Apakah nama sebenarnya tuhan yang disembah oleh mereka ini?
Salam 2 all.
Padanlah ada parasit dan pelesit yang seperti cacing kepanasan mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib di mimbar hari Jumaat 30 Syawal 1434 bersamaan dengan 06 Sept 2013. Khutbah yang disampaikan empat hari sebelum pendengaran rayuan kes kalimah ALLAH di Mahkamah Rayuan Malaysia pada 10 Sept 2013 memang akan memanaskan punggong para pengkhianat Islam.
Cuba bayang para parasit dan pelesit yang sedang khusyu' menutup mata melayari bahtera naum mereka tiba-tiba dikejutkan seperti halilintar membelah bumi mendengar khutbah seperti dibawah ini yang petikan sebahagiannya seperti berikut (teks penuh dilampir dibawah):
"Apa
yang sangat mendukacitakan kita lagi ialah ada segelintir orang Islam
yang langsung tidak sensitif berkaitan perkara ini, malah menganggap ini
adalah hanya isu kecil serta sanggup mencadangkan supaya pengunaan
kalimah-kalimah Islam termasuk kalimah Allah SWT dibenarkan
penggunaannya oleh orang yang bukan Islam. Inilah contoh perbuatan
mereka yang mengkhianati agama Islam dan meletakkan kepentingan peribadi
melebihi kepentingan agama Islam.
Mimbar amat bimbang cadangan tersebut boleh terjerumus dalam perbuatan syirik. Tiada faedah seseorang itu beribadah siang dan malam, jika imannya rosak dan dipengaruhi oleh unsur-unsur syirik, perbuatan syirik hanya akan menghalang seseorang mukmin dari mendapat keredaan dan syurga Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 72:
Mimbar amat bimbang cadangan tersebut boleh terjerumus dalam perbuatan syirik. Tiada faedah seseorang itu beribadah siang dan malam, jika imannya rosak dan dipengaruhi oleh unsur-unsur syirik, perbuatan syirik hanya akan menghalang seseorang mukmin dari mendapat keredaan dan syurga Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 72:
Maksudnya: “Bahawasanya
sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan
kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah
seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”
Ayat
ini menjelaskan bahawa mereka yang melakukan syirik adalah berdosa
besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT dan tempat mereka di akhirat
nanti adalah di neraka".
Tetapi amat malang bagi para parasit dan pelesit yang mendengar khutbah peringatan ini, umpama mencurah air ke daun keladi.Mereka menjadi seperti Firaun yang memekakkan telinga mendengar peringatan Nabi Musa a.s; seperti Namrud memekakkan telinga mendengar peringatan Nabi Ibrahim a.s; seperti Abu Lahab memekakkan telinga mendengar peringatan Nabi Muhammad saw! Mereka memekakkan telinga mendengar kebenaran khutbah itu!
Bukan sahaja mereka tidak mahu bermuhasabah diri dan bertaubat, sebaliknya mereka menjadi seperti Firaun mahu membunuh Nabi musa a.s, seperti Namrud mahu membakar Nabi Ibrahim a.s; seperti Abu Lahab mahu menghancurkan Nabi Muhammad saw! Mereka cuba membunuh khutbah tersebut dengan pelbagai alasan yang hampas kosong!
Mereka memekak dan melalak memaki hamun khutbah tersebut! Mereka mempercepatkan lagi proses untuk ALLAH melaknat mereka, na'uzubillah. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada mereka ini!
Diwaktu yang sama, ada kalangan kristian yang telah dengan biaDap dan kurang ajar mengkritik secara terbuka khutbah tersebut dengan kenyataan kononnya ia "khutbah anti-kristian".
Dan lebih-lebih malang, ada parasit dan pelesit yang senada seirama dengan kenyataan pihak kristian ini mengutuk khutbah tersebut sebagai 'tidak wajar' dan 'mencetuskan api kebencian', dan boleh memecah-belahkan rakyat pelbagai agama dan kaum didalam negara ini, na'uzubillah!!!
Sebenarnya, kalau kita membaca teks penuh khutbah tersebut, langsung tidak ada unsur-unsur sedemikian. Malahan ianya sekadar mengingatkan umat Islam supaya mempertahankan aqidah dan keimanan, disamping berhati-hati dengan usaha gigih yang dijalankan oleh segelintir musuh Islam untuk merosakkan aqidah dan keimanan umat.
Dimana yang dikatakan anti-kristian? Dimana yang dikatakan mengapi-apikan sentimen keagamaan sempit? Dimana yang dikatakan memecah-belahkan umat dan rakyat pelbagai agama dan bangsa? Dimana???
Bak kata pepatah Melayu, "siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya".
Dalam bahasa undang-undang disebut res ipsa loquitur - things speak for itself.
Jadi untuk menafaat semua, dilampirkan dibawah teks penuh khutbah tersebut. Bacalah dengan jiwa yang tenang, hati yang lapang, pemikiran yang matang! Insyallah kamu akan temui kebenarannya!
Apapun tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YB Dato' Seri Mejar General (B) Jamil Khir Baharom dan para khatib sekelian yang berani menyediakan dan menyampaikan khutbah tersebut. Semoga ALLAH memberikan rahmat dan keberkatan insyallah. Ameen ya rabbal 'alameen.
Wallahua'lam dan wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
19 ZulQaedah 1434
25 Sept 2013
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Teks khutbah JAKIM - 6 SEPTEMBER 2013/ 30 SYAWAL 1434H*
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya
berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang
dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT
dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan
hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan
khutbah bertajuk: “MEMPERTAHANKAN AKIDAH UMMAH”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dalam
Islam Allah adalah zat yang mencipta alam ini. Sebagai pencipta alam,
maka Allah memiliki kesempurnaan sifatnya, ia tidak terikat dengan
sebarang batasan, tidak terbatas tinggi rendah-Nya, tidak terbatas
kekuasaan-Nya, tidak terbatas ruang waktunya dan segala-galanya tidak
terbatas. Oleh itu, sebagai umat Islam kita wajib menolak segala bentuk
atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT. Ini merupakan syarat
mutlak sahnya kepercayaan kita terhadap adanya tuhan dalam Islam selain
mengarah kepada mengesakan Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah
al-Ikhlas ayat 1-4:
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.”
Menurut
Imam Ibnu Kathir seorang ulama tafsir yang terkenal bahawa sebab
turunnya ayat ini ialah ketika orang Yahudi mengatakan “Kami menyembah Uzair anak Allah”. Orang Nasrani mengatakan “Kami menyembah al-Masih anak Allah”. Orang Majusi pula mengatakan “Kami menyembah matahari dan bulan” dan orang Musyrikin pula mengatakan “Kami menyembah berhala”. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini sebagai penjelasan bagi menangkis dakwaan yang salah tentang hakikat tuhan yang sebenarnya.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sudah
menjadi lumrah dalam kehidupan, sesuatu yang gah namanya dan teguh
kedudukkannya akan senantiasa dilanda ancaman dan percubaan untuk
mengugat keagungannya. Demikianlah kedudukan agama Islam dan umatnya
pada hari ini, diancam dari segenap sudut samada dari segi sosial,
syariah dan akidah termasuklah isu penggunaan kalimah Allah SWT. Mereka
ini melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan sehingga
menimbulkan pandangan dan pentafsiran yang salah tentang agama Islam dan
Allah itu sendiri. Lebih malang lagi mereka sanggup mempertikaikannya
sehingga membawa isu ini ke mahkamah.
Sekali
lagi mimbar yang mulia ini ingin menegaskan bahawa Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membahaskan Isu
Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah
telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus
bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan
dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam
menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur
penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu
disekat mengikut peruntukkan undang-undang yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Ingatlah,
kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan
akidah. Sebagai umat Islam yang beriman kita perlu peka dan
bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja
menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam
meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar
kepada agama dan umat Islam. Contohnya, adakah kita sanggup mendengar
golongan bukan Islam memanggil gereja, rumah ibadat dan rumah berhala
mereka sebagai rumah Allah?, memanggil tuhan dan berhala mereka sebagai
Allah?. Bayangkan pula, apakah akidah generasi muda Islam jika fenomena
ini berlaku di negara kita?. Sudah pastilah ramai yang akan keliru,
terpesong dan berlakulah lautan murtad yang sedahsyat-dahsyatnya.
Oleh
itu, mimbar menyeru kepada sidang jemaah dan umat Islam sekalian,
marilah sama-sama kita menjaga kesucian dan identiti agama kerana
bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang
melibatkan dasar akidah dan tauhid disalahgunakan oleh agama lain adalah
amat merbahaya kerana matlamat utama mereka menggunakan kalimah Allah
adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama
adalah sama. Perkataan Allah, solat, tauhid, Rasul, Kaabah ,Haji
merupakan hak orang Islam yang tidak boleh di cerobohi oleh mana mana
pihak kerana ianya akan memberi kesan kepada pemikiran dan akidah umat
Islam.
Ingatlah
bahawa semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan
kemuliaan dan darjat umat Islam sendiri. Akibat yang lebih buruk ialah
azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 72:
Bermaksud:“Sesungguhnya
telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih
Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil!.
Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang
mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya
Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang
penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”
Persoalan
besar timbul di sini adakah kita redha untuk menyatakan bahawa Allah
SWT itu merupakan salah satu daripada tiga tuhan?. Sudah pasti kita
sebagai umat Islam tidak redha malah yakin bahawasanya Allah SWT itu
Maha Esa. Ketahuilah bahawa kalimah Allah adalah nama khas bagi tuhan
yang Maha Esa. Oleh sebab itu, tidak boleh menterjemahkan perkataan God dalam bahasa Inggeris kepada kalimah Allah.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Syirik
adalah perbuatan menyamakan atau menyekutukan Allah SWT dengan makhluk
dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, kepercayaan, perbuatan dan
iktikad. Para ulama membahagikan syirik kepada dua kategori iaitu syirik
akbar (besar) dan syirik asghar (kecil). Syirik besar
seperti menyekutukan Allah SWT secara terang-terangan termasuk menyembah
sesuatu selain Allah atau menyamakan kuasa Allah dengan makhluk.
Manakala syirik kecil seperti riak, beramal untuk manusia, perasaan
dengki, mengharap reda manusia dan sebagainya.
Apa
yang sangat mendukacitakan kita lagi ialah ada segelintir orang Islam
yang langsung tidak sensitif berkaitan perkara ini, malah menganggap ini
adalah hanya isu kecil serta sanggup mencadangkan supaya pengunaan
kalimah-kalimah Islam termasuk kalimah Allah SWT dibenarkan
penggunaannya oleh orang yang bukan Islam. Inilah contoh perbuatan
mereka yang mengkhianati agama Islam dan meletakkan kepentingan peribadi
melebihi kepentingan agama Islam. Mimbar amat bimbang cadangan tersebut
boleh terjerumus dalam perbuatan syirik. Tiada faedah seseorang itu
beribadah siang dan malam, jika imannya rosak dan dipengaruhi oleh
unsur-unsur syirik, perbuatan syirik hanya akan menghalang seseorang
mukmin dari mendapat keredaan dan syurga Allah SWT. Firman Allah SWT
dalam surah al-Ma’idah ayat 72:
Maksudnya: “Bahawasanya
sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan
kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah
seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”
Ayat
ini menjelaskan bahawa mereka yang melakukan syirik adalah berdosa
besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT dan tempat mereka di akhirat
nanti adalah di neraka.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sebagaimana
yang diketahui umum bahawa isu kalimah Allah akan didengar sekali lagi
di Mahkamah Rayuan pada 10 September ini. Justeru, sebagai umat Islam
marilah sama-sama kita menolak apa jua usaha yang mencabar hak-hak kita
sebagai umat Islam. Percayalah bahawa Allah SWT menyatukan kita semua
pada hari ini di dalam saf-saf dan seterusnya kita akan menunaikan solat
di atas satu akidah, di atas satu takbir, dan di atas satu salam,
perkataan, ungkapan dan bacaan yang sama. Justeru, marilah bersama-sama
kita bersatu hati mempertahankan kebenaran, rapatkan barisan, meneguhkan
kekuatan dan persediaan, menggerakkan segala usaha dengan penuh
keberanian demi agama yang tercinta ini.
Mimbar
juga mengesa pihak yang berwajib agar mengambil tindakan yang
sewajarnya kepada mereka yang cuba memporak-perandakan pegangan dan
akidah umat Islam. Perjuangan bagi mempertahankan kalimah suci Allah dan
menegakkan agama Allah serta hak-hak eksklusif umat Islam merupakan
perjuangan yang suci yang dijamin mendapat pertolongan serta bantuan
daripada Allah SWT.
Menjadi
tanggungjawab mimbar menyeru semua pihak, marilah sama-sama kita
mempertahankan dan memantap akidah kita, keluarga dan masyarakat kita
demi masa depan agama, ummah dan negara dengan berhati-hati dalam
mengeluarkan kenyataan yang berkaitan akidah, menanam rasa cinta dan
kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Percayalah mempertahankan
kesucian Islam dengan tidak membenarkan pihak lain menghinanya adalah
sesuatu yang di tuntut. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah
sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 65:
Maksudnya: “Dan
sesungguhnya telah diwahikan kepadamu dan Nabi-nabi sebelummu:
Sesungguhnya! Jika engkau mempersekutukan Allah tentulah akan gugur
amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang yang rugi”.
* Terimakasih kepada sahabat saya Tuan Haji Abdul Karim Omar yang telah memberikan link laman ini serta menyiarkan teks penuh khutbah ini di laman sesawang beliau di www.akarimomar.wordpress.com. Sila layari laman sesawang beliau untuk kupasan dan pendedahan lebih banyak isu-isu berkaitan gerakan kristianisasi dan isu aqidah.
No comments:
Post a Comment