Teman melihat respon kepada cubaan Pakatan 3A-Anwar-Azizah-Azmin mempertikai konsep Ketuanan Melayu sudah makan tuan. Desakan semakin kuat supaya Pakatan 3A ini mengembalikan semua pingat dan darjah kebesaran yang telah dianugerah oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka; dan supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka!
Pada teman, Pakatan 3A ini pada teman adalah spesis yang sengaja memilih memutarbelitkan konsep Ketuanan Melayu untuk kepentingan politik sempit mereka. Isunya bukan soal ekonomi atau kekayaan, walaupun mereka bertiga antara yang paling banyak mendapat menafaat dari konsep Ketuanan Melayu semasa memegang tampuk kekuasaan didalam UMNO dahulu.
Konsep Ketuanan Melayu bermakna negeri yang dahulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu ini adalah dibawah pemerintahan, kedaulatan dan naungan Raja-Raja Melayu. Itu sahaja. Dan bagi maksud itu, Perlembagaan memberi hak dan keistimewaan kepada Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan umat Islam.
Tidak timbul soal bangsa Melayu lebih superior dari bangsa lain. Ini adalah kerana dengan sifat kemurahan dan bertolak ansur yang sangat tinggi bangsa Melayu, kita menganggap kaum lain adalah sama dengan kita, sebab itu kita berikan mereka kewargenegaraan. Pemberian kewarganegaraan itu satu pengiktirafan dari bangsa Melayu bahawa kaum lain adalah rakanwarga kita. Tetapi kedudukan Kesultanan Melayu dan hak istimewa bangsa Melayu tetap dipertahankan. Itu sahaja.
Kalau dilihat dari segi ekonomi dan kekayaan, ianya adalah pengetahuan umum bahawa kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina yang menguasai kekayaan negara. Mereka menguasai hampir semua industri dan perdagangan dalam negara ini. Barisan individu terkaya di Malaysia, teramsuk disenaraikan diperingkat dunia adalah kaum bukan Melayu. Jadi tidak timbul soal bangsa Melayu lebih superior daripada kaum bukan Melayu dalam negara ini!
Yang memutarbelit dan mempolitikkan konsep Ketuanan Melayu ini adalah Pakatan 3A ini. Cita cita dan nafsu mereka sebenarnya adalah untuk mendirikan Dinasti Anwar dengan konsep baru Ketuanan 3A. Sebab itulah Azizah mengisytiharkan "Anwar adalah anugerah tuhan untuk memimpin mereka!!".
Dan itulah yang terbukti apabila kita melihat segala penipuan, penyelewengan dan putarbelit serta pembohongan yang berlaku semasa proses pemilihan PKR baru-baru ini. Insiden yang membuat rakyat terbuka mata. Semuanya dilakukan untuk memastikan Dinasti Anwar tercipta dengan nyata dalam PKR. Apabila Anwar menjadi Ketua Umum (tanpa perlu bertanding jawatan yang tidak ujud sebab dia dianggap anugerah tuhan), Azizah yang menang free (kerana dia isteri makhluk anugerah tuhan ini), Azmin (anak emas yang menang dengan bantuan manusia anugerah tuhan ini), dan Nurul Izzah (anak sulung Dinasti Anwar ini).
Lengkap sudah Dinasti Anwar didalam PKR. Kini mereka mahukan Dinasti Anwar memerintah negara ini pula berdasarkan konsep Ketuanan 3A. Itulah cita-cita dan nafsu serakah mereka. Untuk apa mereka begitu ghairah mahu memerintah, wallahua'lam, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Tetapi apa yang jelas, bagaimana rosaknya UMNO dahulu kerana mereka, bagaimana rosaknya PKR sekarang kerana mereka, begitulah kelak akan rosak negara kerana Pakatan 3A ini. Sebab itu adalah menjadi tanggungajawab bagi semua rakyat yang cintakan negara ini menghalang mereka - saya ulangi, kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib menghalang orang gila daripada berkuasa!!
Adios amigos, wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
24 Zulhijjah 1431
01 Disember 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Pandangan dua tokoh akademik negara mengenai isu Ketuanan Melayu yang disiarkan oleh media hari ini 01.12.2010)
PUTAR BELIT ISU KETUANAN MELAYU UNTUK KABURKAN CITA-CITA KETUANAN 3A
Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu. "Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya. Shamsul mengulas kenyataan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu. Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'. Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, Shamsul berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini. Katanya, Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Menurut beliau jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek.
Kesan buruk "Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya. Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum. Sementara itu bagi pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim istilah Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara,. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. "Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya. Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum. "Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment