08 April 2010

KE WASHINGTON

Salam 2 all.

Alhmadulillah saya selamat sampai ke Heathrow International Airport, London sebentar tadi. Punyalah letih travel sorang-sorang ni dengan flite sampai 13 jam ni. Saya sedang dalam perjalanan ke Washington untuk menghadiri majlis pelancaran Kaukus Parlimen US-Malaysia dan beberapa program lagi di Washington dan New York mulai hari ini sehingga 25 April 2010. Insyallah saya akan kembali ke Malaysia pada 26.04.2010

Ini bermakna saya tidak akan menghadiri sidang Parlimen sehingga ianya tamat pada 22.04.2010. Saya juga tidak akan terlibat dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor yang dijangka pada 25.04.2010. Lega juga tu yop :)

Sekarang di London jam 08.50am, maknanya di Malaysia sekarang jam 03.50 petang. Cuaca di London agak okay, cerah tanpa hujan. Dah masuk spring katakan. Kebetulan dalam flite MAS MH002 KL-London tadi saya duduk berdekatan dengan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Rupanya dema ni rajin juga bersembang. Macam-macam story. Saya baru tahu rupanya Datin Seri Masnah mengadakan kelas pengajian tafsir dan tajwid di rumahnya di Ampang Jaya tiap minggu Isnin dan Rabu.

Rupa-rupanya Datin Seri Masnah ni pengetahuan beliau tentang Islam agak mengagumkan. Dan cinta Datin Seri kepada majlis ilmu sehingga sanggup buat dewan khas dirumahnya untuk program kuliah dan pengajian. Dan yang hadir pun boleh tahan, kekadang sehingga seratus lebih jemaah.

Tu lah, kekadang kita tak patut mengukur seseorang daripada luaran sahaja, apatah lagi mendengar fitnah orang. Macam saya tengok YB Tengku Adnan Mansor dan banyak lagi Ahli Parlimen lain. Dulu kita selalu mendengar macam-macam fitnah dan kutukan terhadap mereka. Saya dulu pun mempunyai persepsi agak negatif dengan beliau ni hasil fitnah tak berhenti sesetengah orang. Tapi sejak jadi Ahli Parlimen, saya selalu tengok YB Tengku Adnan ni antara orang yang paling rajin solat jemaah disurau Parlimen, kekadang siap ajak kami lagi ke surau untuk berjemaah!

Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan lebih baik kita berbaik sangka dengan semua saudara seIslam. Kalau terdengar cerita pelik-pelik pasal seseorang, saya akan check dahulu dengan tanya orang tu sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dengar sendiri dari orang itu jauh berbeza daripada apa yang orang kata. Tapi namanya mulut manusia, kita tak boleh nak katup yop. Jadi macam kata orang Kedah, biaq pi kat depa lah.

Dalam flite tadi ramai juga petugas dari RTM. Antara yang saya perasan ialah Zamzurina, hos program APW-Apa Kata Wanita. Kata Zam dia juga akan ke Washington untuk buat satu penggambaran program RTM. Nampak gaya riuh juga lah Washington dua-tiga minggu ni dengan orang Malaysia. Kebetulan YAB PM & isteri akan mengadakan lawatan rasmi pertama kali ke US mulai Sabtu ini. Dan YAB PM bersama dengan seorang Ahli Kongres Kanan US akan melancarkan kaukus Parlimen US-Malaysia secara rasminya insyallah minggu depan.*

Well, kena chow dulu. Flite ke Washington dah dipanggil. Saya akan cuba update blog ni dari masa kemasa ikut akses dan masa yang ada. Kalau tengok ke program, jadual saya terlalu ketat. Tapi insyallah saya akan cuba cari masa.

Oh ya, kepada semua jemaah surau dan masjid yang saya ada jadual kuliah bagi tempoh 08-26 April, saya pohon maaf terpaksa mohon izin untuk menangguhkan semua kuliah ke bulan depan. Saya telah memaklumkan kepada pihak AJK akan ketiadaan saya bagi tempoh tersbut. Semoga pengalaman ke Washington ini akan membawa menafaat bagi saya untuk menambah pengalaman dan berkongsi dengan para jemaah semua terutamanya dari sudut kepentingan Islam insyallah.

Seperkara lagi, saya dapati akhir-akhir ini banyak cubaan dibuat untuk menyerang dan hack Facebook saya oleh puak-puak lanun-cyber. Kata kekawan, puak-puak lanun-siber ni cuba nak menabur berita palsu dan fitnah melalui Facebook saya. Oleh itu, jika sdr/i mendapat berita atau maklumat palsu atau fitnah di facebook saya, tolong check dahulu kerana kemungkinan ianya datang daripada perbuatan tak bertamadun lanun-lanun-siber ini.

Okay, adios amigos.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Rabi'ul Akhir 1431
08 April 2010

*Bertambah rancaklah nanti tukang tabur fitnah menyebar cerita karut mereka. Tapi macam dok kata, biaq pi kat depa lah yop!

45 comments:

Abi Qalam said...

Salam YB,

Kalau terserempak dengan Syaikh Hamzah Yusuf Hanson atau Syaikh Ninowiy, kirim salam kat depa.

Memang lepas ni lagi kuatlah enta kena YB.. InsyaAllah, istiqamah selalu. Dok fitnah orang tu orang ni hanya sebab pegangan politik memang memualkan.. Marilah kita eratkan persaudaraan dan ukhuwwah yang telah diikatkan oleh RasuluLlah Thoha Al Mustafa..

xplorer said...

"1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama."

bro zul , ini aku ambik dari www.blogtokguru.com , apa pendapat hang pasal ni? btul ke umno tolak islam? aku rasa org yg ada ilmu agama mcm nik aziz tak sepatutnya keluar kenyataan mcm ni . mcm hang cakap kita tak sepatutnya buruk sangka . bila baca blog hang psal isteri rais yatim buat majlis ilmu agama aku rasa ada yang tak kena dengan mentaliti org yg mengaku PARTI yang berlandaskan islam. kenapa org islam mcm nik aziz dengan senang melabel org umno mcm tu sedangkan ada yang bersungguh2 mendalami ilmu agama dan berusaha mengembangkannya . POLITICS IS DIRTY . Macam hang cakap BUDAYA FITNAH DAH BERLELUASA

encik_roy said...

Tak nak ulas kes APCO ke?..Oh ye, citer APCO tu fitnah, baik dapatkan info dr mulut najib sendiri...

Mungkin APCO lah yang paling banyak bantu umat Islam di Palestin tetapi difitnah sebagai zalim oleh orang Islam sendiri.

hu hu

TheInsider said...

setuju dgn pandangan yb zul.Selalunya kita melihat seseorang dari luaran sahaja,tapi sebenarnya hatinya Allah sahaja yang tahu.Bersangka baiklah kepada orang lain,semoga orang lain juga akan berfikiran baik kepada kita .Semoga mendapat rahmat dan selamat pergi dan pulang.InsyaAllah

Unknown said...

Assalamualaikum,YB

Kepada YB semoga selamat pergi dan pulang dengan rombongan2 YB, semoga YB dapat mengenali mereka2 lebih mesra.

YB ingatlah kadang-kala kebenaran itu datang dari kumpulan yang kita benci dahulunya...pabila kebenaran dapat dilihat dengan mata sendiri, baru kita tahu yang mana benar dan yang mana fitnah...fikirlah YB dan buatlah sesuatu kepada mereka2 yang belum ketahui..ingatlah.."kebenaran itu akan datang jua dan yang batil itu akan hilang"...

Dan fikir mengapa Allah memilih mereka2 itu sebagai pemimpin2 untuk memerintahan...Allah berfirman bermaksud...

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (an-Nuur, 24: 55)

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7: 96)

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d, 13: 11)

Shahnizat bin Sakiran said...

YB. Moga selamat pergi dan balik..

Adios Amigos
(pinjam)

JADE said...

Para pengundi@penyokong Yang Bohong Zul semua terutama Andalusia...tengok lah kelaku YB hangpa ni...kerja dia la ni "mencuci" apa yang patut dia "cuci"...selayaknya dia jadi "tukang cuci" sama dengan Si Gemuk Bayan Baru dan Si Mat Kotak Ezam...

ABE JO HIJA said...

salam..

saya sekadar komen sikit je..
sebelum kita berjuang...kita perlu belajo kenal dan faham Islam.. x la jd mcm ni..berjuang tanpa berjemaah maknanya akan sesat nanti yop..sayang..kita x dpt kenal intan dan permata..Iman dan kufur..

AL EDRUZ said...

SAlam YB, Abdullah ubai saloor pun pengikut nabi yg setia juga, solat jemaah pun sama ngan nabi juga. tp ketua puak munafik yg tersohor juga. So, kalau depa tau byk tentang agama tp aurat tetap tak tutup apa cite. adakah itu pun hak peribadi.? YB pun pernah ceramah hukum tetap hukum... hai YB selama ni YB bersangka buruk ke ngan mrk yg menolak hukum HUDUD di Kelantan. Nada mcm UMNO la ni...

Unknown said...

Tahniah YB kerana berjumpa PM di washington nanti. Dapat hadiah ke?
Berbaik sangka dengan pemimpin umno ke?
Tahniah leeer....

Unknown said...

Assalamualaikum, apa yag hang cakap memang betoi. la ni terlalu banyak fitnah bersepah kat mana2. takut aku pikiaq. kita terlalu ghairah bila buka pekung orang.

rasa syiok bila dpt bercerita hal orang, kita ni lah yg peka & update dgn perkembangan dunia.

tangkas & cekap menyebarkan cerita buruk musuh tanpa usul periksa. pastu dihiasi hadis & quran berselang-seli utk nampak real. nauzubillah....

ramai juga yang menjadikan hadis-hadis Nabi s.a.w. sebagai hujah utk merealkan apa yg depa cakap/habaq. perkara ini jika dilihat secara kasar adalah amat baik malahan sangat dituntut. tapi malangnya depa salahguna agama. apa yg penting adalah cerita depa diterima, barang depa laris, sokongan pd depa bertambah, kedudukan depa tak tergugat, periuk nasi depa selamat malahan bertambah.

lebih malang lagi, perkara ini dilakukan oleh makhluk2 yang berpendidikan khusus dalam bidang agama. depa mengerti hakikat sebenar, tapi sengaja menyembunyikan kebenaran. depa mengetahui hukum-hakam yang tepat, tetapi sengaja memutar belitkan fakta. depa memahami hakikat sesuatu ilmu, tetapi sengaja mengkhianati ilmu yang depa pelajari. asalkan depa dpt restu & sokongan, dari rakyat jelata esp orang atas (membodek lah tu).

sesungguhnya perbuatan menyebarkan fitnah dan berita palsu ni merupakan satu sifat yang maha keji lagi maha terkutuk. perbuatan ni merupakan punca berlakunya perselisihan pendapat, pertelingkahan, terputusnya hubungan silaturrahim, malahan boleh membawa kepada pembunuhan.

tapi fenomena yang berlaku la ini, seolah-olah menghalalkan sikap berdusta dan menabur fitnah ini. Sama ada ia dilakukan oleh individu tertentu demi kepentingan peribadi atau oleh kumpulan-kumpulan tertentu demi meraih sokongan & mendapat kemenangan. maka disebarkanlah berita2 palsu & fitnah2 yg memburukkan pihak lain. misinya supaya kepercayaan terhadap pihak tersebut akan terhakis. kedudukannya akan tergugat. dakwahnya tersekat. perjuangannya akan singkat.

Firman Allah s.w.t.(bermaksud): "dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata".(Al-Ahzab: 58)

oleh itu, wahai makhluk yg mengaku sebagai muslimin & muslimah, hati2 bila buka mulut, waspada bila nak buat sesuatu. ini kerana segala perkataan & perbuatan yang dilakukan di dunia, sedikit pun tidak akan terlepas daripada pandangan dan perhitungan-Nya.

Allah s.w.t. berfirman (bermaksud): "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau pebuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)". (Qaaf: 18)

"Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman".(Al-Baqarah:8)

"sesiapa yang melakukan dusta keatasku siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka". (Muttafaqun’alaihi)(Muhammad S.A.W.)

Lan Pak Teh said...

Kembang pungkok gak Yb bro...borak ngan menteri, VVIP semua, tp bro kami dok Pulai ni, pagi2 gabuih mata cari piasu nak pi motong getah...kalu sembang pun pakat "melahong" ujung kebun....

kadok said...

Ok la (Y.B) Yang Bohong,

Boleh la peluk PM kita kat sana yek...tak de org nampak...tapi Allah melihat...

Ku sangka Kuda rupanya Kuda Belang...

Kuang kuang kuang

Local Fighter said...

Salam YB Kulim/Bndr Baharu,

Itulah YB, dulu bukan main perlecehkan sangat pemimpin dan isteri pemimpin BN ni, sekarang baru tahu ye..

Jangan ingat dengan gaya 'vogue' Maznah Rais tu, dia tak tahu apa-apa pasal agama! Dia ambil satu rumah anak yatim kat Sban ni sebagai anak angkat.. ada tak isteri pemimpin pembangkang yang buat benda sama?

Kata perjuangkan Islam tetapi harta anak yatim nak dirampas lagi adalah!!

Kita ni orang Melayu sering lihat luaran untuk menilai orang lain.

Dulu menuduh Dr. Mahathir sebagai Mahafiraun tetapi hari ini tengok di Bosnia, beliau dapat penghargaan yang cukup tinggi atas bantuan yang diberi sebelum ini.

YB mungkin baru sekarang dibuka hijab untuk menilai yang mana permata dan kaca tetapi ramai lagi diluar sana masih belum diberi peluang seperti YB..

brow said...

YB.. Apa pulak komen YB pasal APCO... ke perjuangan YB untuk serang PR je...

Fenrizian said...

Zul,

amboiiii...bukan main lagi canangnya....
ni....pasal bersangka baik ni.....tak payah nak tunggu keluar PKR baru nak ada rasa bersangka baik.....hang dah lama dalam perjuangan Islam...benda tu patut dah sebati dgn hang....alih2 cakap mcm benda baru je....

bersangka baik sentiasa...hati pun tak sakit....

Unknown said...

...yeahhh...yeah...apa lagi Zul..ampu..ampu..Ampu Ku Nan, boleh cepatkan masuk APCOUMNO....ampu Rais, boleh kerap masuk tv..ampu Zamzarina...boleh le...ehem ehem... yeahhhh 1Malaysia....
Pelik..pelik..London, Washington boleh sampai..Kulim Bandar Baharu..bila nak sampainya Yop...

joe penang said...

Aku(maleh guna saya) salah sorang yg pangkah hang dulu.
Kalu hang sanggup jawab dan siar la..
Mana yang lagi aula? Menghadiri sidang dewan rakyat dengan pi makan angin ke Kaukus Parlimen US-Malaysia dan program2 lain.
kalu hang kata p US lagi aula pun xpa. Hang kena cite la hang p mana. Boh sekali gambar. Kami yg mengundi hang nak tau gak hang p mana...

Selebihnya sila baca kat blog aku

joio said...

Assalammualaikum,

Selamat bermusafir semoga perjalanan diberkati Allah...Bersabarlah atas fitnah dan pembohongan oleh lanun-lanun dan munafik yang gila kuasa melebihi kepada takut kepada Allah.

Betul Datin Maznah memang rajin membuat kuliah agama di rumah beliau dan ramai yang hadir, betul kata pepatah..don't judge the book by it cover.....Saya ni bukan penyokong ahli politik, tapi hanya pekerja hotel disebuah pulau pelancongan jadi ada lar peluang melihat gelagat ahli-ahli politik....antara peristiwa yang tidak saya sangka ialah Tun Dr Mahathir pernah tiba-tiba keluar dari bilik persidangan dan menuju ke bilik penginapan dan butler kelam kabut berkejar ke bilik TDM tetapi hanya mendapat TDM pulang kebilik sebentar hanya untuk bersolat...bahkan sudah menjadi adat untuk buttler tiba awal pagi di suite TDM kerana TDM akan bangun sebelum masuk subuh...saya juga pernah mendengar sendiri bagaimana Tengku Adnan bertanya kepada anak beliau sama ada sudah bersolat atau tidak.....Saya menceritakan perkara diastas bukanlah kerana saya penyokong mana-mana pihak tetapi hanya mengatakan perkara nyata terjadi yang berlainan dengan persepsi kita....Sebagaimana kita yakin dan percaya bahawa Anwar,hadi dan Nik Aziz begitu kuat beribadat...maka janganlah kita menganggap/tepengaruh dengan persepsi bahawa pemimpin lain tidak kuat beribadat...Hanya Allah tahu keimanan seseorang....maka bila kita mendengan cerita/kisah tetang seseorang itu selidiklah dan gunalah akal fikiran...jangan kerana benci dan taksub semua yang dibuat oleh pihak yang berlainan parti semuanya salah dan sesat...

Mahadi said...

Beruntung YB dpt oberseee...kami ni ntah bila la agaknya dpt ikut jejak langkah YB..tp kan lagi beruntung kalau pegi sana x guna duit poket sendiri...FOC...Kami ank2 nelayan..pekebun..pesawah pun tumpang gembira dengan keberangkatan YB kesana...kurang2nya..penat lelah kami disawah...kebun..laut...terbayar...,ye la kan..kalau percuma tiket terbang pegi sana...duit kami rakyat jelata yg tolong belikn tiket utk YB kesana..penginapan dihotel kat sana..mkn minum disana..wah bangga kami dpt tolong YB terbang kesana...

Syukur kehadrat mu ilahi..zat yg dimuliakan...ruhul qukkuss

Norhamizah Satar IJA said...

Dont judge a book by a cover. Its good for us to check by oneself. See to believe, talk to confirm.

Unknown said...

ades... camner lah dia tafsir ayat yang soh pakai tudung tu YB ?

Desa Saujana said...

"Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan lebih baik kita berbaik sangka dengan semua saudara seIslam"....itulah sebaik2nya kita lakukan sebagai umat muhammad

DR Rahmat said...

sy kagum dgn YB..ap yg YB ckp, ad btul nyer..bersangka baik lh kita..
gud luck!!!

Syeikh YB said...

lepas ni rajin rajin le ikot kuliah tafsir kat rumah rais yatim yer. kalau nak pergi jg lupa call dulu...kami nak ikt

Nasrul said...

Salam

Bagusla tu YB. Dulu kate Umno is no no. Sekarang YB cium punggung perdana menteri yahudi kite, najib tun razak. Jadi sekarang umno yes yes la. Cakap berdegar Islam sana sini. Bile PM amik syarikat sokong rejim zionis, oh halal. Amik la duit Ameno dan duit parlimen bebas ko tu sebanyak mungkin. Semoga Allah laknat ko

Bungaraya said...

Baik sangka tu memang disuruh. Mudah-mudahan mendapat husnul khotimah...menyakiti hati orang pun tidak disuruh! Cakap lain bikin lain juga tidak disuruh. Mengkhianati orang juga tidak disuruh. Mermbiarkan fitnah berleluasa juga tidak disuruh.Sementelah YB boleh bercakap...jangan gunakan lidah untuk fitnah orang...kalau sempat bertaubat..OK. Kalau tak sempat taubat KO.
Selalu sangat terbang tak eluk juga. Orang serdang ditinggalkan...orang Selama dah lama merungut...orang Bukit Batu apa khabaqnya? Orang Mahang?

Unknown said...

Ada beberapa orang batu api dungu dalam blog ni.Inilah rancangan yahudi seluruh dunia. suruh orang islam gaduh sama sendiri. Orang baik difitnah, orang sembahyang di tuduh macam-macam. sampai ada yang menuduh kawan sendiri munafik. Perancangan yahudi cukup lengkap menjadikan orang islam sentiasa diburu. dihina dan dibunuh sesuka hati. sebenarnya tuan tuan yang pandai belaka tu pun kena buru hutang setiap saat. Semua benda berhutang dengan kafir. habis usia kita untuk membayar hutang. Jiwa raga kita tak berharga. semangat luntur, fikiran kacau. berjuang jauh sekali.puncanya kita tidak ada apa apa dalam dunia ni. makan minum,dan apa saja bergantung dengan kafir. kerja juga bergantung kepada orang kafir. kita sangat hina. kita takda merit. apa pun kita tak ada. mereka sudah menguasai semua sekali. jangan nak tipu diri sendiri. apa yang kita ada. apa? apa? apa? Baik sapapun memerintah keadaan tidak akan berubah. yang kaya bertambah kaya. yang miskin jadi papa. Ini dunia kapitalis. Dunia orang ada modal. Anuar hanya berkokok. dia yang nak hapuskan keistimewaan orang melayu.maknanya hapuskan hak orang islam untuk maju di negara sendiri.tapi apapun setelah dia mendapat semua hak keistimewaan orang melayu termasuk biasiswa untuk anak anaknya. setelah dapat semua baru nak hapus. Ini orang gila namanya. Tapi orang ramai sokong sebab keistimewaan itu untk mengayakan umno saja. Dia terkecuali sebab dia dah kaya lama. keluarga dia pun dah kaya lama. dia belasah awal-awal. Jadi sekarang guna merit. yang bagus dapat. nelayan, penoreh getah yang diatas tadi tu menorehlah sampai mati. nelayan tangkaplah ikan sampai mati. memang takkan ada merit sampai bila-bila. kemudian yahudi merancang untuk meghapuskan akidah orang melayu yang sememangnya sangat nipis. Dia mintak untuk pakai nama Allah untuk tuhan mereka. Orang melayu gaduh besar. orang alim, orang tak alim, orang tak sembahyang, orang kaki betina kaki mabok bergaduh sama sendiri. semua nak jadi juara. semua ada hujah.termasuklah hisamuddin rais (sakai)pun ada hujahnya. mana yang betul? apa niatnya? Padahal senang saja isunya. cari bahan penerbitan yang di pertikaikannya yang kebanyakannya dari indon. Baca dan tengok apa yang dikatakan Allah itu.lepastu fikir boleh atau tidak. kalau tak tahu nak fikir tanya ahli fikir yang banyak. Itu tak penting pada mereka sebab niat mereka ialah nak menghancurkan melayu. sebab orang melayu sendiri memang sudah hilang punca. Jadi buruan setiap masa. Kesimpulannya nak hancurkan melayu kita guna orang melayu juga.
Kalau fikiran tuan-tuan buntu, kita tanya lawyer Harris Ibrahim sebab dia baik dengan ayah pin. mungkin ada idea untuk menyelamatkan anda. ada rasul melayu pun dah letak jawatan, jadi dia tak boleh pakai lagi. Aduh sayang, 1000 kali sayang. Habis lah kita kali ini.

MsR said...

Assalammualaikum...
sy mencabar tuan (MP Kulim/ Bandar Bharu) demi kebenaran dan keihklasan tuan dalam memperjuangkan agama letak lah jawatan MP setelah kembali dari sana, tuan sudah hilang kelayakkan undi yang kami berikan dahulu, biar rakyat kulim membuat keputusan yang baru, sementera Hulu Selangor dan Sibu nak berlangsung ini ,biarlah dilaksanakan juga dikawasan tuan, jimat duit rakyat disitu...

Pas Bakri said...

Assalamualaikum,

ada buku menarik utk YB baca. Wabak Sepanjang Jalan tulisan Fathi Yakan.
Bacalah...

Unknown said...

Seseorang yang mampu berkata dengan menggunakan fikiran amat ketara nadanya dengan seseorang yang berkata dgn menggunakan perasaan ...........fikir-fikirkan !!
Memiliki sikap sabar yang berterusan akan menenemukan kita kepada lebih banyak jawapan yang terselindung disebalik kemuskilan!!!!...fikir..fikirkan...!!

rezqeen hill said...

YB Zul,

Biarkan depa nk kata apa..

Saya percaya jika kita hendak mengenali seseorang itu haruslah dgn jiwa yg terbuka dan bukannya dgn jiwa yg tertutup..

Bersangka buruk kini menjadi trend hidup masyarakat kita dan kita patot buang jauh2 perasaan tersebut..

MINDAMUDA said...

amboi broo, makan angin sakan nmpak!! bila nak mai balik tengok kawasan kulim bandar baharu ni?Oh ya, lim soo nee tuduh hang mintak duit kat dia hang dah jawab ke belum?jwb jgn tak jawab nooo..

Unknown said...

lepas ni hang cerita plak kak Mah hari2 dok tadarus Al-Quran...najib pagi2 dok bg kuliah agama kat surau yer....rubbish!!!

Nizarimi said...

Saya pernah membenci semua politician UMNO kerana terlalu banyak mendengar fitnah yang dilemparkan terhadap mereka terutama sekali selepas DSAI dilucutkan jawatan. Saya memandang Tun M sebagai munafik, mahafiraun, mahazalim dan memandang tinggi terhadap DSAI. Namun keadaan berubah selepas saya menghadiri kursus 7 tabiat orang2 efektif.

Ia tidak mengajar saya untuk suka kepada orang UMNO tetapi mengajar saya untuk berfikir dan bersangka baik. Consultant untuk kursus tersebut selalu membandingkan sifat2 rasulallah dan bagaimana 7 sifat orang yang efektif ini ada pada rasulallah. Syukur saya diberi peluang untuk menghadiri kursus ini dan mengubah sikap saya.

Adios dan wassalam.

Unknown said...

YB, selamat pergi dan kembali ke tanah air. Apa-apapun saya gembira dengan usul-usul YB yang telah diterima. Saya ingin meminta YB membuat usul-usul yang berikut pula (sekiranya belum terdapat peruntukan terhadap perkara-perkara tersebut):
1. Undang-undang yang melarang orang Melayu menjual tanah kepada bukan Melayu.
2. Undang-undang yang melarang tanah wakaf ditukar dengan tanah lain/wang ringgit.
3. Undang-undang yang melarang "Malay reserve" daripada dibangunkan oleh bukan Melayu.
4. Undang-undang yang memastikan tanah Kampung Baru (apabila dibangunkan nanti) masih menjadi milik orang Melayu, supaya tidak hilang ciri-ciri kemelayuan di ibukota KL ini.

terima kasih, YB. I know you can do it. I have faith in you.

odie_m001 said...

Wahai YB Munafik,

Tidakkah hg sedar yg free trip hg ke US tu zalim..hg tu sebahagian kabinet Malaysia ke yg membolehkn hg pegi trip? hg tu zalim, menggunakn duit rakyat utk keseronokan sendiri..bawa2 la bertaubat sebelum Allah melaknat hg..

Andalusia said...

Kepada mereka-mereka yang dok mengutuk & menyindir YB terutama jade70 yang begitu pakar dalam hal ehwal kutuk-mengutuk & maki hamun orang, nasihat aku elok lah korang nilai diri kau orang tu sendiri .. tulisan korang menampakkan rendah nya tahap pemikiran korang.

Kalau fikiran korang dah jumud, benda yang baik pun korang kata x elok. Konon nak memperjuangkan Islam tapi tulis penuh dengan maki-hamun, prasangaka .. memalukan islam ajer. Kalau pandai sgt elok la korang gunakan kepala otak korang tu utk berhujah dengan bijak & professional. Jgn dok simpan kepala otak tu kat kepala lutut korang ..

Man at Work said...

Baguis Sheh alhamdulillah nampak consistent pendirian walaupun bebas!

Saya doa kan sheh berjaya..adios!

roslida said...

kpd tukang2 kutuk tu yg x puas2 ati 24 jam sehari berpolitik & mengikut idola membabi buta tu. cukupla buat dosa, who knows apa yg akan terjadi esok lusa, takut x smpt tobat, apa nak jwp kat akhirat nnt? byk lg kerja baik yg patut dbuat, mungkin boleh dpt untung dunia & akhirat lg...kutuk2 no x da fedahnya pun, kaya pun x, buat dosa ja...sudah la tu..

MoHFiR - Mohd Firdaus said...

aku x paham dengan manusia yang hati busuk dekat YB ni. Bila aku dapat tahu YB ni pergi USA pun aku dah agak, pihak 'sana' tu mula dok start fitnah bebukan kat YB ni.

Tolonglah, Dia jadi wakil rakyat memang ada kelebihan untuk pergi sana sini. Bukan pergi makan angin tetapi pergi bekerja. Ello... ANWAR jalan sana sini tu pki duit sapa? Duit sendiri ke? Lagipun salah ke kalau dia pergi sana pun pakai duit kerajaan. Memang dah ada peruntukan pun. kira mcm refund duit Cukai dia la...

Senang cite. Kalau kementerian hantar kita pi kursus jauh2, kira tu makan duit rakyat ke? C'monla.. kita sama2 bayar duit cukai. Kita buat semua tu bukan untuk kebaikkan diri kita je tapi untuk kebaikkan rakyat & negara kita sendiri. Ada masa kita dapat balik apa yang kita nak. Cuma kita kena usahala. BERSYUKUR dan JANGAN IRI HATI.

Aku ni PKI DUIT RAKYAT GAK! BANYAK PLAK TUE... KERAJAAN BELANJAKAN AKU BERJAYA DARI SEKOLAH, POLITEKNIK SAMPAI UNIVERSITI. TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA and sudah pasti TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA KERANA MENJADIKAN AKU DAN ANAK2 BANGSA MALAYSIA BERJAYA!

Korang napa x nak tanya yang student2 MALAYSIA yang MAKAN DUIT RAKYAT (BIASISWA JPA) BELAJAR KAT LUAR NEGARA AND SIAP pi JALAN2 KAT SANA GUNA DUIT RAKYAT? RASANYA WAJAR TAK KITA hina diorang mcm tue?? Mestila takkan. Itu kelebihan mereka... belajar bagus so deserved yang bagus! LAGI BEST DAH X NAK BALIK BANTU MELAYSIA. TU NAMANYA BAZIR DUIT RAKYAT!

berbalik kepada cite YB ni... InsyaAllah apa yang dia dapat dari USA tu mungkin ada sedikit buah tangan yakni ILMU untuk share kepada rakyat KULIM dan BANDAR BAHARU.

kepada YB teruskan perjuangan... inilah susah menjadi pemimpin... nak memuaskan nafsu rakyat yang tak pernah PUAS! Namapun MANUSIA... x akan puas selama2nya...

simply said...

bagusla tu yb. orang UMNO pun orang Islam jugak. Buat apalah nak hina-hina sangat sesama insan. APCO ke tak APCO ke, kem sebelah sana nun pun ramai yahudi keliling dia. Janganlah kita butakan hati

tokapi said...

Aku naik semak perut dok baca pasal APCO-UMNO-YAHUDI-ISRAEL... Kunon APCO tu penyokong Israel no 1.

Sedangkan APCO tu cuma syarikat perunding media... Yang dibayar untuk membantu strategi meningkatkan penyebaran maklumat Kerajaan melalui media internet.

Yang dok sibuk2 kaitkan APCO dengan ISRAEL dengan tujuan nak menyalahkan UMNO/Kerajaan tu bukan kawan baik Yahudi?

Anda tau apa itu CFR? Siapa Ahli CFR? IKD think-thank PKR tu sapa yang taja? Kenapa Anwar yang takdak jawatan apa-apa dalam kerajaan selalu sangat jumpa Yahudi nama wolfowitz, arkitek perang US di Iraq yang menyokong ISRAEL terang-terangan?

Jangan kata tak pernah tengok gambaq anwar bertemu dengan wolfowitz bersama gus dur sebaik saja dibebaskan dan pergi ke jerman..

Apa gunanya bertemu wolfowitz bersama gus dur di jerman? Operatives nak terima arahan ka?

Nak tengok gambaq? google saja.. taip " anwar wolfowitz israel gus dur we stand with israel ", insya Allah hampa semua nampak kebenaran.

aka777 said...

APCO lagi?

Then kalau nak bersihkan negara dari idea-idea yahudi, kita kena bertindak drastik: -

1. Ban syarikat multinasional empunya yahudi. Coka-cola, Dell, IBM, Johnson & Johnson, Nokia, Timberland, McDonald, Intel, Starbuck Coffee, Mark & Spencer, Levis, DKNY, Mattel (patung Barbie), Calvin Klein, Polo, etc.. etc..

2. Ban produk makanan yg bertanda kosher compliance. Quaker oats, Heinz, Haagen Dazs, Nestle, Schweppes, Scott, Sunsweet, etc.. etc..

3. Ban semua konvensional bank kerana menggunakan sistem perbankan yahudi.

4. Ban sistem ekonomi free market or capitalism. Penciptanya yahudi.

5. Check semua nama pengarah syarikat luar yg beroperasi di Malaysia. Jika nama2 seperti Einstein, Goldberg, Wolforitz, Levy, Disraeli, Spielberg, Kissinger, Koch, Samberg, Solomon, Cohen, Rosenberg, Horowitz, ban syarikat ini, stop operation, keluar dari Malaysia.

6. Ban semua filem keluaran Yahudi dan syarikat TV yahudi; Steven Spielberg, Martin Scorsese, Woody Allen, Warner Brothers Pictures, CBS TV, CNN, Universal Pictures, National Geographic,

7. Ban semua kartun ciptaan yahudi; popeye, tom & jerry, mickey mouse, donald duck, superman, batman.

8. Apa saja propaganda ekonomi yahudi menguasai dunia melalui buku The Protocol of Zion, haramkan dari bertapak di Malaysia.

belantiboys said...

sembahyang tongang tonggeng perangai macam sial kamu si zul lahanat. jgn nak cerita pasal islam LA ZUL KAMULAH SILAP TAK SILAP KETUA PENGHUNI NERAKA JAHANAM DENGAN PERANGAI BURUK KAMU YANG BERTOPENGKAN ISLAM. PILAHHHH MABUK