27 January 2011

BAR-ua COUNCIL?

Salam 2 all.

Teman sebenarnya sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan Ragunath Kesavan yang memegang jawatan Presiden Bar Council membuat kenyataan mempertahankan Karpal PooSingh mengenai kedudukan Karpal yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi dalam kes manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan menghadapi pertuduhan meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori Azlan.

Saperti yang telah berulanga kali teman sebut, Karpal PooSingh adalah orang yang mendedahkan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar semasa berucap di Parlimen pada 22.10.1997. Selepas itu beliau membuat pendedahan mengejut di Hotel Federal KL yang beliau punya bukti mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar. Beliua juga menjadi peguam menasihatkan Azizan (kakitangan Anwar yang mendakwa menjadi mangsa liwat Anwar). Beliau juga yang memberitahu kepimpinan PAS masa itu mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga menyebabkan mereka melabel "Anwar Al-Juburi". Beliau juga membuat kenyataan mendesak Anwar bertaubat dan berundur setelah pembohongan 16 Sept terbongkar!

Dari segi perundangan, Karpal PooSingh adalah saksi yang relevan, dan keterangannya relevan dalam kes sekarang kerana dua faktor utama:

1. pertuduhan ini melibatkan seorang kakitangan iaitu Saiful Bukhori yang sama statusnya dengan Azizan dahulu;
2. ianya didakwa dilakukan oleh orang yang sama iaitu Anwar Ibrahim;

Keperluan memanggil Karpal sebagai saksi diperkuatkan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang walaupun membebaskan Anwar (& Sukma) dalam kes meliwat Azizan, namun Mahkamah Persekutuan menegaskan "kami percaya kejadian liwat itu berlaku", tetapi disebabkan masalah teknikal Anwar dibebaskan.

Keterangan Karpal PooSingh penting untuk membuktikan "system & pattern", iaitu kegiatan meliwat kakitangan sendiri!! Dan ini konsisten dengan kenyataan Karpal PooSingh saperti yang teman sebut diatas.

Jadi atas alasan apa Ragunath Kesavan membuat rumusan Karpal tidak perlu dipanggil sebagai saksi. Malahan kenyataan Ragunath Kesavan boleh dipertikaikan kerana:

1. tiada sebarang aduan dibuat pun kepada Majlis Peguam mengenai salahlaku Karpal ini, jadi apa locus standi beliau mahu menggunakan platform Bar Council untuk membuat kenyataan menyebelahi Karpal Singh itu;

2. bila pula Majlis Peguam bermesyuarat untuk mengambil ketetapan pendirian yang dinyatakan oleh Ragunath Kesavan, sedangkan yang teman tahu tiada sebarang keputusan atau pendirian dibuat oleh satu mesyurata Majlis Peguam;

3. kalau ada pun salahlaku Karpal PooSingh, ianya terletak dibawah bidangkuasa Lembaga Disiplin (Disciplinary Board) yang perlu dibentuk untuk menyiasat sebarang aduan salahlaku mana-mana peguam;

4. soal samada seseorang wajar dipanggil sebagai saksi atau tidak adalah terletak kepada bidangkuasa Pendakwa Raya Malaysia yang mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan;

5. soal samada seorang itu layak memberi keterangan dan/ atau samada keterangannya relevan atau tidak adalah didalam bidangkuasa Hakim yang membicarakan kes.

Jadi teman langsung tidak nampak rasional tindakan Ragunath Kesavan membuat kenyataan membela Karpal PooSingh. Malahan teman mendesak Majlis Peguam membuat mesyuarat khas mencela Ragunath Kesavan kerana membuat kenyataan yang memberi bayangan seolah-olah semua peguam di negara ini mempunyai pendirian yang sama. Kegagalan Majlis Peguam membuat mengambil ketetapan mencela dan menyanggah kenyataan Ragunath Kesavan dikhuatiri akan memberi persepsi bahawa Bar Council bertindak saperti Bar-ua bagi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan!! Yang jelas, tidak semua peguam mengambil pendirian yang sama saperti Ragunath Kesavan!

Teman mengambil kesempatan ini menyeru pihak berkuasa supaya:

1. memanggil Karpal PooSingh dan mengambil kenyataan beliau dibawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah berkaitan pengetahuan, maklumat, bukti & dokumen yang beliau ada mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim;

2. pernyataan Seksyen 112 itu hendaklah dihantar segera kepada Pendakwa Raya Malaysia untuk dikaji dan diselidik samada sesuai dan relevan digunapakai didalam prosiding pertuduhan Anwar meliwat Saiful saperti yang dikenakan sekarang;

3. Jika Pendakwa Raya Malaysia berpendapat ianya relevan, sesuai dan boleh digunapakai, satu sapina hendaklah dipohon untuk memanggil Karpal PooSingh sebagai saksi;

4. Mahkamah hendaklah mengeluarkan sapina tersebut dan memerintahkan Karpal PooSingh hadir sebagai saksi;

5. Dalam keadaan itu, Karpal PooSingh hendaklah menarik diri daripada terus mewakili Anwar Ibrahim kerana konflik kepentingan saperti yang diperuntukkan dibawah Peraturan Guaman;

6. Karpal PooSingh berhak mencabar sapina tersebut dengan membuat permohonan supaya ianya dibatalkan. Jika Mahkamah menerima bantahan tersebut, bolehlah Karpal terus mewakili Anwar. Jika Mahkamah menolak bantahan tersebut, maka Karpal tiada pilihan selain menarik diri daripada mewakili Anwar;

7. Sekiranya Pendakwa Raya Malaysia, atas sebab yang tertentu, tidak mahu memanggil Karpal sebagai saksi, maka Saiful Bukhori Azlan, melalui peguamnya boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapinan memanggil Karpla sebagai saksi.

Secara ringkasnya, teman berpendapat kenyataan Ragunath Kesavan itu sangatlah tidak wajar dan sepatutnya menarik balik kenyataan tersebut. Lebih baik beliau mengambil sikap berdiam diri, tunggu 7 lihat. Beliau tidak sepatutnya mengheret lebih 13,000 peguam lain ke kancah percanggahan ini kerana tidak semua peguam bersetuju dengan beliau. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa ahli saperti Roger Tan (bekas Exco Majlis Peguam), YB Wee Choo Keong (seorang peguam kanan & veteran), Sdr. Zainul Rijal (Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia), Sdr. Hasnal Redzua Marican (peguam yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah) dan ramai lagi membuktikan bahawa tindakan Ragunath Kesavan itu sangat dicurigai dan kemungkinan mempunyai matlamat lain.

Teman bersetuju dengan kenyataan sebagaimana yang disebut oleh YB Wee Choo Keong, kalau Ragunath Kesavan berminat hendak menceburi bidang politik, tiada salahnya, Tetapi teman cabar Ragunath Kesavan supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden dan menyertai aman-mana parti politik pilihannya (jika berminat) dan bertanding di mana-mana kerusi semasa pilihanraya nanti. Jangan cetuskan persepsi bahawa BAR COUNCIL sebagai BAR-ua mana-mana pihak.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
20 Safar 1432
27 Januari 2011

6 comments:

~sangkuriang~ said...

Salam YB...

Saya bersetuju dengan pandangan YB. Teruskan perjuangan demi kebenaran.

Othman Abdullah said...

Hemm...kalau Kapal Tunda dah PooSingh pula seronoklah AnWar. Boleh tunda dua tiga tahun lagi nak cari loyar.

Kalau dapat jadi PM kan senang, semua kes boleh drop. Untuk jadi PM tak lah susah sangat, bagi semua free kat rakyat, air free, gula free, toll free, "back end" free ...duit tak ada masalah, banyak Yahudi boleh support.

Ads Here said...

Salam,

Apa kata en zul kumpulkan lawyer semua tunjukkan tak puas hati tu, saya org awan dah muak la ngan Barua Council ni....

Lokman said...

Kenapa Bar Council dimonopoli oleh kaum tertentu saja? Dimana perginya penguasaan peguam melayu?

cakcebor.blogspot.com said...

memang peguam malasia semua barua

hafiz said...

salam tuan...
kenyataan presiden ini mmg diragui okeh rakyat biase dan mmg kelihatan mempunyai kepentingan terhadap sesuatu parti...
lihat sahaja bagaimana saudara khairul azam(penasihat undang-undang ummi khafilda yg baru) digantung kerana mencabar zaid ibrahim ketika ingin bertanding di hulu selangir