26 February 2010

KHUTBAH MAULIDURROSUL

Salam 2 all.

Berikut khutbah Jumaat sempena sambutan Maulidur Rosul 1431H bersamaan 2010.

Wassalam.

**********************

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang telah mengutus Rasulullah saw sebagai pembawa rahmat keseluruh alam, dengan membawa risalah tauhid menyeru manusia menyembah ALLAH Yang Maha Esa, ALLAH Yang Satu.

Saya menyeru diri saya dan para jemaah sekelian supaya bertaqwa dengan sebenarnya kepada ALLAH, tanpa sedikit pun keraguan dan kekhuatiran.

ALLAH swt berfirman, "berpeganglah kamu kepada tali ALLAH iaitu Al Quran, dan janganlah kamubercerai berai (daripadanya)".

Kesatuan umat Islam bukanlah berdasar kepada nasionalisma, assobiyyah puak, kumpulan atau pertubuhan. Sebaliknya kesatuan umat Islam adalah berdasarkan kepada Al Quran. Sesiapa sahaja yang mengangkat syahadah mentauhidkan ALLAH, dan menjadikan Al Quran sebagai kitab pegangannya, maka mereka adalah saudara seaqidah dengan kita, tanpa mengira warna kulit, latarbelakang atau puak dan bangsa mana. Memisahkan diri daripada Al Quran akan memecahbelahkan kita, dan akan akhirnya menjahanamkan kita.

Rasulullah saw yang kita sambut ulangtahun kelahiran baginda yang ke 1484 tahun yang lepas pernah bersabda, "Akan datang suatu masa nanti golongan kafir akan bersatu dan datang meratah kamu (umat Islam) sebagaimana mereka memakan dalam talam. Tanya para sahabat, 'apakah kerana kami terlalu sedikit ya rasulullah'. Tidak, bahkan kamu terlalu ramai, tetapi ramainya kamu hanya saperti buih dilautan yang ditiup ombak. ALLAH akan mencabut perasaan takut musuh kepada kamu dan mencampakkan perasaan wahan kepada kamu. 'Apa itu wahan ya Rasulullah', tanya para sahabat. Hubbud dunya wakaro hiyatul maut-kamu terlalu cintakan dunia dan takut mati".

Inilah yang terjadi kepada umat Islam hari ini. Di Falastin, umat Islam menjadi ratahan zionis Israel la'natullah akibat umat Islam khususnya Mesir yang terlalu sayangkan habuan duniawi dan takut kehilangan sokongan Barat.

Di Afghanistan, kita melihat operasi terbaru rejim kafir Barat yang bersekutu dengan Amerika AsSyaiton meratah umat Islam dan pejjuang mujahiddin Islam di Majjah, kerana adanya keldai-keldai mengaku Islam yang terlalu sayangkan jawatan dan takut kehilangan kedudukan.

Di negara ini, segelintir golongan bukan Islam sudah begitu berani mencabar dan mahu meratah maruah umat Islam secara terbuka. Mereka menghina kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dan kufur. Mereka melabel kita sebagai pelampau dan ekstremis. Mereka memperlekeh syariat Islam dan institusi kita melalui tulisan dan ucapan mereka. Mereka mempertikai perlaksanaan hukum-hakam kita samada berkaitan aqidah, arak ummul qoba'is, mereka cuba membatalkan majlis maulidur Rosul yang menjadi syiar bagi umat Islam negara ini, dan banyak lagi perlakuan biadap dan melampaui batas ketamadunan tanpa sedikit pun perasaan hormat, takut atau gentar kepada kita. Dan yang paling malang, ada dikalangan kita yang bersedia menjadi bajingan dan balaci mereka, menjadi saperti lembu yang dicucuk hidung. Bila kafir ini meniup ke kiri, maka terkinja-kinjalah kita berjoget kekiri. Bila mereka mereka menghembus ke kanan, maka terkial-kial lah kita berzapin kekanan.

Dan ini semua terjadi kerana penyakit wahan yang dicampak kepada kita. Kita terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, dan habuan. Kita mengenepikan semua prinsip dan matlamat perjuangan demi mengejar impian keduniaan dan kerusi empuk kekuasaan. Hingga kita sampai mempertuhankan politik dan demokerusi, dan kita takut kedudukan, jawatan dan habuan kita itu mati dan kehilangan.

Maka hari ini kita menjadi umat yang hina dimana-mana sahaja kita berada. Yang tinggal hanya sejemput janggut dan senipis serban, kita hanya muncul Islam pada nama, tetapi tong kosong didalam. Bunyi ngembikan gegak gempita, tetapi tahi bertaburan dijalanan.

Maka saya menyeru diri saya dan para jemaah sekelian, marilah kita kembali bersatu dibawah panji-panji Islam, berdasarkan Al Quran dan sunnah Rasulullah saw. Ketepikan segala sentimen assobiyyah yang sempit dan keterlaluan, dan berpeganglah kepada Islam. Insyallah, kita akan muncul sebagai umat yang kuat, hebat, dan menjadi ikutan dan contoh bagi manusia. Dan mereka yang berpegang kepada Al Quran, dan menurut perintah Rasulullah tanpa keraguan, golongan inilah yang dijanjikan kemenangan oleh ALLAH, walaupun kafir musyrikin tidak menyukainya.

Firman ALLAH didalam surah At Taubah: 33, "Aku yang mengutus Rasul dengan petunjuk dan agama yang benar, dimenangkan atas agama lain, walaupun musyrikin tidak menyukainya".


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
12 Rabi'ul Awal 1431
26 Februari 2010

*Nota: khutbah disampaikan secara lisan. Semua rukun dan syarat sah khutbah adalah dipatuhi. Dan semua ayat Al Quran dan matan hadis disampaikan dalam bahasa asal.

16 February 2010

KENYATAAN AKHBAR

ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
KENYATAAN AKHBAR

Saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkaitan tindakan saya membuat lapuran polis terhadap YB Khalid Samad mengenai isu kalimah ALLAH.

Saya ingin menegaskan bahawa saya bersedia untuk berhadapan dengan Lembaga Disiplin PKR untuk mempertahankan prinsip dan pegangan saya dalam isu kalimah ALLAH ini.

Bagaimanapun, notis tersebut menyatakan bahawa Lembaga Disiplin akan bersidang pada 18 Feb, dengan tarikh alternatif pada 23 Feb. Saya agak hairan mengapa mereka memilih tarikh-tarikh tersebut sedangkan PKR mengetahui bahawa saya akan berada di Korea dalam tempoh tersebut menghadiri program International Leadership Conference bersama beberapa Ahli Parlimen lain. Saya berharap ia tidak bertujuan untuk menghalang saya daripada menghadiri prosiding di hadapan Lembaga Disiplin tersebut.

Kedua, saya dituduh mengambil pendirian yang bercanggah dengan pendirian PKR. Saya tidak pasti apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pendirian dan keputusan parti dalam isu kalimah ALLAH ini. Walaupun saya mengakui bahawa ada pihak daripada PKR telah membuat kenyataan bahawa golongan Kristian berhak menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka kerana nama ALLAH bukan milik eksklusif umat Islam, juga kerana semua manusia menyembah tuhan yang sama. Kalau itu yang dimaksudkan sebagai pendirian dan keputusan parti, maka jelas ianya bercanggah dengan prinsip dan aqidah saya yang mempercayai ALLAH adalah Tuhan yang Maha Esa dan tiada siapa boleh menuntut hakmilik eksklusif nama ALLAH kerana nama itu adalah milik ALLAH sendiri. Saya mendesak pihak Lembaga Disiplin memperjelaskan pendirian dan keputusan parti yang saya didakwa tidak mematuhi untuk memudahkan saya membuat pendirian dan menyediakan pembelaan saya dalam prosiding disiplin tersebut (jika perlu).

Ketiga, saya merasa dukacita kerana notis tunjuk sebab hanya dikeluarkan terhadap saya, YB Dato’ Seri Zahrain dan YB Tan Tee Beng sedangkan YB Ketua Umum PKR dan YB Setiausaha Agong telah mengumumkan selain kami bertiga, YB Wee Choo Keong dan Datuk Zaid Ibrahim juga akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Saya telah dimaklumkan oleh sumber dalaman yang sahih dari PKR menyatakan tiada notis tunjuk sebab dan prosiding disiplin akan diambil terhadap YB Wee Choo Keong dan Datuk Zaid Ibrahim, malahan kenyataan-kenyataan yang dibuat hanyalah retorik politik sahaja. Menurut maklumat tersebut, sebenarnya PKR tidak pernah berniat pun untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka kerana mereka adalah "kroni" bagi kepimpinan PKR. Sekiranya benar, saya percaya ini adalah satu helah politik yang sangat saya kesalkan dan membuktikan sikap "double-standard" yang jelas. Oleh itu, bagaimana saya boleh menghormati Lembaga Disiplin yang ditubuhkan kononnya untuk menyiasat saya sedangkan "kroni" mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan? Oleh itu, saya mendesak supaya kepimpinan PKR untuk "walk the talk" dan mengambil prosiding disiplin yang sama terhadap kedua-dua kroni tersebut dan tidak bermain silap mata politik murahan.

Keempat, saya mempunyai keraguan yang serius terhadap kewibawaan dan kebebasan sebenar Lembaga Disiplin yang ditubuhkan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap saya. Ini adalah kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden YB Azmin Ali, Pengarah Strategi YB Tian Chua dan Ahli Biro Politik/ MPT Datuk Zaid Ibrahim dan lain-lain pimpinan PKR jelas telah menghukum saya sebelum prosiding bermula pun bilamana mereka mendesak supaya saya dipecat. Tambahan Ketua Umum sendiri telah melabel saya sebagai pelampau. Jadi bagaimana Lembaga Disiplin yang duduk dibawah MPT boleh diharap berlaku adil dan saksama kepada saya; dalam keadaan kepimpinan parti yang akan membuat keputusan sudahpun menghukum saya dan bertindak menjadi penyiasat, pendakwa, hakim serta penghukum!? Atau apakah prosiding Lembaga Disiplin ini sekadar satu “drama politik” semata-mata untuk menunjukkan kononnya saya sudah diberi peluang membela diri sedangkan keputusannya sudah pun dipersiapkan!?

Walau bagaimana pun, saya tetap akan mempertahankan prinsip saya dan menegaskan bahawa saya bersedia berhadapan dengan Lembaga Disiplin untuk menyatakan pendirian dan membela diri saya pada bila-bila masa dan dimana jua tempat yang munasabah dan bersesuaian bagi semua pihak.

Saya tidak mahu ada Firaun-Firaun Kecil yang akan mengambil kesempatan untuk mendakwa kononnya saya takut berhadapan dengan Lembaga Disiplin. Saya bukan sahaja tidak takut, malahan bersedia dengan apa juga risiko yang bakal dihadapi demi mempertahankan aqidah dan keyakinan saya terhadap agama saya.
Oleh itu, saya mendesak supaya Lembaga Disiplin dapat memberikan tarikh dan tempat yang bersesuaian saperti yang telah saya cadangkan (iaitu 28 Feb atau 01-05 Mac 2010) dan memastikan pertuduhan terhadap saya jelas. Saya juga mendesak prosiding tersebut akan dikendalikan oleh mereka yang berwibawa dan mempunyai integriti. Saya juga menuntut supaya panel yang akan membicarakan saya adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH yang hanya boleh difahami oleh mereka yang beragama Islam.

Sekian terima kasih.

Wassalam

Yang benar

Zulkifli Bin Noordin
Selasa02 Rabi’ul Awal 1431
16 Feb 2010

14 February 2010

MUSANG BERBULU AYAM!

Salam 2 all.

Saya mengutuk dan mengecam keras cubaan kerajaan YAB Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidurrosul bagi tahun 1431 Hijriah / 2010 ini. Ini jelas pada saya membuktikan apa yang telah saya sebutkan sebelum ini bahawa kepimpinan YAB Lim Guan Eng adalah bersikap chauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.

Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas. Ternyata slogan mencontohi Khalifah 'Umar Abdul Aziz adalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan. Dan yang paling malang, ada segelintir dikalangan kita yang terpedaya dengan mainan politik silap mata yang menjijikkan ini; dan turut bersekongkol untuk menjahanamkan agama dan bangsa sendiri!

Benarlah kata Rasulullah saw, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yang melunyai kita macam tempe dilenyek saja. Dan ia terjadi walaupun jumlah umat Islam terlalu ramai, tetapi jumlah yang banyak itu hanya umpama buih yang sedikit pun tidak membawa kesan. Kerana apa..kerana mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka; dan mereka takut kematian dan hilang semua ni'mat duniawai itu.

Tetapi saya ingin memberi amaran kepada rejim chauvinis YAB Lim Guan Eng, jangan ingat kerana kamu dikelilingi oleh Melayu dangkal yang dayus dan penakut itu serta sanggup bersekongkol dengan kamu, maka umat Islam yang lain akan tunduk diam. Yakin dan percayalah diluar sana masih ada umat yang tegas dan berani, yang akan tetap mempertahankan aqidah dan maruah agamanya tanpa takut sedikit pun kepada sebarang risiko yang bakal melanda. Kerana kami yakin akhirnya nanti kami umat Islam tetap akan menang, kerana kami mengasihi ALLAH lebih daripada segala-galanya.

Kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang, termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, terutama pegawai dan kakitangan jabatan agama, janganlah kamu takut dengan rejim chauvinis ini. Pertahankanlah agama kamu, janganlah kerana gaji yang tidak seberapa itu maka kamu biarkan agama Islam dipermainkan. Bangkitlah, jadikanlah diri kita sebagai antara yang akan dihitung oleh ALLAH sebagai pembela agamanya dizaman penuh mehnah dan fitnah ini. Jadikanlah kisah keberanian Saidina Bilal bin Rabbah sebagai panduan, ambillah contoh pengorbanan keluarga Assyahid Sumaiyyah dan Yaasir sebagai ikutan.

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan aqidah dan ukhwah untuk berhadapan dengan segala mehnah dan fitnah ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
29 Safar 1431
14 Februari 2010

YEAR OF THE TIGER!

Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai bagi semau kaum Cina dimana sahaja berada. Semoga tahun harimau ini membawa lebih makna bagi kita semua.

Kebetulan pula saya lahir pada tahun Harimau. Dan kebetulan saya pernah bersekolah di King Edward Vll (KE Vll), yang lambangnya adalah harimau. Malahan bagi alumnus KE Vll, kami dikenali sebagai "The Tiger".
Saya perturunkan dibawah ini penyataan tentang tahun harimau ini. Bagi kita umat Islam, saya memperingatkan diri saya dan kita semua bahawa kita tidak boleh mempercayai dan menyakini apa yang disebut kerana kita meyakini kepada qada' dan qadar ALLAH swt. Semoga ALLAH memelihara keimanan kita.

Anyway, nee hau me & Gong Xi Fa Cai.

Adios amogos.

Grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
29 Safar 1431
12 Februari 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


TIGER 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998

"Born leader" is the key word for the Tigers. They are always in the lead and are most likely the ones to cry out "Let's Go"! Noble and Fearless, Tigers are respected for their courage, even from those working against them.

Tiger people are daring fighters, they are capable of standing up to the better end for what they think is right. Although they could be selfish from time to time in the little things, they are capable of great generosity. Tigers are unpredictable, always tense. and like to be in a hurry.
Tiger people are difficult to resist, for they are magnetic characters and their natural air of authority confers a certain prestige on them. They are tempestuous yet calm, warm-hearted yet fearsome, courageous in the face of danger yet yielding and soft in mysterious, unexpected places.

Tigers are very confident, perhaps too confident sometimes. Although they love adventures, and are addicted to excitement it is better not to challenge a Tiger's confidence. They likes being obeyed and not the other way around.

Because Tigers are urgent people and always in a hurry to get things done right, they usually choose to operate alone. Tigers like to work, they are hard-working and dynamic. If you assign a task to a Tiger, the job will be undertaken and accomplished with enthusiasm and efficiency. Tigers make money, but they are not directly interested in money. Still, the Tiger needs not worry about money: just when he fears the money is gone, more seems to show up.
Tigers are sensitive, emotional. They are capable of great love, but they become too intense about it. They are also territorial and possessive, if you are a friend of a Tiger, he wants you to take his side against the bad guys and because the Tiger is so adorable, you often do. As lovers, Tigers are passionate and romantic, but the real challenge for the Tiger is to grasp the true meaning of moderation.

The Tiger, the living symbol of strength and power, generally inspires fear and respect. Tigers' compelling dynamism, intense activity, independence and curiosity about others make them irresistible, persons of multiple charms; Tigers attract followers and admirers. The Tiger is courageous, active and self-assured, and makes an excellent leader and protector. However liberal-minded Tigers may be, they are passionate, rash, and resist the authority of others. Although they are selfish in the little things, they are capable of great generosity, even of altruism, in the larger. Tigers are men and women of action, thrust by destiny into the spotlight.
Tigers are fearless creatures in as much as they blind themselves to dangers and impetuously rush in where more cautious individuals would fear to tred. Outspoken in the face of injustice, their strong humanitarian instincts will not allow them to pass by if they see a wrong perpetrated upon another.
Tigers tend to renounce confining traditional roles, opting for a more unfettered life. With a wide ranging mind, they can adopt any number of careers. Their many experiences serve to enrich their life and add depth to their nature. Material benefits matter little to them.
Tigers have an inborn magnetic personality that attracts people to them like bees to honey. Warm-hearted, sociable and friendly, they are characterised by their frank, honest and open approach. Their immense kindness and generosity will always shine through except when crossed or backed into a corner, for then they can become vehement and ferocious.
Solitude is often the price Tigers pay for their position of authority, but they become accustomed to it. Better still, they draw on the experience, gaining new energies and great strength.

Occupying the 3rd position on the Chinese Zodiac, the symbolizes such character traits as bravery, competitiveness and unpredictability. Tigers love to be challenged and will accept any challenge if it means protecting a loved one or protecting their honor. They don’t worry about the outcome because they know they’ll always land on their feet. Don’t let their calm appearance fool you though; Tigers will pounce when they feel it’s necessary.

Magnetic, passionate and grand! When the Tiger does anything, it’s noticed! Indecisiveness and stubbornness can mar the sparkle of the Tiger personality. On the one hand generous, on the other hand a little mean, it’s sometimes hard to know where one stands with the Tiger. Flexible, honest and truly entertaining, one has a friend for life with a Tiger.
Being the Tiger’s own year, 2010 holds great promise for those born under this sign, with exciting developments happening for them both personally and professionally. Some Tigers may be feeling disappointed and disheartened after 2009 and it will be important to leave the past behind and concentrate on the future, which is looking so bright! Financially, everything improves this year for those born under this sign and money-making thoughts and ideas should be fully explored and investigated. With the fast pace of this year for all signs, the Tiger needs to take extra care in planning and thinking all projects through – no rushing headlong into schemes during 2010! Tigers looking for romance will possibly see a friendship suddenly develop into something more personal with exciting consequences. August, December and January will see a very active and entertaining social calendar, but all of 2010 will see fun activities for the Tiger. The Spring months, March to May, will bring encouraging and interesting job opportunities.

11 February 2010

KENA LAGI!


Salam 2 all.
Saya menerima banyak panggilan dan email meminta saya memberi komen tentang kenyataan YB DSAI yang disiarkan dalam akhbar perdana hari ini. DSAI dikatakan akan merujuk saya ke jawatankuasa disiplin atas kesalahan mengkritik DAP didalam siaran langsung program Soal Jawab di TV3 pada hari Isnin lepas. Nampaknya saya memegang rekod akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin serentak dengan dua dakwaan yang berbeza. Belum pun terima pertuduhan kes kalimah ALLAH, dah nak kena pulak pasal isu DAP!
Saya tidak bercadang untuk membuat apa-apa komen kerana saya akan bertemu dengan DSAI sendiri untuk membincangkan kritikan saya terhadap DAP tersebut. Saya yakin DSAI akan memahami pendirian saya setelah pertemuan tersebut nanti, walau pun saya tidak menafikan, malah menghormati hak DSAI sebagai Ketua Umum PKR untuk mengambil tindakan terhadap saya, sebagaimana saya juga berhak mengambil tindakan yang saya fikirkan perlu dan wajar.
Apa pun, saya masih berpegang kepada kenyataan bahawa Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP ini kerana pada pendapat saya kepimpinan DAP ini telah mula menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat. Ramai rakyat bawahan yang saya temui sudah mula mencurigai DAP, dan merasa muak dan loya dengan sikap mereka yang saperti kaduk naik junjong!
Tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 08 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman diantara Pakatan Rakyat; dan bertentangan dengan dasar dan matlamat reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, khususnya oleh DSAI sendiri. Antaranya:
1. tindakan YB ADUN DAP Kedah mengugut Kerajaan Negeri Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar;
2. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan Sdr. Razali, Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng;
3. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan PKR dipenuhi sampah-sarap kerana kritikan terbuka beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan PKR terhadap kerajaan YAB Lim Guan Eng;
4. kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat melantik YB Ust Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir kedalam Exco ataupun sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan didalam pilihanraya kecil Permatang Pasir;
5. aduan tiga orang YB ADUN-ADUN di Perak yang tidak berpuashati dengan tindak-tanduk dan sikap kepimpinan DAP yang akhirnya menyebabkan mereka keluar daripada Pakatan Rakyat dan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak;
6. tindakan biadap YB Tony Pua yang mendesak YB Datuk Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor;
7. tindakan YB Ronnie Liu mencampuri urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di kedai serbanika di Shah Alam;
8. tindakan YB Ronnie Liu yang tidak menghormati langsung YB Speaker Teng Chang Kim dalam sidang jawatankuasa Selcat mengenai aduan terhadap perbelanjaan peruntukkan YB Ronnie Liu yang mencurigakan;
8. Tindakan YAB Lim Guan Eng yang mahu YB Datuk Seri Zahrain Hashim dipecat sebagai Pengerusi KGBJ selepas dikritik dengan tegas oleh YB Datuk Seri Zahrain;
9. Perisytiharan dasar 'Middle-Malaysia' oleh YAB Lim Guan Eng yang pada asasnya bercanggah dengan dasar dan aspirasi Pakatan Rakyat;
Dan banyak lagi insiden, kelakuan, tindak-tanduk kepimpinan DAP yang jelas membuktikan mereka memang bersikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis, diktatorial dan, meminjam kata-kata YB Datuk Seri Zahrain, berfikiran ala komunis. Dan yang paling peliknya, sehingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap kepimpinan DAP walaupun jelas sikap mereka membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka. Apakah kepimpinan DAP ini sudah menjadi golongan 'untouchables', sehingga menyebabkan keangkuhan mereka semakin menjadi-jadi mutakhir ini!
Pada saya, demi masa depan Pakatan Rakyat, dan demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara, maka Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan DAP didalam pakatan ini. Saya khuatir sekiranya tiada tindakan tegas dan jelas diambil, rakyat akan menolak Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Malahan saya mengulangi seruan supaya PAS, PKR dan UMNO duduk semeja berbincang untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut politik yang bukan sahaja tidak menguntungkan mana-mana pihak, malah merugikan umat dan negara. Tidak ada salahnya kita membuang yang keruh, mengambil yang jernih demi untuk kepentingan umat dan rakyat negara ini. Amiin.
Wassalam. Adios amigos. Grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
27 Safar 1431
11 Februari 2010

KEMUNGKARAN HARI VALENTINE

Salam 2 all.

Ahad 14 Februari 2010 ini (bersamaan 30 Safar 1431) adalah hari yang dikenali sebagai hari sambutan Valentine. Kebetulan pula tahun ini ianya bersamaan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari valentine, muda-mudi, khususnya mereka yang bercinta akan menzahirkan cinta mereka dengan bertukar-tukar hadiah, terutamanya bunga. Kebiasaannya sambutan itu akan berakhir dengan aktiviti seks.

Saya memperingatkan diri saya dan umat Islam semua supaya menjauhkan diri kita daripada sambutan ini. Ianya adalah sambutan yang mempunyai unsur-unsur keagamaan Kristian.
Sambutan Hari Valentine adalah hari memperingati kematian paderi St. Valentino pada tahun 268AD yang dianggap sebagai keramat oleh puak Kristian Katholik dan di amalkan secara rasmi oleh Gereja Katholik dizaman Pope Gelasius I pada tahun 496AD (1514 tahun yang lepas dan 228 tahun selepas kematian father St. Valentino).

Ianya mengambil sempena memperingati kematian Father St. Valentino yang dihukum pancung oleh Maharaja Rom Caesar Marcus Aurelius Claudius Augustus Gothicas II (213-270AD). Maharaja Rom ini mengeluarkan perintah melarang sebarang bentuk perkahwinan bagi pemuda-pemuda zaman itu kerana beliau mahukan mereka menjadi anggota tentera yang setia dan tidak mempunyai masalah rumahtangga. Namun Father St. Valentino dikatakan meneruskan upacara-upacara perkahwinan. Akhirnya untuk menghentikan kedegilan Father St. Valentino ini, Maharaja Claudius II menghukum bunuh beliau dengan dipancung.

Sejak itu, Father St. Valentino dianggap keramat oleh golongan Kristian. Hari kematiannya pada 14.02.268AD dianggap sebagai tarikh memperingati kekeramatan beliau. Namun setelah lama masa berlalu, hari itu bertukar darpada memperingati beliau kepada hari memperingati kekasih, dengan penjualan bunga dan kad yang melambung, yang akhirnya perayaan itu dikomersilkan. Yang kaya ialah para peniaga!!

Apa pun, bagi kita umat Islam, tidak sepatutnya kita meneruskan tradisi kristianiti dan keagamaan orang lain ini. Kita mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka yang kita kasihi, samada melalui doa dan lain-lain. Dan kita tidak perlu menunggu 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang kita, malahan kita sepatutnya menunjukkannya pada tiap hari dan waktu.

Pegangan kita adalah jelas: lakum diinukum wali yadiin – untuk kafir cara hidup kufur, untuk kita cara hidup Islam. Semoga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita, dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
27 Safar 1431
11 Februari 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Saint Valentine's Day (commonly called Valentine's Day) is an annual holiday held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions. The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines"). The holiday first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.
Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have largely given way to mass-produced greeting cards.
Conflict with religious fundamentalists
India
In India, in past Valentine's Day has been explicitly discouraged by some of the Hindu fundamentalists, mainly the Shiv Sena, the Bajrang Dal and the Vishva Hindu Parishad. Since 2001 there has been each year violent clashes between shopkeepers dealing in Valentine related items and Shiv Sena die-hards, who oppose it as "cultural pollution from the west". Especially in Mumbai and surrounding areas Bal Thackeray and others sent out signals before the day warning people not to have anything to do with Valentine. Those who violate this are dealt with harshly by baton-holding brigands of Shiv Sena who lurk in public places especially parks, chasing young people holding hands and others suspected to be lovers. In many parts of south India couples who are found in parks and other public places are immediately forced to marry on the spot by the Shiv Sena and other similar activists.
Saudi Arabia
In Saudi Arabia, in 2002 and 2008, religious police banned the sale of all Valentine's Day items, telling shop workers to remove any red items, as the day is considered a Christian holiday. In 2008 this ban created a black market of roses and wrapping paper.
Pakistan
The Jamaat-e-Islami political party has called for the banning of the holiday, and has called it "a shameful day. The people in the West are just fulfilling and satisfying their sex thirst." They claim that the holiday is an insult to Islam. Despite this, the celebration is increasingly popular and the florist shops expect to sell great amount of flowers, specially red roses.

09 February 2010

SUBHANALLAH!







Subhanaallah, Maha Suci ALLAH
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi
dan silih bergantinya siang dan malam
terdapat tanda bagi yang beraqal
iaitu
orang yang mengingat ALLAH
sambil berdiri ataupun duduk
atau dalam keadaan berbaring
dan mereka memikirkan
tentang penciptaan langit dan bumi;
"Ya Tuhan kami
sesungguhnya
barangsiapa yang Engkau masukkan keneraka
maka sungguh Kau telah hinakan dia
dan tidak ada bagi orang zalim
seorang penolongpun";
"Ya Tuhan kami
kami mendengar seruan
yang menyeru kepada iman
'Berimanlah kamu kepada ALLAH'
maka kami pun beriman";
"Ya Tuhan kami
ampunilah bagi kami
dosa-dosa kami
dan hapuskanlah dari kami
kesalahan-kesalahan kami
dan wafatkanlah kami
berserta orang yang berbakti";
"Ya Tuhan kami
berikanlah kepada kami
apa yang telah Engkau janjikan kepada kami
dengan perantaraan Rasul-Rasul Engkau
Dan janganlah Engkau hinakan kami
di hari kiamat nanti.
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji"

Ali Imran: 190 - 194

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
24 Safar 1431
09 Januari 2010

*Gambar-gambar ini adalah lukisan yang dikirim oleh sahabat saya untuk kita kongsi bersama.

08 February 2010

UKHWAH ISLAMIYAH?

Salam 2 all.

Saya agak kehairanan melihat 2 kenyataan pimpinan tertinggi PAS iaitu YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan YB Tuan Guru Hj. Hadi Awang, Presiden PAS yang bernada sama - iaitu PAS sudah bersedia berbincang dan bekerjasama dengan UMNo.

Kehairanan saya adalah kerana kedua-duanya sebelum ini begitu keras terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan UMNo, jangan kerjasama, duduk sembang pun tak mau. Malahan Tok Guru sampai diakan YAB DS Najib supaya pecah perut.

Tapi sejak perbicaraan terhadap DSAI berkaitan tuduhan liwat keatas Saiful, dan setelah keterangan diberikan oleh Saiful, saya nampak semacam ada perubahan sikap kepada pimpinan PAS. Apakah mereka menjangkakan sesuatu akan berlaku kepada DSAI, maka mereka mencari insurans sekarang ini? Atau apakah mereka sudah hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat? Atau apakah kedua-dua tokoh yang sangat saya hormati ini sudah mula mengorak langkah kepada mencetus gelombang ukhwah Islamiyah di negara ini. Moga niat baik mereka diberi keberkatan oleh ALLAH.

Ini perkembangan yang sangat diluar dugaan saya. Saya berharap apa juga perbincangan dan kerjasama, PAS akan membawa bersama PKR dan khususnya DSAI bersama. Saya percaya sebarang perbincangan diantara tiga parti utama umat Islam ini akan membuahkan hasil yang sangat membawa menafaat bukan sahaja kepada umat islam, malahan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan Islam. Kerana kestabilan dan keamanan serta ukhwah persaudaraan yang mantap dikalangan umat Islam sudah pasti akan membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara ini umumnya; selagi ianya berpaksi kepada Al Quran dan Sunnah dan bukan atas semangat perkauman yang sempit.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
23 Safar 1431
08 Januari 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada lapuran Bernama)

Nik Aziz mahu PAS-UMNO duduk semeja bincang isu agama
04/02/2010 8:54pm
KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.
Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.
"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.
“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ustaz Hadi: PAS sedia kerjasama dengan UMNO
Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
KUCHING 7 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.
Beliau berkata, polisi kerjasama antara Pas dan UMNO sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincang atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini.
Katanya, kerjasama di dalam politik merupakan amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana Pas boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi.
“Dalam negara demokrasi, kita tidak berperang, sebaliknya kita berhujah, berdebat, berbahas dan berbincang. Tidak ada pemisahan antara agama dan politik bagi Pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin Pas negeri dan mendengar taklimat mengenai persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri di salah sebuah hotel terkemuka di sini.
Terdahulu, beliau diminta mengulas gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan UMNO mengenai sebarang isu.
Turut hadir Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Osman Mustafa.
Abdul Hadi memberitahu, kerjasama antara Pas dan UMNO berlaku semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersama Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden pada ketika itu dan yang terbaru berhubung isu kalimah Allah yang beliau wakili sendiri.
Jelasnya, Pas akan memberi pandangan dalam menangani perkara berkaitan sosial, ekonomi dan ketenteraman awam malah ada antara pandangan parti diterima kerajaan secara senyap-senyap.
“Dalam perkara yang kita boleh bersama seperti isu berkaitan ketenteraman awam dan keselamatan negara, kita akan bersama kerajaan.
“Dan sekiranya berlaku perkara yang kita tidak boleh bersama seperti isu royalti minyak, kita akan menegur kerajaan namun kita bersabar,” jelas beliau.

06 February 2010

KASIH SANG BURUNG

Burung betina ini tercedera setelah dilanggar kenderaan.

Temannya si Jantan datang membantu memberi makan

"Akhirnya kau pergi jua"

Si Jantan meratap kesedihan

Si Jantan menjerit menyuruh si Betina bangun

Selamat tinggal my sweetheart..

Salam 2 all.


Saya menerima email ini daripada sahabat saya Tuan Haji Mohd. Noor, seorang Chef internasional. Ia adalah gambar yang diambil oleh seorang jurugambar Perancis yang kebetulan melihat kejadian ini dan merakamkan detik-detik akhir burung walit betina, yang pemergiannya diratapi oleh temannya si Jantan.


Siapa kata haiwan tiada perasaan. Persitiwa yang dirakam ini jelas membuktikan bahawa si burung ini juga punya perasaan kasih sayang. Perasaan yang di anugerah oleh ALLAH kepada semua makhluk.


Tapi malangnya manusia hari ini sudah kehilangan perasaan kasih sayang ini. Kita mendengar berita anak menyembelih kepala bapa dan datuk-nenek serta adik kandungnya, kita mendengar anak menikam ibunya sendiri, kita mendengar bapa menghempas bayi kecilnya kedinding sehingga pecah kepala. kita mendengar bapa merogol anaknya sendiri, kita mendengar adik tetak kepala abang kerana berebut harta pusaka, kita mendengar ustadz meliwat pelajar sendiri, kita mendengar anak lelaki merogol ibu kandungnya, paling akhir seorang bayi lima bulan mati akibat deraan, termasuk disyaki diliwat oleh ahli keluarganya sendiri..dan yang paling malang mereka semua beragama Islam!! Dimana iman mereka. Islam mereka hanya tinggal di kad pengenalan, menjadi Muslim kulit bawang.


Semoga peristiwa saperti ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua insyallah.


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Ahad

22 Safar 1431

07 Februari 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Catatan Si Jurugambar


Emotion is a funny thing. We can feel it, sense it in others, or see it on people’s faces or in their body language. These images and the story they tell are a great example. Some people think animals aren’t capable of the complex emotions ascribed to the bird in these pictures.
These pictures are heartbreaking and I have no doubt that they are real. I’ve been observing birds for years. I’ve seen a crow return to her nest in a tall pine to discover that city tree trimmers destroyed it. I heard her scream in grief - the eeriest and saddest sound I’ve ever heard.
It really makes you wonder about some things. This is a true sign that all mammals have some sort of heart or soul. Mothers care for their young and will even die for them. A prime example of this is the Mockingbird. It will die to protect it’s young and I feel that it has a connection with this. It’s very sad…
Anyone who truly believes that animals dont have emotions doesnt know a thing about animals. They have their rituals and their own cultures and ways of communicating just like people do. They have families and they love. There has been many examples of this behavior. I think that some people need to believe that it is not true in order to feel superior to the animals, when in fact the quality that truly makes us superior is to recognize it and appreciate it and protect the animals vulnerable existance on this earth with.....
the most evil and dangerous animal of all.....MAN-KIND!!!

VIRUS DAP!!

Salam 2 all.

Satu lagi pekung kepimpinan DAP didedah oleh YB Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Nibong Tebal. Saya mengenali YB Tan ini sebagai seorang yang cukup banyak berkorban untuk PKR. Beliau datang daripada keluarga yang berada, malahan beliau sendiri seorang usahawan yang sangat berjaya sebelum menceburi politik. Bapa beliau Dato Tan Kim Hwa adalah salah seorang pengasas Parti Gerakan. keluarga beliau sangat berpengaruh di Pulau Pinang.

Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Penanti, beliau antara orang yang paling banyak berkorban wang ringgit dan lain-lain. Saya pun agak terkejut juga beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang keras terhadap kepimpinan DAP khususnya di Pulau Pinang. Agaknya apalah jawapan mereka kali ini..rasanya mereka akan labelkan YB Tan sebagai agen UMNo kot!!

Enjoy your reading senor.

Adios amigos. Grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
21 Safar 1431
06 Februari 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Another PKR rep 'exposes' Penang MB
2010/02/01
Sharanjit Singh and Lee Keng Fatt

GEORGE TOWN: Lim Guan Eng’s position as Penang chief minister is becoming increasingly untenable with another Parti Keadilan Rakyat (PKR) member of parliament, and respected grassroots leader from Penang, openly hitting out at the state’s leader.
Nibong Tebal MP Tan Tee Beng, the latest PKR-elected representative to join the fray against Lim, questioned the latter’s ability to lead the state, stressing that he fully supported Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim’s allegations against the chief minister. Tan claimed that all nine PKR state assemblymen in Penang also shared similar views about the DAP secretary-general. He also spilled the beans on how Lim’s dictatorial ways and vengeful politics were not only causing problems in PKR but had also split the Chinese communityin Penang."He politicises everything. I openly said that he is a CM with no class. "Whatever he cannot do, he blames it on the previous state government.
"Enough of bluffing, he wants to portray himself as a Chinese hero, but one day people will see his true colours," Tan said, adding that the state government had failed to deliver any of its 2008 general election promises.Tan is one of four PKR MPs in Penang. The others are Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Zahrain (Bayan Baru) and Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (Balik Pulau).PKR has nine state seats, DAP 19, Pas one and Barisan Nasional 11.Tan said he wanted to come clean and expose "the real Lim Guan Eng" so the people in Penang would not continue to be fooled by the "outsider from Malacca".He said other PKR and DAP assemblymen were afraid to expose Lim, although they shared his and Zahrain's views."The people around the chief minister are all yes-men. All the PKR assemblymen are feeding me information about Lim and how he is running the state." Tan said Lim had so far not even dared to answer any of Zahrain's damning allegations but instead chose to hide behind Deputy Chief Minister I Mansor Othman.He added that PKR should question whether Lim actually shared the aspirations of others in Pakatan.
"The way Lim is doing things, I think he is only bothered to hold on to Penang. "I don't believe he shares the same goals as we do," he said, citing how Lim and three other DAP state executive councillors who are also MPs: Deputy Chief Minister II Dr P. Ramasamy (Batu Kawan), Chow Kon Yeow (Tanjung) and Ooi Chuan Aun (Jelutong), had missed the last session of Parliament last year when the 2010 Budget was put to vote.
He said their absence had caused Pakatan to miss a golden opportunity to outnumber Barisan Nasional by just three votes."It shows they are not interested (in taking Putrajaya. They just want to hold on to Penang." Tan also blasted Lim for the manner PKR MPs in Penang were being treated compared with how PKR-led Selangor was being run.He said in Selangor, all MPs were given RM150,000 by the state government for their constituencies.However, he said in Penang, none of the PKR MPs received "a single penny" from the state government compared with DAP MPs who were treated differently."In Penang, we (from the PKR) are being treated like the opposition. Sadly, we are facing this kind of dictator in the state government."He is not helping us at all, and most of the time we don't even know about the programmes or projects that are being planned in our constituency," he said.Citing the International Dragon Boat championship held at the Teluk Bahang Dam, Tan said the PKR MP for the area, Yusmadi, was not even invited to attend.Similar disclosures were also made by Zahrain, who revealed that he knew nothing of the Penang International Convention Centre project that had been planned by Lim in Bayan Baru.Tan said he, too, was not spared as he was not appointed the state water supply board director even though he was nominated by the PKR leadership.Asked whether he realised that speaking up against Lim could lead to action being taken against him, Tan said the party leadership was free to do as it pleased."They can call me a traitor, a BN agent, a CIA agent or anything else. I don't care. I want the people to know who they have voted in to lead Penang." Tan said people may question why he was coming out to hit out at Lim instead of going through the proper channels.However, he said the party had failed to do anything about many things, including taking action against several leaders who had tarnished PKR's image."When we speak up and tell the truth, they label us as troublemakers," he said.On whether he was planning to quit PKR to become an independent MP, Tan said he had no such plans yet.

DAP PUNCANYA!!

Salam 2 all.
Saya sebenarnya telah lama menunggu sebarang kenyataan daripada YB Wee Choo Keong berkaitan permasalahan virus DAP dalam Pakatan. Apabila saya atau wakil rakyat Islam yang lain membuat kenyataan, kami dikatakan rasis dan bersifat perkauman.

Jadi kenyataan daripada YB Wee Choo Keong menjawab segala-galanya. Saya tidak rapat dengan YB Wee Choo Keong ini, kerana satu beliau ini seorang peguam yang agak senior daripada saya. Kedua beliau adalah bekas Setiausaha Agong DAP yang dipecat kerana dituduh "kurang menunjukkan kasih sayang kepada pimpinan DAP". Ketiga, beliau seorang ahli politik veteran, pernah ditahan ISA pada tahun 1988 semasa Ops Lalang. Pada tahun 1995, kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Apa pun, saya perturunkan dibawah temubual wartawan New Straits Times dengan YB Wee Choo Keong serta kenyataan akhbar beliau yang keduanya disiarkan hari ini Sabtu 21 Safar 1431 / 06.02.2010. Kedua-duanya jelas maksudnya. Bahawa DAP lah punca kepada kemelut yang dihadapi Pakatan Rakyat sejak awal lagi sehingga kini!!

Enjoy the reading. Adios amigos. Grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
21 Safar 1431
06 Februari 2010

******************************************************


EXCLUSIVE WITH YB WEE CHOO KEONG-PKR WANGSA MAJU
(Firdaus Abdullah / Shuhada Elis)
Penang DAP-PKR Squabble'There's something wrong with Pakatan and it spells DAP'
2010/02/06
BELOW are excerpts from the question-and-answer session.
Q: There is allegation that you and three other Parti Keadilan Rakyat MPs will jump party. Is it true?
A: That I do not know. But I believe they will not jump ship to join Barisan Nasional. The root problem is that PKR has been made a "stepchild" by DAP leaders. We have to take swift action to solve this problem. I think the feelings of the two MPs in Penang are similar to that of many other PKR leaders who are still keeping quiet.
Q: Do you think the allegations were initiated to bring down PKR MPs?
A: I think these actions are a form of McCarthyism. In fact, I would say they are exactly the same. Any PKR MPs who make allegations against DAP will be labelled as BN agents and accused of planning to jump ship. So the problem is not solved. This is low-class politics.
Q: Do you agree with allegations by (Bayan Baru MP) Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, (Nibong Tebal MP) Tan Tee Beng and (Kulim Bandar Baru MP) Zulkifli Noordin against DAP, particularly its secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng?
A: I agree with most of what they are saying. Of course, we must be able to agree to disagree on certain parts. We are living in a democratic society and must, therefore, respect each other's point of view.
Q: What is happening in Pakatan now as disciplinary actions are being instituted against PKR MPs for their allegations against DAP, but at the same time, the leaders are saying no action will be taken against DAP and Lim Guan Eng even if the allegations are proven to be true. What is your stand on this?
A: These types of statements are made by little Napoleons. It will appear that we are subservient to DAP. As far as I am concerned, all allegations should be investigated. Just like the investigations against Zahrain and Tan. The same must also apply to the allegations against the Penang CM. If the allegations are (proven to be) true, I think action must be taken (against Lim). Or at least we must change (on the style of politics).
Q: Are you saying DAP is trying to divert attention to PKR?
A: Have you heard of any explanation in the newspapers (by DAP), saying that this is not true and we will come clean and show proof? None. I was once a DAP leader. I will say this with a very heavy heart... in 1998 I was sacked from DAP on the official charge of "not showing affection" to the party leaders. I was found guilty for speaking up within the party.
I did not even speak to the press. Now, a lot of statements are being made by the little Napoleons that grievances should be aired within the party. But judging from my experience, when you air (your grievances) inside, you might be classified as "not showing affection". And you will be in serious trouble.
Q: So which party is effectively leading Pakatan now? Is it PKR, DAP or Pas?
A: DAP. By the look of things, DAP is leading (Pakatan) because they are immune to anything. PKR is just a "stepchild".
Q: How do you see the position of PKR now, as Parti Rakyat Malaysia (PRM) still exists despite claims by certain quarters that it was dissolved before the merger with Parti Keadilan?
A: I must confess that I was a lawyer for PRM in the case involving Registrar of Societies and (former PRM leaders) Dr Syed Husin Ali and R. Sivarasa when they applied to dissolve PRM. I succeeded in getting them to intervene in the suit in court. Then another lawyer took over and I read in the newspapers recently that the court has declared that PRM is still a valid political party.
So the so-called "merger" was a lie. There was no merger (between Parti Keadilan Nasional and Parti Rakyat Malaysia). I hope PKR will take action and take out the two red lines in our flag because PRM still exists and we must respect it. The red lines are meant to depict PRM. So this must be stopped and clarified to the public that (the merger) was not true.
Q: So are you saying the positions of PKR deputy president Syed Husin, vice-president R. Sivarasa and strategic director Tian Chua are in question now? What should PKR do then?
A: (There is) no doubt about it. They hold their respective positions by virtue of the "merger". PKR should issue a show-cause letter to them and ask them to explain. They must be referred to the disciplinary committee because this is a serious (issue). I would even go as far as to say this is deceptive.
To say that PRM has been dissolved but later it was ruled otherwise by the court (is deceptive). I think this is a more important issue that we have to address because it involves legal entities, and we are just taking other people's name. It seems like we are pretending to be somebody we are not. The former PRM leaders should explain why they lied to the party. I call upon them to explain to the party because I dare not use the term PKR now.
Q: Is it PKR or just Keadilan now?
A: Legally, it is still PKR because they have informed ROS on the change of the name and such but this is not an issue of legality. We are talking about why this was not revealed at the time of the so-called merger. There was no dissolution (of PRM). I was told that some Keadilan leaders were not happy at the time of the "merger".
Q: Why do you think Syed Husin and other former PRM leaders did not address this matter?
A: I can understand that Syed Husin and Sivarasa might feel embarrassed to talk about it and they prefer to sweep it under the carpet. They had argued the case in the court but they did not appeal against the court's decision. Perhaps they are afraid it will arouse public attention. But it has been lingering on many people's minds, as Tan has expressed.
Now that it has come out in the open, we must address this issue. I hope we can be fair in this issue and ex PRM leaders who have misled the public and Keadilan should have taken action against them. All this while they have been asking for action to be taken against other members, except against themselves. They often take the moral high ground and I hope they live up to it now.

###########################################

(Petikan daripada akhbar New Straits Times bertarikh 06.02.2010)

Penang DAP-PKR Squabble
Wee to Ooi: Retract statement
2010/02/06
By Firdaus Abdullah and Shuhada Elis
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat's member of parliament for Wangsa Maju, Wee Choo Keong, has strongly denied the accusations levelled against him by DAP's Gelugor MP, Ooi Chuan Aun.
Wee claimed yesterday that Ooi, or popularly known as Jeff Ooi, had dragged him into the ongoing crisis between PKR and DAP by accusing him of being one of four PKR MPs who were crossing over to Barisan Nasional.The accusations by Ooi, who is also Penang Chief Minister Lim Guan Eng's chief of staff, were published in a Chinese daily and subsequently carried by an English daily. "I have been keeping away from the controversies in Pakatan. Whenever I was asked to give comments, I have constantly refused although deep down in my heart, I was in full agreement with my colleagues in PKR."Now that Ooi has dragged me into the controversies, I have no alternative but to respond to his allegations."I like to categorically deny the accusations by Ooi and other little Napoleons within Pakatan Rakyat. I have no intention of joining BN component parties or pro-BN parties," Wee read from a prepared statement at a press conference.
The former DAP stalwart, who was sacked from the party in 1998 for not showing "enough affection" to DAP leaders then, said Ooi's actions were similar to that of US Senator Joseph McCarthy, whose act of deception came to be known as McCarthyism."This style of low-class politics can carry on in DAP for all I care but it must be stopped within Pakatan if we are serious in wanting to see a change of government at the 13th general election."If Ooi thinks that politics of McCarthyism and politics of tagging and labelling will be able to divert public attention away from the present controversies and other internal problems, then I'm sorry for him for making the wrong political judgment," Wee said.He added that he might institute legal action unless Ooi retracted his statement within 48 hours.At a question and answer session following his statement, the prominent lawyer spoke out about the lies, deception and inconsistencies within Pakatan, as well as DAP's uncontrollable "rampage" within the loose coalition.Wee said Pakatan could face a grave situation in the next general election if the internal problems and ongoing controversies were not solved."Public confidence in Pakatan is being diluted by the day due to the ongoing internal spat."DAP in Penang are more interested in trying to sweep these problems under the carpet by accusing others. This is not the way. "If there are problems we must recognise these teething problems and try to solve them."

04 February 2010

LAPURAN PALSU

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada lapuran akhbar STAR hari ini dimuka surat N12 yang mendakwa konon saya berkata YB Azmin & YB Saifudin Nasution membuat konspirasi mahu menendang saya keluar daripada PKR.

Saya menafikan pernah membuat sebarang kenyataan saperti itu, sebaliknya kenyataan saya adalah saperti yang saya siarkan di dalam laman zul4kulim.blogspot.com berkaitan lapuran palsu MalasyiaKini yang mendakwa saya akan keluar daripada PKR pada 03 Feb (semalam).

Pada saya ini adalah cubaan jahat untuk melaga-lagakan saya dengan beberapa pimpinan tertentu didalam PKR, dan saya berharap mereka yang berkenaan menghentikan mainan politik kotor dan bodoh ini. Apa juga keadaan, YB Azmin, YB Saifudin adalah sahabat saya dan bukan kerja saya untuk membuat kerja-kerja bodoh dan kebudak-budakan ini.

Saya telah menghantar notis kepada pihak akhbar the Star menuntut mereka menarik balik lapuran palsu tersebut dan memberi amaran bahawa saya mengambil tindakan lebih tegas jika tiada pembetulan dibuat segera.

Sekian harap maklum.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
19 Safar 1431
05 Februari 2010

03 February 2010

POLITIK DURJANA!

Salam 2 all.

Sekali lagi Firaun-Firaun Kecil menjalankan agenda jahat mereka membawa dakyah kononnya saya akan keluar daripada PKR hari ini. Berita tersebar luas di Malaysiakini hari ini dengan tajuk besar saya akan keluar PKR hari ini.

Dalam keadaan mereka menutup mulut saya dan tidak dibenarkan bercakap sepatahpun, tetapi mereka terus menerus melanyak saya tanpa henti; walaupun saya mengambil pendirian menghormati arahan parti dengan tidak membuat sebarang kenyataan yang berkaitan. Ternyata Firaun-Firaun Kecil ini jenis manusia yang hipokrit dan putar alam.

Mereka menjerit-jerit minta hak bersuara, hak mempertahankan diri apabila terkena batang hidung mereka. Tetapi bila kena pada orang lain, segala hak asasi manusia, segala hak bersuara, segala hak membela diri dicampak dengan mudah kedalam longkang.

Ini adalah berita palsu yang dimainkan oleh Firaun-Firaun Kecil yang makin desperado apabila melihat konspirasi jahat mereka tidak menjadi baru-baru ini. Kini mereka mula mengejar bayangan mereka sendiri. Malah mereka makin gerun apabila beberapa orang wakil rakyat dan pimpinan lantang bersuara. YB Datuk Seri Zahrain, YB Tan Tee Beng, Yang Berhormat Goh Burne, YB Azan Ismail dan beberapa orang lagi sudah mula menyatakan pendirian yang jelas tidak disenangi oleh Firaun-Firaun Kecil ini. Mereka ingatkan saya bersendirian, rupanya ramai lagi. Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka, jumlah ini akan menjadi ramai. Dan tidak lama lagi Firaun-Firaun Kecil ini tahu tinggi rendah langit ini.

Kepada sahabat dan rakan yang setia bersama saya, termia kasih dan jazakallah. Ingatlah pesan ALLAH, "wamakaruu wamakarallah..wallah hu khoirul maakiriin-mereka membuat tipudaya, dan ALLAH juga mengadakan tipu dayaNya, dan tipudaya ALLAH mengatasi segalanya". Insyallah dengan keimanan yang amntap dan istiqomah, kita akan dapat mengharungi segala fitnah dan mehnah ini dengan petunjuk dan hidayah ALLAH.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
18 Safar 1431
03 Februari 2010

*************************************************************
(Petikan lapuran MalaysiaKini bertarikh 03.02.2010)

Zul Noordin: I'd quit PKR today
Rahmah Ghazali Feb 3, 10 12:22PM
EXCLUSIVE 'My love for Islam exceeds my love and respect for Anwar (Ibrahim), and I cannot compromise on this,' explains the embattled PKR politician. [VIDEO INSIDE]

01 February 2010

PERBICARAAN BERMULA!

Salam 2 all.

Akhrinya setelah lebih setahun tertangguh, esok Selasa 17 Safar 1431 bersamaan 02 Februari 2010 akan bermula perbicaraan kes pertuduhan liwat Seksyen 377B Kanun Kesiksaan terhadap YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Kes akan dibicarakan dihadapan YA Hakim Dato Zabidin Mohd. Diah di Mahkamah Tinggi (Jenayah No. 3) Kuala Lumpur yang terletak di Tingkat 5 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Jabatan Peguam Negara yang mendakwa akan diwakili oleh Datuk Yusof Zainal Abidin dan beberapa pegawainya iaitu Datuk Hanafiah, Datuk Nordin Hassan, Shamsol Sulaiman dan Noorin Badarudin. Kebanyakan mereka adalah pendakwaraya yang sama terlibat dalam pendakwaan kes pertuduhan liwat yang pertama pada tahun 1998.

Barisan peguam DSAI pula diketuai oleh Karpal Singh bersama 9 peguam yang lain. Boleh dikatakan kesemua mereka adalah peguam baru. Barisan peguam yang terlibat pada tahun 1998 hanya SN Nair, dan mungkin YM Raja Aziz akan terlibat sebagai peguam membantu.

Seksyen 377B Kanun Kesiksaan adalah pertuduhan liwat secara paksa terhadap mangsa. Ini bermakna Pendakwaraya mesti membuktikan adanya perbuatan memasukkan alat sulit lelaki kedalam dubur mangsa.

Dalam kes ini, pendakwaraya mestilah membuktikan bahawa DSAI telah memasukkan alat kelaminnya kedalam dubur Mohd. Saiful Bukhari secara paksa tanpa izin mangsa pada masa dan tempat yang dinyatakan.

Pembuktian ini boleh dibuat melalui keterangan langsung mangsa iaitu Saiful sendiri. Tetapi didalam mana-mana kes seksual, Pendakwaraya mesti juga memberi keterangan sokongan dalam bentuk keterangan koroboratif saperti lapuran perubatan, lapuran forensik dan lapuran kimia saperti DNA.

Setakat ini, lapuran perubatan empat orang doktor, iaitu seorang daripada Pusrawi dan 3 daripada HKL memberikan lapuran tiada sebarang unsur-unsur atau kesan kemasukan kedalam dubur Mohd. Saiful.

Jadi saya menjangkakan Pendakwaraya akan menggunakan keterangan forensik dan kimia terutamanya DNA dalam membuktikan keterangan sokongan dan koroboratif bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful.

Saya pasti pendakwaraya telah belajar daripada kesilapan mereka yang lepas dimana mereka gagal membuktikan berlakunya jenayah liwat terhadap Azizan kerana mereka memilih waktu pertuduhan yang terlalu panjang iaitu 3 bulan untuk membuktikan hanya satu kejadian.

Didalam kes ini Mohd. Saiful mendakwa diliwat beberapa kali tetapi pendakwaraya hanya memilih satu tarikh iaitu 26 Jun 2008. Mengapa tarikh itu yang dipilih saya pun tidak pasti. Apapun saya sangat berminat untuk melihat bagaimana pendakwaraya mahu mengatasi masalah itu.

Saya juga menjangkakan Pendakwaraya akan mengemukakan keterangan menunjukkan DSAI dan Mohd. Saiful berada ditempat kejadian pada tarikh yang disebut; samada melalui saksi atau CCTV (jika ada).

Dipihak pembelaan, saya difahamkan mereka mengemukakan pembelaan alibi. Ini bermakna pembelaan yang dikemukakan menafikan DSAI berada ditempat kejadian pada masa/tarikh/venue yang dinyatakan. Ini adalah pembelaan yang sama semasa kes pendakwaan liwat terhadap Azizan Abu Bakar pada tahun 1998 lalu.

Saya menjangkakan perbicaraan akan mengambil masa lebih 6 bulan untuk diselesaikan seluruhnya termasuk hujah-hujah. Mungkin juga setahun.
Saya juga menjangkakan banyak permohonan interlokutori akan dibuat oleh kedua-dua pihak pendakwa dan pembela sebagaimana yang berlaku dalam perbicaraan lepas.

Apa pun, kes ini sudah menjadi tumpuan seluruh dunia. Bukan sahaja DSAI dibicarakan, tetapi YA Hakim, Mahkamah dan sistem perundangan dan keadilan kita juga turut 'dibicarakan' oleh pemerhati dunia. Semoga keadilan dapat dilaksanakan agar tiada siapa yang akan dimangsakan, apatah lagi dianiaya dan dizalimi.

Moga ALLAH memberikan rahmat, petunjuk serta hidayahNya dalam kita mencari keadilan yang sebenar ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
16 Safar 1431
01 Februari 2010