12 June 2011

POLITIK KALKATU

Salam 2 all.

"Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh mnyapu segala sampah yang ada besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya".

Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasululllah saw lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin & Ansar yang bersatu sabagai satu umat - umat Islam.

Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikaitkan dengan agama. Dita'rifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam dibawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang.

Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Qiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan ALLAH jelas menyebut bahawa umat Islam wajib bersatu padu dibawah naungan Al Quran.

Dan yang lebih malang, bukan sekadar tidak bersatu, ada kalangan umat Islam bangsa Melayu yang bersedia menjadi barua non-Muslim bukan Melayu semata-mata untuk memenuhi nafsu masing-masing; yang akhirnya menyebabkan bangsa Melayu itu menjadi lemah, lesu dan layu.

Sejarah bangsa Melayu membuktikannya. Kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka bukan kerana kekuatan Portugis. Tetapi hanya kerana pengkhianatan bangsa sendiri yang bernafsu mahu menjadi Bendahara. Maka pengkhianat-pengkhianat ini sanggup bersekongkol dengan penjajah. Akhirnya tumbang Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, tidak bangkit-bangkit sehingga hari ini.

Begitu juga kejatuhan Kerajaan-Kerajaan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Ianya bukan kerana kekuatan British. Mereka hanya sedikit. Tetapi British pandai mengadu-domba bangsa Melayu, sehingga mencetuskan perang saudara dikalangan orang Melayu. Akhirnya Kerajaan-Kerajaan Melayu tumbang, dan British yang jumlahnya terlalu sedikit berjaya berkuasa dan menjajah Tanah Melayu. Bangsa Melayu hanya terlopong menjadi bangsa merempoat dinegara sendiri.

Kesilapan paling besar yang dibuat oleh bangsa Melayu ialah apabila mereka terlalu ghairah mahu merdeka, mereka sanggup menggadaikan kewarganegaraan Tanah Melayu kepada bangsa asing.

Walaupun ditentang hebat, segelintir Melayu sanggup bersekongkol dengan British dan menerima prinsip "jos solai - hak kewarnegaraan mutlak berdasarkan kelahiran". Dan hak ini diberi berserta dengan hak memiliki tanah, hak menentukan kerajaan pemerintah dan pelbagai hak lain. Akhirnya, walaupun merdeka dari segi politik, tetapi menjadi hamba tambatan dinegeri sendiri. Tepat saperti yang disebut dalam satu hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!!!".

Dan kesan daripada itu, bangsa Melayu hari ini membayar dengan harga yang mahal akan kesilapan nenek moyang mereka. Hari ini dimana-mana pun sering dikompangkan bahawa kuasa Melayu bergantung kepada undi Cina. Pengundi Cina adalah penentu. Pelik, dibumi tanah Melayu tetapi bukan Melayu dikatakan menjadi penentu. Maka riuhlah parti orang Melayu menggadai prinsip menjual perjuangan demi undi Cina. Dan hari ini, warisan pengkhianatan dan persekongkolan silam diteruskan oleh bangsa Melayu.

Kita lihat dihadapan mata kita hari ini bagaimana bangsa Melayu menjadi begitu lemah. Bukan sahaja mereka gagal memperkasakan kuasa politik yang sedia ada untuk menafaat dan kebajikan bangsa sendiri, malah hak mereka yang sedia ada pun habis dicabar dan tergadai.

Lihat bagaimana isu biasisiswa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan khas hanya untuk bangsa Melayu, akhirya bukan sahaja bangsa lain mendapat habuan besar, hak Melayu sendiri terhakis; ramai anak Melayu menangis sepi tidak mendapat hak biasiswanya, dan dinafikan hak pendidikan yang dimaktubkan kepadanya.

Kita lihat pula isu perhimpunan haram yang hendak dibuat pada bulan Julai ini. Ada segelintir bangsa Melayu yang bersedia diperkudakan oleh himpunan haram yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreevanasan. Sedangkan mereka tahu inilah kumpulan yang kuat menentang Islam, penganjur IFC, penyokong kes murtad Lina Joy. Tetapi demi memenuhi nafsu ghairah kekuasaan, segelintir Melayu ini sanggup menjadi kalkatu yang rela diperkudakan kerana terpukau dengan sinaran palsu kekuasaan! Melayu-Islam menjadi lemah dan rosak akibat "tangan-tangan kotor" mereka sendiri!

Dan yang paling hina, ada segelintir bangsat dikalangan orang Melayu yang bersedia menjual agamanya atas nama "political survival", ditopengkan dengan label 'arab "siasah syara'iah. Maka halal lah bibel Melayu versi Indonesia! Proses menghina diri ini sampai kepuncaknya apabila orang Melayu sanggup menjual kalimah ALLAH nama tuhannya demi mendapat sedikit pangkahan kuffar!!! Walau ulama'nya sendiri mengisytiharkan kafir sesiapa yang meredhai kemungkaran itu! Namun para politikus lacuran ini terus menerus melacurkan diri, sehingga ke peringkat anak isteri jadi bahan dagangan politik.

Bangsa yang sanggup menggadai agamanya, hatta Tuhannya sendiri, dan menganggap anak isteri sebagai komoditi politik murahan adalah bangsa yang sedang membunuh dan menghancurkan diri sendiri! Apakah begitu parah dan bansgatnya segelintir Melayu-Islam hari ini?

Kerana apa terdapat segelintir politikus Melayu-Islam yang sampai begitu sanggup melacurkan perjuangan dan prinsipnya? Adakah kerana Melayu tiada kuasa politik? Jawapannya tidak. Hakikatnya kuasa politik Melayu berkuasa mutlak. Kita punya majoriti mutlak dalam Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Muslim bangsa Melayu hari ini lebih daripada 130 orang, sudah boleh membentuk Kerajaan Persekutuan bersendirian tanpa perlu bangsa lain.

Dan dengan kuasa mutlak itu, kita bulkan sahaja boleh membela dan memperkasakan bangsa Melayu, malah boleh memartabat dan mendaulatkan Islam.

Tetapi kenapa itu semua gagal dicapai? Kerana umat Islam bangsa Melayu bukan sahaja tidak bersatu, malah bersedia bersekongkol dengan golongan kafir anti Islam anti Melayu; semata-mata untuk memenuhi nafsu mahu berkuasa. DAP tidak kuat! MCA tidak hebat! Gerakan tidak mantap! MIC tinggal nama!

Yang hebatnya UMNO, yang gagahnya PAS! Tetapi dek kerana sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang, kehebatan menjadi kebejatan, kegagahan menjadi kedayusan. Malah ada yang sanggup menjual roh perjuangannya, tunduk kepada tuntutan rakan kongkolan. Akhirnya menjadi parti "mayat hidup", tinggal nama tanpa roh perjuangan!!!

Lihat apa yang terjadi di Iraq, Afghanistan, dan sekarang Libya. Kerana nafsu segelintir yang mahu berkuasa, mereka sanggup bersekongkol dengan kafir untuk menjahanamkan negara sendiri. Akhirnya menderita, yang sengsara, yang merempat ialah umat Islam bangsa sendiri.

Lihat apa yang terjadi Syria. Hanya kerana keghairahan mahu berkuasa, mereka sanggup merosakkan negara, menyebabkan Kerajaan dan Angkatan Tentera Syria sibuk mempertahankan negara. Dan kesempatan itu diambil oleh Israel zionis la'natullah untuk membunuh dan menyembelih umat Islam Falastin di sempadan Golan-Syria yang tidak dapat dipertahankan dan dibela oleh tentera Syria!

Wahai umat Islam bangsa Melayu! Bangkitlah! Sedarlah! Kamu sedang menjadi kaum yang "self-destructive" - menghancurkan diri sendiri. Jangan ulangi kesilapan silam. Jangan diwarisi sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang ini. Kita sebenarnya kuat! Kita sebenarnya hebat! Kita sebenarnya gagah!

Apa yang penting sekarang semua wadah dan platform umat Islam bangsa Melayu, samada parti politik, NGO, pertubuhan atau individu-individu berpengaruh; wajib duduk satu meja dan mengadakan muzakarah dan perbincangan untuk memperbetulkan saf dan halatuju perjuangan umat Islam bangsa Melayu. Saya cadangkan diadakan Himpunan Melayu-Islam bagi tujuan mencari satu "win-win formula" bagi memartabatkan, memperkasakan dan membela agama dan bangsa.

Dimana sebenarnya kekuatan bangsa Melayu? Pada ekonominya kah? Atau kekayaannya kah? Sebenarnya kekuatan Melayu terletak kepada huruf "Mim" - Mim Lam Alif Ya Wau - Melayu. Tanpa huruf "Mim" bangsa ini akan jadi "Layu". Dan huruf "Mim" itu adalah kerana Melayu itu Muslim. Disitulah letaknya kekuatan bangsa Melayu - iaitu pada agamanya!

Oleh itu, formulanya mengembalikan kekuatan dan keperkasaan Melayu hanya satu! Survival bangsa Melayu hanya satu. Bersatu, berpadu dibawah naungan Al Quran. Persoalan besar yang perlu ditanya oleh umat Islam bangsa Melayu hari ini ialah: adakah Melayu mahu hidup hanya untuk berpolitik, atau Melayu mahu berpolitik kerana agama dan bangsa! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Jangan nanti kita menjadi hanya sebatang lidi yang tidak mampu berbuat apa-apa. Tetapi ikatlah lidi-lidi menjadi seberkas penyapu yang kuat, dan dengan penyapu itu umat Islam bangsa Melayu boleh menyapu semua sampah yang boleh menganggu gugat umat dan bangsa. Jika tidak, anasir luar akan dengan mudah mematah-riukkan kita menjadi hancur dan lebur.

Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH mengampunkan kita, dan memberi kekuatan ukhwah serta istiqomah demi kesinambungan umat Islam bangsa Melayu didalam negara Tanah Melayu ini.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Rejab 1432
12 Jun 2011

13 comments:

arinTaker gangsta papa said...

saya SANGAT SETUJU dgn kenyataan ini: Kesilapan paling besar yang dibuat oleh bangsa Melayu ialah apabila mereka terlalu ghairah mahu merdeka, mereka sanggup menggadaikan kewarganegaraan Tanah Melayu kepada bangsa asing.
Walaupun ditentang hebat, segelintir Melayu sanggup bersekongkol dengan British dan menerima prinsip "jos solai - hak kewarnegaraan mutlak berdasarkan kelahiran". Dan hak ini diberi berserta dengan hak memiliki tanah, hak menentukan kerajaan pemerintah dan pelbagai hak lain. Akhirnya, walaupun merdeka dari segi politik, tetapi menjadi hamba tambatan dinegeri sendiri. Tepat saperti yang disebut dalam satu hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!!!".

f' iz said...

Salam YB

Happy blogging again after the long pause recently.

This particular post is probably the best blog post you've ever posted.

Saya sokong perjuangan YB utk menyatupadukan Islam/Melayu khususnya di Malaysia ini; terutama sekali dengan saranan YB untuk menganjurkan perpaduan antara 'muhajirin' dan 'ansar'.

Saya dgn ikhlas menawarkan tulang 4 kerat saya dan apa2 kepakaran yg ada pada saya sebagai volunteer untuk apa2 usaha murni YB ni. Insyaallah.

Jazakallah Khayran

Salam - Izwan

Jawa Bernam said...

salam ybzul.. Saya sebnrnya sokong pnuh kerajaan melayu UMNO-PAS..melayu memang wajib ddk semeja n bncang tntang survival islam dan melayu di malaysia tanpa melibat'n bangsa lain. Saya yakin satu hari nnt bangsa melayu islam akan bangkit mengusir anasir luar (cina n india).. Hidup Melayu!!

Jacknaim said...

satu pencerahan yg menarik YB..tp kenapa perlu kita terlampau agung2 kan bangsa....

Me? said...

Teruskan perjuangan - wpun ada pahit & perjuangan tidak pernah terlewat

TUAN MOHD NAZRI said...

Betul apa yg ditulis tu.. nasib org Islam bergantung pada orang Islam sendiri. Saya risau kan nasib Melayu di Malaysia selepas PRU ke 13 nanti. walau apa yang terjadi, Itu semua ujian Allah. Saya rasa Umat Islam akan diuji dengan ujian yang kuat dari Allah. Allah tentu uji orang Islam untuk membuktikan keimanan pada Allah. saya rasa kerajaan BN akan tumbang pada PRU 13 nanti kerana tiada kerajaan yang kekal selamanya dalam dunia ini. Sebenarnya, kita harus percaya diri sendiri. Hanya dengan Islam sahaja boleh selamatkan kita dunia akhirat. hanya ada satu Islam sahaja, iaitu cara hidup nabi yang diikuti para sahabat, tabi'in dan golongan selepas itu hingga hari kiamat. Cara hidup yang cukup beradab dengan Allah dari bangun tidur hinggalah ke tidur semula. Semoga kita tergolong dalam golongan itu.

tmnazri. Putatn, Sabah

OSJ said...

Perumpamaaan yang sangat menarik- lidi.
malaysia ni da terlampau open, sejak2 ada internet, semua benda masuk, baik ke buruk ke, ada yg buta menilai,ada yang main serkup je percaya,golongan melayu ni ramai ibarat lalang.
Saya paling tak suka golongan taksub yang tak pernah berfikir secara intelektual, kalau si polan menulis/bercerita itu,dia percaye bulat2, kalau yg si polan lain pulak,ditepis bulat2 tanpa sebarang justifikasi yang terang,tiada perbandingan.

Teringat karangan penulis Zabidi Mohamed(yg juga bekas orang kuat Al-Arqam) bertajuk "Al Maunah Tersungkur di Pintu Syurga" , nak tau penyokong taksub, macam tu lah jalan ceritanye. Yang menakutkan,golongan sebegini dah ramai,ditambah golongan jaringan liberal n fahaman merbahaya lain.
Teruskan menulis YB, perkara yang benar wajib ditegakkan tanpa mengira bulu~

sbjco said...

Salam brother- you are being accused of being a hypocrite (http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6502) but yet no evidence was given. Again Islam and the words of Allah has been used to manipulate the issue

Reb@k said...

setuju

hanglexiu said...

salam YB..ana sebagai penyokong PAS yang selama ini yakin dgn perjuangan telah rasa tertipu..tk YB

Cheguman said...

Pemiliran hebat, tulisan mantap. Tahniah. Mohon paste dlm. Blog waadat.

MyMdFadzil said...

Dah tiba masanya peguam2 islam mengujudkan satu lagi majlis peguam islam atau melayu bagi menentang penyalahan guna seperti majlis perguam sekarang.

Badrulsyah said...

Mintak tolong wawarkan laman facebook Malaysians Against Bersih Rally di http://www.facebook.com/pages/Malaysians-Against-Bersih-Rally/179609788759435

Mintak dihebahkan di media sekali...