02 December 2010

MASTER AL-PUTARI !!

Ayoyo..kasi sikit putar lah Jijah..kasi cerita saya tuhan punya woranglah!!

Salam 2 all.

Teman melihat isu Ketuanan Melayu yang diputarkan oleh Anwar sebagai satu langkah bijak beliau untuk memutar belitkan keadaan yang semakin menekan beliau yang tersepit dengan isu Ketuanan Anwar yang cuba dibina didalam PKR; yang tembelang kehanyirannya sudah pecah dihidu rakyat jelata!

Sudah menjadi pengetahuan umum betapa banyaknya aduan dan komplen oleh para calon, kepimpinan, cabang dan ahli akar umbi PKR mengenai manipulasi, penipuan, pembohongan dan penyelewengan proses pemilihan PKR baru-baru ini semata-mata untuk memastikan Dinasti 3A terus menguasai PKR dan pakatan pembangkang. Konspirasi untuk melahirkan dinasti baru Ketuanan Anwar.

Dan apabila tembelang busuknya pecah hanyir, Anwar cuba mengalihkan tekanan dengan memainkan isu lain, isu Ketuanan Melayu. Isu Kitsiang jantan rasis dan cauvinis sebagai Timbalan Perdana Menteri. Isu yang Anwar Master Al-Putari tahu sangat sensitif kepada orang Melayu, yang akan mengundang reaksi umat Islam bangsa Melayu. Anwar pakar putar, "master spinners", dia tahu apa yang dia putarkan. Walaupun seluruh rakyat yang peka sejarah tahu bahawa yang memperkudakan isu Ketuanan Melayu dahulu semasa didalam UMNO sebenarnya Anwar sendiri.

Slogan Ketuanan Melayu yang Anwar terjemahkan dalam bentuk "pink form" masih lagi diingati ramai. Berapa ramai rakan taulan dan kroni yang mendapat habuan pink form dibawah slogan Ketuanan Melayu. Ramai kenalan yang dulu hanya mampu berdengkor atas kerusi rotan tiba-tiba boleh bermimpi diatas sofa kulit Itali! Kini dimainkan pula isu Ketuanan Melayu untuk mengalihkan tumpuan daripada agenda konspirasi Ketuanan Anwar yang bau hanyirnya sudah mula dihidu rakyat!

Sebab itu teman menasihatkan semua pihak supaya jangan terpedaya dengan mainan Anwar. Beliau adalah "master spinner", pakar putar alam yang hebat dan memukau golongan kalkatu. Dia yang reka cerita karut itu, dia putarkan sampai lunyai, akhirnya dia sendiri yang percaya! Ini disebut penyakit "psychopathic" - orang yang terlalu kuat berputar akhirnya dia terpedaya dengan putar alamnya sendiri!! Spesis saperti ini sangat merbahaya kepada kemanusiaan.

Contoh terbaik ialah Master Goebbel, Menteri Propaganda dan pakar putar Hitler yang melahirkan satu pepatah "jika mahu orang mempercayai sesuatu pembohongan, ulang-ulangkan pembohongan itu. Lagi banyak kita bohong dan putar, lagi mudah orang nak percaya. Lagi besar pembohongan dan pemutarannya, lagi besar kesannya". Bakat seni putar alam ini memang teman akui adalah kepakaran semulajadi Anwar.

Sebab itu teman pernah sebut kepada kekawan, kalau dalam penjara selama 6 tahun pun Anwar boleh putar kita, apatah lagi kalau dia diluar. Tun Mahathir yang dikatakan lagi bijak daripada Yahudi tu pun Anwar boleh putarbelitkan selama lebih 20 tahun. Terkedu orang tua tu bila akhirnya tersedar dari putar belit Anwar. Nasib baik Tun mahu sedar, kalau tak apa nak jadi pada rakyat dan negara ini entahlah, wallahua'lam ALLAH aje yang tahu.

Dan yang merbahayanya spesis saperti ini, pembohongan dan putar alam itu sudah menjadi begitu sebati dengan mereka. Bila pembohongan itu terbongkar dia boleh buat muka sardin macam takde apa-apa berlaku. Cuba tengok Anwar, satu dunia tahu dia berbohong pasal 16 Sept, tetapi dia boleh terus berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dan lebih malang, ada golongan pak jangoat dan pak kalkatu yang masih taksub mempercayainya walaupun terang-terang dah kena kencing dengan pembohongan Anwar!!

Jadi nasihat teman, jangan termakan isu Ketuanan Melayu ini. Ianya hanya helah Anwar untuk mengalihkan isu tembelang hanyir yang pecah semasa proses pemilihan PKR baru-baru ini. Teman dengar cerita ramai kepimpinan dan ahli PKR pun terkedu bila membaca teks ucapan Presiden Wan Azizah baru-baru ini. Dengar kisahnya teks itu disediakan oleh rakan rapat penyembah Anwar. Dan apabila sang isteri yang taat membaca teks tersebut dan bila tiba peringkat "mempertuhankan Anwar", ramai yang terkedu dan terkejut.

Wan Azizah teman tak tahulah samada dia sendiri terkedu atau terkejut. Yang teman tahu, Wan Azizah memang cukup tahu banyak rahsia Anwar. Teman takde lah nak dedahkan apa yang pernah Wan Azizah cerita kat teman. Tapi teman heran Wan Azizah boleh mengaku Anwar anugerah tuhan. Samada Wan Azizah main baca teks sahaja ke, atau tengah mengigau, atau terperangkap dengan teks itu, atau memang Wan Azizah sendiri memang percaya, wallahua'lam. Cuma bila mengingatkan apa yang Wan Azizah pernah cerita dan cakap sendiri teman boleh senyum sumbin je lah yop!

Tapi kepimpinan dan ahli akar umbi ramai yang angkat kening tersenyum pahit!! Tapi apa nak buat yop, dah dibaca sang Presiden yang menang free, dengar aje lah yop. Sekarang mereka dah terperangkap, mereka sudah "mempertuhankan Anwar". Nanti lain kali nak melawan atau menegur dah tak boleh. Mane boleh tegur atau lawan anugerah tuhan yop. Neraka namanya!! Bayangkan kalau ahli sendiri pun kena putar, apatah lagi puak jangoat dan kalkatu yang sudah mabuk kuasa, lagi senang diputar-putarin pak!! Sampai Anwar putar nak lantik jantan cauvinis dan rasis jadi TPM pun pak janghoat hangguk sampai tercabut turbannya yop!! Nasyib kau lah yeh!!

Selamat diputarin dong!!

Adios amigos, grasius senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
25 Zulhijjah 1431
02 Dis 2010

No comments: