21 September 2010

LEPAS GERAM?

Salam 2 all.

Sekali lagi negara dikejutkan dengan penderaan terhadap seorang pembantu rumah dari Indonesia! Mangsa terbaru dikenali sebagai Winfaida mendakwa didera dan dirogol oleh majikannya yang dikenali sebagai Vellu dan isterinya (lapuran lanjut dibawah).

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku beberapa kali itu, Winfaida dirogol oleh sang suami dengan kerjasama sang isteri. Dan Winfaida akan dipukul dan didera oleh sang isteri jika tidak memuaskan nafsu haiwan sang suami!

Kita masih lagi belum terkejut dengan kejadian penyiksaan dan penderaan terhadap Nirmala Bonet, seorang lagi gadis Indonesia yang mengalami penderaan kejam dan zalim oleh majikannya.

Apa yang ingin saya bangkitkan disini kelihatannya saperti ada satu trend penderaan dan penyiksaan terhadap pembantu rumah berbangsa Melayu daripada Indonesia. Dan kebiasaannya majikan yang terlibat adalah dari bukan Melayu. Dalam kes Nirmala Bonet, melibatkan majikan berbangsa Cina; dalam kes Winfaida melibatkan majikan berbangsa India.

Walaupun saya akui ada kes penderaan melibatkan majikan Melayu, tetapi ianya terpencil. Sebaliknya penderaan, penyiksaan dan penganiayaan terhadap pembantu rumah Melayu dari Indonesia kebanyakkannya berlaku dikalangan majikan bukan Melayu.

Ini belum lagi kita mengambil kira maklumat dan berita yang membabitkan penderaan, penganiyaan dan penyiksaan terhadap pekerja-pekerja Islam daripada Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan lain-lain.

Saya berpendapat pihak berkuasa perlu melakukan satu siasatan mendalam, serius dan menyeluruh untuk mengkaji isu ini. Apakah ianya satu trend tempat melepaskan geram terhadap pembantu rumah Melayu ini oleh majikan bukan Melayu? Kerana geram terhadap bangsa Melayu disini, maka bangsa Melayu disana menjadi habuan dera dan penyiksaan?

Kerana kita belum pernah mendengar kisah pembantu rumah lain, samada daripada Filipina, Cina, India dan lain-lain yang mengalami penderaan saperti yang dilalui oleh pembantu rumah berbangsa Melayu daripada Indonesia!

Saya sendiri telah beberapa kali mengemukakan usul ke Parlimen supaya diujudkan satu dasar dimana pembantu rumah beragama Islam (tidak kira dari negara mana) tidak dibenarkan sama sekali berkhidmat dirumah majikan bukan Islam. Kerana lebih banyak masalah yang timbul dari kebaikan, walaupun saya tidak nafikan ada kes-kes terpencil dimana pembantu rumah berbangsa Melayu dari Indonesia ini mempunyai hubungan sangat baik dengan majikan bukan Islamnya.

Apa pun, saya berharap pihak berkuasa memberi perhatian serius kepada isu ini. Saya tidak bercadang menyatakan ini membabitkan isu perkauman atau agama, tetapi apakah ianya satu kebetulan, ataupun sudah menjadi satu trend. Itu yang perlu dikaji dan disiasat oleh pihak berkuasa. Bertindaklah segera sebelum terlambat. Jangan nanti Kedutaan kita di Jakarta kena berak dan kencing lagi baru nak bertindak!!

Adios amigos. Grasias.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
12 Syawal 1431
21 Sept 2010

#########################################

(Lapuran Berita Harian mengenai penderaan terhadap Winfaida pada 19.09.2010)

GEORGETOWN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia disiram air panas dan diseterika di dada serta dirogol empat kali sejak beberapa bulan lalu sebelum ditinggalkan di kawasan ladang Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, minggu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Winfaida, 26, dari Jawa Timur, mendakwa didera majikannya sejak Mei lalu dengan memukulnya di kepala, diseterika di dada sehingga melecur, disiram air panas di bahagian belakang, dirogol serta tidak dibayar gaji sejak bekerja dengan pasangan itu pada Februari lalu. Berikutan penderaan secara fizikal dan seksual sejak empat bulan lalu di rumah majikannya di Jelutong di sini, beliau mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan. Wanita itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata perbuatan tidak berperikemanusiaan majikan itu terbongkar apabila dia membawa mangsa dengan sebuah kereta ke sebuah ladang di Nibong Tebal dan meninggalkannya kira-kira jam 9 malam pada 12 September lalu.

Mangsa yang ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ditemui orang awam kira-kira jam 10.30 pagi keesokannya sebelum diserahkan kepada polis Seberang Prai Selatan (SPS).

Pada peringkat awal siasatan, polis sukar mengesan majikan mangsa kerana dia hanya memberitahu bekerja dengan pasangan suami isteri yang mempunyai empat anak di Jelutong. Bagaimanapun selepas hampir seminggu menyiasat, dan dengan bantuan awam, polis berjaya mengesan majikan mangsa.

Berikutan itu, polis menyerbu satu unit pangsapuri di Jalan Penawar Satu, Jelutong kira-kira jam 9.15 malam kelmarin dan menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kontraktor memotong rumput dan isterinya berumur 36 tahun.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku mendera mangsa termasuk merogol wanita itu beberapa kali dan pemeriksaan doktor juga mendapati ada koyakan di kemaluan mangsa. Pasangan suami isteri itu direman empat hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Kong Meng berkata, polis turut merampas sebuah seterika di rumah pasangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

Turut dirampas satu tali pinggang, cadar dan cadar di bilik mangsa serta sebuah kereta jenis Toyota Camry yang digunakan untuk membawa mangsa ke Nibong Tebal. Semakan juga mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah dan satu kes jenayah.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol.

1 comment:

Along Zuraidi said...

saya pembekal pembantu rumah dari indonesia...sbb tulah saya tiak pernah bekalkan pembantu rumah selain dari orang Melayu Islam sahaja...

Sbb yang india penuh dengan putar belit dan yang cina perah tenaga habis-habisan sampai suruh cat rumah, cuci kereta dan bersihkan rumah saudara mara...

Dahlah tu...nak sembahyang tak boleh, puasa tak boleh apatah lagi mengaji...kena mandikan anjing dan cuci/masak makanan tak halal terutama BABI...

Taknaklah saya bekalkan pekerja kepada mereka ni..tak pasal2 dapat dosa kering jer huhuhu