Mayat Firaun bukan sahaja tidak diterima oleh bumi Mesir, malah langsung tidak diterima bumi & laut sebagaimana janji ALLAH untuk dipersaksikan dan dijadikan iktibar oleh manusia!
Alhamdulillah, kita bersyukur kerana YAB Dato' Sri Najib Tun Razak begitu bertegas bukan sahaja tidak membenarkan mayat atau abu Chin Peng dibawa balik, malahan Kerajaan tidak akan memberi sebarang penghormatan kepada mayat Chin Peng. Pendekkata tegas Perdana Menteri, Kerajaan tidak ada kena-mengena dan tidak mahu ambil tahu mengenai mayat Chin Peng yang mati di Bangkok, Thailand.
Kebetulan tarikh kematian Chin Peng bersamaan dengan Hari Malaysia Ke-50 dan Hari Angkatan Tentera Ke 80. Satu ulangtahun yang sangat bermakna bagi rakyat dan negara Malaysia kali ini!
Bagaimanapun isu samada mayat Chin Peng
wajar dibawa balik dan disimpan di Malaysia masih lagi diperdebatkan.
Samada dalam kalangan komponen Barisan Nasional mahupun pakatan pembangkang, terdapat suara-suara
sumbang yang mahukan mayat Chin Peng dibenarkan dibawa balik dengan
pelbagai alasan diberikan.
Ada yang mendakwa Perjanjian Damai Haadyai 1989 mewajibkan Kerajaan membenarkan mayatnya dibawa balik. Ada yang mendakwa beliau anak kelahiran Sitiawan, maka wajib dibenarkan dia dibawa balik dan ditanam di tempat kelahiran. Ada yang mendakwa Chin Peng pejuang kemerdekaan, maka dia perlu diberi penghormatan sewajarnya. Ada yang mendakwa keluarganya ada di Sitiawan, maka sewajarnyalah dia dibenarkan kembali walaupun dalam bentuk abu!
1. Perlu diingatkan Chin Peng bukan warganegara Malaysia, dan tidak pernah menjadi warganegara Malaysia walaupun konon beliau diberitakan dilahirkan di Sitiawan. Malahan dalam permohonan Chin Peng melalui saman di Mahkamah, beliau gagal membuktikan bahawa beliau adalah seorang warganegara. Jadi tidak timbul persoalan untuk mayat atau abu beliau patut dibawa kembali ke Malaysia;
2. Salah satu terma Perjanjian Damai Haadyai 1989 bilamana anasir subversif dan pengganas daripada Partai Komunis Malaya bersetuju meletakkan senjata ialah mereka dibenarkan kembali ke Malaysia dengan syarat-syarat yang ditetapkan; namun anggota kanan PKM tidak dibenarkan balik ke Malaysia langsung. Dan ini termasuk Chin Peng, Rashid Madin dan lain-lain. Dan syarat ini diketahui oleh Chin Peng;
3. Dakwaan konon Chin Peng ada anak keluarga di Malaysia tidak boleh dijadikan alasan. Lagipun Abdullah CD, bekas Pengerusi PKM dan rakan setia Chin Peng menyatakan bahawa Chin Peng tidak pernah membela pun anak-anak dia selama ini (lihat artikel tribut Abdullah CD kepada Chin Peng bertajuk "Dengan Kesedihan, Berehatlah Komrad Chin Peng" disiarkan di www.malaysiakini.com 18.09.2013);
4. Dakwaan menyatakan konon Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan ternyata meleset. Saya telah menerima artikel berikut yang ditulis oleh Kolonel (B) Sharom Hashim yang saya rasa cukup terang dan jelas maksudnya:
"MENGAPA CHIN PENG PERLU DI TOLAK SAMA SEKALI
PKM - Partai Komunis Malaya
yang ditubuhkan pada awal tahun 30an bekerjasama dengan pihak British
menentang Jepun bukan hanya untuk membebaskan Malaya tetapi mempunyai
agenda lebih besar dari apa yang kita ketahui.
i. PERTAMA, untuk
mendapatkan bekalan senjata, peluru dan latihan ketenteraan dari pihak
British. Selepas perang kesemua senjata ini tidak dipulangkan, malah
digunakan pula untuk memerangi pihak British.
ii. KEDUA, matlamat utamanya
adalah untuk mendominasi politik di MALAYA selepas perang dunia kedua
dan
menukar sistem pemerintahan kepada sebuah Republik Komunis. Ini
terbukti
dengan percubaan mengambil alih pemerintahan di Malaya oleh PKM dan
kuncu-kuncunya sejurus selepas kekalahan Jepun. Kalau tidak kerana
penentangan berani masyarakat Sg. Manik dan kembalinya pihak British ke
Malaya, mungkin lebih ramai orang Melayu akan di sembelih.
iii. KETIGA,
orang-orang Cina memang berdendam dengan Jepun. Ini kerana Jepun telah
menyerang CHINA pada tahun 1937 dan seterusnya membunuh dan menyeksa
berjuta rakyatnya. Pembabitan PKM menentang Jepun di Malaya adalah
sekadar membalas dendam dan melindungi kepentingan orang Cina di
Malaya.
iv. KEEMPAT, Malaya adalah 'lombong emas' bagi British dan KOMUNIS
CHINA. Bagi PKM menguasai Malaya dari segi politik dan ekonomi akan
membolehkannya membantu negara asal membina semula ekonomi yang telah
ranap akibat peperangan menentang penjajah dan peperangan sesama
sendiri.
v. Mulai 1969 hingga 1989. kita saksikan PKM terus melaksanakan
revolusi bersenjata yang meyebabkan ribuan angguta pasukan keselamatan
dan rakyat kita (termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain) terkorban ataupun cedera. Tidak kurang juga harta benda
negara di musnahkan.
Semasa itu kita sudah pun merdeka. Nak bebas apa
lagi ! Bukankah mereka ingin bebaskan MALAYSIA dari kepimpinan Bangsa
Melayu? Herokah Chin Peng ini? Hero untuk siapa? Untuk orang Melayu tak
mungkin. Untuk orang Cina Malaysia, ramai juga yang merasai kekejaman
dan mati ditangan PKM, dan sama-sama berjuang menentang bermati-matian terhadap mereka.
Kemungkinan besar Chin Peng hanya ingin berbakti kepada negara asal
ibundanya, Republik Komunis China.
KITA LUPAKAN DIA SAHAJA
Salam,
Sharom Hashim"
5. Satu perkara yang saya agak musykil ialah mengapa semasa Allahyarham Rashid Madin, bekas pimpinan utama PKM dan Ketua Rejimen Ke-10 PKM (pengganas Melayu) meninggal dunia pada 01 Sep 2006 di Sisakoin, Selatan Thailand, langsung tidak kedengaran bunyi mendesak jenazah Allahyarham dibawa balik ke Malaysia untuk dikebumikan.
Sedangkan Rashid Madin anak jati kelahiran Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak yang dilahirkan pada 10 Okt 1917. Ibubapa dan ahli keluarganya masih berada di Malaysia. Beliau belajar awalnya di Madrasah Kg. Gunung Mesah, kemudiannya ke Sekolah Melayu Gunung Panjang hingga Darjah 5.
Rashid Madin berkahwin dengan Hamidah tahun 1938 dan dikurniakan empat orang anak.Beliau kemudiannya berkahwin lagi dengan komrad komunisnya bernama Selamah bt Abdullah dan dikurniakan seorang anak.
Rashid Madin adalah orang kanan Chin Peng dan sentiasa bersama beliau samada dalam perjuangan dihutan, mewakili PKM dalam mesyuarat gerakan komunis di London 1947, wakil PKM dalam Rundingan Baling 1955, dan mewakili PKM bersama Chin Peng dalam Perjanjian Damai Haadyai 1989.
Seperti Chin Peng, Rashid Madin tidak pernah menjadi, atau diterima menjadi warganegara Malaysia setelah kemerdekaan 1957.
Persoalannya mengapa kematian Rashid Madin tidak dijadikan isu oleh suara-suara sumbang yang kini mendesak bukan sahaja mayat Chin Peng dibenarkan dibawa balik untuk dikebumikan di Malaysia, malah ada yang lebih biadap dan kurang ajar mendesak mayat pengganas ini diberi pernghormatan sebagai pejuang kemerdekaan negara!
Adakah suara-suara sumbang itu menjadi syaitan bisu hanya kerana Rashid Madin beragama Islam dan seorang Melayu? Tepuk dada tanyalah otak sendiri!
Saya juga sedih dan terkilan melihat ada suara-suara sumbang pimpinan berbangsa Melayu dikalangan pembangkang yang meminta supaya mayat Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia! Apakah mereka ini buta sejarah? Atau buat hati? Atau sekadar bersandiwara politik demi undi tanpa memikirkan kepentingan agama, bangsa dan negara?
Malah ada peliwat-peliwat demokrasi yang menyeru supaya "let bygone be bygone". Mereka meminta kita melupakan sejarah kekejaman dan kezaliman anasir subversif dan pengganas komunis PKM pimpinan Chin Peng yang telah membunuh rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum. Mereka meminta kita melupakan darah rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum yang berlumuran ditangan Chin Peng! Untuk apa? Untuk mendapat undi? Untuk menang pilihanraya?
Yang lebih parah, ada kalangan anak muda Malaysia termasuk bangsa Melayu yang tak tahu hujong pangkal sejarah keganasan Chin Peng dan PKM, yang terpengaruh dengan politik sempit, rasis, ekstremis dan dakyah serta sentimen emosi mainan cauvinis dan pembangkang, menyatakan sokongan supaya mayat Chin Peng dibenarkan dibawa balik, dan kata mereka "kami bersedia menyambut jenazah Chin Peng untuk disempurnakan sebagai pahlawan!!!".
Apaka mereka ini begitu buta sejarah, buta hati perut sampai tidak tahu membezakan yang hak dan batil, yang benar dan zalim? Dimana silap kita sehingga lahir anak-anak muda sebodoh dan sebangang ini?
Wallahua'alam dan wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
14 ZulQaedah 1434
20 Sept 2013
No comments:
Post a Comment