11 January 2011

PEKUNG RASIS YANG JELAS!

Salam 2 all.


Tindakan biadap Setiausaha Politik Anak Laki Kitsiang merangkap ADUN (DAP) Komtar, Ng Wei Aik terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Allyar di Lebuh Maccalum, Pulau Pinang baru-baru ini sebenarnya sekadar mendedahkan corak pemerintahan kuku besi, cauvinis dan rasis yang diamalkan oleh kepimpinan DAP. Sebenarnya rakyat perlu sedar kejadian ini adalah contoh corak kepimpinan Pakatan pembangkang jika mereka memerintah, na'uzubillah!


Isunya ialah campurtangan mereka dalam pentadbiran kerajaan. Apa kuasa seorang wakil rakyat untuk bertindak saperti samseng menggunakan penguatkuasa PBT?! Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Gejala samseng yang dihalalkan saperti ini perlu dibenteras dengan segera.


Bagaimana seorang wakil rakyat boleh mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan dalam hal yang beliau tiada kuasa dan tidak sepatutnya campur? Bagaimanakah seorang wakil rakyat menyalahgunakan operasi pihak penguatkuasa PBT, bukan sahaja mengarah, malah melibatkan diri secara langsung dalam operasi yang dia sendiri arahkan. Ini jelas adalah satu kes salahguna kuasa yang perlu dikenakan tindakan tegas. Pada teman kes ini jelas adalah satu salahguna kedudukan sebagai wakil rakyat untuk kepentingan politik sempit dan peribadi mereka.


Apakah dia corak pemerintahan mereka yang terbukti daripada peristiwa ini? Iaitu mencampuri urusan pentadbiran dan pengurusan kerajaan, semuanya untuk kepentingan politik sempit dan peribadi mereka. Teman aturkan contoh-contoh yang telah terbukti depan mata kita:

1. Kita lihat manusia yang ditabal oleh isterinya sebagai anugerah tuhan Anwar Ibrahim, rais al wahid Pakatan Pembangkang. Jangan lupa bahawa Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan menyalahgunakan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan mengarahkan pihak Cawangan Khas, PDRM untuk memaksa Umi Hafilda & Azizan Abu Bakar membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan dirinya daripada pertuduhan jenayah. Dan untuk itu dia dihukum 6 tahun penjara oleh Mahkamah pada tahun 1999;

2. Jangan lupa kes Exco Selangor Ronnie Liu yang telah mengeluarkan arahan kepada MBSA untuk mengembalikan minuman arak yang dirampas kepada kedai-kedai serbanika. Walaupun tindakan MBSA sah mengikut undang-undang namun kerana campurtangan Ronnie Liu, tindakan itu dibatalkan. Malahan Ronnie Liu terlibat secara langsung mencampuri urusan pentadbiran MBSA dalam isu tersebut;

3. Ketiga cuba lihat isu perlantikan SUK Selangor. Sekarang TS Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa perlantikan itu sah dan mengikut undang-undang. Tetapi beliau tidak berpuashati kerana Datuk Ahmad Khusrin bukan calon pilihan beliau. Beliau mahu orang dia sendiri, walaupun beliau tahu kuasa melantik SUK adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Apa tujuan beliau mahu “orang pilihannya” menjadi SUK. Sudah tentu supaya SUK itu menjadi “lembu cucuk hidung” bagi beliau, menari mengikut rentak mereka.

Persoalan besar sekarang ialah mengapa ADUN tersebut dibenarkan bertindak mengarah penguatkuasa PBT dan mencampuri urusan tugas mereka? Apa kuasa beliau? Dan apakah ADUN tersebut mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam urusan itu? Jika ada, maka siasatan perlu dilakukan menurut Akta Pencegah Rasuah dan/ atau Ordinan Darurat 22 kerana menyalahguna kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi. Sama saperti perlakuan manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan.


Kedua ialah persoalan ungkapan rasis yang dilapurkan oleh pengusaha restoran tersebut. Beliau melapurkan bahawa ADUN DAP tersebut membuat kenyataan “tutup restoran, pegi balik India”. Jika benar kenyataan itu dibuat, ini adalah kenyataan rasis dan satu penghinaan kepada masyarakat India Muslim. Satu siasatan perlu dibuat bagi menentusahkan lapuran tersebut. Jika benar, tindakan tegas mesti diambil terhadap ADUN DAP tersebut.


Kita tidak lupa tindakan YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong yang juga Ketua Staf pejabat Anak Laki Kitsiang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis dan anti-agama terhadap pertubuhan Jema'ah Islah Malaysia tidak berapa lama dulu. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap beliau. Saya tiada masalah peribadi dengan YB Jeff Ooi, dia rakan saya, tetapi ini soal prinsip. Kalau mereka bersikap rasis, maka tindakan perlu diambil tidak kira siapa mereka.


Apa yang menghairankan teman, mana pergi semua suara-suara “pejuang hak asasi manusia”, yang kalau kenyataan saperti itu dibuat oleh orang Melayu, belum sempat habis nafas mereka dah melalak macam khinzir sakit perut! Berapa ramai para pegawai dan kakitangan beragama Islam berbangsa Melayu dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana puak-puak ini mendakwa dan membuat tohmahan para pegawai dan kakitangan tersebut membuat kenyataan yang kononnya rasis. Malahan mereka sehingga sanggup menyamar untuk mencari bukti konon. Malangnya para pegawai dan kakitangan Melayu ini dikenakan tindakan hanya berdasarkan tohmahan dan fitnah mereka!


Tetapi dimana kokokan dan lalakan puak-puak ini? Mana Majlis Peguam? Mana lalakan kepimpinan DAP? Mana pergi kokokan manusia anugerah tuhan? Kenapa mereka senyap membisu macam khinzir sakit gusi? Jawapannya mudah. Mereka bukan berminat dengan isu kemanusiaan dan hak asasi. Mereka hanya berminat untuk mempolitikkan isu yang menguntungkan mereka sahaja. Kalau merugikan mereka, atau terkena batang hidung sendiri, mereka berperangai macam tiada apa yang berlaku.


Teman berpendapat bahawa beberapa tindakan perlu diambil segera saperti berikut:


1. Siasatan menurut Akta Pencegah Rasuah dan/ atau Ordinan Darurat 22 untuk menentukan samada ADUN DAP tersebut telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai ADUN dan Setiausaha DAP Pulau Pinang untuk kepentingan peribadi beliau dalam isu perampasan barangan Restoran Nasi Kandar Allyar; jika ujud elemen salahgunakuasa tersebut, maka pertuduhan jenayah mestilah diambil terhadap beliau tanpa ada pilih kasih;

2. Siasatan juga perlu dilakukan dibawah Akta Hasutan dan Kanun Kesiksaan untuk menentusahkan samada benar ADUN DAP tersebut telah mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan biadap berbentuk rasis dan perkauman; jika didapati ianya benar-benar berlaku, maka bukan sahaja tindakan pertuduhan jenayah perlu diambil terhadap beliau, malah Dewan Undangan Negeri perlu mengadakan sidang tergempar membincangkan isu ini dan mengambil tindakan disiplin yang tegas perlu diambil terhadap beliau. Kerajaan pembangkang Pulau Pinang juga wajib mengambil tindakan terhadap ADUN mereka ini, melainkan mereka mahu membuktikan mereka mengamalkan sikap double standard;

3. Rakyat juga perlu disedarkan bahawa inilah warna sebenar Pakatan Pembangkang ini, khususnya DAP dan PKR. Cuba bayangkan cara pemerintahan mereka jika diberi peluang memerintah. Pegawai dan kakitangan kerajaan tidak akan dapat bertindak secara professional dan untuk kepentingan rakyat melainkan melaksanakan nafsu dan kehendak kepimpinan mereka semata-mata, dan itu pun untuk kepentingan mereka semata-mata.

Semoga Negara kita dipelihara oleh ALLAH swt daripada ancaman dan kehancuran akibat mainan politik yang melampau ini.


Adios amigos, grasias senor.


Jazakallah & wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Selasa

06 Safar 1432

11 Januari 2011

7 comments:

humairah said...

Pulau Pinang oh Pulau Pinang..

Njah said...

Rata-rata orang ramai telah melihat perilaku ADUN yang dikira pada saya keterlaluan. Sikap sombong dan bongkak jelas kelihatan pada air mukanya. Inilah di antara orang-orang yang sepatutnya membela rakyat, tapi sebenarnya menyusah dan menganayai rakyat. Seorang ketua tak perlau sibuk dalam urusan pengkuatkuasaan, tapi dalam rakaman yang ditayangkan jelas dia seorang yang pada hemat saya busuk hati. Periuk nasi orang cuba diganggunya. Perkara yang patut boleh dibincangkan tetapi sebaliknya. Tindakkan rakus dan sombongnya dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia. Tak perlu nak berdolak dalik lagi. Orang seperti ini tak layak dipanggil pemimpin untuk kita bernaung di bawahnya. Semoga apa yang dilakukannya berbalik kepada diri dia sendiri

sgray said...

Setuju 100 peratus...Penyalahan guna
kuasa yang begitu jelas oleh haprak tu.

rubijum said...

Tuan sepatutnya juga bertanya di mana Menteri keselamatan dalam negeri? Mana siasatan terhadap Namawee dsbnya. Sudah masanya kita bertanya apa beliau buat untuk menangani isu ini. Masaalahnya kita orang melayu banyak cakap tapi tak ada tindakan dari orang yang di beri kuasa untuk bertindak... Bila nak kuasa aje suruh kita undi...

Muhammad Affandi Adnan said...

Assalamua'laikum YB. selalu je sy baca YB tulis "teman berpendapat" @ "teman cdgkan" sekian2.... knp tak "TEMAN AKAN" BUAT @ USULKAN DI PARLIMEN sekian2??

sekian...

Unknown said...

Terus berjuang untuk kelangsungan bangsa dan agama. Jasa Tuan amat kami hargai.Semoga kehidupan Tuan dirahmati oleh Tuhan Yang Esa.

RAJA PENAWAR CMD said...

YB, Mesej yang disampaikan memang jelas dan nyata tetapi rasanya tidak sampai kepelosok kampung untuk menyedarkan "orang bule". Kesian tengok "orang bule" masih lagi syok sendiri, sedangkan musuh dalam selimut dah tunjuk taring. Puak ni tak baca pun paper, tengok tv atau akses internet,harap dengar ceramah kedai kopi daripada pak janggoat...apa nak jd kat bangsa ku...