26 November 2013

MENGHITUNG HARI!

Bila Izrail datang memanggil, jasad terkujur di pembaringan - rumah kata pi, kuboq kata mari!

Salam 2 all.

Hitler dan Menteri Propaganda Nazi Goebler pernah berkata, 'the bigger the lie, the more people will believe it - lebih besar sesuatu pembohongan itu, lebih mudah orang percaya'.

Masih ingat lagi kisah dongeng pembohongan 16 Sep 2008? Konon cerita lebih 30 Ahli Parlimen BN akan melompat ke pembangkang. Dan Kerajaan BN akan jatuh. Dan 16 Sep 2008 akan menyaksikan Kerajaan baru pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat lagi janji kepada penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang semasa kempen PRU-12 tahun 2008. 'Ane, ini hari kasi undi sama kita, lagi dua minggu geran kasi mari'. Tak berapa hari menang Pulau Pinang dan membentuk Kerajaan DAP, penduduk Kg. Buah Pala menerima kedatangan traktor dan jentolak merobohkan rumah mereka dan dihalau keluar!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat lagi sebelum PRU-13, 'jika pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS tewas dalam PRU-13, saya akan bersara dan mungkin menjadi pensyarah'. Tetapi sehingga hari ini bukan sahaja tidak berhenti dan bersara, malah terbaru dibawa usul dalam Kongres PKR baru ini supaya Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya Wan Azizah!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat cerita jam Omega? Masih ingat lagi cerita sakit belakang? Masih ingat lagi cerita Lynas? Masih ingat lagi cerita Felda bankrap? Masih ingat lagi cerita China-Doll? Masih ingat lagi banyak lagi kisah dan cerita yang dibawa oleh pembangkang - yang semuanya akan membuatkan Goebel senyum meleret, yang akan membuatkan Hitler terkedu!

Baru-baru ini Dato' Sri Najib mengadakan lawatan rasmi ke Bangladesh setelah menghadiri Sidang CHOGM di Sri Lanka. Sekembalinya daripada lawatan itu, Dato' Sri Najib ditanya tentang misi lawatan yang pertama oleh beliau sebagai PM Malaysia ke Bangladesh. Jawab PM,

Misi lawatan ini alhamdulillah telah membuka era baru dalam hubungan Malaysia - Bangladesh. Namun misi kedua saya telah gagal!

Ramai wartawan terkejut, apa misi kedua yang gagal tu Dato' Sri, tanya para wartawan. Dengan penuh selamba Dato' Sri Najib menjawab;
Misi kedua saya ialah untuk mencari 40,000 pengundi Bangladesh yang didakwa mengundi dalam PRU-13, tetapi gagal. Malah Sheikh Haseena Perdana Menteri Bangladesh menggelengkan kepala bila diberitahu tentang dakwaan 40,000 pengundi Bangladesh konon mengundi didalam PRU-13!

Sebaik sahaja kenyataan PM tersebut disiarkan media, tak pasal-pasal Anwar membuat kenyataan bahawa dia tidak pernah menuduh BN bawa masuk 40,000 Bangla semasa PRU-13.

Media-media portal pro Kerajaan kemudian mendedahkan beberapa siri berita yang disiarkan media pembangkang termasuk di laman twit dan lain-lain dimana pembangkang membuat dakwaan konon ujud para pengundi Bangla dalam PRU-13, termasuk kisah sedih seorang penyokong pembangkang sendiri yang diserang dan dihalang mengundi pada pagi 05.05.2013 kerana dituduh sebagai Bangla!

Pada saya, politik pembohongan dan putar-belit pembangkang adalah satu jenayah demokrasi yang harus dibenteras segera. Jika tidak dibendung, ianya akan memudaratkan dan mengancam keselamatan dan keharmonian negara!

Kepada pembangkang DAP-PKR-PAS, saya nasihatkan berhentilah daripada politiking kotor dan jijik ini! Politik berteraskan pembohongan, putar belit, matlamat menghalalkan cara, menimbulkan kontroversi, memecahbelahkan perpaduan negara dan keharmonian antara kaum dengan sikap cauvinis, extremis, pelampau bukan warisan yang mahu kita tinggalkan kepada generasi akan datang.

Melabel kakitangan kerajaan yang kebanyakannya berbangsa Melayu dengan tuduhan mereka anjing Kerajaan dan sekadar kucing kurap jalanan bukan jenis politik yang boleh diterima oleh rakyat!

Dan kepada Anwar, sudah-sudahlah tu. Umur awak pun dah masuk rumah kata pergi, kubur kata mari. Tuhan pun dah bagi subsidi empat tahun mengikut ukuran umur Rasulullah saw.

Elok tunaikan janji nak berhenti dan berundur, jadilah pensyarah kat mana-mana. Kalau tak dapat mengajar di Oxford Universiti, mengajar ajelah di UniSel. Saya pasti Tan Sri Khalid akan berikan tempat walaupun mungkin slow sikit keputusan dia.

Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS yang baru ditabalkan pun dah tegaskan supaya PAS mendesak jawatan calon Perdana Menteri bagi pembangkang diberikan kepada Datuk Seri Hadi Awang. Bermakna PAS pun dah tak mahu kat hang lagi dah.

PKR pun dah makin kelam kabut. Dua ADUN PKR Sabah dah meninggalkan kemungkaran kembali kepada kebenaran. 11 Ketua Cabang PKR Sabah pun sudah angkat kaki dan mengisytiharkan sokong BN. Bos-bos PKR di Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna semua dah mengikrarkan sokongan kepada Dato' Sri Najib dan BN.

Jadi eloklah membuat persediaan untuk menerima kedatangan Izrail - jangan salah faham Israel pula! Perbanyakkan dengar nasyid Selimut Putih. Dan sebelum Izrail datang memanggil, dan jasad hang terbujur di pembaringan, eloklah habiskan masa dengan cucu-cucu tu.

Sentiasa ingat pesan ALLAH, kullun nafsil zaa ikatul mawt - tiap jiwa pasti mati. Macam mana manusia berusaha untuk berawet muda, berapa banyak manusia berusaha untuk membotoxkan diri, akan datang nanti satu masa satu ketika satu detik hukum ALLAH pasti berlaku - hang pasti mati!

Dan pastikan soalan pertama di alam barzakh nanti boleh dijawab - maarobbukaa - jawapannya ALLAH Hu Ahad, bukan Allah-Hus-Salis seperti yang dituntut kristian!

Moga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua, dan semoga ALLAH menunjukkan kebenaran, dan menganugerahkan kita aqidah dan keimanan yang benar -  ameen!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
22 Muharram 1434
26 Nov 2013

25 November 2013

BOOMERANG FITNAH?

Konsert kumpulan rock & heavy metal Heart Attack sempena Muktamar PAS ke 59 di Dataran Stadium Malawati - sesuatu yang pasti akan menyebabkan ramai pejuang PAS terdahulu akan kena heart-attack - takbeer!!!
Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda:

Akan datang suatu masa dalam waktu terdekat ini dimana Islam tidak tinggal kecuali hanya namanya sahaja, tidak ada yang tinggal daripada Al-Quran kecuali huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.

Ulamak mereka adalah yang paling jahat diantara makhluk yang ada dibawah langit, dari mereka (ulamak) ini akan muncul bermacam-macam fitnah, dan kepada mereka nanti kembali fitnah itu.
 Hadis riwayat Baihaqi

Saya pernah mengulas hadis ini berkaitan dakwaan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 28.03.2008 bahawa tidak perlu sambut maulidur-Rosul kerana katanya kelahiran Nabi Muhammad saw sama seperti Mat-Mat kampung di Kelantan.

Namun fitnah itu kembali kepada Datuk Nik Aziz apabila pada 27.01.2013 dia sendiri menyambut ulangtahun kelahirannya ke 82 dirumah Karpal Singh pada hari Ahad sewaktu kaum hindu menyambut Thaipusam (lihat entri bertajuk 'Fitnah Maulid' bertarikh 19.02.2013).

Pepatah Melayu ada menyebut - kata dulang paku serpih, ngata orang awak yang lebih!

Inilah yang dapat kita lihat berlaku didalam Muktamar Agong PAS ke 59 yang berlangsung mulai 22.11.2013 - 24.11.2013 di Stadium Malawati Shah Alam bagaimana banyak fitnah yang mereka lemparkan kepada orang lain kembali kepada mereka semula:

1. Konsert Rock: kita sudah banyak kali mendengar bagaimana Kerajaan dikutuk dan di maki-hamun kerana kononnya menganjurkan konsert rock dan pelbagai macam lagi program hiburan. Walaupun jelas penganjur konsert-konsert ini kebanyakannya adalah pihak swasta, namun yang mendapat maki-hamun ialah Kerajaan BN terutamanya UMNO.

Namun fitnah itu kembali kepada PAS apabila mereka sendiri menganjurkan konsert rock dan heavy metal pada malam sempena Muktamar Agong ke 59 di Dataran Stadium Malawati dengan menjemput kumpulan rock dan heavy metal Heart-Attack mengadakan pertunjukkan (gambar atas).

Sepanjang ingatan saya, UMNO sendiri tidak pernah menganjurkan konsert rock sempena Perhimpunan Agong UMNO. Tetapi PAS melakukannya. Dan apabila dibangkitkan oleh perwakilan dalam Muktamar, jawapannya cukup mudah - konon PAS mengambil sikap inklusif dengan menjemput kumpulan rock Heart Attack ini supaya boleh mendekati golongan muda, na'uzubillah!

Bukankah itu dasar machiavelli namanya, matlamat menghalalkan cara - the end justify the means? 

Demi mendapat sokongan dan undi daripada kaum belia dan anak muda, PAS sanggup menganjurkan konsert rock! Cuba bayangkan kalau UMNO yang melakukannya. Rasanya tak cukup kertas maki-hamun yang akan ditabur kepada UMNO!

Bak kata seorang perwakilan dalam Muktamar, 'apa yang PAS buat lagi teruk daripada UMNO!'.

2. SPR: bab SPR ini dah tak payah nak cakap. Berapa gantang punya fitnah, tohmahan dan maki-hamun dah dilempar ke SPR dan pegawai-pegawai SPR oleh pembangkang, rasanya tak cukup jari nak kira. Sampai dema sanggup buat demo, baring atas jalan, pecahkan kereta polis, sepak terajang pasukan keselamatan. Sampai tuduh 40 ribu Bangla dibawa masuk mengundi PRU-13!

Tau-tau dalam pemilihan PAS kali ini, kena balik batang hidung dema sendiri. Bayang kertas pencalonan pun boleh silap, sampai nama calon bertanding pun ghaib! Sampai boleh tangguh pulak pengundian ke hari lain. Bab nak umum keputusan jangan nak kata lah, siap boleh tangguh pengumuman pemilihan Naib Presiden sebab konon cerita ada pengiraan semula. Dan macam-macam cerita kita dengar mengenai proses pengundian dan pemilihan PAS kali ini.

Cuba bayang kalau yang buat tu SPR? Memang tak cukup bakul maki-hamun yang dilempar nanti. Malah ada antara mereka yang baru insaf dan sedar berkata 'sekarang baru kita tahu betapa susahnya SPR mengendalikan pilihanraya'.

Itu baru nak kendali lebih kurang 1,000 ribu lebih pengundi sahaja, pun dah kelam-kabut macam-macam cerita. Bayang SPR yang nak kendali lebih 10,000,000 juta pengundi!

3. Kroni: bab kroni ni memang dan berkajang-kajang kertas kita dengar tohmahan dan fitnah terhadap UMNO. Najib anak Tun Razak lah! Hishamudin anak Tun Hussein lah! Mukhriz anak Mahathir lah!

Tau-tau Mohd. Khalil anak Datuk Seri Hadi Awang dah jadi Timbalan Ketua Pemuda. Tau-tau Zaharuddin Muhammad menantu Datuk Seri Hadi duduk dalam AJK Pemuda Pusat. Tau-tau YB Nik Abduh anak Datuk Nik Aziz dok dalam AJK PAS PUsat.

Jangan salah faham yop. Saya kenal dema ni dan saya yakin mereka ni layak menduduki jawatan penting dalam PAS. Kalau nak banding dengan calon yang lain, rasanya dema bertiga ni jauh lebih berwibawa.

Maksud saya disini ialah janganlah kita menuduh orang cepat sangat. Sekarang dah balik ke batang hidung kita sendiri amacam? Kalau orang tuduh PAS mengamalkan kronisma disebabkan ini tentu mike marah bukan yop?

4. Ulama: sering kita dengar skrip bahawa hanya PAS sahaja yang membawa kepimpinan ulama. Hanya dengan PAS sahaja ulama dapat tempat. Ulamak UMNO dituduh sekadar tukang baca doa je, sekadar jadi khalifah tahlil je!

Tau-tau Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden mengalahkan calon pro-ulamak Datuk Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Tau-tau usul Dewan Ulamak supaya jawatan utama dalam PAS hanya diberi kepada ulamak ditolak.

Yang paling teruk, ada pulak suara sumbang yang dakwa kata-kata dan keputusan ulamak bukan wahyu yang wajib diikut. Dema lebih rela ikut Lim Guan Eng dan Anwar daripada ikut kata ulamak PAS!!!

5. Pimpinan Maksiat: teringat kisah Chua Soi Lek diangkat menjadi Presiden MCA. Yang peliknya UMNO yang kena maki-hamun. Konon bersekongkol dengan MCA yang mengangkat Presiden seorang pelakon porno! Tu tak masuk cerita Tan Sri Rahim Thamby Chik lagi. Tak cukup dakwat nak tulis yop.

Tapi bila kita tinjau balik dalam PAS, boleh tahan juga yop.Saya tidak bermaksud nak sebut nama atau jawatan disini, mike sendiri pun dah tau!

6. Sabah: UMNO dituduh menganak-tirikan Sabah. Konon BN/UMNO lintah darat yang menghisap hasil masyhul Sabah! Sebab itu dalam PRU-13 pembangkang malah berjanji akan berikan royalti 20% kepada Sabah jika menang PRU!

Tau-tau perwakilan Sabah daripada PAS Kawasan Kalabakan Mohd. Fazli Ahmad kata PAS langsung tidak memberi tempat kepada Sabah. Tidak ada pemimpin Sabah diletakkan di jawatan kanan dalam PAS. Malah kata Mohd. Fazli, UMNO lagi bagus sebab ramai pemimpin kanan dan kabinet daripada Sabah, termasuk Naib Presiden!

7. Hudud: sekali lagi PAS memainkan isu hudud. Saya lihat seolah-olah perjuangan PAS lain takde kecuali hudud. Adakah perjuangan Nabi saw hanya sekadar untuk laksanakan hudud?

Malah lebih teruk UMNO dipersalahkan konon menghalang dan melarang perlaksanaan hudud. Sedangkan hakikatnya ialah kuasa dan bidangkuasa hal ehwal Islam termasuk Mahkamah Syariah dan perlaksanaan hukum syari'e adalah dibawah bidangkuasa Negeri-Negeri. Persoalannya ialah kenapa setelah 22 tahun memerintah Kelantan hudud masih tidak dilaksanakan?

Tau-tau Ketua Hakim Syarie Kelantan membuat pengumuman baru-baru ini bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan hudud. Tau-tau PAS pulak berkata belum cukup persediaan!


RUMUSAN

Sebenarnya kalau dilihat semula hadis Rasulullah saw diatas, apa yang disebut semuanya sudah terjadi kepada PAS.

Nama Islam yang ada pada nama parti sekadar tinggal label, serban dan jubah. Isi perjuangan termasuk Daulah Islammiyah sudah tidak ujud. Kepimpinan ulama juga sudah hampir ditalkinkan! Apa yang tinggal hanya nama sahaja Parti Islam SeMalaysia PAS!

Kata-kata mereka yang konon mahu mendaulatkan Negara Islam pun sekadar tinggal huruf sahaja; roh perjuangan sudah tidak ada. Yang dikejar sekarang ialah undi dan kerusi; yang diimpikan sekarang jawatan, habuan dan kedudukan; yang di idamkan sangat sekarang ialah mahkota Putrajaya!

Markas-markas PAS pun hanya sekadar gah dan megah. Perhimpunan mereka pun sudah buat di Stadium dan tempat-tempat hebat. Tetapi sudah hilang seri. Sampai konsert rock pun dah boleh dianjurkan sempena Muktamar Agong, na'uzubillah!

Kita berdoa semoga masih ada lagi mereka yang sayangkan Islam yang akan memperkasa dan mendaulatkan perjuangan Islam didalam PAS. Dalam keadaan sekarang, sememangnya untuk memperjuangkan Islam menurut Al-Quran dan Sunnah didalam PAS adalah seperti memegang bara api, dan akan dianggap pelik dan asing.

Itulah yang terjadi kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Datuk Dr. Hasan Ali, Ustaz Hafiz Nordin, Norman Toha, dan ramai lagi mereka yang sudah melalui fitnah-fitnah tersebut.

Malah kalau dilihat daripada Muktamar Agong dan pemilihan pimpinan baru-baru ini, jelas terbukti bahawa PAS hanyalah sebuah parti politik, sebagaimana DAP, PKR dan lain-lain. Yang matlamatnya hanya satu - mendapat sebanyak mungkin kerusi untuk menang pilihanraya!

Walaupun saya tidak bersetuju dengan saranan Karpal Singh supaya label Islam pada PAS dibuang, namun pada saya itu sudah tidak perlu kerana label Islam yang ada pada PAS hanya sekadar itu - label!

Yang baik datang daripada ALLAH, salah dan silap yang ada adalah daripada kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH menjauhkan kita daripada sebarang fitnah, dan semoga ALLAH memelihara iman dan aqidah kita insya ALLAH. Amin ya rabbal 'aalamiin.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
21 Muharram 1435
25 Nov 2013

22 November 2013

BRAVO DATUK SERI HADI AWANG


PAS perlu buktikan mereka bukan sekadar Pak Pacak yang langsung tidak dihormati rakan sekongkol!
Salam 2 all.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan kebanyakan isi Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar ke 59 hari ini di Stadium Malawati Shah Alam, saya tetap memberi ucapan tahniah kepada Datuk Seri Hadi Awang yang mengecam kumpulan dan gerakan yang mempelopori amalan seks bebas, songsang dan luar tabi'e.

Dalam ucapan dasarnya merasmikan Muktamar Agong PAS ke 59 Tahun 2013 pagi tadi, Datuk Seri Hadi menyelar kumpulan ini yang dikatakan bertindak bertentangan dengan Islam. Malah beliau mendesak Kerajaan UMNO/BN supaya jangan tunduk kepada tuntutan petualang hak asasi tanpa batas ini

Sebenarnya tanpa desakan PAS pun Kerajaan UMNO sudahpun menolak tuntutan kaum pelampau ini yang kebanyakannya adalah kumpulan pro-pembangkang! Malah Kerajaan UMNO menghantar perwakilan rasmi Kerajaan ke Geneva untuk menyatakan pendirian Malaysia!

Namun begitu Datuk Seri Hadi tidak menamakan mana-mana kumpulan atau gerakan tersebut. Walaupun umum mengetahui beberapa NGO pro-pembangkang yang membentuk badan tidak berdaftar dinamakan Comango yang telah melobi kuat semasa sidang UPR Majlis Hak Asasi Manusia PBB baru-baru ini di Geneva yang antara lain menuntut Malaysia menerima dan meratifikasi SOGI (Sexual Orientation & Gender Identifcation) yang akan membawa kepada penerimaan LGBT (Lesbian Gay Bisexual Transgender) dan pengiktirafan perkahwinan sama jantina.

Walaupun sedikit terkilan kerana beliau tidak memilih untuk menama dan mengecam mereka secara terbuka, namun ucapan itu sedikit sebanyak memberi gambaran fikrah Datuk Seri Hadi dalam isu seperti ini, iaitu memilih untuk menentang sesuatu yang bercanggah dengan Islam.

Saya berharap Datuk Seri Hadi istiqomah dengan pendirian itu; dan sehubungan dengan itu akan turut mengecam bukan sahaja mereka yang mempelopori amalan kehaiwanan ini, malah beliau wajib mengecam mereka yang terlibat dengan amalan seks bebas, songsang dan luar tabi'e ini.

Contohnya beberapa pimpinan pembangkang yang secara sarih dan terang-terang membuat kenyataan mengutuk undang-undang liwat sebagai sudah lapuk dan perlu dihapuskan! Mengapa Datuk Seri Hadi tidak mengecam mereka ini?

Ada juga tokoh dan pimpinan pembangkang yang pernah ditangkap berkhalwat, melakukan perbuatan tidak senonoh, malah ada yang ditangkap melalui gambar dan video melakukan perbuatan yang boleh ditakfrif sebagai amalan seks bebas, songsang dan luar tabi'e dan bercanggah dengan syariat Islam.

Kita bukan bercakap dari segi pembuktian untuk mensabitkan kesalahan jenayah seksual syarie disini, itu memerlukan pembuktian yang ketat.

Tetapi kita bercakap tentang kelayakan dan kualiti untuk menjadi pimpinan, termasuk mahu menjadi pemimpin negara umat Islam ini. Sudah tentu golongan seperti ini langsung tidak layak untuk dipertimbangkan sebagai pemimpin umat Islam.

Tetapi mengapa mereka masih boleh diterima? Mereka ini sepatutnya sudah ditolak oleh PAS sejak dahulu lagi; namun sebaliknya ada yang masih duduk bersama PAS atau menjadi rakan sekongkol PAS!

Begitu juga dalam isu kalimah ALLAH yang jelas bertentangan dengan prinsip syarie. Ini adalah ketetapan Majlis Syura' PAS sendiri yang pada 13.01.2013 menegaskan bahawa kristian tidak boleh mengguna-pakai kalimah ALLAH. Malah Timbalan Mursyidul Am PAS dengan jelas menyatakan syirik bagi sesiapa yang membenarkannya.

Jadi mengapa Datuk Seri Hadi tidak menggunakan peluang dalam ucapan dasarnya untuk menegaskan bahawa beliau secara rasmi menarik balik Persefahaman Pembangkang DAP-PKR-PAS pada 08.01.2013 diantara beliau, Anwar dan Kitsiang yang menerima penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian 'walaupun tidak menepati kehendak syara', sebaliknya menerima ketetapan Majlis Syura sebagai pendirian rasmi PAS!

Ini adalah soal asas dan fundamental membabitkan aqidah umat Islam. Sepatutnya wajib bagi Datuk Seri Hadi menyatakan pendirian beliau secara terbuka untuk merungkai kekeliruan dikalangan ahli dan pengikut PAS; kerana disana masih ada suara-suara parasit sumbang yang mempertikai secara terbuka ketetapan Majlis Syura sebagai bukan wahyu yang perlu diikut!

Mengambil sikap membisu atau sweep under the carpet dalam isu sebesar dan serius seperti kalimah ALLAH ini akan menimbulkan lebih banyak fitnah kepada umat Islam, selain memberi isyarat yang salah kepada non-Muslim.

Sebab itu saya menyarankan kepada muktamirin dan perwakilan terutamanya para pembahas supaya:

1. mendesak kepimpinan PAS supaya secara terbuka mengecam NGO-NGO yang membentuk Comango walaupun mereka dikatakan pro-pembangkang dan boleh membantu mendapatkan undi untuk PAS dalam pilihanraya;

2. mendesak supaya PAS memberi kata-dua dan ultimatum kepada NGO-NGO ini bahawa PAS akan memutuskan hubungan dengan mereka jika mereka tidak menarik balik tuntutan songsang dan luar tabi'e yang dibuat mereka;

3. mendesak kepimpinan PAS supaya mengkaji semula hubungan dan kerjasama kepada mana-mana kepimpinan pembangkang yang menyokong tuntutan Comango ini, dan jika mereka tidak menerima kata-dua PAS supaya menarik balik sokongan itu, PAS hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama dalam apa jua bentuk sekalipun dengan kepimpinan pembangkang tersebut;

4. mendesak kepimpinan PAS menerima ketetapan Majlis Syura bertarikh 13.01.2013 sebagai pendirian rasmi PAS menolak penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian;

5. mendesak kepimpinan PAS supaya menarik balik dan membatalkan Persefahaman Pembangkang DAP-PKR-PAS bertarikh 08.01.2013 yang menerima penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian;

6. mendesak kepimpinan PAS supaya terlibat secara aktif, dan jika boleh mengetuai kesatuan umat Islam melalui parti politik mahupun NGO seperti Muslim-UPRo untuk mempertahankan dan memperkasa Islam termasuk terlibat secara langsung didalam prosiding di Mahkamah dan mana-mana paltform termasuk UPR-UNHRC;

7. mendesak kepimpinan PAS supaya memutuskan semua hubungan dan kerjasama politik dan lain-lain dengan DAP-PKR dan lain-lain badan atau pertubuhan sekiranya mereka tidak menghormati dan menerima keputusan Muktamar Agong PAS dalam isu-isu ini.

Semoga ALLAH menganugerahkan sifat istiqomah kepada semua pejuang Islam yang masih duduk didalam PAS untuk terus berjuang memartabat, memperkasa dan mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia ini insya ALLAH.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
18 Muharam 1435
22 Nov 2013

21 November 2013

AIYUHAL MUKTAMIRIN!

Apakah Pakatan Luar Tabi'e bersama pembangkang DAP-PKR membawa PAS kepada keredhaan ALLAH?

Salam 2 all.

PAS akan mengadakan Muktamar Agongnya mulai esok, dengan pemilihan jawatan utama termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK Pusat bermula Jumaat 18 Muharram 1435 bersamaan 22 Nov 2013.

Sekali lagi akan berlaku pertembungan antara kumpulan pro-agamawan dan pro-anwarinas.

Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai pemilihan ini, kerana pada saya yang lebih penting ialah halatuju, dasar dan landasan perjuangan PAS dalam senario politik masakini samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Setiap ahli akar umbi PAS, khususnya para muktamirin perwakilan tiap kawasan yang akan hadir dan mengundi dalam pemilihan kali ini harus bertanya dan boleh menjawab soalan-soalan berikut. Hanya dengan keupayaan menjawab soalan-soalan ini baru lah jelas siapa yang patut dipilih untuk menduduki jawatan utama dan AJK PAS Pusat yang akan menentukan halatuju, dasar dan landasan perjuangan PAS yang akan mendatang.

Soalan utama yang perlu ditanya dan dijawab ialah; apa sebenarnya yang PAS mahu?

Adakah PAS menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihanraya umum untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan syariat Islam dan mencari keredhaan ALLAH?

Atau;

Adakah PAS menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihanraya umum dengan menggunakan Islam demi untuk mendapat kuasa dan bermahkota di Putrajaya?

Dan untuk membantu menjawab soalan tersebut, saya bariskan dibawah beberapa fakta untuk direnung dan dimuhasabahkan oleh para muktamirin.

1. AQIDAH: Rasulullah saw di utus untuk memperbetulkan aqidah manusia yang sudah terpesong. Sebelum kedatangan Rasulullah saw, manusia sudah pun menjadikan ALLAH sebagai Tuhan. Tetapi ada yang syirik mendakwa ALLAH ada anak (seperti Yahudi dan Kristian), ALLAH ada sekutu (seperti Musyrikin), atau terus kufur kepada ALLAH dengan menyembah matahari (seperti Majusi). Maka di utus Nabi Muhammad saw dengan ketegasan bahawa ALLAH itu Satu, ALLAH tidak bergantung dengan sesiapa, ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada sekutu yang setara dengan ALLAH!

Jadi kalau PAS benar-benar mempunyai halatuju, dasar dan perjuangan untuk melaksanakan Islam, mengapakah apabila Lim Guan Eng mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik, mengapa PAS boleh bersetuju bersama dengan PKR dan DAP pada 08.01.2013 untuk kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH walaupun tidak menepati syariat Islam? Dan mengapa apabila Majlis Syura memutuskan menolak tuntutan kristian itu, ianya tidak dihormati malah terus dipertikaikan. Malah ada dikalangan ahli PAS sendiri mendakwa tidak perlu mengikut ketetapan Majlis Syura sebab ia bukan wahyu!

2. UKHWAH: Mengapa apabila umat Islam bersatu melalui NGO-NGO menentang cubaan kristian menggunakan kalimah ALLAH, PAS mengambil sikap tidak mahu bersama? Malah umat Islam berjuang tanpa PAS apabila pihak Perwakilan Vatican menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH. Langsung tidak kedengaran suara PAS, apatah lagi melihat kehadiran pimpinan PAS. Yang kedengaran suara-suara sumbang daripada PAS yang menyokong kristian mengguna kalimah ALLAH walaupun bertentangan dengan ketetapan Majlis Syura; dan sehingga hari ini suara-suara sumbang ini tidak dikenakan sebarang tindakan langsung!

Malah apabila terbongkar kegiatan mendakyah dan cubaan memurtadkan umat Islam oleh Gereja DUMC, dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga EXCO Hal Ehwal Islam Datuk Dr. Hasan Ali mengambil tindakan termasuk mengadakan Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam, bukan sahaja beliau tidak disokong dan dibantu, malah PAS akhirnya memecat beliau tanpa diberi hak membela diri bila beliau mempertikai tindakan PAS mahu menyertai perhimpunan menyokong Anwar yang dikenakan pertuduhan meliwat! Dan bukan sahaja PAS tidak bersama dengan umat Islam berhimpun mempertahankan aqidah, malah ada segelintir pimpinan PAS melarang dan menghalang ahli PAS daripada turut sama! Tetapi PAS boleh berhimpun sama dengan golongan kafir harbi untuk himpunan dan demonstrasi duniawi!

Begitu juga nasib yang menimpa tokoh ulama muda dan bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Beliau dipecat daripada Majlis Syura' hanya kerana dituduh terlampau mesra UMNO. Malah apabila gambar beliau bersama Dato' Sri Najib samada bersama ulama Masjidil Haram, mahupun bersama pimpinan Hamas di Gaza terpampang didada media, beliau menerima cemuhan dan kutukan. PAS sepatutnya berbangga dengan pemimpin mereka yang mampu membawa ukhwah dan kesatuan umat bukan sekadar peringkat negara, malah ke peringkat antarabangsa khususnya didunia Islam. Tetapi sebaliknya yang berlaku. PAS menganggap tindakan Ustaz Nasharudin memperkukuh ukhwah Islamiyyah antara pemerintah Malaysia dengan pimpinan dunia Islam termasuk Palestin sebagai satu liabiliti politik, na'uzubillah!

3. HUDUD: sepanjang saya bersama PAS selama lebih 12 tahun termasuk duduk di kepimpinan, isu hudud selalu menjadi modal politik untuk menyemarakkan semangat ahli dan menyemai benih kebencian kepada UMNO. Kompang hudud sentiasa di palu terutama menjelang pilihanraya (PRU atau PRK) dan semasa pemilihan PAS Pusat.

Baru-baru ini Ketua Hakim Syarie Kelantan telah menyatakan bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan hudud. Bermakna dari segi kehakiman mereka sudah bersedia. Sepatutnya pengumuman itu disambut dengan takbir gemuruh memecah langit. Tetapi sebaliknya yang berlaku. PAS sendiri menyatakan belum bersedia walaupun sudah diberi amanah memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun. Dan yang paling sedih, PAS menuding jari kepada UMNO seolah-olah UMNO menghalang dan melarang.

Dimana logiknya fitnah dan tohmahan tersebut. Jelas didalam Perlembagaan Persekutuan bahawa hal ehwal Islam termasuk perundangan syarie adalah dibawah bidangkuasa Sultan dan Kerajaan Negeri. Malah Dewan Undangan Negeri Kelantan sudahpun menggubal Enakmen Jenayah Syariah I & II termasuk hudud. Undang-undang itu telahpun diluluskan, dan Tuanku Sultan telahpun menandatanganinya. Bermakna Enakmen Jenayah Syariah Kelantan I & II sudah boleh dilaksanakan. Dan sekarang Ketua Hakim Syarie sudah menyatakan Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakannya.

Jadi tidak timbul soal UMNO menghalang atau melarang. Soal samada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan I & II itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak langsung tidak timbul kecuali jika sesiapa yang dituduh dibawah Enakmen tersebut nanti mencabarnya di Mahkamah Persekutuan. Kalau Orang Kena Tuduh terebut tidak mencabarnya, malah redha dan menyerah kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah, tidak timbul langsung soal Perlembagaan. Sama macam undang-undang lain yang diluluskan di Parlimen atau DUN.

Jadi bila PAS mula berdolak-dalik menuding jari kepada otang lain, ia menimbulkan persoalan serius; adakah PAS benar-benar mahu melaksanakan hudud atau ianya sekadar menjadi bahan airliur politiking sahaja?

Apatah lagi apabila Memorandum Persefahaman Pembangkang DAP-PKR-PAS yang ditandatangani jelas tidak memasukkan hudud sebagai agenda pembangkang jika menang PRU! Aapatah lagi DAP termasuk kepimpinan pembangkang berulang-kali menyatakan bahawa hudud bukan sebahagian daripada persefahaman pembangkang. Apatah lagi bila rakan sekongkol PAS iaitu Pengerusi DAP sendiri menyatakan 'over my dead body' kalau mahu melaksanakan hudud!

4. NEGARA ISLAM: Sejak dilahirkan semenjak tahun 1951 gendang PAS ialah mahu menubuhkan Negara Islam. Itulah retorik yang PAS kompangkan untuk membezakan PAS dengan UMNO. Tetapi sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR, perjuangan tersebut telah diketepikan. Kemuncaknya dalam Muktamar Agong 2011, Presiden PAS sendiri menyebut dengan jelas 'negara Islam itu tidak disebut didalam Al-Quran, tetapi Negara Berkebajikan ada!'. Dengan hanya senafas ayat, perjuangan Negara Islam hilang ghaibul-ghuyub daripada kamus perjuangan PAS!

Jadi yang Nabi Muhammad saw buat di Madinah itu apa? Bukan Daulah Islamiyyah? Menyatakan Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran bermakna menafikan kewujudan Negara Islam Madinah!

Dan bertambah mengelirukan apabila Memorandum Persefahaman Pembangkang DAP-PKR-PAS dan Manifesto PRU-13 langsung tidak menyebut tentang penubuhan Negara Islam. Sebaliknya kepimpinan Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS berkali-kali menyebut bahawa penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan syariat hudud-qisas-ta'zir tidak termasuk didalam agenda persefahaman mahupun manifesto, dan tidak akan dilaksanakan jika ditakdirkan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi PRU!

5. DOMINAN: Kepimpinan PAS ada yang menyebut bahawa konon PAS adalah parti dominan didalam Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS. Persoalannya adakah itu benar? Lihat sahaja di Pulau Pinang. Kenyataan terbaru Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang mendesak PAS diberi tempat didalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang membuktikan bahawa PAS bukan sahaja tidak dominan, malah tidak dihormati langsung oleh rakan sekongkol. Satu-satunya ADUN PAS yang juga Pesuruhjaya Negeri Pulau Pinang langsung tidak diberi tempat didalam barisan EXCO Kerajaan DAP, malah portfolio Exco Hal-Ehwal Islam tidak diberi kepada PAS walaupun ia parti berlabelkan nama Islam!

Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa PAS wajar dibatalkan pendaftaran kerana menjadikan Islam sebagai label nama kepartian sekadar membuktikan PAS hanya kaldai tunggangan sahaja bagi DAP yang kelihatan langsung tidak menghormati dan menghargai sumbangan PAS!

Dan apabila Majlis Syura' PAS, badan paling tinggi dan utama dalam PAS membuat ketetapan pada 13.01.2013 bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh kristian kerana ini soal aqidah, 'patwa' itu langsung tidak dihormati. Pimpinan pembangkang DAP-PKR-PAS memperlekehkan 'patwa' tersebut dengan kenyataan seperti 'Majlis Syura hanya sayap sahaja dalam PAS', 'bahawa ketetapan Majlis Syura bukan wahyu yang wajib diikuti', malah dengan lantang dan tegas kepimpinan pembangkang DAP-PKR-PAS menyatakan akan tetap mengikut 'resolusi dan persefahaman 08.01.2013 yang membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH walaupun tidak menepati kehendak Islam!

Jadi dimana yang kata PAS itu sebagai dominan? Sebaliknya PAS makin lama makin dilihat sebagai kaldai tunggangan untuk DAP-PKR mengaut undi simpati orang Melayu yang terpedaya dengan kompang serban dan jubah yang dibawa oleh PAS!

6. AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR: Apabila NGO-NGO pro-pembangkang membawa satu agama baru dikenali sebagai HAM - Hak Asasi Manusia, termasuk diperingkat antarabangsa seperti dilakukan di UPR Geneva baru-baru ini, PAS langsung membisu tidak bersuara. Yang kedengaran hanya suara-suara sampingan dikalangan Pemuda, itupun sekadar melepaskan batuk ditangga.

Tidakkah PAS menyedari perjuangan petualang hak asasi tanpa batas ini bercanggah sama sekali dengan syariat Islam?

Tuntutan supaya Artikel 18 UDHR yang membenarkan murtad, tuntutan SOGI yang menghalalkan seks luar tabi'e dan gejala LGBT serta kahwin sesama jenis jantan-jantan dan betina-betina, tuntutan supaya Seksyen 377A Kanun Kesiksaan berkaitan liwat dihapuskan, tuntutan supaya peruntukkan Enakmen Syariah berkaitan khalwat, zina, arak dimansuhkan, tuntutan kalimah ALLAH dibenarkan kristian menggunakannya, dan pelbagai lagi tuntutan yang akan membawa tamaduan kemanusiaan ke lembah yang lebih hina daripada haiwan sepatutnya membangkitkan semangat jihad dan perjuangan dikalangan ahli PAS!

Kalau subsidi petrol dikurangkan PAS sanggup berdemo tengah panas, kalau konsert K-POP PAS sampai sanggup meletop, adakah wajar PAS membisu seperti ayam berak kapur bila tuntutan luar tabi'e dan songsang yang bercanggah dengan syariat dibuat oleh NGO-NGO pro-pembangkang? Adakah patut segelintir pimpinan PAS memberikan jawapan kami hanya bersekutu dengan mereka dalam hal yang ada kepentingan PAS, tetapi dalam hal lain kami hanya membisu?

Dimana perjuangan amar ma'ruf nahi mungkar yang sepatutnya menjadi teras perjuangan mana-mana haraki Islamiyyah seperti yang PAS mengaku konon mereka termasuk didalamnya?

7. MURTAD: Semasa berlaku kes murtad Jamaludin Osman yang menjadi paderi dengan nama Father Joshua Jamaludin berlaku tahun 1986, PAS begitu agresif menggasak UMNO sehingga mengadakan Himpunan Anti-Kristian di Lumut pada tahun 1987. Malah seorang pemimpin Pemuda PAS pada masa itu membuat perisytiharan bahawa 'Malaysia akan menjadi negara kristian menjelang tahun 2000!'. Sehingga ramai pemimpin PAS ditahan ISA demi mempertahankan aqidah umat.

Apabila Hartina Kamarudin menjadi murtad kerana berkahwin dengan pemudia Hindu tahun 1996, PAS menjuarai kes tersebut sehingga peguam dari PAS sanggup mewakili ibubapa Hartina di Mahkamah.

Apabila Nor Aishah Bukhari murtad kerana mengikut pemuda Kristian dengan menukar nama kepada Aishah Felicea pada tahun 1997, PAS mengumpul seluruh tenaga dan jentera menentang kemurtadan tersebut, termasuk mengadakan Kempen Poster 100,000 seluruh negara.

Tetapi setelah bersekongkol dengan pembangkang DAP-PKR, perjuangan PAS dalam isu murtad menjadi terbalik!

Apabila Azlina Jailani murtad dengan nama Lina Joy dan kes dibawa ke Mahkamah tahun 2006, PAS mengambil sikap neutral. Dan yang paling ketara, apabila berlaku kes dakyah dan cubaan murtad keatas umat Islam oleh Gereja DUMC di bulan Ramadhan 2011, PAS bukan sahaja tidak mengambil tindakan mencegah, sebaliknya ada kalangan pimpinan PAS mengutuk tindakan JAIS menyiasat kes tersebut, dan paling malang, mempertahankan pihak gereja dengan alasan konon tidak cukup bukti dan tidak Islamik! Dan yang paling malang, pemimpin kanan dan tokoh PAS yang mempelopori perjuangan mencegah gejala murtad ini Datuk Dr. Hasan Ali berakhir dengan dipecat sebagai ahli!


RUMUSAN

Semua perkara yang saya sebut diatas akhirnya membawa kita kepada satu persoalan; iaitu kemana halatuju, dasar dan landasan perjuangan PAS sebenarnya?

Adakah PAS sudah terlalu taksub mengejar undi dan kerusi sehingga sanggup menelanjangkan keseluruhan perjuangan menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hudud-qisas dan takzir? Adakah impian ke Putrajaya itu terlalu penting sehingga PAS sanggup mengenepikan sunnah Rasulullah saw, sehingga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi yang terang-terang menentang Islam, sehingga terbit kenyataan seperti 'PAS lebih rela berkawan dengan syaitan!', sehingga PAS sanggup mendoakan kehancuran umat Islam lain semata-mata kerana berbeza siasah dan politik kepartian?

Inilah antara perkara yang perlu menjadi renungan dan muhasabah diri tiap ahli akar umbi dan muktamirin PAS yang akan bermuktamar mulai esok.

Addeenul nasihah - agama itu nasihat.

Nasihat saya kepada para muktamirin, bawalah PAS kembali ke pangkal jalan. Bawalah PAS kembali kepada perjuangan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Sekiranya ada pemimpin atau calon yang dilihat tidak boleh membawa PAS kearah perjuangan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, hendaklah dia dicantas dan ditolak walaupun dia mungkin seorang pemidato yang hebat, tokoh yang disukai dan popular dikalangan kafir dan harbi, walaupun dia mungkin boleh membawa undi dan kerusi kepada PAS!

Jadikanlah Islam itu matlamat, politik itu alat; bukannya kuasa politik itu sebagai matlamat, sedangkan Islam itu sekadar alat!

Yakin dan percayalah, jika PAS kembali ke perjuangan berlandaskan Al Quran dan Sunnah, dan halatuju PAS jelas untuk memperkasa dan memartabatkan syariat Islam, dan dasar PAS adalah untuk mencari keredhaan ALLAH, yakin dan percayalah PAS akan menjadi kuat, dan PAS akan menang, kerana itu janji ALLAH. Menang dunia menang akhirat.

Sebaliknya jika habuan duniawi yang dicari, kedudukan dan jawatan yang digilakan; nescaya murka dan laknat ALLAH menimpa walaupun PAS mungkin memenangi kerusi terbanyak dalam PRU dan bermahkota di Putrajaya!

Intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaa makum - bantulah agama ALLAH dan ALLAH pasti akan membantu kamu insya ALLAH.
 
Selamat bermuktamar.
 
Wallahua'lam dan wassalam.
 
Zulkifli Bin Noordin
17 Muharam 1435
21 November 2013

19 November 2013

PAS MENGAMUK?

Dulu ente sambut birthday rumah ana, apasal ente punya budak tarak hantam?
Salam 2 all.

Sekali lagi musim pemilihan PAS akan berlangsung iaitu pada 22.11.2013 ini di Shah Alam. Kecuali jawatan Presiden yang Datuk Seri Hadi Awang pegang tanpa ada pertandingan sejak Allahyarham Datuk Fadhil Nor kembali ke rahmatullah, semua jawatan utama dipertandingkan.

Daripada jawatan Timbalan Presiden sampai Jawatankuasa Pusat, semuanya ada pencabarnya! Dan seperti juga pemilihan sebelum ini, pertembungan sengit berlaku diantara kumpulan pro-agamawan dan kumpulan pro-anwarinas.

Saya percaya bagi UMNO, mereka sangat mengharapkan supaya kumpulan pro-anwarinas ini menang. Ini kerana kemenangan mereka akan pasti memudahkan kerja UMNO untuk menghadapi dan memenangi PRU-14 nanti insyallah.

Ini terbukti didalam PRU-13 pada 05.05.2013 lepas bilamana PAS kehilangan banyak kerusi Parlimen, malah hilang Kerajaan Negeri Kedah.

Kerana apa?

Kerana orang Melayu-Islam dah muak dengan gelagat dan perangai kumpulan pro-anwarinas. Mereka dilihat sebagai kaldai tunggangan DAP, terlalu taksub kepada Anwar, terlalu benci kepada orang Melayu-Islam yang tidak sehaluan dengan mereka, dan macam-macam lagi.

Pokok pangkalnya, mereka dilihat sebagai golongan yang tidak boleh diberi kepercayaan untuk membela, memartabat dan mempertahankan maruah bangsa dan agama!

Jadi dalam diam saya percaya UMNO mengharapkan sangat kumpulan pro-anwarinas mendapat kemenangan besar dan kumpulan pro-agamawan kalah teruk. Dan perwakilan PAS akan dapat membantu UMNO mencapai impian itu dengan memberi undi besar kepada kumpulan pro-anwarinas!

Satu fenomena yang saya tak pernah tengok sebelum ini berlaku dalam kepanasan kempen pemilihan PAS kali ini.

Banyak yang beratur keluar kenyataan didalam akhbar Utusan Malaysia! Tetiba akhbar Utusan sarat dengan kenyataan daripada orang PAS! Siap gambar lagi!

Utusan Malaysia!?!?!?

Suratkhabar yang dikafirkan! Suratkhabar yang ditongsampahkan! Suratkhabar yang mau dibakar!

Tau-tau beratur masing-masing keluar kenyataan dalam Utusan Malaysia.

Dan tiba-tiba ramai hero kampung muncul! Karpal Singh dan DAP menjadi bahan godaman dan hentaman. Konon cerita Karpal hina PAS; Karpal tidak menghormati PAS; Karpal tidak menghargai sumbangan PAS - hanya kerana Karpal buat kenyataan PAS patut dilarang guna nama Islam.

Hero-hero kampung yang selama ini senyap membisu macam bisul tumboh celah gigi tau-tau menghunus pedang nak berjihad menentang Karpal Singh!

Karpal tentu tersenyum senget melihat gelagat kaum yang sedang berhemPAS pulas cuba menumpPASkan satu sama lain melalui publisiti dalam suratkhabar UMNO pulak tu!

Tentu Karpal Karpal Singh masih teringat sambutan harijadi ke 80 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz dirumah dia siap dengan kek tu! Agaknya bau kek tu pun masih belum hilang lagi!

Tau-tau menjelang pemilihan ni Karpal Singh tu sekarang dah menjadi punching bag jaguh-jaguh kampung yang berkompang sakan sekarang ni!

Sedangkan rasanya kenyataan lebih teruk daripada itu Karpal pernah buat, tapi hero-hero kampung ni sepi membisu je!

Masih ingat 'over my dead body?'.

Masih ingat 'hudud tidak boleh dilaksanakan?'.

Bukan sahaja PAS tidak membantah, malah pernah ada pemimpin kanan PAS menegaskan sesiapa menentang Karpal mesti langkah 'my dead body' dulu!

Takkanlah PAS sekarang baru nak sedar DAP memang tidak pernah menghormati PAS. Bagi cauvinis rasis extremis ini, PAS hanyalah kaldai tunggangan untuk mengelabui mata umat Melayu-Islam, alat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu-Islam UMNO, itu sahaja.

Kalau hakikat itu pun PAS belum sedar lagi, memang dah parah penyakit angau mike ni yop!

Jadi kepada perwakilan dan muktamirin PAS, undilah kaum pro-anwarinas, bagilah mereka menang besar. Kalahkan kaum pro-agamawan, campak dema jauh-jauh macam mike campak Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan buang dema macam sampah macam mana mike buang Datuk Dr. Hasan Ali.

Selamat bermuktamar!

Wallahua'alam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Muharram 1435
19 Nov 2013

18 November 2013

BARKING NGOs?

Adakah pihak kristian dan gereja di Malaysia menerima dan mengiktiraf perkahwinan jantan-sama-jantan paderi mereka Ouyang Wen Feng dengan pasangannya Phineas Noewborn III pada 31.08.2011 di New York?
Salam 2 all.

Akhbar The Malay Mail* menyiarkan kenyataan ahli Exco Bar Council Andrew Khoo yang mengkritik NGO-NGO Islam dikenali sebagai Muslim-UPRo yang mempertikai lapuran Comango dalam sidang UPR Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva baru-baru ini yang mendesak Malaysia meratifikasi beberapa triti antarabangsa seperti UDHR, ICCPR, ICERD, SOGI dan lain-lain.

"They are barking up the wrong tree - mereka menyalak kepada pokok yang salah", begitu kebiadapan Andrew Khoo mengkritik NGO-NGO Islam semasa beliau cuba mempertahankan lapuran Comango. Malah beliau mendakwa NGO-NGO Islam sebagai 'fringe voices', suara pinggiran yang perlu dipersoalkan oleh 'moderate Muslim'.

Pertama yang saya mahu nyatakan dengan jelas ialah pendirian Andrew Khoo itu tidak mewakili suara kesemua 15,519 peguam yang berdaftar dengan Bar Malaysia, yang mana lebih 40% adalah peguam beragama Islam.

Kedua, pendirian Andrew Khoo tidak mewakili saya sendiri sebagai seorang peguam yang berdaftar dengan Bar Malaysia; dan saya langsung tidak mengiktiraf pendirian beliau sebagai mewakili pendirian saya sebagai peguam didalam Bar Malaysia walau sebesar zahrah sekalipun.

Ketiga, saya tidak pernah mengiktiraf Comango kerana pada saya mereka adalah sebuah badan haram dan taksah yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia

Dan saya menafikan dengan tegas dan keras mana-mana cubaan, atau dakwaan oleh mana-mana pihak bahawa Bar Malaysia adalah anjing salakan untuk atau bagi pihak Comango!

Andrew Khoo dalam kenyataan beliau menyatakan meratifikasi triti-triti antarabangsa itu tidak 'mengancam Islam', kerana kononnya negara seperti Mesir, Chad dan Tunisia meratifikasi dan menandatangani triti-triti antarabangsa tersebut!

Pertama, Andrew Khoo dan mereka yang sewaktu dengannya tidak faham bahawa Islam bukan diukur dengan bandingan kepada negara-negara seperti Mesir, Chad,Tunisia atau mana-mana negara lain.

Sebaliknya Islam diukur mengikut kayu pengukur Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw!

Jika ia ada dalam Al-Quran dan Sunnah Nabis saw, ia adalah Islam. Jika tidak ada, ia bukan!

Islam huwal Islam - Islam itu Islam. Tidak ada Islam fundamentalis, tidak ada Islam extremis, tidak ada Islam moderat, tidak ada Islam liberal, tidak ada Islam moden. Isunya mudah, it's either you are Muslim who follows the Al-Quran and the Prophet saw, or you are not Muslim at all!

Jika Mesir mengikut Al-Quran, kami akan mengikut mereka. Jika Chad mengikut Al-Quran, kami akan mengikut mereka. Jika Tunisia mengikut Al-Quran, kami akan mengikut mereka. Tetapi kalau Mesir, Chad, Tunisia atau mana-mana negara sekali pun, hatta kalau satu dunia sekalipun tidak mengikut Al-Quran, tidak ada sebab kami mesti mengikut mereka atau sesiapa pun.

Sama seperti jika seorang mengaku beragama Islam tetapi terlibat dan menjalani kehidupan songsang dan luar tabi'e seperti homoseks dan liwat, tidak semestinya semua orang Islam lain mesti menerima dan menjalani cara kehidupan songsang itu. Islam melalui Al-Quran dan Sunnah menegah kehidupan songsang homoseks dan liwat, malah melaknatya. Maka tiap Muslim mesti dan wajib menolak dan mencegah cara kehidupan songsang dan luar tabi'e itu!

Paderi Gay Pertama Malaysia Kahwin Di New York
Pastor Ouyang Wen Feng
Sama juga seperti apabila seorang paderi kristian daripada Malaysia bernama Pastor Ouyang Wen Feng melangsungkan perkahwinan jantan dengan jantan bersama pasangannya Phineas Newborn III di New York pada 31.08.2011, adakah itu bermakna semua kaum kristian dan pihak gereja di Malaysia mesti menerima dan mengiktiraf perkahwinan songsang dan luar tabi'e ini?

Saya yakin tidak ada orang kristian atau gereja yang benar-benar mengikuti ajaran agamanya yang akan menerima dan mengiktiraf perkahwinan songsang dan luar tabi'e ini!

Kedua, saya mencabar Andrew Khoo menyatakan dimana bukti yang dikatakan triti-triti antarabangsa ini tidak mengancam Islam?

Malahan sebaliknya saya menegaskan triti-triti antarabangsa tajaan barat ini dan dipelopori petualang-petualang hak asasi tanpa batas ini adalah bercanggah dan bertentangan dengan Islam menurut Al-Quran! Malah bertentangan dengan agama-agama lain dan bercanggah dengan ketamadunan manusia normal!

Pertama, Artikel 18 UDHR - Universal Declaration on Human Rights yang menganjurkan kebebasan beragama, termasuk 'meninggalkan atau keluar daripada agama yang dipegangnya ke agama lain atau tanpa agama langsung'. Dalam Islam ini dipanggil murtad! Murtad adalah salah satu kesalahan hudud riddah yang boleh membawa hukuman bunuh jika sabit kesalahan. Menerima Artikel 18 bermakna membenarkan murtad, dan ini bermakna memaksa negara umat Islam seperti Malaysia membenarkan murtad!

Kedua, SOGI - Sexual Orientation & Gender Identification menganjurkan dan menggalakkan amalan seks bebas LGBT - Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender. Termasuk perkahwinan sejenis jantan-jantan dan betina-betina! Amalan seks songsang dan pengiktirafan perkahwinan luar tabi'e ini bukan sahaja bercanggah dengan Islam, saya percaya ianya juga bercanggah dengan mana-mana agama didunia ini! Malah ianya bercanggah dengan sifat kehaiwanan sendiri - malah lebih teruk daripada sifat kehaiwanan!

Ini sahaja pun sudah cukup untuk membuktikan meratifikasi dan menerima triti-triti antarabangsa ini bukan sahaja mengancam dan bertentangan dengan Islam, malah ianya mengancam dan bertentangan dengan agama-agama lain dan norma kehidupan manusia normal. Ianya bercanggah dengan tamadun kemanusiaan itu sendiri!

Malahan saya boleh membariskan beberapa lagi peruntukkan dan item-item didalam triti-triti antarabangsa dan lapuran Comango ke UPR UNHRC itu yang jelas bercanggah dan bertentangan bukan sahaja dengan Islam, Perlembagaan dan perundangan negara, malah juga bercanggah dan bertentangan dengan agama lain dan norma manusia bertamadun!

Apa pun, saya memberi peringatan kepada petualang-petualang kebebasan tanpa batas ini, jangan ingat dengan melabel kami dengan pelbagai label seperti ekstremis, fundamentalis dan lain-lain akan membuatkan kami lari ketakutan. Sebaliknya ianya menambah dan memperkukuhkan keazaman kami untuk memerangi kebatilan dan kemungkaran sehingga ia tersungkur sujud ditepi neraka jahanam!

Aamantu billah summastaqeem..kami beriman kepada ALLAH, dan kami beristiqomah dengannya insyallah. Ameen.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
13 Muharam 1435
18 Nov 2013

*Nota: rujuk www.themalaymailonline.com bertarikh 15.11.2013 bertajuk 'Muslim nations nudging Malaysia's human rights agenda, critics told'.

15 November 2013

IKTIBAR 'ASYURA

Nabi Isa a.s yang diangkat dan disembah sebagai anak Tuhan dengan nama Jesus oleh penganut Kristian sebenarnya telah diangkat ke langit pada Hari 'Asyura 10 Muharram mengikut aqidah Islam
Salam 2 all.

Nabi menyebut bulan Muharam sebagai Syahrullah - bulan ALLAH. Didalam bulan ini banyak perkara penting yang berlaku (senarainya seperti dicatatkan dibawah).

Apabila menjadi Khalifah, Saidina 'Umar r.a telah membuat ketetapan menggunakan kalendar Hijriah sebagai taqwim Islam. Permulaan kalendar Islam ini dikira daripada 01 Muharram; yang kini disambut setiap tahun sebagai Ma'al Hijrah, atau sambutan Tahun Baru Islam. Sebelum Taqwim Hijrah ini diperkenalkan oleh Saidina 'Umar, perkiraan kalendar dibuat menggunakan taqwim Masehi.

Didalam bulan Muharram, ada satu tarikh yang diraikan Islam iaitu Yaumil 'Asyara - atau 10 Muharram. 'Asyara bermakna 10 dalam bahasa 'arab.


Sebenarnya 10 Muharram ini juga disambut oleh agama wahyu yang lain termasuk Yahudi dengan berpuasa. Memandangkan sumber wahyu adalah sama, maka Rasulullah saw menganjurkan puasa pada 10 Muharram dengan sabda, 'sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram, maka terhapuslah dosanya selama setahun sebelumnya'.

Tetapi Nabi saw membezakan 'amalan Yahudi dengan Islam dengan sabda, 'bezakanlah amalan puasa 10 Muharram kamu dengan amalan Yahudi iaitu dengan menambah berpuasa sehari lagi samada pada 09 Muharram atau 11 Muharram'.

Kita dapat melihat bagaimana Rasulullah saw begitu mengambil berat untuk membezakan Islam dengan agama lain termasuk Yahudi sehinggakan amalan sunat seperti puasa 10 Muharram juga dibezakan.

Sama seperti ketetapan Saidina 'Umar r.a untuk menggunakan kalendar hijrah sebagai Taqwim Islam. Ini dibuat semata-mata untuk membezakan amalan Kristian yang menggunakan kalendar Masehi yang dikira berdasarkan kepercayaan tahun kelahiran orang yang mereka angkat sebagai anak Tuhan iaitu Jesus Christ. Sebab itu kalendar masehi, atau dikenali juga sebagai kalendar gregorian, diakhiri dengan A.D - Anno Domini atau In the Year of Our Lord.

Iktibar daripada ini ialah jika dalam perkara sunah seperti puasa sunat 10 Muharam dan amalan perkiraan kalendar seperti Taqwim Islam kita lihat Rasulullah saw dan para Sahabat mahu membezakan Islam dengan Yahudi atau Kristian; mengapa pula dalam isu fundamental membabitkan aqidah seperti kalimah ALLAH ada antara kita begitu beriya-iya mahu samakan dengan mereka?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Yang paling mengecewakan, golongan munafik dan hipokrit ini menjubahkan diri mereka dengan label Islam, malah menyulam hujah dan kelentong mereka dengan ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw sehingga mengelirukan pengikut mereka, na'uzubillah!

Berapa ramai pengikut dan penyokong mereka yang telah sesat dan disesatkan! Semuanya atasa nama siasah syariah - atau dalam bahasa moden Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Wadah lebih diutamakan daripada aqidah!

Yang penting undi! Yang penting Putrajaya! Yang penting kuasa! 

Ambillah iktibar peristiwa pembunuhan Saidina Husain r.a di Karbala, yang juga berlaku pada 10 Muharram. Cucu Rasulullah saw itu dibunuh akibat perebutan kuasa.

Yang peliknya, sebenarnya peristiwa pembunuhan Saidina Husain r.a sudahpun diketahui melalui hadis Rasulullah saw sendiri yang pernah bersabda bahawa 'cucu ku ini akan mati dibunuh oleh sebahagian daripada umat Islam'.

Semasa itu siapa yang percaya akan ada umat Islam sendiri yang akan membunuh cucu kesayangan Rasulullah saw. Tetapi itulah yang berlaku dalam peristiwa Karbala. Saidina Husain r.a, anak kepada Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali karamallah huwajhah syahid dibunuh oleh umat Islam sendiri!

Hari ini, umat Islam berebut kuasa untuk menjadi pemerintah, sehingga sanggup membunuh dan menjatuhkan sesama sendiri. Dan lebih teruk ialah mereka sanggup bersekongkol dengan kafir harbi dan kuasa asing untuk menghapuskan atau menjatuhkan pemerintah yang satu agama dan satu aqidah dengan mereka, na'uzubillah min zalik!
 
Semoga ALLAH memelihara kita semua daripada fitnah akhir zaman ini, semoga iman dan aqidah kita tetap terpelihara, ameen.

Apapun, marilah kita mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Hari Asyura 10 Muharram sepanjang tamaddun dan sejarah kemanusiaan:

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.



  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.


  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.


  • Hari pertama Allah menciptakan alam.

  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.

  • Allah menjadikan 'Arasy.


  • Allah menjadikan alam.

  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.

  • Nabi Isa diangkat ke langit
Semoga dengan menghayati Hari 'Asyura 10 Muharram ini ALLAH akan memberikan kita petunjuk dan hidayah, dan memelihara aqidah dan keimanan kita, dan memberikan kita anugerah istiqomah -aamantu billah summastaqeem.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Muharram 1435
14 November 2013

13 November 2013

DBKL HINA-HINDU?

 
(Benarkah pembangkang menghormati agama Hindu dan mengamalkan toleransi agama? Perobohan sebuah kuil persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor pada 10.10.2012 dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS )
Salam 2 all.

Saya mengecam keras dan mengutuk tindakan pembangkang yang sekali lagi memainkan isu keagamaan dan perkauman membabitkan tohmahan kononnya DBKL merobohkan senuah struktur yang didakwa sebagai sebuah tempat penyembahan dipanggil Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur.

Ini satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan hanya dilakukan sekadar untuk mencetuskan konflik kegamaan dan membangkitkan kebencian kepada Kerajaan.

Diwaktu yang sama, pembangkang yang sedang terkiyal-kiyal dengan pelbagai isu dalaman mereka sendiri kini merekayasa satu straw political life-line, talian straw hayat-politik mereka dengan memainkan isu perobohan sebuah tempat penyembahan yang dikatakan berusia 101 tahun.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan DBKL telah memberi penjelasan bahawa struktur dan tapak tersebut dirobohkan kerana ianya

1. bukan sebuah kuil;

2. dikatakan terletak diatas tanah awam yang mahu dibangunkan;

3. terdapat aktiviti lain disyaki dijalankan ditapak tersebut dengan terjumpanya botol-botol arak;

4. sudah ada perintah Mahkamah yang sewajarnya,

5. dan pihak DBKL sudah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada sami hindu sendiri yang bersetuju tempat itu dirobohkan kerana struktur yang berkaitan dikatakan sebenarnya bukan sebuah kuil!


1. CUBAAN MENGALIHKAN ISU

Pada saya, pembangkang sekarang ini semakin terdesak dengan pelbagai isu dalaman mereka sendiri dan merekayasa isu-isu lain untuk mengalihkan isu dalaman yang mereka sendiri hadapi, antaranya:

1. DAP dengan masalah pemilihan CEC yang masih tidak selesai dan terus dipersoalkan oleh ahli akar umbinya sendiri. Malah tindakan beberapa pimpinan DAP termasuk ADUN di Sabah keluar parti, dan pimpinan kanan yang mempersoalkan kepimpinan DAP sekarang merupakan tamparan hebat kepada DAP dibawah pimpinan Guan Eng dan bapanya Kitsiang dan sekutunya Karpal Singh.

Ini ditambah dengan kemarahan beberapa pimpinan PAS atas kenyataan Karpal untuk membatalkan parti politik atau pertubuhan yang berteraskan agama seperti PAS;

2. PKR pula tak habis-habis dengan masalah dalaman mereka, termasuk masalah ujudnya konspirasi dan cubaan untuk menjatuhkan pimpinan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor yang dipercayai didalangi oleh beberapa pimpinan tertentu yang terlalu ghairah mahukan jawatan MB.

Ini diparahkan lagi dengan masalah keluar parti oleh ADUN Kadamaian, dan mungkin dituruti oleh beberapa orang lagi wakil rakyat dan pimpinan serta ahli akar umbi, termasuk masalah moral dan akhlak kepimpinan yang buruk, dan macam-macam lagi masalah dalaman;

3. PAS pula sedang menghadapi masalah pemilihan kepimpinan dalam Muktamar Agong yang akan berlangsung 21-22 Nov ini, dimana sekali lagi pertembungan antara kem ulama' dengan kem pro-Anwarinas akan berlaku dengan kempen yang dikatakan sudah tidak mematuhi garispanduan akhlak Islam; diikuti dengan masalah akhlak pemilihan yang semakin teruk dengan kempen panas yang melampaui batas kesopanan dan akhlak Islamiyyah yang mereka gendangkan;

Jadi dalam keadaan itu saya tidak hairan kalau pakatan pembangkang ini seperti orang kelemasan yang akan menarik apa sahaja walaupun straw untuk melepaskan diri daripada kelemasan yang akan menghancurkan mereka!


2. PEMBANGKANG SENDIRI HINA-HINDU

Persoalan yang perlu dijawab oleh pembangkang sendiri ialah, adakah mereka sendiri 'bersih' daripada sikap 'anti-hindu', anti agama?

Biasalah pembangkang, kalau yang buat itu UMNO/BN, maka mereka akan melalak dan berkokok macam ayam sakit tekak! Tapi kalau mereka sendiri yang buat, berkokok pun tidak, malah tahi berderai-derai di ekor!

Lihat sahaja isu pelompatan parti oleh Lajim Ukin daripada BN ke mesra-pembangkang, disambut dengan kompang dan gendang, konon ini satu tindakan berani menjadi catatan demokrasi yang hebat. Tetapi bila ADUN Kadamaian (PKR) Jeremy Malajad keluar PKR dan mengambil sikap mesra-BN, dia dikutuk dan dilaknat sebagai 'katak pengkhianat' dan macam-macam lagi maki-hamun!

Begitu juga dalam isu perobohan struktur yang dikatakan kuil di Jalan P.Ramlee itu. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan DBKL sudah memberi penjelasan panjang lebar berdasarkan fakta dan sandaran nas menafikan dakwaan tersebut, samada kepada pihak pengurusan shrine, pimpinan agama hindu serta pimpinan parti politik yang mewakili penganut hindu.

Malahan Datuk Seri Tengku Adnan dan DBKL telah memberi jaminan akan menambah-baik dan memperelokkan struktur dan pembinaan tempat penyembahan atau shrine yang terletak ditemapt tersebut.

Namun penjelasan dan jaminan tersebut tidak ubah seperti mencurah minyak tanah ke api! Pembangkang semakin galak dan semakin beriya-iya memukul gendang dan kompang yang boleh mengapi-apikan dan mampu mencetuskan konflik keagamaan jika tidak dibendung segera.

Persoalannya, adakah benar pembangkang DAP-PKR-PAS sendiri menghormati semua agama termasuk Hindu? Cuba lihat dan nilai sendiri fakta dibawah:

1. sebuah kuil hindu persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor  dirobohkan pada 10.10.2012 dibawah pemerintahan kerajaan DAP-PKR-PAS Selangor;

2. Kuil Devasthanam Sri Mariamman, Seafield, USJ, Selangor yang berusia lebih 124 tahun sedang didalam proses untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu merayu tetapi tidak dipedulikan;

3. Kuil Sivan, Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor juga sedang didalam proses untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu perayu tetapi tidak dipedulikan;

4. Bekas Ahli Parlimen Padang Serai yang juga salah seorang pengasas PKR, sdr Gobalakrishnan pernah mendedahkan bahawa beliau pernah dipanggil pariah oleh Timbalan Presiden PKR;

5. Kuil Besar Batu Caves pernah ditembak dan cuba dimusnahkan pada tahun 1999 oleh Kumpulan Al-Ma'unah yang kebanyakan anggotanya adalah daripada pembangkang;

6. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pernah membuat kenyataan pada 19.06.2012 menyamakan perarakan perayaan Taipusam sama saperti demonstrasi jalanan dalam debat anjuran akhbar Sinar bertajuk "Demonstrasi Jalanan Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi";

Apakah fakta-fakta diatas menggambarkan pembangkang ini adalah kumpulan yang mengamalkan toleransi agama dan menghormati agama termasuk Hindu?

Jawapannya cukup jelas. TIDAK!

Dan adakah pembangkang pernah mengambil tindakan terhadap penghinaan dan pelnaggaran terhadap agama hindu ini? Pernahkah mereka memekak dan melalak sebagaimana yang sedang mereka lakukan sekarang?

Sekali lagi jawapannya jelas. TIDAK ADA!

Dalam konteks itulah saya menegaskan bahawa tindak-tanduk pembangkang yang konon mahu menjadi jaguh kampung dalam isu Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman ini hanya sekadar menyerlahkan sikap hipokrit, cakap tak serupa bikin dan pembohongan semata-mata untuk menimbulkan konflik keagamaan dan kebencian kepada Kerajaan UMNO/BN yang telah banyak membantu kaum hindu dan masyarakat India!


3. BN TERUS MEMPERKASA DAN MEMBELA MASYARAKAT INDIA

Kejutan besar terhadap mainan politik pembangkang ini terbantut apabila YAB Dato’ Sri Najib membuat pembentangan Bajet 2014 pada 04 November 2013 lepas.

Didalam pembentangan itu, YAB Perdana Menteri antara lain memperkasa masyarakat India dengan memberi fokus khas kepada kebajikan dan pembangunan kaum India di Malaysia.

Keikhlasan dan komitmen YAB Dato’ Sri Najib untuk menangani kemelut dan masalah yang dihadapi oleh kaum India dan penganut Hindu terserlah didalam pembentangan bajet tersebut, dan ia mendapat sambutan baik dan positif daripada pimpinan dan masyarakat India.

Ini merupakan satu tamparan hebat kepada pembangkang yang political-lifeline mereka adalah untuk menimbulkan kebencian kaum India terhadap Kerajaan UMNO/BN dengan memainkan mantra api kebencian keagamaan dan perkauman dalam keghairahan mereka untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.

Mereka sudah kehabisan modal politik!

Pada saya ini adalah politik kotor, jijik dan mala fide serta berniat jahat kerana cuba memberi gambaran Kerajaan Barisan Nasional dan pihak berkuasa DBKL sebagai anti-hindu.


PELAN TINDAKAN

Saya menyeru pihak berkuasa supaya bertindak tegas terhadap sikap cauvinis, ekstremis dan pelampau keagamaan dan perkauman mainan pembangkang ini dengan langkah-langkah berikut:

1.  pihak DBKL atau pemaju yang terlibat wajib segera membuat lapuran polis terhadap mana-mana politikus pembangkang atau mana-mana pihak tidak kira siapa mereka yang memainkan isu dan sentimen keagamaan dan perkauman ini;

2. pihak polis wajib mengambil tindakan segera berdasarkan repot yang dibuat, jika perlu gunakan Akta Pencegahan Jenayah untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin;

3. pihak DBKL mahupun pemaju projek di tapak Jalan P.Ramlee tersebut wajar mempertimbangkan mengambil tindakan perundangan termasuk prosiding menghina Mahkamah terhadap mana-mana pihak yang dipercayai mempertikai perintah Mahkamah tersebut;

4. pihak DBKL mahupun pemaju projek wajar memberi petimbangan untuk membawa tindakan undang-undang dan menyaman mereka yang memainkan senitimen keagamaan ini dan mendapatkan perintah sewajarnya daripada Mahkamah samada dalam bentuk gantirugi kerana fitnah dan kerugian, atau perintah injunksi untuk menghalang mereka daripada terus memainkan isu ini;

5. YB Tan Sri Speaker sewajarnya tidak terlalu bertolak ansur dan berlembut dengan mana-mana pihak yang memainkan isu kegamaan dan perkauman didalam Dewan Rakyat yang sedang bersidang. Jika perlu, tindakan menggantung mana-mana Ahli Parlimen yang berkenaan untuk suatu tempoh tidak melebihi dua belas (12) bulan perlu dikuatkuasakan tanpa belas kasihan;


RUMUSAN

Untuk langkah jangka panjang, saya rasa sudah tiba masanya Kerajaan punya political-will untuk mengadakan bancian dan audit terperinci membabitkan semua tempat keagamaan non-Muslim didalam negara ini.

Sudah terlalu banyak dakwaan konon tempat-tempat tertentu sebagai tempat keagamaan mereka, atau amalan-amalan tertentu sudah diamalkan sekian lama, kekadang diiringi dakwaan ianya sudah ujud atau diamalkan beratus-ratus tahun.

Malah sudah mula sekarang ini bercambah pusat-pusat keagamaan di rumah-rumah kedai dan dewan-dewan tertentu. Ada yang diselindungkan konon atas nama pusat komuniti dan lain-lain. Tindakan pemantauan dan pencegahan perlu dilakukan segera sebelum ianya menjadi kronik dan diluar kawalan, dan mungkin mencetuskan konflik kegamaan dan perkauman.

Ini bukan bermakna kita menyekat hak mangamal agama mereka seperti yang ditetapkan Perlembagaan. Sebaliknya kita mahu menambah-baik supaya mudah bantuan dan sokongan disalurkan kepada mereka. Dan jika timbul sebarang masalah, lebih mudah untuk diselesaikan atau ditangani.

Apa pun yang penting, Kerajaan dan pihak berkuasa tidak tunduk kepada nafsu politiking kotor mainan pembangkang yang tidak sudah-sudah mencetuskan pelbagai macam isu untuk menimbulkan ketegangan dan keresahan dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum dinegara ini.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
09 Muharram 1435
13 Nov 2013