06 September 2010

SEJARAH BERULANG!!

Salam 2 all.

Teman macam tak percaya pulak bila membaca lapuran media menyebut bahawa Ahli-Ahli Parlimen PKR membuat kenyataan memberikan sokongan penuh kepada YB Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi pemilihan tidak lama lagi.

Bukannya tak percaya apa, tapi teman teringat peristiwa yang hampir sama berlaku pada tahun 1993 apabila semua Menteri Besar UMNO membuat kenyataan menyokong Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Maka berkuburlah Pak Gafar Baba menangis tak berlagu!

Hari ini skrip yang sama berulang. Bapak borek, anaknya rintik dong! Teman ingat nak kena baca balik buku "SHIT" tulisan Dato' Shahnon Ahmad @ Pak Shahnon, Sasterawan Negara.

Apapun, kata orang Melayu, dah terang bersuluh pula. Lagu sama, skrip sama..cuma watak dan pelakon sahaja yang berbeza. Teman ucapkan sayonara kepada Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim dan segala mereka yang berangan nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Sejarah adalah guru yang terbaik, dan nasihat saya kepada Zaid dan yang sewaktu dengannya, belajarlah daripada sejarah Pak Gafar. Lebih baik kita pegi Zoo Negara "ziarah kekawan berpose" disana lagi bagus :))

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 Ramadhan 1431
06 Sept 2010

########################################

MALAYSIAKINI
06 Sept 2010 11.32am

Ahli Parlimen, Senator PKR ikrar sokong Azmin

Ahli parlimen PKR hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR walaupun tuan punya badan sendiri belum menawarkan diri secara terbuka. Anggota majlis pimpinan pusat Kamarul Baharin (Teluk Kemang) berkata, ini kerana Azmin telah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu.
Kamarul menambah, sebagai timbalan presiden, Azmin akan mampu berganding baik dengan presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menguatkan parti. Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan itu bersama dua daripada tiga senator lagi. Antara ahli parlimen yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) and Amran Abdul Gani (Tanah Merah).
Manakala 12 lagi Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).

Manakala dua senator itu Mustafa Kamal daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan timbalan presiden. Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).

No comments: