Salam 2 all.
Namun kebiadapan kepemimpinan DAP tidak mengenal batasan. Sekali lagi Teo mencabar kesucian institusi masjid apabila melakukan acara senamrobik (ke senamrobek? senamjoget?) dengan berpakaian ketat diperkarangan Surau Taman Maju Ceras, Balakaong dalam acara Karnival Ma'al Hijrah yang diadakan. Bukan sahaja pakaian yang ketat dan menampakkan tubuh, tetapi juga acara senamrobik yang bercampur lelaki dan wanita diperkarangan sebuah masjid!
Isunya bukan soal membawa kafir kedalam masjid atau perkarangan masjid. Kerana ada pak jangoat yang dah melampau tahap kebingungannya mempertahankan tindakan biadap pemimpin DAP ini dengan berlandaskan kepada sunnah Rasulullah. Memang benar Rasulullah membawa kafir kedalam masjid. Malahan masjid menjadi markas utama Rasulullah. Tetapi Rasulullah membawa kafir kedalam masjid untuk berdakwah, bukan untuk berjoget apatah lagi berpakaian menjolok mata! Apakah para pak jangoat dah begitu buta sehingga tidak tahu lagi nak membezakan yang mana hak dan yang mana batil, yang mana Islam yang mana tidak!
Alangkan Queen Elizabeth, Raja England terpaksa bertudung menutup aurat semasa dibawa melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi baru-baru ini, dan itupun tidak sampai keruang solat utama dimana umat Islam sujud dan ruku'. Begitu juga Michelle Obama, Wanita Pertama Amerika yang memasuki kawasan Masjid Istiqlal di Jakarta semasa lawatan Presiden Obama ke Indonesia baru-baru ini, beliau lengkap bertudung dan berpakaian sopan.
Teman melihat akhir-akhir ini keghairahan kepimpinan DAP keluar masuk masjid surau menyamai modus operandi mentor mereka Lee Kuan Yew pada tahun 50an dan 60an. Dalam cubaan mendapat sokongan Melayu kepada kepimpinan Kuan dan PAP, Kuan Yew menjadi lebih Melayu daripada Melayu. Suaru masjid dan rumah tangga orang Melayu habis diredahnya. Akhirnya ada Melayu yang terpukau dan tertipu memberi sokongan kepada Kuan Yew dan PAP. Padahnya akhirnya Melayu hilang sebuah pulau!
Ada juga Melayu yang buta sejarah mendabik dada menyokong Kuan Yew dan PAP secara membabi buta, konon cerita Lee Kuan Yew & PAP bina banyak masjid dan surau sekarang. Yang Melayu bodoh ni pun satu, dok seronok dapat surau dan masjid, tetapi dia lupa yang Melayu dah hilang satu negeri! Begitulah mudahnya bangsa Melayu diperbodoh dan dikalkatukan. Bagi sebijik dua masjid, hang nak ambik negeri lantaklah.
Macam kita tengok di Selangor, Melayu dok seronok dapat masjid surau, dapat pegang jawatan nazir dan jawatankuasa, boleh panjat tangga mimbar yang tak pernah dirasa sebelum ini, punya seronok apa nak jadi dengan negeri kome punya pasal lah yop. Sampai nak haramkan arak kat kedai serbanika pun tak mampu. Dulu sampai rimbok meja patah kerusi nak tutup kilang arak, jangan ada sebijik botol arak pun kat rak kedai kalau dapat kuasa-begitu ikrar dan janji sebelum berkuasa! Sekarang, dah dapat jadi nazir masjid pun cukuplah. Tu pun tak terjaga, sampai kafir harbi la'natullah boleh sampai memijak tempat dia sujud ruku' dek kerana nak sedikit habuan! Sampai kafir harbi boleh senam joget dan merobek kesucian masjid hanya untuk tujuan politik.
Teman tengok takde pulak si Teo atau mana-mana pemimpin DAP makin dekat dengan Islam sejak berkawan dengan Pak Jangoat ni. Sebaliknya Pak Jangoat pulak yang makin lama makin lupa diri meninggalkan perjuangan Islam! Dakwah jauh sekali. Ramai yang lebih sibuk berebut jawatan nak jadi pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat, sampai main tarik-tarik serban. Yang dulu haram sekarang semua halal. Hasil arak dah boleh pakai, talaq tiga bini jadi gadaian politik, nama ALLAH pun dah halal kafir pakai?!
Teman tidak persalahkan Teo 100%, kerana dia seorang kafir harbi. Memang ALLAH dah sebut mereka tidak akan redho dengan Islam. Pada teman, kejadian yang berlaku adalah bukti betapa keangkuhan dan kebiadapan kepimpinan DAP terhadap umat Islam dan institusi Islam sekarang. Walaupun sudah ditegur, walaupun sudah diberi amaran, tetapi keangkuhan dan kebiadapan kepimpinan DAP terhadap Islam dan institusi Islam kian melampau. Pada teman, dan teman ulang balik gesaan lalu, DAP ni adalah parti cauvinis dan rasis yang wajib diharamkan! Tiada dolak-dalik lagi, tetapi itulah hakikatnya. Selagi dibiar DAP ini bermaharajalela, selagi itulah sentimen anti Islam dan anti Melayu akan terus dieprmainkan.
Dan yang paling malang, ada segelintir dikalangan pak jangoat yang sanggup menjadi barua dan balaci mereka. Golongan yang memperhambakan diri kepada habuan dunia. Kemaruk untuk berkuasa dan memegang jawatan menyebabkan mereka menjadi kelakatu yang lupa cahaya gemerlapan kuasa itu adalah punca kehancuran mereka. Teman tahu ramai dikalangan ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS yang tidak senang melihat gelagat segelintir Pak Jangoat yang merosakkan parti.
Kepada silent majority ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS ini, nasihat teman ialah kembalilah kepada perjuangan Islam, bersihkanlah PAS daripada anasir-anasir dan makhluk perosak yang sedang menjahanamkan PAS. Para pak jangoat ini adalah penyembah Anwar, pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan. Ketaksuban mereka kepada pemimpin anugerah tuhan ini sehingga memperlekehkan ulama' dan kepimpinan PAS sendiri. Janganlah kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Bangkitlah, dan kembalikan martabat perjuangan Islam. Jangan dipersia-siakan keringat, airmata dan darah pejuang dahulu. Jika tidak malu kepada ALLAH dan Rasul pun, sekurang-kurangnya malulah kepada para syuhada dan pejuang terdahulu.
Ingatlah, DAP ni memang parti yang celaka! Kepimpinan DAP adalah kepimpinan yang celaka! Cuba tengok cara Karpal Singh memperkudakan isu Anwar homoseks & meliwat. Dia yang dedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar di Parlimen pada 22.10.1997, dia yang dedahkan bukti Anwar peliwat & homoseks semasa berucap di Federal Hotel, dia yang desak Anwar bertaubat dan undur diri selepas pembohongan 16 Sept terbongkar; tahu-tahu dia yang jadi loyer Anwar dalam kes liwat terhadap Saiful. Apa bukti lagi yang mahu ALLAH tunjukkan. Nak tunggu bala ALLAH turun atas kepala baru nak insaf dan menyesal!? Kembalilah kepada Al Quran & Sunnah, kembalilah kepada Islam. Masih belum terlambat untuk memperbaiki hablumminallah, dan jika itu dijaga, ALLAH akan pastikan hablumminannas insyallah. Yakin dan percayalah. Intan surullah hayan surkum, wayubbit aqdaa makuum -bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu!
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
22 Muharram 1432
31 Januari 2010