Salam 2 all.
Seluruh negara terkejut apabila berita kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya baru-baru ini. Nama Datuk Sosilawati melonjak naik apabila perniagaan kosmetiknya muncul sebagai sebuah empayar. Nama produk Nouvelle Visages meniti dibibir semua pencinta produk kecantikan. Ianya sebuah kisah klasik; dari seorang yang hanya belajar setakat SPM, berkahwin dan punya 6 anak, diceraikan di usia 30, mengharungi kepahitan hidup sebagai janda menjual produk dari rumah ke rumah untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anak yang kelaparan, dan berkat usahanya berjaya membina empayar perniagaan bernilai ratusan juta ringgit. Empayar yang dibina atas titik peluh & airmata.
Nama Allahyarham makin terkenal apabila berkahwin dengan rockers Nash yang terkenal dengan lagu "Ada Syurga di Wajah Mu". Namun "syurga" itu tidak berkekalan dan mereka berpisah hanya setelah lapan bulan bersama.
Dengan latarbelakang saperti itu, maka misteri kehilangan jutawan Datuk Sosilawati menjadi kes yang begitu high profil. Seluruh negara bertumpu kepada kes kehilangan beliau berserta peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim (32), pemandunya Kamarudin Shamsudin (44), dan banker beliau Noorhisham Mohammad (38). Mereka dikatakan sepatutnya berjumpa dengan seorang peguam di Bantoing pada 30 Ogos 2010 berkaitan urusan hartanah. Namun sejak hari itu, tiada berita diterima mengenai mereka.
Sebaik sahaja menerima lapuran kehilangan beliau yang dibuat di IPD Dang Wangi, pihak polis terus menubuhkan pasukan penyiasat dan terus "full swing". Dalam tempoh 48jam, pihak polis mendapat petunjuk dengan penemuan kereta BMW X5 kepunyaan Datuk Sosilawati dan kereta peguamnya. Diwaktu itu, mereka yang biasa dengan penyiasatan polis akan dapat menghidu apa yang terjadi kepada mereka (kebetulan saya banyak membuat kes jenayah sebagai peguam, dah mangli dengan siasatan polis, lagipun pengalaman ditahan ISA turut membantu).
Dan dalam tempoh tak berapa lama, polis berjaya menjejaki suspek-suspek dalam kes ini. Dan dalam tempoh yang singkat, misteri kehilangan Datuk Sosilawati terungkai dengan penemuan lokasi pembunuhan dan pembakaran mayat-mayat mereka di Ladang Gadong, Kuala Langat semalam Ahad 03 Syawal 1431/ 12 Sept 2010.
Bukan itu sahaja, diberitakan bahawa siasatan polis juga berjaya merungkai empat lagi kes misteri kehilangan empat ahli perniagaan setahun yang lalu. Mereka juga disyaki menjadi mangsa pembunuhan!!
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pasukan polis kita yang berjaya menyelesaikan kes berprofil tinggi ini dalam tempoh yang begitu singkat. Ini jelas membuktikan kualiti kepolisian kita adalah sangat membanggakan dan setaraf dengan, malah mungkin lebih hebat dari kebanyakan pasukan polis dinegara lain termasuk negara maju.
Kita sepatutnya berbangga dengan kehebatan pasukan polis kita. Kita akui didalam mana-mana pasukan akan ada "black-sheepnya", namun disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Apa yang malang ada pihak, yang menghadapi masalah peribadi mengambil kesempatan memburukkan imej pasukan polis semata-mata untuk menutup kelemahan nafsu serakahnya. Saya berharap rakyat tidak terpedaya dengan penipuan, pembohongan dan putarbelit yang dilakukan oleh golongan lemah aqal ini.
Sebab itu saya mengutuk keras tindakan seorang politikus murahan membuat kenyataan cuba mencemarkan nama baik Ketua Polis Negara yang baru dengan mendakwa beliau akan mulakan tugas baru dengan membuat beberapa tangkapan terhadap pembangkang. Ini adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dibuat oleh mereka yang muflis dan tidak bertamaddun. Bak kata seorang rakan blog saya, "ni jenis akai letak kat buntut"!!
Saya juga berharap tidak ada pihak yang akan memutarbelitkan kes pembunuha Datuk Sosilawati ini dengan mempolitikkannya, kerana ada segelintir makhluk di Malaysia ni yang takde kerja lain selain dari main politik 24jam sehari. Saya membuat kenyataan ini kerana sudah terdengar suara-suara sumbang nak mengaitkan Perdana Menteri & isteri dengan kes pembunuhan ini, sebagaimana mereka cuba lakukan dalam kes pembunuhan Altantuya.
Saya juga berharap tidak ada pihak yang akan memutarbelitkan kes ini kepada isu perkauman, walaupun kini kita ketahui suspek yang terlibaat disyaki berketurunan india dan mangsanya berbangsa melayu. Kes ini takde kena mengena dengan isu perkauman. Ianya adalah kes jenayah pembunuhan kejam! Itu sahaja.
Kejayaan pihak polis menyelelesaikan kes misteri kehilangan Datuk Sosilawati pada 12 Sept merupakan hadiah perpisahan terbaik buat mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, dan satu permulaan yang baik bagi KPN yang baru Tan Sri Ismail Omar.
Sekarang menjadi tugas pasukan pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pula untuk memastikan pendakwaan yang terbaik dalam kes ini. Apatah lagi antara suspek kes ini dikatakan melibatkan peguam. Maka saya berharap pasukan pendakwaan akan membuat persediaan yang rapi dan teliti. Do not leave any stone unturned"! Diharap kecemerlangan pasukan PDRM akan diteruskan oleh pasukan Jabatan Peguam Negara.
Apa pun, tahniah & bravo kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia.
Adios amigos, grasias senor.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
04 Syawal 1431
12 Sept 2010
No comments:
Post a Comment