01 July 2010

TAHNIAH TOK GURU!


Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada YAB Tok Guru Nik Aziz yang mencabar Karpal Singh mengenai dasar penubuhan negara Islam.

Karpal Singh yang menyambut harijadi ke 70 dua hari lepas membuat kenyataan bahawa pemerintahan cara sekular adalah yang terbaik, dan menolak cita-cita PAS untuk mendirikan negara Islam. Kita tidak lupa Karpal Singh pernah membuat kenyataan kalau nak negara Islam, "over my dead body" ("langkah mayat aku dulu").

Sebenarnya kenyataan Karpal Singh itu adalah pendirian DAP. DAP tidak pernah bersetuju dan tidak sama sekali akan bersetuju gagasan penubuhan negara Islam. Semasa isu negara Islam timbul didalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini, DAP menjawab dengan menyatakan bahawa isu itu tidak timbul kerana "tidak mungkin PAS boleh menang dan memerintah didalam Pakatan Rakyat".

Disamping mengucapkan tahniah kepada ketegasan Tok Guru, saya juga ingin menyeru rakan dan sahabat pejuang Islam, marilah kita akui kebenaran pesanan ALLAH, bahawa kafir-kafir ini samasekali tidak akan redho dengan kita sampai bila-bila, sehinggalah kita mengikut cara mereka (Al Baqarah: 120).

Lihatlah apa jadi di Selangor. Sebenarnya kalau Pakatan Rakyat memerintah, itulah rupanya Kerajaan Persekutuan yang akan memerintah. Jangan kata tutup kilang arak, nak halang 7-11 jual arak pun kita tak mampu.

Sebab itu, marilah kita kemblai kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Biarpun kita terpaksa berjuang bersendirian, namun janji ALLAH pasti terlaksana. Sirah Nabawi membuktikan kebenaran perjuangan berlandaskan Islam, tanpa perlu bersekongkol dengan kafir, musyrik mahupun munafik. Islam itu mulia, marilah kita memuliakannya.

Pada pandangan saya, eloklah PAS keluar meninggalkan Pakatan Rakyat, dan kita berjuang atas nama ALLAH untuk mendaulatkan pemerintahan Islam yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya. Dan yakinlah ALLAH akan bersama dengan perjuanganNya..

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

18 Rejab 1431

01 Julai 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran media semalam 30.06.2010)

Nik Aziz cabar Karpal buktikan dasar Islam Pas salah

KOTA BHARU 30 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Kar pal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi.

Nik Aziz berkata, Pas akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir daripada pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat Pas itu, ia merupakan pendapat peribadi.

"Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar Pas itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri bukannya daripada DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas itu salah, kata Nik Aziz.

Bagaimanapun setakat ini Nik Aziz berkata, beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh Pas, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya.

14 comments:

Pakanjang said...

Pada pandangan saya, eloklah PAS keluar meninggalkan Pakatan Rakyat, dan kita berjuang atas nama ALLAH untuk mendaulatkan pemerintahan Islam yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya. Dan yakinlah ALLAH akan bersama dengan perjuanganNya..

So adakah kalau PAS keluar Pakatan, u nak join PAS? Adakah mereka terima u?
P/s: Terimalah realiti orang bukan Islam di Malaysia baru saja mengenali tentang Islam yang selama ini terpesong dengan dakyah UMNO yang menakut-nakutkan orang bukan Islam tentang Hudud dll. PAS baru sahaja beberapa tahun bersama dengan dengan DAP yang kebanyakan bukan Islam. Kerajaan Islam yang hendak ditubuhkan oleh PAS merupakan wawasan yang tidak sesekali dilupa dan ditamatkan perjuangannya. Masa inilah yang terbaik untuk PAS mendampingi DAP dan menyampaikan keindahan Islam. Jika mereka keluar daripada Pakatan, nescaya wawasan dan impian itu mungkin hanya menjadi angan-angan yang sukar dicapai dalam konteks realiti Malaysia pada masa ini. Apa yang saya yakin pasti, perjuangan politik tuan kian kelam dan berkubur sebaik sahaja PRU-13 menyusul.

Unknown said...

tapi YB, dalam sidang dun negeri perak yg pertama, nizar jamaluddin sebut x ader pun disebut pasal pembentukan negara islam dalam perlembagaan pas. camner ni, konpius den...

Azizul bin Julirin said...

Assalamualikum Saudara.

Saya Muslim dari Sabah. Sedikit teguran buat saudara.

Dasar negar Islam adalah keadilan. begitu juga DAP dalam Malaysian malaysia. maka mereka bersatu atas dasar ini namun dalam menegakkan negara Islam PAS x pernah menoleh ke belakang. soal prinsip, strategi harus dibezakan.

'pendekatan adalah Sirah Nabawi membuktikan kebenaran perjuangan berlandaskan Islam, tanpa perlu bersekongkol dengan kafir'

kenyataan saudara silap sama sekali. sila rujuk semula dalam sirah. dalam peristiwa hijrah pun ada.

Pesan saya, saudara bersederhana lah dalam apa jua tindakan. kalau saudara betul-betul serius tentang isu2 murtad, saya jemput datang ke sabah. saya nak tengok pendekatan yang saudara gunakan disini, berkesan atau tidak.

aka777 said...

Salam,

Saya setuju! Saya berharap benar PAS keluar dari PR dan 'stand alone'. Saya yakin, ramai puak-puak kiri dan kanan yang telah lama muak dengan parti masing-masing akan berduyun-duyun memohon untuk menjadi ahli PAS.

Kalau diikut teori TDM yang mengatakan peratusan parti Melayu adalah 20-20-20, saya yakin ia akan bertukar kepada 5-50-5 sekiranya PAS menjadi 'stand alone'. PAS akan menjadi sebuah parti yang dominan dan akan dapat menyatukan kembali perpaduan Melayu atas dasar ISLAM.

Selepas itu, barulah ISLAM ini nampak cantik dan menarik kepada yang bukan Islam. Moga-moga para pemimpin parti PAS cepat sedar bahawa mereka adalah golongan minoriti di dalam PR, terpaksa tunduk kepada 'Firaun dan askarnya' dalam misi merampas kuasa.

Ismi Ijmi said...

tabik sprinter

BENE4333 said...

Salam,

Semoga Tok Guru membuka mata dan telinga dengan jelas.

ishamzana said...

kenapa nak hirau pasal kafir ni...dah memang kafir dia tetap kafir sampai Allah bagi hidayah...sama jugak dengan bapa saudara nabi...ada dia kata setuju Islam yg nabi bawa betul...abu jahal samapi mati tak dapat hidayah...inikan plak karpal...itu yg kena sentiasa berusaha dan berdoa...kena bergerak dalam jemaah bukan berseorangan...

PARPUKARI said...

Salam Tuan, saya sudah memasukkan link tuan ke dalam blog saya!

Selamat berjuang dan kasi hantam DAP kaw-kaw!

House PK!

khairi ali said...

Apa yang sebenarnya dikatakan oleh KS? Tolak gagasan negara Islam Pas, atau tolak gagasan negara Islam. Apa yang dilaksanakan oleh Pas itu adalah gagasan negara Islam Pas, dan tidak semestinya gagasan negara Islam. Kan kita masih ingat, mereka pun tak boleh keluarkan perlembagaan Islam untuk Malaysia. Ini boleh berlaku, walau pun sudah 50 tahun berjuang untuk Islam? Kalau dah tak ada idea tu, maknanya tak betullah perjuangan tu!

mosry said...

Terima kasih tak terhingga pada YB kerana memuji Nik Aziz tetapi apa gunanya kata-kata yang dituturkan tidak ikhlas. Di hati penuh perasaan marah dan benci kepada PAS dan perjuangan Islamnya.Segala tindak tanduk anda lebih kepada mencintai UMNO dan cuba mengambil hati PM moga-moga dipelawa masuk UMNO.- rakyat bandar bharu

Unknown said...

Panitia Fizik Kuantan, dah berapa lama awak bercampur dengan bangsa DAP? Baru beberapa tahun saja ni kan? Kalau macam tu awak belum kenal siapa DAP yang sebenarnya. Nak gelak bila baca "..nak menyampaikan keindahan Islam" kepada DAP. Mesti nak salahkan kerajaan bila orang kafir takut dengan Islam. Kalau mereka nak memeluk Islam dah lama mereka buat. Sebagai contoh, Lim Guan Eng kan lama dalam tahanan ISA dulu. Agak saya la hari-hari dia mesti bergaul dengan umat Islam masa dalam ISA.(Rasanya umat Islam PAS la yang ada dalam ISA tu). Kenapa dia tak juga menjadi orang Islam? Adakah kerana tiada sesiapa menyampaikan keindahan Islam kepada dia? Atau, kalau sudah cuba disampaikan, beliau masih memilih untuk jadi bukan Islam. Saya lebih suka PAS mendakwahkan orang DAP, bukan bersekongkol dengan mereka. Lagipun kenapa baru sekarang PAS mula nak berbaik-baik dengan mereka? Kenapa tak berpuluh-puluh tahun dahulu? Janganlah pulak kerana dah nampak bahawa ini taktik baru untuk sampai ke PutraJaya.

Unknown said...

persoalan oleh RAKYAT sangat menarik perhatian.utk makluman sebelum ini PAS ada mengeluarkan amanat dalam perlembagaan PAS 'barangsiapa yang menjalinkan kerjasama dengan bukan islam maka jatuh kafirlah ia'.itu dulu,tetapi setelah amanat dan perlembagaan itu di alter,ditrim dan diolah oleh nik aziz seperti contoh PAS LEBIH RELA BERKAWAN DGN SYAITAN,maka seperti hari ini maka terjalinlah kerjasama ntara mereka.Harus diambil iktibar dari apa yg dipraktikkan oleh PAS lebih kepada menonjolkan kepada budaya mencaci,kafir mengkafir,mencarut,budaya samseng sesama islam dan inilah yang diperhatikan dan diambil contoh oleh bukan islam..
ingatlah...ISLAM 4 ALL,BUKAN PAS 4 ALL,kerana apa yg PAS lakukan bukan menyatupadukan malah memecahbelahkan perpaduan ummah..

ISLAM YG SEBENAR ADALAH AMAT CANTIK DAN INDAH.
wallahualam

aka777 said...

Selepas 9/11, keindahan Islam bukan datang dari penganutnya, tapi dari kitabnya. Penganut Islam dari AS telah bertambah setiap tahun selepas 9/11. Kenapa? Kerana Islamophobia yang dicanang oleh media Zionist, mereka ingin tahu mengenai Islam. Jika mereka mengambil contoh dari penganutnya pada masa sekarang ni, mereka tidak akan sekali-kali ingin mengambil tahu tentang Islam. Jadi, mereka beralih kepada kitabnya. Dari situ, mereka nampak keindahan Islam.

Apabila ditanya mereka seperti Yusof Islam, Frank Ribery dan Thierry Hendry, indahnya nampak di kitab, bukan di penganut alaf baru.

Reza Pahlavi said...

"Sirah Nabawi membuktikan kebenaran perjuangan berlandaskan Islam, tanpa perlu bersekongkol dengan kafir, musyrik mahupun munafik."

Ini satu fakta yang kurang tepat. Abu Talib yang banyak melindungi Rasulullah s.a.w. sendiri kekal kafir sampai meninggal. Semasa peristiwa Hijrah contohnya, ada golongan musyrik yang membantu Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar As-Siddiq seperti Abdullah bin Uraiqit yang berperanan sebagai penunjuk arah kerana melalui jalan pantai yang jarang digunakan untuk ke Yathrib.

Alhamdulillah dengan teknologi Internet, PAS dan DAP boleh bersama. Kalau dulu susah, sebab kalau PAS dan DAP bersepakat, UMNO akan cakap pada orang Melayu yang 'PAS mula meninggalkan prinsip perjuangannya' sementara MCA akan cakap pada orang Cina 'our rights to liquor, pork, gambling and sexy dressing will be deprived'. Kalau dulu susah nak counter balik sebab PAS dan DAP hanya diberikan permit tabloid 2 kali seminggu, bukannya akhbar harian dan TV. Sekarang ada Harakah online dan TVPAS, jadi senang sikit nak reply balik.

Saya percaya Panitia Fizik Kuantan adalah orang yang bila baru je pandai baca suratkhabar, bukannya DAP yang menghina Islam tetapi orang yang bercakap pasal sup tangan di Kelantan.