04 May 2010

TAHNIAH YB EZAM


(YB Senator Ezam bersama ibu, isteri dan anak-anak meraikan perlantikan beliau sebagai Senator semalam di Dewan Negara)

Salam 2 all.

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Sdr. Mohd. Ezam Mohd. Nor yang dilantik menjadi Senator dan mengangkat sumpah semalam Isnin 19 Jamadil awal 1431/ 03 Mei 2010 di Dewan Negara bersama dengan YB Datuk G. Palanivel, YB Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan YB Datuk Noriah Mahat.

Semoga perlantikan sebagai Senator ini akan memberi medan baru untuk YB Sdr. Ezam meneruskan agenda perjuangan reformasi dan amar ma'ruf nahi mungkar.

Saya secara peribadi mengenali Sdr. Ezam dan melalui beberapa saat pahit dan manis bersama dengan beliau dalam perjuangan reformasi. Ezam dengan pengkhususan kepada reformasi anti-rasuah dan salahguna kuasanya, saya dengan reformasi berteraskan perjuangan memartabatkan Islam dan sistem keadilan syariat. Apa yang saya tahu, kekentalan semangat perjuangan Ezam sangatlah tinggi, dan saya yakin tiada siapa boleh pertikaikan kesetiaan dan istiqomah beliau dalam perjuangan untuk reformasi.

Kami sama-sama pernah ditahan ISA. Lokap dan penjara merupakan rumah nombor dua kami. Kami pejuang reformasi selalu berpesan kepada keluarga apabila keluar rumah untuk brjuang (termasuk berceramah) dengan pesanan jangan harapkan kami pulang bebas. Kemungkinan lokap menjadi tempat tidur malam itu.

Saya tahu akan ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan perlantikan Sdr. Ezam. Malahan sudah ada pun bunyi sumbang dikalangan budak-budak ingusan yang menyindir kononnya perlantikan Ezam adalah habuan buatnya kerana keluar PKR dan hentam parti sebelum masuk UMNo. Yang budak ingusan ni terlupa, begitu jugalah calun yang dia takbirkan siang malam di Hulu Selangor baru-baru ini. Orang yang cabut daripada UMNo, hentam UMNo kemudian masuk PKR terus dapat habuan jadi calun Parlimen! Orang lama yang berjuang siang malam tinggal kelabu asap je. Dr. Badrul Amin putih mata, Shamsul Iskandar pun melepas, padahal perjuangan mereka dalam PKR tidak ada tolok bandingnya. Kekadang budak-budak ingusan ni kalau bercakap tak mau pakai otak. Tu lah masalahnya kalau takde kerja lain dok cari salah orang, salah diri sendiri haram tak nampak. Kata orang pepatih, "kuman seberang laut nampak, gajah dopan mato haram dio tak nampak!!".

Apa pun, tahniah kepada Sdr. Ezam. Moga ALLAH memberikan petunjuk dan kekuatan dalam meneruskan perjuangan ini insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
20 Jamadil awal 1431
04 Mei 2010

44 comments:

Pak Anjang said...

salam, Masa depan Ezam tampak cerah dalam arena politik Malaysia. Bagaimana pula saudara? Adakah masa depan saudara dalam arena politik Malaysia secerah Ezam? Fikir-fikirkanlah..

a ali /46sekupang said...

disini saya ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah keatas saudara Ezam.dan ingin juga hendak tahu pendirian Yb Zul?.Eloklah sekiranya saudara Yb Zul sekali berkerjasama dengan DSN,banyak hal-hal bersangkutan dengan Islam saudara boleh bangkit dan terjemahkan dalam perbuatan.jointlah UMNO untuk kebaikan umaah.pandangan saya saja.

LanaBulu said...

Zul..
kome bila lagi nak istiharkan dok jelas dalam umno dari dok sorang2 kat luaq tu buat apa..?
Kalau daH YAKIN DGN DIRI SENDIRI..TU teruskan lah..hee

Mlatkovic said...

khakk ptuihhh....!!

aku rasa Ezam orang Kulim kot??
nasib baik dia bkn org Kuala Nerang, kalau tak naya aku...
Dengaq ceghita ada orang nak kembang kan pengaruh APCO ke Kuala Nerang..
Tak mo la aku
Tapi makcik Timah yang nak buat APCO nie..
Heran aku...
Depa bgtau makcik Timah nak bukak Gerai APCO je...
Lega rasanya

A - Apam balik
P - Pau Daging
C - Cendol
O - Ondeh2

Encik Zul nak bukak cawangan APCO kt Kulim.
nanti aku bgtau makcik Timah

zanpundek said...

elok la hang puji Mat Kotak tu..aku tau ko msti puji geng2 seangkatan ngn ko..HAHA..Mat Kotak layak jadi Senator utk menyalak pada pihak Najib..klu x,x dpt Mat Kotak masuk Parlimen..memalukan !!!!dh xda org nk pon Najib amik..padan la nnt dia duduk sebelah hang

Syeikh YB said...

"kuman seberang laut nampak, gajah dopan mato haram dio tak nampak!!".

dalam maksud YB.Apco camana lak? YB tak nampak ke? hehe

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara Zul,

Salam geli untuk Ezam dan seangkatannya dengan nya.

Uwek....uwekkkk..memang sah manusia berilmu pun sudah mula hilang kulit lembut!

RAMLI MOHD YUNUS
Alor Setar, Kedah.

azam.krp said...

Yang Bodek2,
udah2 ler mr zul kaki temberang...bebas konon....org utara kata taik kucing org cam kamu ni..dulu ckap hebat,skang cakap,satu apa org tak percaya...tu la,nak berkawan ngan BERUDU KOTAK tu sgt..penghijrahan tu baik,tapi kalo berhijrah dari baik ke tak baik cam ang ni,tambah dosa lg ada la..aku mengata kamu ni pun mungkin berdosa,tapi mungkin jugak tak dapat dosa..yer la,nak menyedarkan org munafik cam kamu ni..kalo kamu ni pemimpin Islam sgt,p la tegur Najib tu suruh dia tegur bini dia pakai tudung...org Islam ni disuruh ikut pemimpin yg soleh...ada berani tegur??

DATU SULAIMAN said...

Aslmkm YB..

Rasanya cadangan daripada saya, daripada apa yang telah YB ambil tindakan maka eloklah YB masuk kedalam UMNO..Bersama-sama rakan lain yang telah meninggalkan PKR, lagi baik pakat-pakat masuk UMNO. Barulah jelas untuk dinilai oleh rakyat.

ardzulna said...

Bro Zul..ana harap anta masuk terus la dalam tong mangkuk najis tu...jangan duk main hidu je tak best...salam 1 Malaysia....pejuang Islam konon ..ana ada rahsia kamu Bro...

SysOp said...

Bhai Zulkifli Nordin...

Lu tak payah la nak retorik ... cakap juara agama... tak payah la...

S. Shamala punya kes pon lu tak hingaq... awat... dah kenyang ka?

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Mohamed said...

Alright Bro. Kali ni hang bersuara. Lama aku perhati hang jadi punching bag budak ingusan. Makin melelehlah ingus depa.

Mana budak ingusan bila YB Zul & YB Ezam tengah berjuang? Bawah ketiak mak kot. Entah2 masih nenen lagi.

Tup2 pandai cakap pasal perjuangan. Depa paham ke erti peruangan? dah dasar ingusan tentu tak faham.

Apa2 pun tahniah YB Ezam. Teruskan perjuangan menegakkan kebenaran.

Shamsul Yunos said...

Is police investigation into Aminul Rashid's death hampered by tainted statemetns

read all about it at
http://marahku.blogspot.com/2010/05/is-police-investigation-in-aminur.html

sitopimerah@ubuntu:~$ said...

Tahniah juga kepada YB Zul, kini makin terserlah siapa YB sebenarnya. Benarlah pesanan seorg ulamak yang telah tiada kepada kami pejuang. Hati-hati dengan budak Zul ni.

Benarlah kata2 Allahyarham, Sesungguhnya PKR tidak berhati-hati dan terpilih Zul dan lain-lain. Amaran keras dari akar umbi PAS juga kepada DSAI, supaya calon PRK HS jenis tidak melompat. Hah terbukti Dr. Halili melompat. Mujur kali ini keputusan DSAI tepat.
Walaupun YB Zul dan rakan2 lain telah meninggalkan kami pejuang, sedikit pon kami tidak sesalkan.

Tahniah YB, jika sekali lagi bertanding di Kulim Bandar Baharu jangan harap kami hendak menyokong saudara lagi. Jika tidak kerana amanah yang diberikan oleh Ust Ahmad Awang selepas penamaan calon PRU12 jangan harap kami nak berjuang menangkan saudara.
Kalau setakat dunia ni nak manis, tepuk dada tanya Iman, jangan tanya selera sahaja ye YB. Berjuang bersama pakatan memang pahit.

ag said...

kah kah kah
kau memang boleh melawak rupa2 nya.
tunggu ajala vcd,keset,cd dan lain2 semasa kau mencemuh umno di keluarkan.
sedangkan org umno menyampah kat ezam kotak.oh baru aku tau..ezam kan mastermind lompat melompat ni...emm...

SHAMSUDDIN said...

Yg Bebas Zul... Apa lai... Azam dah dpt habuannyanya, yg terang lagi bersuloh... hang b.mana ??? Perjuangan perit ... jadi negarawan perit... Skg walupun hang YB bebas gaya hang ketuanya si Najib tulah... Semuanya OK ke dia !!! Pikir semulalah, masa ada lai kalau hang nak ubah perjuangan sebenar...

Anak Bugis said...

Memanglah baguiih sgt YB..
Cuba faham yang ni.. kerajaan yang mengamalkan rasuah pada skala besar bagi rasuah pada individu yang kononnya membenteras rasuah..hehehe

Tilam said...

tahniah yb..perjuangan anda adalah perjuangan individu. Bukan perjuangan berjemaah..Anda fikir anda juara Islam..tapi orang lain juga berbuat demikian tetapi cara yang berhemah dan perlahan lahan..Hidup la anda dengan puak puak UMNO...

hamdanahmad said...

You can lie to some of the people all the time, you can lie to all the people some of the time but you cannot lie to all the people all the time - petikan ini boleh diaplikasikan kepada semua. Lidah tidak bertulang boleh cakap apa saja, hari ini kawan besuk jadi lawan tetapi orang Melayu ini kalau menyalahkan, semua disalahkannya, politik Melayu politik berkerat rotan berpatah arang, membenci hingga ketulang hitam, bila mengamuk tak kira apa yang rosak semua dicantas membabi buta. Kemudian menyesal tak sudah-sudah. Mengaku saja Melayu beragama Islam tapi ajaran Islam langsung tidak diamalkan, dari tok guru hingga ke orang marhaen. Cina makin kuat bersatu - semua dapat walau tak sokong, India makin bersatu semua dapat bila menuntut semua, Melayu jangan cakaplah walau majoriti macam cacing diganggu helang, kucing kasi yang tidak melawan, jadi orang suruhan setiap masa...

zsj said...

Tahniah YB Zul & Senator Ezam Reformasi. Teruskan perjuangan menegakkan kebenaran & keadilan walaupun dibenci oleh pro-pembangkang. Pro-pembangkang bercakap aje lebih tapi hanyalah omong2 politik kosong shj. Lihatlah betapa bacul yer pro-pembangkang apabila usaha Hasan Ali utk mengharamkan penjualan arak di Shah Alam ditentang oleh Ronnie Liu. Malahan Ronnie Liu boleh mengarahkan MAIS utk memulangkan balik arak yg telah dirampas. Saya cadangkan agar YB Zul & Senator ezam menubuhkan NGO utk memperjuangkan Islam yg sebenar. NGO ini perlu memperjuangkan Islam yg sebenar. PR & BN perlu menghormati pendirian NGO yg akan ditubuhkan.

Dilema Melayu Kini said...

Berjuanglah demi bangsa dan agama. Abaikan apa saja tohmahan.. mereka hanya pandai bercakap.. budak ingusan yang mudah digula-gulakan oleh pemimpin. Yakinlah pada diri sendiri dan berjuang ikhlas kerana Allah.. penilaian manusia tidak bawa ke mana tapi Allah tahu segala.. Semoga kita semua kembali bersatu ..dan melayu kembali gagah

Shahnizat bin Sakiran said...

Cabaran perjuangan dalam setiap wadah sama sahaja. Pasti ada yang berbeza pandangan. Pasti ada cantas mencantas. Bezanya cuma wadah yang mana akan lebih mudah menerima pandangan kita sebagai ahli

Kalau pandangan kita dalam wadah tersebut tidak dihiraukan, perjuangan kita hanya sia-sia.

Nabi juga berhijrah dari Tanah Suci Makkah yang disayanginya setelah perjuangan baginda selama dua belas tahun tidak berhasil malahan baginda ingin dibunuh.

Lalu penghijrahan baginda menjadi titik tolak kepada kejayaan perjuangan Islam.

Setakat ini beberapa usul YB telah diterima kerajaan. Ini menunjukkan cita-cita kita lebih mudah jika kita berada dilandasan yang betul.

Obama said...

yb Zul, Macam kome tu betul sangat.... Dulu kome le juara kes murtad.. dah berapa ramai orang murtad yg kome dpt reverse balik... Apa cite Esah Bohari... Bukankah kome yg kunseling dia... Sekarang dah jadi muslimah warak kot hasil tarbiah Peguam Zul.

Yg jelas kome memang bijak amik peluang dan main perasaan org....

kekalwaras said...

Janganlah YB amalkan sikap berpura-pura, hipokrit hanya kerana mengejar kepentingan peribadi. Rasuah dan penyelewengan yang menjadi amalan BN dipertontonkan setiap hari dan rakyat tidak mudah diperbodohkan..

Dzarr said...

Ada banyak kata-kata kesat dalam blog YB...apasal tak sekat ? Jangan bagi muka kat Pencacai2 Rabun ayam yang suka melalak tengah bulan mengambang tu semua....

Safuan Ibrahim said...

Alhamdulillah. Dapat juga saya menyampuk di sini. Terus terang saya nak katakan yang saya cukup pelik dengan En Zul ni.

Masih terngiang-ngiang lagi ceramah dan kuliah En Zul yang begitu 'over' seperti mendewakan Datuk Seri Anwar dan cukup hebat malah di kira melampau dalam menghentam pimpinan UMNO BN.

Seingat saya, sepanjang pengalaman saya ikuti kuliah dan ceramah tak pernah lagi yang sekeras En Zul. Tapi apa dah jadi sekarang.

Tulah lain kali jangan 'over' sangat. Sekarang ni pun kalau nak junjung UMNO BN pun janganlah 'over' sangat. Saya tumpang malu.

LongJong said...

Yop Yb Amigos,

Jangan dendam2 dengan Zaid tu, orang beriman macam mika kena banyak bersabor jangan panjang dendam kesumat mika. Selama kuliah dan Khutbah mika macam tak ikhlas dan kelirukan hadirin.

Banyakkan berdoa dan berusaha bukan berfitnah dan berdendam.

Yop, teman perhatikankan selama ni mika ni macam tali barut je nampak gayenya. Pe he nya Yop?

Amigos Mohancos

Mohamed said...

Jangan disekat sebarang kata2 kesat. Itulah lambang Melayu baru, Melayu reformasi. YB agak telus keluarkan apa saja yg ditulis oleh pelawat blognya walaupun pencacai.

Tak macam orang PR, depa keluarkan tulisan yg puji depa aje. kononnya nak tunjukkan orang sokong depa. takde yg hentam.

horizon said...

30 May 2008 Oleh FND pada 5:35 PM 8 komentar
Label: umum

Assalamua'laikum,

Ramai yang tanya saya pase Ezam masuk ameno ni. Even reporter riuh dok tanya mcm mane saya boleh put up dalam blog citer pase Ezam masuk ameno sebelum dia umum. Saya ingat the best quote adalah dengan merujuk statement Abu Bakr AsSiddique apabila Nabi saw wafat:"Sesiapa yang menyembah Muhamad ingatlah Muhamad telah mati..sesiapa yang menyembah ALLAH ingatlah ALLAH hidup dan tak akan mati". Kalu Nabi pun Abu Bakr cakap macam tu, apatah lagi manusia lain.
Yang penting perjuangan kita mesti istiqomah dan diteruskan. Ezam hanyalah satu kartektor dari pelbagai karektor yang mewarnai kehidupan politik kita. But as the saying goes..don't miss the wood for the trees. Ezam telah buat keputusan dia. Kita seharusnya menghormati keputusan itu walaupun kita mungkin tak bersetuju. Tiap kita terpaksa buat keputusan tiap saat & tika..dan kita perlu bertanggungjawab dengan keputusan kita itu. Tiap keputusan ada risikonya. Dan yang membezakan kita ialah pertanggungjawaban terhadap keputusan kita itu.
Saya ucapkan selamat kepada rakan saya Sdr Ezam..moga beliau dapat membawa perubahan saperti yang beliau perjuangkan dari dalam..cume ingatan saya kepada Ezam..Anwar pernah cube membawa perubahan dari dalam..akhirnya Anwar yang kedalam..
Adios
Zulkiflli Noordin

ustazku said...

tahniah lah bro kerana banyak guna kepala otak dlm membuat kptsan dan kurang menggunakan kepala lutut...tapi cakap2 yang keluar nampak mcm banyak guna kepala lutut.

zainalsamsudin said...

assallamualaikum YB Ezam Tahniah diatas perlantikan sebagai Senator.Harap teruskan Perjuangan yang telus dan dedahkan yang mungkar, demi bangsa Melayu yang telah banyak tercalar oleh tingkah laku orang yang tamak dan sombong.Nasihatkan lah kawan2 yang masih setia disebelah sana. Kami sentiasa menyokong usaha YB, perdulikan apa mereka nak kata, hanya dosa yang mereka akan terima, dan sama2 kita lihat akibatnya didunia.....

Mr said...

Ramai betul pengkomen2 Dari PKR dan PAS yang boleh dikelaskan kepada "KELAS KUCING KURAP"...
Memang korang ni bebal betul laa...

Sumer orang tak betui..ppptttuuuiihhh...khaaaakkk!!
Asyik kutuk UMNO dan BN jee...

Korang sedar lah skit...tempat korang blaja tu ..tempat korang guna kemudahan tu..dari kecik sampai tua nak mampus..hasil dari pemerintahan dan pentadbiran siapa..woii..kalau korang x suka...takyah guna sumer tu..sebabnya ianya hasil dari cara UMNO dan BN....ppptttuuuiiihhhhh...!!

Shairon said...

salam

"Mr"..memang semua itu hasil UMNO,tapi duit siapa kalau bukan rakyatnya..UMNO hanya berhak menjaga dan menzahirkan..UMNO tak bersalah,yang bersalah pemimpin dan budaya,amalan di dalam UMNO..

Malaysia,sebuah negara tersangat kaya,apa yang tiada di bumi bertuah ini?semuanya ada..tetapi mengapa pendapatan purata isi rumah melayu cuma RM 1400?..

Kamu pakai kereta proton?berapa harganya?di UK cuma 6000 ps..
kamu pakai honda city,berapa harganya?Rm 95 000 kn..harga betulnya cuma 45 000..so,kemana lebih duit lebih tu?

Zul said...

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.



Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

ket said...

Mr said...

Ramai betul pengkomen2 Dari PKR dan PAS yang boleh dikelaskan kepada "KELAS KUCING KURAP"...
Memang korang ni bebal betul laa...

Sumer orang tak betui..ppptttuuuiihhh...khaaaakkk!!
Asyik kutuk UMNO dan BN jee...

Korang sedar lah skit...tempat korang blaja tu ..tempat korang guna kemudahan tu..dari kecik sampai tua nak mampus..hasil dari pemerintahan dan pentadbiran siapa..woii..kalau korang x suka...takyah guna sumer tu..sebabnya ianya hasil dari cara UMNO dan BN....ppptttuuuiiihhhhh...!! <-- tudia org cakap xdak otak. memang bodo. awat ang ingat semua duit tu umno punya ka? habeh tu kami yg dok bayaq cukai pa tu bayaq utk apa? awat la hang ni bangang sangat.
lain kali nak antaq comment. pkiaq byk2 kali.hang nak sokong spa pun hagn punya pasai la. jgn pakai kepala lutut. bodo punya orang.

kepada yb zul.
pilihan raya nanti stanby2 lah kemaih2 barang. kami rakyat kulim kompom cari org lain.

rsmdothm said...

salam YB...

banyaknye kutukan2 yg dpt dari kritikan membina...apa petanda ni ??

susah jadi org ni..lebih baik jadi batang kayu....akhirat nanti xderlah dihitung amalan kita...

perenggan last tu bernafsu...byk lagi la kena muhasabah diri...

sblom ni saya slalu ikuti kuliah YB..tp skrang ni..dah timbul keraguan dlm ucapan2 YB....

semoga kita semua dlm pengawasanNya jua...

Supar Yop said...

Komen yg paling last tu jelas mengandungi bahasa kesat lengkap dgn ejaan utk ludah dn berkahak!..Tapi ZN ni nak bersikap adil dia bagi jugak siarkan. Bukan pasal dia demokratik tapi dia nak tunjuk rendahnya akhlak di kalangan manusia yg kononnya penentang kezaliman, rasuah, dan sbgnya tapi menjadi penyokong budaya biadap..

harunn said...

Salam

Sungguh kurang ajar betul pengomen diatas , lansung tak tahu hormat , ini ke pemimpin mereka ajar , ini ke cara penyokong tegar pkr berpolitik , benci membenci , hentam menghentam , kalau ini le cara petualang negara ajar , sugguh malang sekali
Dunia akhir zaman , pemimpin yang berjuang kejalan Allah , dihina , di hentam dan dihasut , tetapi pemimpin yang memecah belah , memporak perandakan dan mengadaikan agama disanjung dan dijunjung , ini lah yang berlaku zaman ini , kami harap Yb Zul bersabar menghadapi balaci banjingan firaun2 yang taksub dengan petualang mereka , semoga kebenaran akan timbul suatu hari nanti , Wassalam

Mr Beb said...

rsmdothm .....wakakaka kau tegur mr konon2 tu duit rakyat abis kerajaan pp yang canan kan rm 100 rasuah kat orang tua tu duit abah dia ker? cuba kau baca apa lim guan eng cakap kerajaan pulau pinang kasi duit kat rakyat asal dia tak cakap kerajan pulau pinang kasi duit rakyat balik rm 100 lepas kutip cukai asal tak cakap?"
oi ngok kau ni pandai cakap jer tapi tin kosong

Soundheart said...

Salam YB,

Ezam mungkin melihat perjalanan politiknya lebih sesuai dengan menyertai UMNO. Bagi YB saya cadangkan banyak bersabar dan melihat dan meneliti perjalanan politik YB untuk masa akan datang. Tak perlu tegopoh gapah mengikuti jejak oarang lain. Munkin YB dan Ezam ada persamaan, iaitu bekas PKR akan tetapi pengalaman masing-masing berbeza. Ada pun YB mungkin berhasrat untuk menertai UMNO, saya nasihatkan buat persiapan mental dan reaffirm diri YB akan memegang prinsip perjuangan yang telah YB tetapkan sejak mula sebelum membuat keputusan.
Pengalaman YB yang lepas telah mengajar bahawa perjuangan boleh digula-gulakan dengan mudah bagi mencapai kepentingan diri sendiri akan tetapi diri kita sendiri yang menentukan arah tuju perjalanan perjuangan kita tadi.

Always stay firm to surah 1 verse 6. Then only you make your judgment.

* Maybe it would be wise for you to research a bit about US Congressman Ron Paul. How he, despite being a Republican had exposed the evil does from the NEOCONs, PNAC ,US Federal Reserve and those who had hijacked American domestic &foreign policies. Did you know he was one of final candidates for last US presidency election other than Obama and McCain?.....

carp said...

Zulkifli Nordin quote:
Saya tahu akan ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan perlantikan Sdr. Ezam. Malahan sudah ada pun bunyi sumbang dikalangan budak-budak ingusan yang menyindir kononnya perlantikan Ezam adalah habuan buatnya kerana keluar PKR dan hentam parti sebelum masuk UMNo. Yang budak ingusan ni terlupa, begitu jugalah calun yang dia takbirkan siang malam di Hulu Selangor baru-baru ini. Orang yang cabut daripada UMNo, hentam UMNo kemudian masuk PKR terus dapat habuan jadi calun Parlimen.

salam zul.. nko lupake yg Datuk Zaid dulu tu Bekas Menteri masa dalam UM-NO dulu?? Seorang bekas Menteri yg sanggup lepaskan jawatan dia di dalam UM-No n masuk PKR utk jadi ahli parlimen.. so jgn le nko babi buta duk samakan dgn Ezam Kotak tu.. si Ezam KOtak tu drpd picissan dalam PKR bile masuk UM-No terus dapat jawatan Senator.. Nenek aku yg tak skolah pun tau bezanya tu..

Anak Perelih said...

amal ma'aruf nahi mungkar dari dalam UMNO..???? tambah judi world cup ada la...!!! rasuah pengundi dalam buy election ada la... ezam sedang mencuci tong taik dari dalam... hahahaha

Anak Perelih said...

YB Zul... kalau perlantikan Ezam adalah bukan habuan kepada dia.. pasai apa aktivis aktivis/pemimpin pemimpin UMNO lain yang dari dulu, kini dan selamanya dalam UMNO tak dilantik jadi sanator... kenapa pi lantik orang yang baru masuk UMNO ni pulak...??? orang UMNO pun masih dok ingat apa Ezam pernah kata kat UMNO...

suara kuantan said...

Salam YB.. Sedih melihat komen2 dari ahli yang pernah saudara anggotai.. Tidak ada langsung nilai2/ciri2 manusia yang tawwaduk.. BESAR HARAPAN SAYA SUPAYA SAUDARA DAPAT BERJUANG BERSAMA UMNO.. INILAH WADAH TERBAIK UNTUK SAUDARA DEMI AGAMA, BANGSA & AGAMA.. ANAK PAHANG