10 April 2010

COMING TO AMERICA!

Salam 2 all.

Alhamdulilah saya selamat sampai ke Washington jam 01.40 tengahari Khamis 24 Rabi'ul Akhir 1431 / 08 April 2010 melalui pesaway British Airways BA 217. Dapat jugak dok kat upperdeck Boeing 747. Dekat 7 jam 30 minit baru sampai. Perjalanan pun ok walaupun pramugari dia dah agak berumur. Kira kalau kat Malaysia dah kena dok belakang kaunter jual tiket je makcik-makcik ni.

Pelepasan imigresen pun kira cepat sebab visa diplomat. Jadi laju je, tak payah nak check apa lagi dah. Teman disini tinggal di Bilik 812, Embassy Suites Hotel. Rupanya ramai juga orang Malaysia di hotel ni, sebab dema mewakili Malaysia untuk pelancaran program Warna-Warna Malaysia yang dirasmikan oleh PM Ahad ini di Washington. Sebelah bilik teman Dato' Mahadir Lokman, emcee yang terkenal tu ler! Yang syoknya di hotel ni, salah seorang cook dia orang Islam. Nama dia Mohamed, daripada Sri Lanka. Dah kerja sini lebih 9 tahun. Dia nampak teman pakai kepiah, terus bagi salam. Siap pesan jangan risau kalau nak makan omelette ke ape, sebab dia akan masak pakai kuali spesial yang tak campur dengan "barang lain" punya. Bagus betul si mamat ni. Saya yang terharu tu bila dia kata, "I must give my muslim brothers halal food, otherwise ALLAH will curse me". Alangkah baiknya kalau lebih ramai Muslim macam mamat ni, sentiasa ingat dan takutkan Allah walaupun kerja berseorangan di hotel bukan Islam ni. Tak payah nak berkokok siang malam dabik dada kata nak perjuangkan negara Islam dan macam-macam lagi, tapi perangai Allah saja yang tau. Siap nak jual nama Allah lagi!

Di Washington ni dia lambat 12 jam dengan Malaysia. Jadi time saya menulis ni baru pukul 11.40mlm Jumaat, di KL dah 11.40 pagi Sabtu. Time memang lari yop. Teman nak tidor, mike tengah nak lunch dah. Sekarang ni kebetulan musim bunga (spring) baru masuk. Jadi cuaca dia sikit punya cantik, macam dok dalam aircon yop! Hujung minggu ni ada sambutan Cherry Blooming, tanda masuk musim spring. Memang cantik, pokok semua mula nak berbunga. Nanti ada gambar teman akan postkan disini.

Semalam aktiviti tak banyak. Cuma teman dan Dato' Ambassador kita (YB Dato' Seri Jamaluddin Jarjis) menghadiri majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Airod Sdn. Bhd. dengan sebuah syarikat Korea untuk pembuatan dan pembekalan kelongsong peluru. Majlis dibuat di Ritz Carlton Hotel. Turut hadir Tan Sri Ahmad Johan (Presiden), Tan Sri Hashim Ali (Consultant) dan beberapa orang lagi wakil Airod dan Attache Defense Kedutaan Malaysia.

Yang syoknya Tan Sri Ahmad Johan bila dia tau teman siapa, siap tarik tangan dan bersembang panjang lah kitorang. Yang mengejutkan teman, Tan Sri dok sibuk bincang pasal isu Kristianisasi dan gerakan pendakyah Kristian. Pengetahuan beliau tentang bible memang mengagumkan teman. Siap boleh quote lagi. Dan Tan Sri sangat bersetuju dengan pendirian kita memnetang penggunaan kalimah ALLAH oleh Kristian di Malaysia.

Rupanya Tan Sri ni sangat berminat untuk mendalami ilmu perbandingan agama ini. Beliau rasakan kita kekurangan tenaga pakar dan terltih dalam mengenal ilmu perbandingan agama terutama dengan agama Kristian, Hindu dan Buddha. Dan Tan Sri bercadang untuk menubuhkan satu institusi khusus untuk tujuan itu, supaya lebih banyak "Sheikh Shmad Deedat" dapat dilahirkan, kata Tan Sri. Jadi Tan Sri meminta teman untuk membuat kajian tentang perkara ini. Kalau ada diantara mike yang berminat dalam perkara ini, bolehlah berhubung dengan teman untuk kita berbincang dengan lebih panjang.

Tapi apa yang saya pelajari daripada ini ialah kita tak sepatutnya menilai seseorang daripada luaran sahaja. Kekadang penilaian kita terlalu superfisial, dan yang paling leceh kita ni cepat melabel dan memftnah orang hanya dengan menilai dari segi luaran. Macam yang teman difitnah sekarang lah. Yang peliknya tukang pencacai fitnah ni boleh dikatakan langsung tak baca ucapan teman semasa bahas diraja tempoh hari. Cuma baca headline suratkhabar dan internet, terus tabur fitnah dan tohmah. Siap ada yang kata teman kutk Anwar dan Tok Guru Nik Aziz. Padahal kalau budak tadika baca ucapan teman pun boleh tau bukan sahaja teman tak kutuk Anwar atau Tok Guru, malah teman siap bela dan pertahankan Anwar dan Tok Guru. Cuba baca sendiri Bahas titah DiRaja bertajuk 'Fitnah' dilaman blog ni. Tapi namanya orang kita ni, dia pemalas nak baca. Yang dia tau dengar cerita kedai kopi terus jadi deejay Radio Karat FM (Fitnah Memfitnah), siap tambah kati lagi!!

Lepas daripada teman tulis pasal Dato' Seri Rais Yatim dan Datin Seri Masnah serta Dato' Tengku Adnan, ramai jugak yang hantar email membenarkan apa yang teman cerita. Ada yang siap bagi lagi insiden-insiden yang mereka sendiri tengok dibuat oleh mereka-mereka ini yang terbukti apa yang teman ceritakan tu benar-benar berlaku bukan sekali tapi banyak kali.

Well, nampak teman kena sambung lain. Nagntuk giler dah ni. Tengok esok kot teman boleh download gambar sikit. Nak cerita juga pengalaman solat Jumaat tadi di Islamic Centre Washington dan makan seafood di Phillips Seafood Restaurant dengan Dato' JJ, Dato' Rais dan rombongan Warna-Warna Malaysia tadi.

Wokey yop, adios amigos. Grasias dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
24 Rabi'ul Akhir 1431
09 April 2010
Washington

27 comments:

Unknown said...

wah seronok la sekarang ye YB..
khianat undi rakyat dan kemudian dapat pergi ke washington.
ada kasi nasihat tak kat dato jamaluddin jarjis tu?
hahaha.

lagi satu cerita..
hang tak kecoh ka pasal UMNO APCO?
ka mulut dah kena sumbat YB?

pulun baik punya hah

Anonymous said...

Salam Yb, selamat datang ke US dpd org di Rhode Island. Teman setuju benar dengan cadangan ilmu perbandingan agama. Teman sendiri dok study sikit2 sendiri pasal ilmu ni. Mmg kita perlukan lebih ramai Sheikh Deedat. Kalau jadi, jangan lupa kabor kat teman. Pasal brother cook tu; Muslim sini mmg ramai yg hebat. African American kalau baca khutbah,kalah Tok Guru. Di Malaysia,khutbah kita dah takdak umpphh..kena tukar la YB..jazakallah khair.

Unknown said...

Assalamualaikum Bro,

Siaplah hang kena kutuk kaw-kaw punya dari "orang-orang Islam". Lepas Rais Yatim, hang bersengkukul plak dgn JJ & Johan tong taik (dulu Tan Sri supply tong).

Tapi apa yg kita nak ambil peduli, biaq pi sama depa. Buku sendiri, sendiri....... kubur masing, masing. kita tak boleh tutup radio buruk yg punat power dah tak function.

Alhamdulillah bila dah keluar hang dah tak terikat pd mana mana pihak & boleh berfikir dgn lebih waras.

Aku pun tak berparti, keluar dari umno bila DSAI jadi TPM kerana tak mau bertuankan dia.

Teruskan perjuangan bro.......

CICIT KAMAT said...

Sekolah/Institut yang boleh membina ruang pengkaderan dalam proses penghujahan perbandingan agama, telah dizahirkan oleh Prof. Naquib Al-Attas, di ISTAC dulu. Kini, tenggelam, kerana kes 2004. Andai Tuan dan Tan Sri Ahmad Johan, bersungguh dan boleh membina DANA KHAS untuk menjaya misi ini, sebagai sebuah MISI ANTARABANGSA dan NASIONAL, boleh berhubung dengan Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, protege paling Utama, Prof. Alattas. Prof. Wan ini menetap di Sungai Merab. Check biodata beliau dalam Google Search.

samagreen said...

Salam YB Zul,

Teman nengok banyak kali jugak YB mengungkapkan perkara ni “kita tak sepatutnya menilai seseorang daripada luaran sahaja”; nampaknya seolah-olah sebelum ni kita kerap membuat salah penilaian atau kerap berperasangka buruk terhadap orang lain.

Teman harap YB akan terus mengungkapkan perkara ni utk peringatan diri kita semua.

Apa yg pasti (sejak teman baca blog mika) teman tak silap menilai kemampuan dan keikhlasan mika!! Alhamdulillah.

Hidup kita ni adalah ibarat satu ‘perjalanan’, ada kalanya kita perlu berehat seketika di bawah ‘pohon pokok’ sebelum kita meneruskan lagi perjalanan kita hingga sampai ke ‘destinasi’(Hadis). Oleh tu carilah pohon pokok yg rendang dan kuat yang mana “pangkalnya tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit” dan “tanaman itu menyenangkan hati orang2 yg mendapat menafaat daripadanya” [Ibrahim 14:24 & Al-Fath 48:29]

1/Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah sempurnakanlah kekurangan tubuhku.”
Allah berkata, "Tidak. Jiwamu telah sempurna, tubuhmu hanyalah sementara.”

2/Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah berikan aku segala hal yang
menjadikan hidup ini nikmat.” Allah berkata, "Tidak. Kuberi kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal.”

3/Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah berikan aku kebahagiaan.”
Allah berkata, "Tidak. Kuberi keberkahan, kebahagiaan bergantung
kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu.”

4/Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah ambillah kesombonganku dariku.” Allah berkata, "Tidak. Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya.”

5/Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah berikanlah aku kesabaran.”
Allah berkata, "Tidak. Kesabaran datang dari ketabahan dalam
menghadapi cubaan, tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri.”

6/Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan.”
Allah berkata, "Tidak. Kesusahan/ penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu padaKu.”

Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah bantulah aku MENCINTAIMU, sebesar CINTAMU padaku.”
Allah berkata, “Ya. Akhirnya kau mengerti!!”

Alhamdulillah, akhirnya aku mengerti!! (we are what we ask)

JADE said...

Yang Bohong Zul...orang KBB macam aku ni tak mahu dengaq cerita "seronok" dan "hipokrit" hang tu la...kami nak hang dengaq dan ambil tahu serta selesaikan masalah kami di KBB...period!!!!!

Anonymous said...

" Alhamdulilah Allah maha besar ". Yb. Zul sekarang ini anda sudah sedar sikit sebanyak,semasa tiba di London anda buangkan perasaan buruk sangka,hari ni anda bertambah yakin dengan orang lain dari luar lingkongan puak anda apabila tiba di-WDC.Perumpamaan ada menyebut berkawan biar seribu berkaseh biar satu.Ini lah pertunjuk dari kekaseh anda.Yb. Zul saya berharap apabila anda pulang ka Malaysia nanti alehlah fikiran Tuan yang buruk sangka dengan UMNO dengan berkerjasama bagi membangunkan /mengukuhkan Islam dalam pentabiran.Saya percaya DSMN inginkan orang yang berani/mempunyai kekuatan dalam menegakan Islam. Bantulah belau.

Panglima Perang Cyber said...

rajin betul YB berblog..

saya tertunggu tunggu berita terbaru dari YB.

saya lihat YB boleh tegakkan islam dan pertahankan Islam.

cuma cara YB lebih bijak kerana tidak menggunakan kutukan dan fitnah untuk memperjuangkan Islam.

saya boleh kata Saidina Umar moden ada dalam diri YB.

harap ia hasil niat yang sungguh ikhlas dan suci kerana Allah.


salam perjuangan.

Dean Rayyan said...

YG ZUL, tolong jawab..rasanya tuan tahu

1. kenapa rekod imigresen altantuya dipadamkan?

2. apa kena mengena tertuduh dgn altantuya....takkan sesaja bunuh?

3. sapa yg benarkan C4 dibawa keluar...takde siasat ke sapa ambil?

4. kenapa tak berani debat dgn khalid samad?

kalau munasabah jawapan YB tentang soalan ni....gua respect YB mau mohon maaf sama Najib

EAGLE said...

Yob... kalau baru pertama kali berkenalan dengan Tan Sri Ahmad Johan tu maka tak payah la nak puji dia sampai melambong. Cuba korek kat dia berapa banyak dia buat duit melalui AIROD tetapi kerja haprak, apa dah dia contribute kepada industry Udara di Malaysia.
Apa perlu nya nak tanda tangan dengan Korea mesti buat di Washington? Nanti siapa agak nya yang akan membayar semua perbelanjaan tersebut? Presiden Airod akan mengekori PM tu kemana dia pergi asalkan dia dapat projek yang lumayan.
Tunggu sahaja lah bila YB kena tendang, kita nak tengok sama ada Ahmad Johan akan tarik tangan YB atau dia akan kutuk YB. Semua orang tahu tetapi biasa lah apa bolih buat cari makan, so tak payah lah Yb nak buat cerita kebaikan A Johan tu kecuali YB suka pergi Karaoeke dengan dia!!!!! dan bolih ajak bini Najib. Selidik sebelum memuji mamat tu. Sorry mate!!!

hafez j malim said...

Asalamualaikum. Semoga sihat selalu di sana YB.. Teruskan perjuangan..

Unknown said...

Salam YB. Saya amat tertarik dengan cadangan institusi khusus untuk perbandingan agama. Buat pengetahuan YB berada dinegara bekas soviet (Ukraine)dan saya telah beberapa kali berdepan dengan pendakyah kristian di sini. Mereka bergiat sangat aktif dan mengambil bahagian dan peluang pada setiap program dan majlis awan disini untuk mendekati siap sahaja.Ilmu perbandingan agama yang ada amat berguna untuk mematahkan hujah mereka. Diharap jika ada kursus-kursus yang YB dan Tan Sri berminat anjurkan dapatlah dikongsi bersama.

azzarqawi said...

tahniah YB dapat ikut PM dan Kak Rosmah gi jln2 kat US..kalo dlm pkr dulu blom tentu lg dpt jln ramai2 mcmni waktu ekonomi x brp baik..xpalah, dah rezeki allah bagi..pi jelah. Tp dlm masa yg sama jgn lupa plak tanggungjawab pada rakyat kulim di tanahair..kami selalu perhati tindak tanduk wakil yg telah kami pilih..TAKBIR!!!

harunn said...

Salam Yb

Semoga sihat di sana

Harap Yb tabah dan cekal menghadapai cacian dan tomahan dari puak2 balaci banjingan pakatan yang terlalu taksub dengan petualang mereka
Percayalah , kebenaran akan kita tengok satu hari nanti , siapa yang benar siapa yang temberang , siapa yang berjuang kejalan Allah , siapa yang berjuang demi kuasa

Saya nak minta Yb bagi penerangan mengenbai apco yang sipetualang jaja itu , betul ke apco tu ada link dengan yahudi , Yb korek2 la Pm kat sana nanti

Ketika rakyat mula sangsi dengan pkr , timbul pula isu apco , ini membuatkan rakyat keliru , harap Yb dapat betulkan situasi ini

Unknown said...

salam YB.....apa pandangan ttg apco ni.....................

Musafir Tua said...

Assalamualaikum, tuan.

Pertama kali sy post comment di sini. Selama ni bc senyap2 je.

Sy sgt berminat ttg idea utk menubuhkan institusi khusus utk mengenali perbandingan agama ini.

Setahu sy, Syeikh Ahmed Deedat telah kembali ke Rahmatullah, tapi ada penggantinya, Dr Zakir Naik.

Cuma kalau kita tubuhkan institusi tersebut, mesti sangat berhati2 dlm memilih org yang mengendalikannya...jgn yg mcm firaun2 kecil yg inginkn dunia...
...dan mesti kuat pegangannya...
...ikhlas niatnya...

Mungkin Tan Sri Ahmad Johan boleh dapatkan bantuan/nasihat dari Dr Zakir Naik...

btw, doakan sy yg sdg melanjutkan pelajaran di Indiana University Bloomington skrg ni...

Unknown said...

yb, dlu kutuk puak2 umno bukan2.. skrg xkan tagteam kot... jgn lupe yb, yb jj tuh ade kes yg agak immoral as human especially as mp.. yb kan terknal dgn prinsip moral n integrity.. mmg la xslh nk mkn same ke, nak g function same dgn yb jj tuh, tapi seriusly yb dah berubah ble jd team len skrg.. mf klu trksr..tapi xksr pun kan..hehe

cia said...

oooooo......org Kulim meluat tengok hang...dah geng dgn Najib ke...keluar PKR masuk UMNO ramai2......takdirrrrrrrrrrrr

matdeboq said...

Salam...YB. Zul,
Untung nya YB. Zul..!!
Alhamdullilah...Syukur..Maha Suci ALLAH S.W.T.

Teman nak kate untung bukan nye pasai YB ke Washington DC...itu rezeki masing2.!!

Tapi pasai Untung Free YB.Zul...dapat pasai ada yg memfitnah YB. dengan pelbagai macam persangka burok dan macam2 cerita yg mungkin hanya rekaan semata-mata. Jeles..dengki kesumat terhadap YB.

Dengan limpah kurnia ALLAH SWT yang Maha Mengetahui telah memberi Pahala percuma kat YB...jika segala tomahan2 itu Palsu ..Fitnah dan tak berasas !!

Dapat Pahala Free ni.... YB tak ingin ke mengadakan Kenduri Kesyukuran pasai deme2 tu bagi rezeki Pahala kat YB...!

Don B. Jeles of Teypin..Wasalam...!!

Unknown said...

udah2 la tu yb.. masa tengku adnan jd menteri, die gak la terhegeh2 nk kurangkan cukai arak apa sume nk tarik pelancong. x gune solat 5 waktu rajin mane tp bende lain letak belakang. yb zul masih lg bertegas dgn isu kalimah Allah sedangkan masyarakat dah tau open secret yb ada masalah ngn khalid samad. cakap jer terus terang x yh nk berdolak dalik " saya benci khalid samad". Dr Maza n TGNA sendirik dah kuar pendapat kate boleh pakai kalimah Allah, xde la plak nk hentam due2 tokoh ni. sudah la tu yb, makin byk bercakap, makin ternampak pekung didada tu. Berlapang la dada, bile kite ada sket pengetahuan tentang agama, jgn la anggap kite ni alim dan power benar~. Allah dah bg Yb peluang, bukak sket mata tu. cakap berdegar2, lepas ni, x terkejut yg YB akan masuk PERKASA sbb cara dan gaya YB dah sama ngn berahim ali. Lepas ni, berpeluk cium la ngn mahathir mohamad, org yg dulunya yb zul sendiri benci, org yg merosakkan islam di malaysia dan lain2 lagi..amik ayat penutup yb, adios amigos
wsalam

Mat Sudin Bertam said...

kemain lagi ko ye yb(bace yang babi)..sejak jd katak ni seronok btol ye ko..siap mat mongol bawak gi amerika lg tu..wei..ape pendirian ko psl isu apco??senyap je aku tgk..mulut kene sumbat ngan kopek bik mama ke??wat le cepat report polis..ko kan kononnye satu2nye pejuang islam yg tulen kat msia ni..gelarkan org mcm2..firaun kecik le, badut hingusan le..abis ko ni ape plak nak gelarkan..babi sundal ok tak..

Anonymous said...

Salam

U tube untuk belajar comperative religion

http://www.youtube.com/watch?v=HwuBwR7EIWw

http://www.youtube.com/watch?v=CKXKKyyXG4g&feature=related


Semuga ia bermanufaat untuk semua

AlhajarulFiil said...

Banyaklah solat istikharoh takut2 jln yg YB pilih ni tak tepat dgn perjuangan Islam. Nama2 besar yg YB sebut tu mempunyai rekod buruk yang menjadi fitnah besar kpd perjuangan Islam. Jgn terlalu berbaik sangka sampai memejamkan mata ke atas bukti2 penderhakaan yang nyata kepada Allah yang telah mereka lakukan. Moga2 YB tidak terpesong jauh..satu kerugian dlm perjuangan Islam di negara ini.

TabuanMas said...

Yang hebatnya Imam kat luar tu (saya difahamkan dia org ini grup Iranian), (bukannya ramai sangat) akan tetap ada setiap Jumaat walau pun musim winter dgn salji yg tebal. Dia akan mula solat apabila yg dlm masjid dah selesai. Grup ni pun ada masjid dia org sendiri. Masa Syah Iran ditatang oleh Uncle Sam, dia org ni lah yg conquered masjid tu. Mengikut ceritanya banyak polemik berlaku bila pentadbiran masjid ni bertukar tangan. Malaysia pun ada bagi annual contribution ke sini. Jalur Gemilang pun ada dikibar disitu.

Hakim Mohd Nor said...

Yang Berbohong,

Abdul Rahman As-Sudaisy PHd dalam bidang syariah dan bukannya perubatan... nampak benar YB suka sangat fakta yang salah dan BOHONG!

He obtained a degree in Sharia from Riyadh University in 1983, his Master's in Islamic fundamentals from the Sharia College of Imam Muhammad bin Saud Islamic University in 1987 and received his Ph.D. in Islamic Sharia from Umm al-Qura University in 1995.

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Al-Sudais

The One said...

Hello `Little Pharoah'

Firaun kecil menikmati tanah negara firaun zaman kini..

Nampak sungguh gembira dan teruja dgn suasana spring d sana..

Pegi da.. Ko MP bacol lagi tak da teloq..

Kami berdoa semoga Allah memberi bala kpd kau dan keluarga kerana menjadi PENGKHIANAT agama dan negara.. Semoga Allah makbulkan doa kami yg teraniaya di kulim ini.. Amin

The One said...

Hello `Little Pharoah'

Firaun kecil menikmati tanah negara firaun zaman kini..

Nampak sungguh gembira dan teruja dgn suasana spring d sana..

Pegi da.. Ko MP bacol lagi tak da teloq..

Kami berdoa semoga Allah memberi bala kpd kau dan keluarga kerana menjadi PENGKHIANAT agama dan negara.. Semoga Allah makbulkan doa kami yg teraniaya di kulim ini.. Amin