22 December 2010

HAPUSKAN BUDAYA GAY!

Salam 2 all.

Teman ucapkan tahniah kepada ketegasan Dewan Pemuda PAS yang menegaskan bahawa budaya gay perlu dibenteras dan dihapuskan dari bumi Malaysia ini. Kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Ustadz Nasarudin Hassan Attantawi mendesak supaya JAKIM memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan hiburan gay perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa. Kita mahu supaya bumi Malaysia tidak bertukar menjadi bumi kaum Lut!

Begitu juga teman berharap Dewan Pemuda PAS akan istiqomah dalam pendirian menghapuskan golongan gay, bapuk, pondan, homoseks, liwat dan lain lain daripada bumi negara umat Islam ini dalam apa bentuk sekalipun, termasuk campurtangan golongan gay dan homoseks dalam hal ehwal negara ini.

Sebagai contoh, Dewan Pemuda PAS perlu menyatakan pendirian tegas menolak campurtangan Ahli Parlimen Australia dalam urusan kehakiman dan perundangan negara. Ini adalah kerana antara Ahli Parlimen Australia yang mencampuri urusan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim adalah Senator Michael Danby, seorang pejuang hak golongan gay/ lesbian. Kemudian Senator Bob Brown, seorang atheist yang tidak percayakan tuhan atau apa-apa agama. Juga Senator Malcolm Turnbull, seorang pejuang perkahwinan sama seks (kahwin laki dengan laki, perempuan dengan perempun). Itu latarbelakang antara Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar pemimpin anugerah tuhan, yang jelas berlatarbelakangkan mereka yang terlibat dengan golongan gay, homoseks dan liwat.

Ingatlah hadis Rasulullah saw, "aamantu billah summastaqeem - berimanlah kepada ALLAH dan istiqomah lah!". Semoga ALLAH memberikan kekuatan istiqomah dan petunjuk kebenaran kepada umat Islam.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Muharram 1432
22 Disember 2010

*Nota: kertas pertuduhan yang dilampir adalah hiasan semata-mata dan dipetik daripada media portal pro Anwar MalaysiaKini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Kenyataan Ketua Pemuda PAS Ustadz Nasarudin Hassan Attantawi)

Pantau kegiatan gay secara menyeluruh



SHAH ALAM - Pemuda Pas berharap pihak berkuasa agama di seluruh negeri tidak hanya memantau blog dan laman web gay, sebaliknya memantau kegiatan itu secara keseluruhan.

Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya memantau segala jenis hiburan yang terdapat di negara ini selain memantau premis- premis yang dimiliki oleh golongan tersebut.

Menurutnya, setakat ini, rakyat Malaysia masih belum pernah mendengar mana-mana masjid diberikan teks khutbah mengenai keburukan gay dan impaknya kepada negara.

“Kita terkejut apabila ikon gay yang baru-baru ini dibenarkan untuk membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih memeranjatkan sudah ada kegiatan yang cuba menonjolkan budaya gay kepada masyarakat melalui filem.

“Saya mewakili Dewan Pemuda Pas meminta kepada Jakim dan seluruh Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri untuk kita sama-sama membanteras budaya yang tidak sihat lagi dimurkai Allah ini. Dewan Pemuda Pas juga bersedia untuk membantu membanteras kemungkaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dilaporkan berkata, semua yang menyentuh soal agama dan akidah umat Islam di negara ini akan sentiasa dipantau oleh Jakim termasuk laman web blog gay.

Jamil Khir sebelum ini mengarahkan Jakim memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.

Sebelum ini seorang lelaki yang mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam dilaporkan membuat pendedahan berani melalui blognya bahawa dia seorang gay.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai jurutera membuat pengakuannya melalui laman web 'Youtube' yang disiarkan selama dua minit 41 saat.

Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil satu tindakan terhadap perbuatan terkutuk itu.

3 comments:

dzimba MMIM said...

Salam YB, mohon dipautkan blog PANTAU http://pantausblog.blogspot.com

Saya merasakan jiwa dan perjuangan kita sama.

terima kasih

pok nik said...

Aslm..mengapa ya..ramai mereka2 yg songsang dr The Land Down Under yg dtg bagi sokongan moral/pemerhati kes DS Anwar?? Heran bin ajaib juga teman(bukan Sudin Ajaib).. Macam ada persatuan pulak..pakat ramai2 dtg bagi sokongan moral kpd DS Anwar.. Teman pikio2..kenapa pulak PAS tak tegur DS Anwar dlm hal ini? Apa kome "takut" sgt ke dgn DS Anwar? Berkata benarlah PAS!! Atau PAS sekarang sudah menghalalkan cara untuk matlamat..Wallahualam..

Pok Nik
Down South of Kelantan

Kedah Senang said...

Saya nak sentuh isu ADUN Pas :

inilah daulat Islam yg sebenaqnya. kalau x cukup alim jgn berlagak alim serta mengaku diri lebih alim dari org lain.
Ini mmg penyakit Pas...ini baru 2 org,,byk lg yg sebenaqnya...din puduraya dan mcm2 lg.

Munafiq Musuh Islam...balik ambo nok buat Isytiqhoroh...Tuhe Maaf doh ke dio...inilah munafiq.

Na'uzubillah.

untuk video quality HD pengakuan saksi sila ke :

http://kedahsenang.blogspot.com/2010/12/skandal-adun-selinsing-dalam-keretapi.html