21 December 2010

ULAR! CELAKA!

(Seekor ular jenis python sepanjang 13 kaki dijumpai mati di Taman Negara Everglades, Florida, Amerika Syarikat setelah menelan seekor buaya Amerika sepanjang 6 kaki)

Salam 2 all.

Teman kesian tengok Zaid Ibrahim yang kian hari kian dimaki hamun oleh "kawan-kawan Pakatan Syaitan" dulu. Baru beberapa bulan lepas Zaid Ibrahim adalah hero dan "calun anugerah tuhan" bagi Pakatan pembangkang di PRK Hulu Selangor. Sehinggakan beberapa "masalah peribadi" Zaid Ibrahim pun dihalalkan pemimpin anugerah tuhan dan para pak jangoat penyembahnya. Tau-tau sekarang, "from hero to zero"; "dulu dikompang kini dilempang".

Terkini Karpal Singh, mursyidul am DAP dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Pembangkang Ahad lepas mendakwa bahawa "Zaid adalah seorang bekas Menteri UMNO dan seorang yang tidak boleh dipercayai kerana menjadi budak suruhan UMNO dan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman tahun 1988!!". Dan Zaid membalas balik dengan melabelkan Karpal Singh sebagai "ular celaka!!". Satu deskripsi yang teman tak boleh tidak terpaksa bersetuju dengan Zaid Ibrahim.

Macam mana Zaid Ibrahim tak label dia "ular". Karpal Singh yang dok maki Zaid ni jugalah pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan meliwat staf beliau sendiri (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya siasat Anwar Ibrahim! Karpal Singh ni jugaklah yang mendedahkan di Hotel Federal beliau punya bukti Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat. Karpal Singh ni jugalah yang memberitahu beberapa pemimpin PAS yang Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat, menyebabkan mereka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi". Karpal Singh ni jugalah yang mendesak Anwar bertaubat dan mengundurkan diri setelah pembohongan 16 Sept terbongkar!

DAN KARPAL SINGH NI JUGALAH MENJADI LOYAR MEMBELA ANWAR SEKARANG DENGAN TUDUHAN LIWAT TERHADAP STAFNYA SAIFUL, perbicaraan yang dipenuhi dengan adengan tangguh menangguh sehingga hari ini melebehi 2 tahun!!

Pada teman, deskripsi Zaid Ibrahim bahawa Karpal Singh ini bukan sahaja celaka besar, tetapi "ular" yang sangat merbahaya kepada negara, rakyat, bangsa Melayu, dan kepada umat Islam sangatlah tepat. Kecuali segelintir pak jangoat yang sudah buta, umat Islam dinegara ini tidak lupa bahawa Karpal Singh ini jugalah orang yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan undang-undang Islam dilaksanakan dinegara ini, langkah mayat dia dahulu (over my dead body)". Adakah Zaid yang akan menjadi orang pertama nanti melangkah mayat mendiang Karpal kalau dia mati nanti? Wallahua'lam, kita tengoklah nanti!

Cuma teman nak peringatkan para pak jangoat dan yang sewaktu dengannya, kalau Karpal Singh boleh maki Zaid "celaka sebab dia bekas Menteri UMNO", bagaimana pula dengan Anwar yang dia bela sekarang, bukankah "Anwar bekas Timbalan Presiden UMNO!". Kalau Karpal Singh kata Zaid tidak boleh dipercayai "kerana dia budak suruhan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman 1988", bagaimana dengan "Anwar yang pada masa krisis kehakiman adalah anggota kabinet kanan Tun Mahathir yang menyokong tindakan pemecatan Tun Salleh!".

Apakah Karpal Singh juga lupa "Anwar adalah Menteri kanan UMNO semasa Karpal Singh dikenakan tindakan tahanan ISA semasa Ops Lalang". Dan tentu Karpal tidak lupa "Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO semasa Anak Laki Kitsiang dipenjarakan dalam isu Rahim Thamby Chik!". Dan Karpal Singh juga seolah-olah lupa Anwar Ibrahim itu jugalah "Timbalan Presiden UMNO semasa YB Wee Choo Keong, Ketua Penerangan DAP dihukum penjara setelah memenangi pilhanraya kerusi Bukit Bintang". Apakah Karpal Singh terlupa "Anwar Ibrahim jugalah juara penswastaan semasa isu pemberiaan konsesi lebuhraya Utara-Selatan-PLUS" yang menyebabkan manusia cauvinis Kitsiang memfailkan saman terhadap Kerajaan Tun Mahathir. Takkan Karpal lupa, dia loyer Kitsiang, Anak Lakinya dan YB Wee Choo Keong pada masa tu!

Sebenarnya, sebagaimana Karpal tahu tentang Zaid dan kini memaki-hamun Zaid, macam itulah Karpal tahu tentang Anwar tetapi mendokongnya. Kerana apa? Kerana itulah teman setuju dengan deskripsi Zaid Ibrahim mengenai Karpal Singh sebagai "ular paling celaka" sangatlah tepat lagi mampat!! Dan teman tidak akan terkejut kelak nanti Karpal Singh akan memaki Anwar sebagai manusia "paling celaka" dan "tidak boleh dipercayai". Kalau dia boleh buat begitu kepada Zaid sekarang, apa yang nak halang Karpal daripada berbuat sedemikian kepada Anwar nanti! Tetapi dek kerana Anwar terlalu ghairah dan bernafsu untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, maka Anwar juga lupa "ular-ular celaka" ini jugalah yang sedang menunggu sa'at jatuhnya pemimpin anugerah tuhan ini yang akan berlaku tidak berapa lama lagi. "Wait and see" kata orang di bulan!!

Kepada rakyat Malaysia tidak kira apa agama, bangsa dan keturunan, bukalah mata dan jiwa anda. Apa lagi fakta dan bukti yang perlu didedahkan untuk membuktikan tentang politik sempit, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan Pakatan pembangkang ini. Apakah kita boleh dibutakan dengan gula-gula dan habuan "100 hari memerintah" Pakatan Syatan ini? Apakah begitu murah harga diri dan maruah kita? Jangan di ulang kesilapan pengikut Fira'un, jangan diulang kesalahan pengikut Namrud, jangan diulang ketaksuban pengikut Kamal Attarturk. Stand up and be counted! Enough is enough! Stand for your right, stand for your dignity. Tolaklak politik perkauman, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan ini. May ALLAH bless this beloved country of ours.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Muharram 1432
22 Disember 2010

*Nota: gambar diatas adalah hiasan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan sesiapa pun.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Zaid akan saman Karpal atas dakwaan memfitnah

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim akan menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh atas dakwaan memfitnah.

Beliau berkata, ia ekoran beberapa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Karpal terhadapnya ketika menyampaikan ucapan pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang, semalam.

Sambil menyifatkan Pengerusi DAP itu sebagai "ular" beliau berkata, Karpal sememangnya layak menerima gelaran itu, bukannya wira atau singa.

"Karpal menggelarkan saya sebagai 'celaka' selain menuduh saya membentuk satu kumpulan gengster UMNO untuk membakar bangunan Majlis Peguam pada 1988 semasa kes Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara).

"Karpal merupakan seorang penipu dan 'celaka'. Saya akan failkan saman terhadap Pengerusi DAP tidak lama lagi memandangkan peguam saya sedang bercuti ketika ini,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Karpal ketika berucap pada konvensyen itu berkata, beliau sebelum ini telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menerima Zaid menyertai PKR kerana latar belakangnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak boleh dipercayai.

Karpal berkata, beliau cukup mengenali Zaid selepas berada dalam profesion undang-undang selama 40 tahun.

Pemimpin veteran DAP itu juga mendakwa semasa krisis kehakiman pada lewat 1980-an, Zaid merupakan 'budak suruhan' bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain bertindak menaja sekumpulan gengster supaya membakar bangunan Majlis Peguam di sini berhubung kes Salleh.

Zaid berkata, Karpal harus sedar bahawa beliau bukannya seorang yang kebal dan tidak boleh dikalahkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, mustahil partinya akan menjadi rakan pakatan pembangkang berikutan beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin utama pakatan itu, termasuk Anwar.

Zaid dalam perkembangan sama turut mengkritik Karpal ekoran tindakan Pengerusi DAP itu menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Anwar atas tuduhan liwat ketika di Parlimen pada 1997.

"Ular ini pada ketika itu mendakwa yang beliau telah berjumpa dengan 'mangsa'. Ular ini kemudian berjaya meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bersalah. Namun sekarang pandangannya sudah berbeza iaitu sejak menjadi peguam bela kepada Anwar.

"Sebenarnya Karpal tahu segala-galanya tentang Anwar dan situasi ini yang telah membuatkan Anwar sukar membebaskan dirinya daripada cengkaman DAP.

"Malang buat Anwar kerana beliau kini dibelenggu cengkaman (Timbalan Presiden PKR), Azmin (Ali), Karpal dan hanya Tuhan sahaja yang tahu selain mereka,'' katanya.

Sementara itu, beliau sedia menerima saman Karpal kerana menggelarnya sebagai ular.

"Kita tengok sahaja jika beliau nak saman saya kerana saya menggelarnya ular tetapi saya juga akan menyamannya kerana fitnah yang dilemparkan terhadap saya,'' ujarnya.

2 comments:

hanismalik said...

Assalamualaikum Tuan,

Saya mendoakan agar Tuan di kalangan orang2 yang benar kerana sedikit sebanyak saya mempercayai penulisan Tuan ttg pembohongan Anwar. Wpun sy tiada bukti, sy ttp terasa tempiasnya dalam peristiwa 16 September itu. Mati-matian sy percaya perubahan akan berlaku namun hasilnya hampa.

Saya juga bersimpati dengan nasib Tuan kerana dibuang drp PKR kerana menentang penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam. Di sini saya harap Tuan dapat mencadangkan kpd kerajaan supaya menukar Rukunegara kita kepada Percaya Kepada Allah. Saya mahu lihat bagaimana Kitsiang dan Karpal Singh itu ibarat cacing kepanasan pula. Mohon juga Rukunegara ini wajib dibaca setiap kali persidangan Parlimen.

Teruskan perjuangan Tuan di landasan yang benar.

kekuda said...

bukan "from hero to zero" tapi "from hero to mr evil". Kalau zero, takde orang perduli pun.