Misteri kehilangan jam Omega-Eskay di Lautan China-Doll pun tak selesai lagi; hangpa dok sibuk dengan misteri kehilangan MH370 di Lautan Hindi!!! Fenin...feniiin!!! |
Saya mengutuk keras sikap tidak patriotik yang ditunjukkan oleh Anwar dan Wan Azizah dalam merungkai misteri kehilangan MH370.
Anwar dalam lapuran akhbar penjajah Daily Telegraph menuding jari menyalahkan Kerajaan Malaysia tanpa memberi sebarang cadangan penyelesaian. Malah dalam satu kenyataan yang dilapur media, Anwar berkata dia boleh selesaikan isu kehilangan MH370 dalam satu saat!
Wan Azizah pula didalam perbahasan sulong sebagai ADUN Kajang dalam sidang DUN Selangor baru-baru ini menyatakan bahawa bantuan 26 negara luar dalam misi mencari dan mengesan kehilangan MH370 adalah kerana terpaksa, bukan kerana suka kepada Malaysia.
Kedua-dua laki-bini yang mencatat sejarah dunia kerana mencabar satu sama lain untuk jawatan Presiden PKR ini langsung tidak memberi cadangan kepada penyelesaian masalah.
Kalau benar Anwar tahu dimana pesawat MH370 beliau sepatutnya membantu 26 negara yang sedang bertungkus lumus untuk mengesan MH370 dengan memberikan maklumat dimana pesawat itu berada!
Kalau benar dakwaan Wan Azizah bahawa 26 negara luar membantu Malaysia kerana terpaksa bukan kerana suka, alangkah baik Azizah dan Anwar menggunakan hubungan baik mereka dengan negara-negara atau pertubuhan-pertubuhan didunia ini untuk membantu mencari dan mengesan MH370.
Malangnya, kedua-duanya hanya berminat untuk mempolitikkan isu ini, tanpa memberi sebarang sumbangan atau bantuan untuk mengesan dan mencari MH370 ini.
Saya agak hairan mengapa Anwar dan Azizah beriya-iya benar memperlekehkan usaha Kerajaan dalam mengesan dan mencari MH370 dan membantu keluarga dan waris yang terlibat.
Adakah mereka mempunyai agenda sulit atau sesuatu perkara yang tersembunyi atau mahu disembunyikan dalam isu MH370?
Semua orang tahu sekarang bahawa juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie adalah penyokong tegar PKR. Keahlian Kapten Zaharie didalam PKR disahkan sendiri oleh R.Sivarasa.
Bukan itu sahaja, malahan Kapten Zaharie adalah bapa saudara kepada menantu Anwar, iaitu isteri anak Anwar bernama Ehsan. Walaupun pada awalnya Wan Azizah menafikan mereka mengenali Kapten Zaharie, akhirnya Anwar membuat pengakuan setelah tersebar bukti serta gambar yang mengesahkan Kapten Zaharie seorang penyokong tegar PKR dan mempunyai talian keluarga dengan mereka.
Ini ditambah pula dengan misteri kehilangan MH370 berlaku hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja setelah Mahkamah Rayuan pada pagi Jumaat 07 Mac 2014 mensabitkan Anwar dengan tuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan, dan dihukum penjara 5 tahun. Pesawat MH370 dikesan hilang daripada radar pada jam 01.15 pagi Sabtu 08 Mac 2014!
Kalau Dato' Sri Najib atau UMNO mengikut perangai pembangkang, sudah pasti bukti-bukti ini akan diputar-belit untuk mengaitkan Anwar dan PKR dengan misteri kehilangan MH370.
Tengok sahaja cara pembangkang spin gambar Saiful yang kebetulan bergambar dengan seorang pegawai pejabat Perdana Menteri. Hanya dengan sekeping gambar itu mereka putar-belit dengan tambahan pembohongan konon aduan Saiful diliwat Anwar ada kaitan dengan Dato' Sri Najib!
Malah begitu jijik dan kotor permainan politik pembangkang ini sehingga mereka sanggup merekayasa dan mencipta gambar konon Altantuya dengan Dato' Sri Najib yang di super-impose. Mereka bernasib baik kerana SKMM begitu berlembut sehingga tidak mengambil sebarang tindakan.
Tetapi Dato' Sri Najib dan UMNO tidak mengamalkan politik kotor dan jijik ini. Tumpuan dan fokus Kerajaan hanya kepada usaha mengesan dan mencari pesawat MH370 demi untuk kepentingan keluarga dan waris yang terlibat. Langsung tidak pernah terdengar kaitan dengan Anwar mahupun PKR. Begitu besar jiwa dan akhlak kepimpinan negara.
Namun sebaliknya berlaku. Anwar dan Azizah beriya-iya memperlekehkan dan mempertikai usaha Kerajaan dan Dato' Sri Najib dalam usaha mengesan dan mencari MH370. Malah Anwar mendabik dada konon Najib takut dengan media antarabangsa, dia kononnya lagi hebat.
Hebat taik kucing! Baru wartawan tanya dimana jam Omegay-Eskay pun dah melenting, siap nak saman hanya kerana tanya soalan!

Sebab itu pada saya, lebih baik Anwar dan Wan Azizah menumpu kepada mencari dan mengesan misteri kehilangan jam Omega-Eskay yang masih belum ditunjukkan lagi.
Setahu saya, Datuk Eskay sudahpun membuktikan jam itu bukan sahaja ada dengan beliau, malah sudahpun diserahkan kepada pihak polis!
Tetapi Anwar dan Wan Azizah sehingga hari ini gagal menunjukkan jam tersebut, walaupun mereka mendakwa ianya ada dengan mereka!
Isu ini penting kerana ia membabitkan soal kredibiliti, kewibawaan dan integriti!
Sudah tentu salah seorang daripada mereka telah berbohong! Samada Anwar-Azizah ataupun Eskay yang berbohong.
Dan jam itu pula dikaitkan dengan persoalan akhlak dan perlakuan yang sangat jijik dan serius! Ianya membabitkan warga asing - iaitu warga China yang dikenali sebagai China-Doll.
Pendekkata, isu kehilangan jam Omega di Lautan China-Doll adalah sangat penting untuk rakyat Malaysia dan masyarakat dunia, kerana ianya membabitkan soal kepimpinan dan anganan untuk menjadi Perdana Menteri sebuah negara Islam.
Dan dunia sedang menyaksikan sarkis demokrasi sangat memualkan apabila Anwar dan Azizah gagal menyelesaikan masalah kepimpinan politik mereka secara sulh atau rubdingan secara baik suami-isteri; sebaliknya terpaksa membawanya ke medan awam dalam pemilihan PKR akan datang.
Kalau hal dalam kelambu pun mereka tidak boleh selesaikan dalam bilik tidur berhawa dingin di Istana Segambut; bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat dan negara, termasuk misteri kehilangan MH370!
Tepok dada tanyalah akal masing-masing yop!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
11 Jamadil Akhir 1435
11 April 2014
No comments:
Post a Comment