Pendedahan oleh WikiLeaks baru-baru ini yang menyatakan bahawa Bahagian Risikan Australia dan Singapura mendedahkan mereka mempunyai "bukti teknikal" bahawa Anwar sememangnya mengamalkan kegiatan homoseksual dan dia "terperangkap dengan kegiatannya" sememangnya menggemparkan. WikiLeaks juga mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew "mengetahui dan mempercayai Anwar mengamalkan kegiatan homoseksual".
Teman mengambil sikap bahawa sebarang maklumat daripada WikLleaks hendaklah ditapis terlebih dahulu. Ini adalah kerana ianya bersumber daripada golongan kafir. Surah Al Hujurat: 6 mengingatkan umat Islam (yang mafhumnya) "sekiranya datang kepada kamu sesuatu berita daripada golongan fasik maka janganlah kamu percaya (dan terus menerimanya), sebaliknya hendaklah kamu memeriksanya dahulu. Janganlah kamu bertindak terhadap sesuatu golongan akibat daripada itu, kelak nanti kamu yang menyesal".
Oleh itu teman mengambil pendirian untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang didedahkan oleh WikiLeaks, sebaliknya hendaklah kita memeriksanya terlebih dahulu. Apatah lagi jika difikirkan begitu banyak maklumat yang diperolehi oleh WikiLeaks, tetapi tiada satupun mengenai zionis Israel la'natullah didedahkan. Sudah pasti komunikasi antara risikan Amerika dan zionis Israel berlambak-lambak, tapi sepatah haram pun tak disebut atau didedahkan. Ini menambahkan keyakinan teman maklumat daripada WikiLeaks perlu ditapis dan disahihkan terlebih dahulu.
Namun apa yang teman ingin bangkitkan disini ialah sikap pembohongan dan cakap tidak serupa bikin yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim, pemimpin anugerah tuhan!
Pertama, apabila didedahkan bahawa Bahagian Risikian Australia (dan Singapura) mempunyai maklumat "bukti teknikal" pemimpin anugerah tuhan ini mengamalkan kegiatan homoseks dan mempercayai beliau memang terlibat dan terperangkap dalam amalan tersebut, Anwar terus mengambil sikap memaki dan mengkritik Australia (dan Singapura) sebagai telah "dibeli" oleh Malaysia!
Walhal baru sahaja minggu lepas apabila Ahli Parlimen Bebas Australia Senator Nick Xenophon (South Australia) dijaja sampai ke Parlimen kerana menyokong beliau. Malahan Anwar penuh kagum menyatakan Australia menyokong beliau kerana beberapa Ahli Parlimen Australia menyokong beliau, walaupun latarbelakang mereka sangatlah meragukan. Antaranya Senator Michael Danby, seorang pejuang hak golongan gay/ lesbian. Kemudian Senator Bob Brown, seorang atheist yang tidak percayakan tuhan atau apa-apa agama. Juga Senator Malcolm Turnbull, seorang pejuang perkahwinan sama seks (kahwin laki dengan laki, perempuan dengan perempun). Itu latarbelakang antara Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar pemimpin anugerah tuhan.
Dan Anwar berkokok keliling kampung mengisytiharkan Australia menyokong beliau. Tetapi bila WikiLeaks mendedahkan Australia mempunyai "bukti teknikal" beliau mengamalkan kegiatan homoseks, dan terperangkap dengan kegiatan itu, tiba-tiba pemimpin anugerah tuhan ini membuat u-turn dan memaki Australia konon telah dibeli oleh Malaysia. Inilah politik cakap tak serupa bikin pemimpin anugerah tuhan ini. Kalau menyokong dia, very good! Tapi kalau menentang dia, very bad!!
Kedua, teman masih ingat bagaimana untuk meyakinkan kami dahulu berkenaan 16 September, Anwar memberitahu teman bahawa Bahagia Risikan Singapura (dan Indonesia) mengesahkan kepada beliau bahawa beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (termasuk UMNO) akan melompat kepada Pakatan pembangkang. So don't worry, by 16th Sept we will take over Putrajaya!!
Anwar tahu mustahil untuk kami membuat cross-check untuk mengesahkan maklumat itu. Takkan kami nak pergi jumpa Bahagian Risikan Singapura & Indonesia. Kita pun tak tahu nak hubungi siapa. Satu kesilapan besar yang teman sedar sekarang ialah kami percaya bulat-bulat apa yang Anwar kelentong, tanpa periksa terlebih dahulu. Teman harap kawan-kawan dalam PAS tidak melakukan kesilapan yang sama.
Rupa-rupanya pendedahan WikiLeaks membongkar sebaliknya. Selama ini Singapura (dan Australia) memantau kegiatan homoseksual pemimpin anugerah tuhan ini. Dan mereka ada "bukti teknikal" mengenai kegiatan itu! Apa yang merisaukan teman apa 'bukti teknikal' yang Bahagian Risikan Singapura ada tentang kegiatan homoseksual itu? Adakah dalam bentuk video, gambar, dokumen dan lain-lain? Apakah benar mereka ada 'bukti teknikal' itu? Dan adakah mereka akan menggunakannya untuk memeras ugut dan akan meletakkan keselamatan negara dibawah ancaman jika pemimpin anugerah tuhan itu menjadi pemimpin negara?
Apapun, yang penting bagi teman pendedahan itu membongkar pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin anugerah tuhan ini. Ini penting kerana ada yang bertanya kenapa selama ini teman menyokong pemimpin anugerah tuhan ini dan tidak berkata apa-apa. Sebenarnya teman selama ini tidak sedar bagaimana kami semua dikelentong oleh Anwar. Termasuk berkenaan 16 Sept dan banyak lagi lain-lain hal yang kini teman tahu adalah suatu pembohongan semata-mata. Tun Mahathir pun boleh kena kelentong dengan pemimpin anugerah tuhan ini dekat 20 tahun! Inikan teman kena kelentong 12 tahun!!
Perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan selama ini juga terbukti suatu pembohongan apabila untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri, dan kerana memerlukan sokongan DAP, maka PAS diperdaya untuk menerima Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang bulan Disember 2009 yang menyatakan agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang jika mereka memerintah. Ini semua terbongkar akhir-akhir ini. Dan yang sedihnya ada pak jangoat memperdaya kepimpinan dan ulama' PAS untuk menerimanya, hanya kerana bernafsu nak menduduki kerusi Putrajaya!
Apapun yang jelas, kesan pendedahan WikiLeaks itu membongkar dan membuktikan sifat dan perangai sebenar pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan; iaitu manusia yang cukup kuat pembohongan politiknya dan cakap tak serupa bikin. Doa teman semoga kepimpinan dan ulama' serta ahli PAS akan segera menyedari mereka sedang dibawak "syibran-bissyibrin", selangkah demi selangkah ke lubang biawak. Kembalilah kepangkal jalan, kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah. Bantulah agama ALLAH dengan petunjuk Al Quran & Sunnah, dan ALLAH akan membantu perjuangan Islam.
Wallahua'lam dan wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
09 Muharram 1432
15 Disember 2010
*Nota: gambar Senator Michael Danby, Ahli Parlimen Australia yang memperjuangkan hak gay & lesbian dan antara yang paling kuat menyokong Anwar pemimpin anugerah tuhan!
No comments:
Post a Comment