(Benarkah pembangkang menghormati agama Hindu dan mengamalkan
toleransi agama? Perobohan sebuah kuil persendirian di Taman Seroja,
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor pada 10.10.2012 dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS )
Salam 2 all.
Saya
mengecam keras dan mengutuk tindakan pembangkang yang sekali lagi memainkan
isu keagamaan dan perkauman membabitkan tohmahan kononnya DBKL merobohkan
senuah struktur yang didakwa sebagai sebuah tempat penyembahan dipanggil Kuil
Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur.
Ini
satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan hanya dilakukan sekadar untuk
mencetuskan konflik kegamaan dan membangkitkan kebencian kepada Kerajaan.
Diwaktu
yang sama, pembangkang yang sedang terkiyal-kiyal dengan pelbagai isu dalaman
mereka sendiri kini merekayasa satu straw political life-line, talian
straw hayat-politik mereka dengan memainkan isu perobohan sebuah tempat
penyembahan yang dikatakan berusia 101 tahun.
Menteri
Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan DBKL telah
memberi penjelasan bahawa struktur dan tapak tersebut dirobohkan kerana ianya
1. bukan
sebuah kuil;
2. dikatakan
terletak diatas tanah awam yang mahu dibangunkan;
3.
terdapat aktiviti lain disyaki dijalankan ditapak tersebut dengan terjumpanya
botol-botol arak;
4.
sudah ada perintah Mahkamah yang sewajarnya,
5. dan
pihak DBKL sudah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada sami hindu sendiri
yang bersetuju tempat itu dirobohkan kerana struktur yang berkaitan dikatakan
sebenarnya bukan sebuah kuil!
1. CUBAAN
MENGALIHKAN ISU
Pada
saya, pembangkang sekarang ini semakin terdesak dengan pelbagai isu dalaman
mereka sendiri dan merekayasa isu-isu lain untuk mengalihkan isu dalaman yang
mereka sendiri hadapi, antaranya:
1. DAP
dengan masalah pemilihan CEC yang masih tidak selesai dan terus dipersoalkan
oleh ahli akar umbinya sendiri. Malah tindakan beberapa pimpinan DAP termasuk
ADUN di Sabah keluar parti, dan pimpinan kanan yang mempersoalkan kepimpinan
DAP sekarang merupakan tamparan hebat kepada DAP dibawah pimpinan Guan Eng dan
bapanya Kitsiang dan sekutunya Karpal Singh.
Ini
ditambah dengan kemarahan beberapa pimpinan PAS atas kenyataan Karpal untuk
membatalkan parti politik atau pertubuhan yang berteraskan agama seperti PAS;
2.
PKR pula tak habis-habis dengan masalah dalaman mereka, termasuk masalah ujudnya
konspirasi dan cubaan untuk menjatuhkan pimpinan Tan Sri Khalid sebagai MB
Selangor yang dipercayai didalangi oleh beberapa pimpinan tertentu yang terlalu
ghairah mahukan jawatan MB.
Ini diparahkan
lagi dengan masalah keluar parti oleh ADUN Kadamaian, dan mungkin dituruti oleh
beberapa orang lagi wakil rakyat dan pimpinan serta ahli akar umbi, termasuk
masalah moral dan akhlak kepimpinan yang buruk, dan macam-macam lagi masalah
dalaman;
3.
PAS pula sedang menghadapi masalah pemilihan kepimpinan dalam Muktamar Agong
yang akan berlangsung 21-22 Nov ini, dimana sekali lagi pertembungan antara kem
ulama' dengan kem pro-Anwarinas akan berlaku dengan kempen yang dikatakan sudah
tidak mematuhi garispanduan akhlak Islam; diikuti dengan masalah akhlak
pemilihan yang semakin teruk dengan kempen panas yang melampaui batas kesopanan
dan akhlak Islamiyyah yang mereka gendangkan;
Jadi
dalam keadaan itu saya tidak hairan kalau pakatan pembangkang ini seperti orang
kelemasan yang akan menarik apa sahaja walaupun straw untuk melepaskan
diri daripada kelemasan yang akan menghancurkan mereka!
2. PEMBANGKANG
SENDIRI HINA-HINDU
Persoalan
yang perlu dijawab oleh pembangkang sendiri ialah, adakah mereka sendiri
'bersih' daripada sikap 'anti-hindu', anti agama?
Biasalah
pembangkang, kalau yang buat itu UMNO/BN, maka mereka akan melalak dan berkokok
macam ayam sakit tekak! Tapi kalau mereka sendiri yang buat, berkokok pun
tidak, malah tahi berderai-derai di ekor!
Lihat
sahaja isu pelompatan parti oleh Lajim Ukin daripada BN ke mesra-pembangkang,
disambut dengan kompang dan gendang, konon ini satu tindakan berani menjadi
catatan demokrasi yang hebat. Tetapi bila ADUN Kadamaian (PKR) Jeremy Malajad
keluar PKR dan mengambil sikap mesra-BN, dia dikutuk dan dilaknat
sebagai 'katak pengkhianat' dan macam-macam lagi maki-hamun!
Begitu
juga dalam isu perobohan struktur yang dikatakan kuil di Jalan P.Ramlee itu.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan DBKL sudah memberi penjelasan panjang
lebar berdasarkan fakta dan sandaran nas menafikan dakwaan tersebut,
samada kepada pihak pengurusan shrine, pimpinan agama hindu serta
pimpinan parti politik yang mewakili penganut hindu.
Malahan
Datuk Seri Tengku Adnan dan DBKL telah memberi jaminan akan menambah-baik dan
memperelokkan struktur dan pembinaan tempat penyembahan atau shrine yang
terletak ditemapt tersebut.
Namun
penjelasan dan jaminan tersebut tidak ubah seperti mencurah minyak tanah ke
api! Pembangkang semakin galak dan semakin beriya-iya memukul gendang dan
kompang yang boleh mengapi-apikan dan mampu mencetuskan konflik keagamaan jika
tidak dibendung segera.
Persoalannya,
adakah benar pembangkang DAP-PKR-PAS sendiri menghormati semua agama termasuk
Hindu? Cuba
lihat dan nilai sendiri fakta dibawah:
1. sebuah
kuil hindu persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang,
Selangor dirobohkan pada 10.10.2012 dibawah pemerintahan kerajaan
DAP-PKR-PAS Selangor;
2.
Kuil Devasthanam Sri Mariamman, Seafield, USJ, Selangor yang berusia lebih 124
tahun sedang didalam proses untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu merayu
tetapi tidak dipedulikan;
3.
Kuil Sivan, Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor juga sedang didalam proses
untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu perayu tetapi tidak dipedulikan;
4.
Bekas Ahli Parlimen Padang Serai yang juga salah seorang pengasas PKR, sdr
Gobalakrishnan pernah mendedahkan bahawa beliau pernah
dipanggil pariah oleh Timbalan
Presiden PKR;
5. Kuil Besar Batu Caves
pernah ditembak dan cuba
dimusnahkan pada tahun 1999 oleh Kumpulan Al-Ma'unah yang kebanyakan anggotanya
adalah daripada pembangkang;
6.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pernah membuat kenyataan pada 19.06.2012
menyamakan perarakan perayaan Taipusam sama saperti demonstrasi jalanan dalam
debat anjuran akhbar Sinar bertajuk "Demonstrasi Jalanan Mengukuh atau
Meruntuh Demokrasi";
Apakah
fakta-fakta diatas menggambarkan pembangkang ini adalah kumpulan yang
mengamalkan toleransi agama dan menghormati agama termasuk Hindu?
Jawapannya
cukup jelas. TIDAK!
Dan
adakah pembangkang pernah mengambil tindakan terhadap penghinaan dan
pelnaggaran terhadap agama hindu ini? Pernahkah mereka memekak dan melalak
sebagaimana yang sedang mereka lakukan sekarang?
Sekali
lagi jawapannya jelas. TIDAK ADA!
Dalam
konteks itulah saya menegaskan bahawa tindak-tanduk pembangkang yang konon mahu
menjadi jaguh kampung dalam isu Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman ini hanya sekadar
menyerlahkan sikap hipokrit, cakap tak serupa bikin dan pembohongan semata-mata
untuk menimbulkan konflik keagamaan dan kebencian kepada Kerajaan UMNO/BN yang
telah banyak membantu kaum hindu dan masyarakat India!
3. BN TERUS
MEMPERKASA DAN MEMBELA MASYARAKAT INDIA
Kejutan
besar terhadap mainan politik pembangkang ini terbantut apabila YAB Dato’ Sri
Najib membuat pembentangan Bajet 2014 pada 04 November 2013 lepas.
Didalam
pembentangan itu, YAB Perdana Menteri antara lain memperkasa masyarakat India
dengan memberi fokus khas kepada kebajikan dan pembangunan kaum India di
Malaysia.
Keikhlasan
dan komitmen YAB Dato’ Sri Najib untuk menangani kemelut dan masalah yang
dihadapi oleh kaum India dan
penganut Hindu terserlah didalam pembentangan bajet tersebut, dan ia mendapat
sambutan baik dan positif daripada pimpinan dan masyarakat India.
Ini
merupakan satu tamparan hebat kepada pembangkang yang political-lifeline
mereka adalah untuk menimbulkan kebencian kaum India terhadap Kerajaan UMNO/BN
dengan memainkan mantra api kebencian
keagamaan dan perkauman dalam keghairahan mereka untuk menumbangkan Kerajaan
Barisan Nasional.
Mereka
sudah kehabisan modal politik!
Pada
saya ini adalah politik kotor, jijik dan mala fide serta berniat jahat
kerana cuba
memberi gambaran Kerajaan Barisan Nasional dan pihak berkuasa DBKL sebagai
anti-hindu.
PELAN TINDAKAN
Saya
menyeru pihak berkuasa supaya bertindak tegas terhadap sikap cauvinis,
ekstremis dan pelampau keagamaan dan perkauman mainan pembangkang ini dengan
langkah-langkah berikut:
1.
pihak DBKL atau pemaju yang terlibat wajib segera membuat lapuran polis
terhadap mana-mana politikus pembangkang atau mana-mana pihak tidak kira siapa
mereka yang memainkan isu dan sentimen keagamaan dan perkauman ini;
2.
pihak polis wajib mengambil tindakan segera berdasarkan repot yang dibuat, jika
perlu gunakan Akta Pencegahan Jenayah untuk memastikan keamanan dan keselamatan
negara terjamin;
3.
pihak DBKL mahupun pemaju projek di tapak Jalan P.Ramlee tersebut wajar
mempertimbangkan mengambil tindakan perundangan termasuk prosiding menghina
Mahkamah terhadap mana-mana pihak yang dipercayai mempertikai perintah Mahkamah
tersebut;
4.
pihak DBKL mahupun pemaju projek wajar memberi petimbangan untuk membawa
tindakan undang-undang dan menyaman mereka yang memainkan senitimen keagamaan
ini dan mendapatkan perintah sewajarnya daripada Mahkamah samada dalam bentuk
gantirugi kerana fitnah dan kerugian, atau perintah injunksi untuk menghalang
mereka daripada terus memainkan isu ini;
5.
YB Tan Sri Speaker sewajarnya tidak terlalu bertolak ansur dan berlembut dengan
mana-mana pihak yang memainkan isu kegamaan dan perkauman didalam Dewan Rakyat
yang sedang bersidang. Jika perlu, tindakan menggantung mana-mana Ahli Parlimen
yang berkenaan untuk suatu tempoh tidak melebihi dua belas (12) bulan perlu
dikuatkuasakan tanpa belas kasihan;
RUMUSAN
Untuk
langkah jangka panjang, saya rasa sudah tiba masanya Kerajaan punya political-will
untuk mengadakan bancian dan audit terperinci membabitkan semua tempat
keagamaan non-Muslim didalam negara ini.
Sudah
terlalu banyak dakwaan konon tempat-tempat tertentu sebagai tempat keagamaan
mereka, atau amalan-amalan tertentu sudah diamalkan sekian lama, kekadang
diiringi dakwaan ianya sudah ujud atau diamalkan beratus-ratus tahun.
Malah
sudah mula sekarang ini bercambah pusat-pusat keagamaan di rumah-rumah kedai
dan dewan-dewan tertentu. Ada
yang diselindungkan konon atas nama pusat komuniti dan lain-lain. Tindakan
pemantauan dan pencegahan perlu dilakukan segera sebelum ianya menjadi kronik
dan diluar kawalan, dan mungkin mencetuskan konflik kegamaan dan perkauman.
Ini
bukan bermakna kita menyekat hak mangamal agama mereka seperti yang ditetapkan
Perlembagaan. Sebaliknya kita mahu menambah-baik supaya mudah bantuan dan
sokongan disalurkan kepada mereka. Dan jika timbul sebarang masalah, lebih
mudah untuk diselesaikan atau ditangani.
Apa
pun yang penting, Kerajaan dan pihak berkuasa tidak tunduk kepada nafsu
politiking kotor mainan pembangkang yang tidak sudah-sudah mencetuskan pelbagai
macam isu untuk menimbulkan ketegangan dan keresahan dikalangan rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai agama dan kaum dinegara ini.
Wallahua'lam
dan wassalam.
Adios
amigos, grasias senor.
Zulkifli
Bin Noordin
Rabu
09
Muharram 1435
13
Nov 2013
No comments:
Post a Comment