Salam 2 all.
Firman Allah swt didalam Surah AnNisaa':171 "Wahai Yahudi dan Kristian! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap ALLAH melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih Isa ibnu Maryam itu hanyalah seorang Rasul utusan ALLAH dan kalimah ALLAH yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan ia juga adalah tiupan roh daripada Nya.
Maka berimanlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-Rasul Nya; dan janganlah kamu mengatakan 'ALLAH itu tiga'.
Berhentilah daripada mengatakan sedemikian, supaya menjadi kebaikan bagi kamu.
Hanya sanya ALLAH ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci ALLAH daripada mempunyai anak.Bagi ALLAH jugalah segala yang ada dilangit dan dibumi. Dan cukuplah ALLAH menjadi Pentadbir sekalian makhlukNya".
1-KENAPA AKU DIUJI?
Surat Al-Ankabut: 2-3: “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (sahaja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”
Komen - kepada sekelian khususnya yang mengaku memperjuangkan Islam, apakah kamu fikir ALLAH tidak menguji kamu bila kamu bangga dan kagum mengaku kamu parti ALLAH, memperjuangkan risalah Rasulullah saw? ALLAH sedang menguji kamu dengan ujian aqidah maha hebat apabila kristian mendesak berhak menggunakan kalimah ALLAH! Sekiranya kamu terus menerus mengatakan kristian itu benar dan berhak menggunakan kalimah ALLAH, maka ketahuilah ALLAH mengetahui siapakah pendusta sebenarnya!
2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah
Al-Baqarah ayat 216: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia
amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Komen - kamu mungkin bertanya-tanya mengapa sehingga kini kamu masih belum mendapat mahkota Putrajaya, walaupun kamu telah berusaha dengan segala peralatan duniawi yang ada termasuk sanggup bersekongkol dengan musuh ALLAH, malah kamu lebih rela bersekongkol dengan iblis dan syaitan demi mendapat kuasa Putrajaya. Percayalah ALLAH mengetahui keburukan yang akan menimpa kamu jika kamu mendapatnya, sebagaimana telah ALLAH menunjukkan dibeberapa negeri yang diberi cubaan amanah kepada kamu!
3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Komen - ramai yang tertanya-tanya mengapa kamu dikenakan ujian seberat ini, sehingga boleh menggugat aqidah keimanan kamu. Sesungguhnya ujian itu boleh kamu atasi, sebagaimana ulama' kamu telah tunjukkan dengan menegaskan bahawa kalimah ALLAH hanyalah layak untuk digunakan dengan mentauhidkan ALLAH Yang Satu; dan menyetujui kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian adalah syirik. Ujian itu boleh kamu atasi dengan menurut pandangan ulama' kamu sendiri, namun ada antara kamu lebih memilih kerusi daripada aqidah!
4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
Surah
Al-Imran ayat 139: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula)
kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
(darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
Komen - untuk menghilangkan kekecewaan tidak mendapat habuan kerusi atau kekuasaan, kamu hanya perlu mengatasi sikap lemah kamu kepada habuan dunia dan mengejar undi. Sebaliknya kembalilah kepada aqidah Islam yang sebenar, pertahankan kalimah ALLAH. Dan ALLAH akan meninggikan darjat kamu ketahap yang lebih tinggi insyallah.
5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!
5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!
Surah
Yusuf ayat 87: “Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang
yang kafir."
Komen - Janganlah kamu berputus asa dalam mempertahankan kalimah ALLAH, walaupun kamu mungkin dikeji dan dicerca sahabat, rakan kamu mahu pun parti kamu sendiri; malah kamu mungkin hilang kedudukan, undi dan kerusi. Percayalah rahmat ALLAH mengatasi segala-galanya diantara bumi dan langit dan diantara keduanya.
6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
Surah
Ali-Imran ayat 200: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”
Komen - apabila berhadapan dengan kemelut kalimah ALLAH ini, kamu hendaklah bersabar. Walaupun dalam kesabaran itu kamu akan mendapat hukuman duniawi, kehilangan kedudukan, undi dan kerusi. Sebaliknya takutlah kepada ALLAH, dan siksa jahanam yang dijanjikan kepada mereka yang mungkir!
7-APA JAWAPANNYA?
7-APA JAWAPANNYA?
Surah
Al-Baqarah ayat 45-46: ”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan
sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka
akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”
Komen - ujian mempertahan kalimah ALLAH ini berat. Cercaan, makihamun dan kutukan walau daripada sahabat taulan sendiri akan kamu terima. Namun bersabarlah, dan dirikanlah solat. Berserahlah kepada ALLAH 101%, dan yakinlah kamu akan kembali kepada ALLAH dimana pemimpin, sahabat dan rakan sekongkol kamu tidak boleh lagi membantu kamu!
8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?
8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?
Surah Ali-Imran ayat 173: “Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”
Komen - percayalah bahawa dengan menyerahkan untung nasib kamu 101% kepada ALLAH, sudah pasti ALLAH akan membantu dan menolong kamu. Janganlah kamu khuatir dengan janji ALLAH ini, kerana ALLAH berada dimana-mana, dan Dia akan sentiasa bersama kamu dalam apa keadaan sekalipun selagi kamu yakini bahawa ALLAH lah sebaik-baik penolong dan pembantu.
Semoga petikan ayat-ayat ALLAH diatas membawa menafaat kepada kita. Semoga ALLAH memberikan kita anugerah istiqomah dalam keimanan dan aqidah yang benar, dan menjauhkan kita daripada fitnah akhir zaman yang sudah meruntuhkan keimanan dan aqidah segelintir daripada kita, ameen!
Wallahua'lam dan wassalam.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE 50!
SELAMAT MENYAMBUT HARI ANGKATAN TENTERA KE 80!
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
10 ZulQaedah 1434
16 September 2013
* Komen-komen diatas adalah pandangan saya sendiri. Sekiranya didapati bercanggah dengan mana-mana ayat Al-Quran atau hadis Rasulullah saw maka hendaklah kamu menolak pandangan saya itu dan menerima-pakai Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw itu. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment