP senjata api ini perlu dikaji semula.

Apa yang penting, kita mesti mencari jalan keseimbangan diantara keperluan keselamatan awam dan keselamatan anggota pasukan polis dalam memastikan usaha pencegahan dan pembenterasan jenayah akan dapat dilaksanakan dalam keadaan "win-win situation". Kita juga tidak mahu dalam keadaan kita terlalu menjaga keselamatan awam dan individu, akhirnya menyebabkan pasukan keselamatan kita dikompromi sehingga mereka menjadi takut dan ragu-ragu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Kita tidak mahu suasana saperti disesetengah negara maju yang kononnya terlalu menekankan hak individu, akhirnya pasukan polis mereka menjadi hampir lumpuh dan tidak berupaya mengekang kegiatan jenayah; hanya kerana hak individu penjenayah sudah terlampau hebat diberikan.

Apa pun, saya berharap episod sedih kematian Allahyarham adik Aminulrasyid akan menjadi pengajaran buat kita semua. Disatu pihak, kita perlu melihat semula cara penjagaan dan pengawasan anak-anak yang semakin rapuh didalam masyarakat kita; dan diwaktu yang sama keperluan mempunyai pasukan polis yang mesra rakyat dan tidak menjadi "polis koboi" bertindak mengikut sesuka hati mereka.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 Jamadil Awal 1431
10 Mei 2010


*Gambar atas kanan "Perjalanan Terakhir Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah" pada hari Isnin 12 Jamadil Awal 1431 / 26 April 2010.
*Gambar atas kiri: Koperal Jenain Subi dan Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah.

17 comments:

denaihati said...

Ini antara komen yang paling adil saya baca dikalangan banyank komen2 untuk kes Aminulrasyid. Kita tidak perlu berpolitik bila berdepan dengan masalah sebegini tetapi mencadangkan langkah untuk membaiki keadaan.

hamdanahmad said...

Masih tidak ada jawapan kepada persoalan apa yang dibuat oleh budak itu memandu kenderaan tanpa lesen yang sah pada jam 2.00 pagi. Anggota polis sudah didakwa dan akan menghadapi masa depan yang sangat gelap. Mak bapa budak itu harus menjawap dan tuan punya kereta yang dipandu juga harus didakwa kerana membenarkan keretanya dipandu budak yang tidak berlesen kerana mereka bertanggungjawab secara tidak langsung telah menyebabkan kematian budak itu.

jiwakita said...

salam....

nyawa di hujung senjata....siapa mati dulu...'Minah dulu...Do mati dulu'...apa-apapun SOP perlu diperbaiki dan anggota diperingati..
dan anggota masyarakat mengetahui
SOP diri dan SOP pihak keselamatan...

Unknown said...

Salam YB,

.Malang nasib kedua-dua orang yang terlibat.Seorang telah arwah dan seorang lagi dituduh bersalah kerana membunuh....Soalannya....
Arwah tu bawah umur..pandu kereta pulak pukul 1 pagi..Siapa yang benarkan dia memandu tu? Mana pergi penjaganya? Boleh ke buat begitu? Penjaganya tak salah ke...kerana pada hemat saya penjaga arwah itu juga menyumbang kepada kejadian ini.

Saya percaya jodoh, maut dan rezeki Allah tentukan.Saya akan lebih sahdu sekiranya arwah itu terbunuh sekiranya terkena peluru sesat ketika sedang bermain dengan rakan sebaya dipadang pada waktu petang(sedang beriadah).....berbanding dengan apa yang arwah terima.Qada dan Qadar dari ALLAH......Al-Fatihah

Adam said...

Polis, hmm.. duit gaji dari rakyat atau dari... ehem. malas nk cakap, perangai dah melampau, kalau yb nak tahu. polis sasarkan budak muda macam saya..

beberapa minggu lepas,..kawan saya, dia ni miskin sejak kecil.. mak bapak meninggal masa umur 6 tahun.. duduk dengan nenek dia seorang saja.. bayangkan lah betapa daif hidup dia Yb..

lepas tu bila daif, dia terjebak dengan kawan-kawan yang tak elok.. dia pun mula keluar malam..tak pun pernah hisap dadah atau apapun.. tapi silapnya dia masa tu dia ada bersama dengan budak yang hisap.. tahu apa jadi pada dia YB??

Masuk ICU, dipukul polis dengan orang kampung separuh mati.. bayangkan kalau YB jadi dia, letak diri YB dalam kasut dia.. atau dia anak YB. Apa rasanya?

Ni lah nasib melayu, dibawah UMNO, nasib islam dibawah pimpinan korup..saya nak tanya YB, hukum mahkamah yang YB marah sangat tu hukum Allah atau hukum manusia?

Anonymous said...

Saya setuju dgn pandangan YB dalamperkara ini. Tak perlu terlalu ingin menjadi jaguh hinggakan tak sedar satu hari nanti akan memakan diri. Saya yakin dan percaya bahawa satu hari nanti BN tidak akan kekal memerintah. namun jika Pihak Pembangkang cuba menjadi juara tak tentu pasal pasti akan menjadi bencana dikemudian hari. Jika kita terbalikkan keadaan sekarang dimana Pakatan Rakyat memerintah, bagaimana? Bagi saya kita perlu didik rakyat Malaysia bagaimana untuk menjadi rakyat yang baik. Menjadi seorang umat yang baik...menurut apa amalan yang dianuti...menghormati undang2 yang ada..Insyallah pada akhirnya kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat...Pada pandangan saya dalam kes ini..yang bersalah mestilah dihukum seadil adilnya....Jika Benar Koperal tadi tue bersalah..hukumlah dia dgn seadil adilnya...ingatlah wahai yang diberi kuasa...kuasa ialah tanggungjawab yang perlu dipikul bukan sesuatu hak yang boleh digunakan sesuka hati...tapi jangan dilupa pada pihak keluarga aminurasyid td.....jika benar keluarga beliau bertindak cuai...alpa...leka...hinggakan anak bawah umur keluar dgn memandu kereta hingga terjadi kejadian ini...hukumlah mereka...semoga jadi pengajaran kepada ibubapa yang lain...kerana ibubapa sekarang percaya/sayang anak membuta tuli...kerana mereka fikir anak2 mereka umpama itik bertelurkan emas...mereka menjadi hamba kepada anak sendiri..bila terjadi sesuatu perkara...habis satu alam dituduh sebagai punca..wasallam....

Anonymous said...

ada yang berpandangan, keadilan sudah digerakkan untuk membela adik amin tu dengan pendakwaan ke atas seorang anggota polis yang menjalankan tugasnya. kita akan lihat jika berlaku kesilapan semasa beliau menjalankan tugas sehingga membawa kematian seorang budak. biarlah proses mahkamah berjalan. sekarang, bagaimana pula dengan pihak yang membenarkan budak itu keluar memandu pada waktu sebegitu? adakah apa2 tindakan akan diambil terhadap pemunya kereta yang membenarkan atau membiarkan keretanya dipandu oleh remaja bawah umur yang tiada lesen memandu tersebut. harus diingat, di dalam kes ini mangsa adalah adik amin, bukan kakak atau ahli keluarga yang lain. jadi, adakah apa2 tindakan di atas kecuaian mereka menjaga adik amin? kita sungguh emosi nak menjaga hak keluarga adik amin sampaikan kita tak mahu ambil tahu yang polis yang dituduh itu juga mempunyai keluarga. apabila kita mahukan keadilan, barlah ia sampai dan termaktub kepada semua. Anggota polis sudah didakwa, kecuaian dan perlakuan keluarga adik amin bagaimana pula?

Anonymous said...

sekarang tolak ketepi pasal polis tu ,mungkin dia bersalah.

sekarang JPJ atau polis patut kaji untuk kenakan tindakan undang-undang kepada pemilik kereta kerana membenarkan remaja tanpa lesen memandu kereta secara merbahaya yg mungkin boleh menyebabkan kemalangan..

dan juga mak bapak dia kerana cuai dalam mendidik anak..

jangan lupa mak bapak kawan dia juga..

sekarang jadi isu kerana polis menembak,jikalau di takdirkan allah dia bawa kereta langgar orang lain,adakah mak bapak dia akan kata dia tu anak yang baik???

fikirkan lah..

sekian terima kasih.

paktam said...

Ada dua perkara yang saya ingin penjelasan.
1- Dalam hukum syariah terdapat peruntukan dalam fiqh Munakahat seperti hak anak-anak. Sila jelaskan peruntukan ini berkaitan dengan kejadian ini.
2- Kesalahan membunuh dengan sengaja dan secara tidak sengaja atau chuai berbeza. Yang mana satu harus digunakan dalam perbicaraan ini.

CgLyn said...

Sy bersetuju dgn YB. Tragedi yang menimpa Aminulraysid ini wajar dijadikan pengajaran kepada semua pihak, bukannya mengapi2kan kebencian kepada pihak polis seperti yang dilakukan oleh PR.

Desa Saujana said...

hukuman yg tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan...dan tidak ada kemaafan dihulurkan oleh pesalah mahupun pihak polis kpd keluarga aminulrasyid...tidak ada keadilan dlm undang2 buatan manusia kecuali undang2 Allah...

johan said...

YB, saya setuju dengan pendapat YB. Bukan nak menyalahkan polis tapi bukankah lebih baik kalau polis tak main tembak saje. Kenapa tak masa budak tu memberhentikan kereta tasepatutnya memeriksa samada pesalah membawa senjata atau tidak. Bukan main tembak saje.

Unknown said...

SALAM UNTUK SEMUA
TAK HABIS2 APCO....DA KETUA DIA SENDIRI PUN SAMA JUGA SAH2 ADA BUKTI PENASIHAT,KAWAN DIA SIAPA,TAKPULAK
SURUH DIA JAWAP DAN BUKTIKAN ITU PEMBOHONGAN...
LETIH KAN....NAK SALAHKAN KERAJAAN TAPI DIRI SENDIRI GUNA KHIDMAT ,BEKAWAN YAHUDI...
YB TOLONG BERI TAHU KEPADA PM KITA,SAMAN SAMPAI BANGKRAP KETUA2 PEMBANGKANG YANG SUKA BUAT FITNAH....MCM KES WANITA YANG KENA BOGEL..MENIMBULKAN KEBENCIAN KPD KERAJAAN,SIBUK FITNAH DAPATKAN SOKONGAN BANGSA DIA.TAPI BILA SILAP BUAT BODOH.PATUT KERAJAAN SAMAN MEREKA2 INI,SEPERTI DI SINGAPURA ,PEMBANGKANG TIDAK BERANI BUAT FITNAH MURAHAN...KERANA TAKUT DISAMAN KERAJAAN.
TOLONG SAMPAIKAN AMANAH INI PADA PM KITA,BIAR POLITIK PEMBANGKANG BERETIKA DAN IDEA YG DIBAWA MEMBAWA KEMAJUAN,BUKAN POLITIK MURAHAN................SEMOGA ALLAH MEMBANTU MALAYSIA.DARI PENGKHIANAT BANGSA,AGAMA DAN NEGARA.

Unknown said...

salam untuk semua.

YB..TOLONG MAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN.JELASKAN ISU KEMASUKAN BANGSA SELAIN MELAYU KURANG DALAM PERKHIDMATAN AWAM ADALAH KERANA;
1)YANG PASTI,JELAS LAGI SAHIH ADALAH KERANA SIAPA NAK KERJA KERAJAAN GAJI MURAH BERBANDING DENGAN SWASTA...BETUL TAK?
JADI KENAPA TERDENGAR CERITA SEKARANG KONONYA KERAJAAN TIDAK AMBIL PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM SELAIN BANGSA MELAYU???????
NAK KE MEREKA BERGAJI RENDAH !!!!!!
KENAPA INI PUN NAK DIJADIKAN POLITIK?
SEDANGKAN ORANG MELAYU SANGGUP BEKERJA DENGAN KERAJAAN WALAUPUN GAJI RENDAH...
TETIBA SEKARANG NAK KECOH,KONON TAK ADIL......INI PUN ISU POLITIK MURAH...YB MAKLUMKAN KEPADA KERAJAN AGAR ISU INI DI JELASKAN DAN TIDAK JADI ISU MURAHAN DAN HARAP SIMPATI
KONONYA KERAJAAN TINDAS BANGSA LAIN.

Unknown said...

Salam YB..

Ikhwan nak bertanya pandangan YB tentang mereka yang mempermainkan kalimah Allah dalam keghairahan meraih undi di Sibu. Nampaknya DAP beriya-iya memperjuangkan "Allah untuk semua".
Jazakallah.

Syeikh YB said...

bagus komen YB pasal polis. apco bila nak komen?kalau tak komen makna kata YB pon bersubahat membenarkan apco..apa macam?

Unknown said...

Salam, I agree with the comments from hamdanahamd and Zaharah. The Next BIG question that should be answered is that didn't the 15 yrs old boy did anything against the LAW at all.The Police might have cross the line here but that is also open to interpretation some says they were only doing their job some would say otherwise. But what about the good things that the Police has been doing all this while, doesn't it count at all, just because of this case the whole force is branded useless, while the sin and wrong of the 15 yrs old boy is swept under the carpet. Now that a police man has been charged and his whole family now is a victim, we do not see any NGO or POLITICIAN come running to assist him or his family, why, because he doesn't have an uncle who is a politician or because he is just a mere policemen whose life is worthless. I seriously hope that the AG and POLICE will now seriously look into charging th parents and the owner of the vehicle for negligence and also endangering public life. Its time that the POLICE also is taken care of. The law is for all!!!!!