11 July 2010

BRAVO TOK GURU

Salam 2 all.

Sekali lagi Tok Guru tampil mengkritik "mursyidul am DAP" Karpal Singh yang tidak menghormati pendirian PAS untuk mendaulatkan sebuah negara Islam. Tok Guru sekali lagi menegaskan perjuangan mendaulatkan negara Islam adalah perjuangan utama PAS selama ini. Sebenarnya itulah peribadi Tok Guru sebenarnya, orang yang tetap cintakan perjuangan menegakkan negara Islam.

Saya telah mengupas panjang tentang DAP dan Pakatan Rakyat yang memang tidak akan membenarkan penubuhan sebuah negara Islam saperti yang diperjuangkan oleh PAS (sila lihat tulisan saya sebelum ini bertajuk "Tahniah Al Tantawi"). Pada saya, DAP adalah sebuah parti harbi, yang menentang Islam secara terang-terangan. Kita boleh berdakwah dengan mereka, tetapi janganlah bersekongkol bersama mereka!

Saya sangat-sangat berdoa semoga PAS akan segera sedar dan kembali kepada perjuangan Islam yang sebenarnya berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH didalam Surah Al Maidah: 54, bahawa ciri-ciri sebuah parti ALLAH ada enam iaitu:

1. ALLAH cintakan mereka;
2. mereka cintakan ALLAH;
3. mereka berlembut sesama Islam;
4. mereka tegas dan keras terhadap kafir;
5. mereka berjihad ke jalan ALLAH;
6. dan mereka tidak takut celaan golongan yang mencela.

Dan parti ALLAH inilah yang dijamin kemenagan oleh ALLAH walaupun daripada golongan yang sedikit sahaja. Semoga ALLAH memberikan kekuatan istiqomah dan keikhlasan didalam perjuangan mendaulatkan sebuah negara Islam, sebuah khilafah dan insyallah akhirnya nanti akan muncul nanti pemerintahan Khilafah Islamiyyah buat negara ini dan dunia umumnya.

Aamantu billah summastaqim - aku beriman kepada ALLAH dan aku beristiqomah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
30 Rejab 1431
12 Julai 1431

####################
(lapuran akhbar semalam 29 Rejab 1431/ 11 Julai 2010)

Karpal tidak betul – Nik Aziz

KOTA BHARU 8 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta parti itu menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul.

Ini kerana jelasnya, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat.

“Waktu belum kami masuk perikatan, kami dah bincang dah, dasar kami Islam. Oleh yang demikian, kami hormat pada DAP. Dan DAP hormat pada kami mula-mula kami nak buat pakatan dulu lagi, kenapa timbul balik perkara ini".

4 comments:

merlimau9 said...

Aslamualaikum,
1.Bravo apa..yang dah terang-terang tolak Islam..itu yang dia sibuk nak bersama.
2.UMNO dah sah Islam di katanya Syirik...Tok Guru apa..hatinya buta..inilah dia orang yang dah terlebih ilmu....jadi TAKKABUR...siapa Takkabur pasti LEBUR.
3.UMNO pejuang Islam SEBENAR yang mengikut Sunah Rasululah iaitu seperti ketika Baginda Mentadbir Madinah.

Terongpipit said...

Salam YB Zulkifli,

Semoga banyak lagi Ahli Parlimen / ADUN yang mempunyai semangat perjuangan saperti YB.
Tetapi bagi saya, perjuangan YB terpalit kerana pernah bersekongkol dengan DS Anwar. Adakah anda sebelumnya seorang Anwarinas?
Saya berharap YB bertaubat kerana pernah menjadi seorang Anwarinas.

Wassalam
TP

Anonymous said...

baguslah tu sekiranya semua sudah mempunyai kesedaran,balik pada penyatuan.minta sikit YB Zul bawa berbincang dalam Parliment berkaitan saman ekor.nak jadi kuku besi tak mahu bertolak ansur dalam perbincangan.tidak boleh memperbaharu cukai jalan/lesen jika mempunyi lebeh drp.satu saman.mesti bayar semua.misalnya dua kereta satu nama melakukan kesalahan.tolong kemukakan kemuskilan ini.

Mlatkovic said...

TGNA mmg bravo sokmo...
Hang tu hang brabok (berabuk)...

amacam? dah daftar masuk pondok??
belajaq dgn ust Maza pun ok gak...
tak la hang berabuk sgt...