Persatuan Pengguna Islam
Sedunia (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang
didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO Islam dari seluruh
dunia.
Kami merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star
Jumaat 23 Ogos 2013, yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman yang
mewakili SIS Forum Berhad .
Dalam ulasannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak
permohonan pihak gereja, beliau berhujah bahawa Malaysia satu-satunya
negara di dunia yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama
selain daripada Islam. Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan beliau
sama sekali tidak benar. Antara lainnya, Brunei dan Arab Saudi juga
mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang
bertanggungjawab, IMCA berasa bimbang akan desakan badan-badan gereja
Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan Maha Kuasa,
Allah.
Kami ingin bertanya apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia (CCM),
Persekutuan Krisitan Malaysia dan National Evangelical Christian
Fellowship (NECF) berbuat demikian? Adakah ianya untuk menyatakan fakta
kebenaran yang mereka percaya, seperti yang biasanya dilakukan oleh
orang-orang yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau ada tujuan lain
di sebalik langkah ini?
Kita mendapati antara lainnya, Gereja Yunani Ortodoks (Greek Orthodox
Church) tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebegitu
berdasarkan petikan berikut;
“Malangnya, kita terlalu kerap cuba untuk contextualize penyebaran
Gospel kita sehinggakan menghakis nilai warisan kerohanian gereja.
Penghakisan nilai warisan kerohanian gereja dalam penyebaran ajaran
Kristus (Christ) mengurangkan potensi sebenar pengalaman rohani
keseluruhannya”
(Gabriel Habib, Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya kepada para pemimpin Kristian;1987)
Umum diketahui penganut Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum
Melayu sejak zaman Vasco de Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier
namun tidak menemui kejayaan. Prof Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik
kenyataan G.E.Morrison(1957) dalam jurnal Muslim World(Jurnal Pengajian
Islam volum XLVII 298)
“Tanpa unsur Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa
berketerampilan asing dan berunsur pendatang ; tanpa Melayu gereja tidak
dapat menonjolkan unsur universal kepada semua; tanpa Melayu kita tidak
lengkap dalam mengenengahkan kesempurnaan (ideal) perpaduan semua
manusia di bawah Kristian.
Bukanlah pihak Gereja tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat
dalam kes Azlina Jailani (Lina Joy) dan Aishah Bokhari (Felicia). Prof
Mohamed Ajmal Al Aidrus menanyakan “Adakah kelulusan penggunaan
perkataan Allah itu salah satu peluang yang dinanti-nantikan oleh puak
evangelis Krisitan? Adakah desakan ini untuk menarik dan mengundang
segelintir orang Melayu Islam yang lemah keimanannya seperti yang
dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah?
Pada ketika ini, adalah penting untuk kita menjelaskan penggunaan
nama Allah dalam konteks Islam. Penjelasan yang paling tepat adalah
dalam sebutan kalimah syahadah iaitu ‘La ilaha illlallah’, bahawasanya
tiada tuhan melainkan Allah. Perkataan Arab untuk tuhan ialah ilah dan
nama Yang Maha Esa adalah Allah. Ia adalah suatu nama yang mana
penggunaannya hanya merujuk kepada Yang Maha Esa yang wujud tanpa
diwujudkan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah bukan hanya
sekadar perkataan, tetapi suatu nama yang diwahyukan bahawa Dia, Tuhan
Semesta yang memberi nama Allah. Justeru, Ya Allah Ya Tuhanku membawa
erti bahawa Allah merupakan kata nama khas yang tidak boleh
diterjemahkan sama sekali.
Penggunaan nama Allah yang tidak memenuhi syarat lebih-lebih lagi
apabila perkataan itu membawa maksud yang lain akan mencemari nama Allah
dan tidak menghormati Yang Maha Esa, Tuhan segala makhluk kerana ianya
adalah nama Nya. Ia juga tidak menghormati kepercayaan penganut yang
menyanjungi kesucian nama itu. Pada pendapat kami, bagaimana kita
memanggil Tuhan yang kita akui haruslah berdasarkan apa yang ditetapkan
oleh Tuhan, bukannya mengikut pilihan sesuka hati.
Kami percaya bahawa setiap kepercayaan mempunyai konsep dan nama-nama
yang berkait dengan konsep-konsep ketuhanan yang semestinya membawa
pengertian yang selari dan bukannya bercanggah mahupun menimbulkan
persoalan dalam mana-mana bahasa yang digunakan. Dalam apa jua agama,
nama Tuhan adalah suci. Justeru itu, kepatuhan kepada nama-nama ini
dalam bentuk asalnya harus menjadi amalan dalam penyebaran dakwah yang
yang ikhlas dan benar.
Tidakkah keadaan haru-biru jika penganut Hindu memanggil Vishnu
sebagai Jehovah, ataupun Kristian memanggil Bapa, Anak dan roh kudus
sebagai Vishnu, Vishnu dan Vishnu (yang mana satu Vishnu atau
ketiga-tiganya sekali Vishnu?) dan penganut Islam memanggil Tuhannya
sebagai Dewa Buddha? Bagaimana pula jika orang Cina memanggil “Jesus”
apabila menyembah Dewi Kuan Yin? Jika dipersoalkan hanya dari segi hak
asasi manusia, setiap kumpulan mempunyai hak menggunakan apa jua nama
yang mereka suka dan hak ini harus dihormati semata-mata atas dasar hak
asasi.
Hujah bahawa ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan
boleh juga digunapakai oleh semua golongan masyarakat. (Rev. Hermen
Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bertegas “akan
meneruskan amalan (menggunakan nama Allah) kerana ia adalah hak yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan kita memanggil
semua pihak menghormati hak itu.
Jika diikutkan sudut pandangan ‘hak’ semata-mata, sudah tentu keadaan menjadi porak-peranda.
J.Dudley Woodberry dalam “Contextualization Di Kalangan Muslim
Menggunakan Rukun Biasa” ( Diterbitkan dalam International Journal of
Frontier Missions, Volume 13:4 , Oct-Dec 1996) berkata;
Contohnya, “Allah” asalnya dari Syriac Kristian dan telah sekian lama
digunakan sebelum zaman Nabi Muhammad. ‘Wahy’ (wahyu)
sekurang-kurangnya berkait dari segi etimologi dengan
perkataan-perkataan Yahudi-Aramia dan Kristian Ethiopic dan digunakan
oleh para penyair pra-Islam.
Dalam mukasurat 174 beliau berkata;
“Bahagian pertama sebutan syahadah “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan
selain Allah” adalah berdasarkan ayat-ayat seperti surah 37:35/34
(“Tidak ada tuhan selain Allah”) dan 112:1-2(“Katakanlah,
‘Dia(adalah)Allah,Satu(Ahad).Perkataan tersebut, seperti yang
ditunjukkan oleh Hartwig Herschfeld adalah berdasarkan shema dalam
Deuteronomy 6:04 (Dengarlah, hai orang bani Israel, Tuhan Allah kita
adalah satu (Ahad) Tuhan”)
Hujahan bahawa nama “Allah” berasal dari Syriac Kristian lantas
menjustifikasi penggunaannya oleh Kristian zaman sekarang merupakan
hujah yang kurang bernas.
Sepatutnya, penganut Kristian zaman moden boleh menggunakan nama
Allah jika mereka mematuhi lunas “Deuteronomy 6:4; bahawa Tuhan Allah
kita adalah Satu Tuhan”. Kami yakin jika penganut Kristian kembali
kepada konsep asas bahawa Allah adalah Satu, Dia bukan Ayah, Dia tidak
beranak, dan pengakuan ini dijunjung secara konsisten, penganut Islam
tidak akan membantah kerana ianya adalah kenyataan benar. Jika Kristian
mahu menggunakan nama Allah dalam semua bahan bercetak mereka dan mereka
mengaku dan mematuhi dengan sepenuhnya bahawa Tuhan itu Satu
(sepertimana Deuteronomy) (bukan bertiga), maka tidak akan ada bantahan.
Profesor Al Aidrus mengulas bahawa terdapat hujahan yang mengatakan
bahawa nama Allah telah digunakan dalam kitab Bible Melayu 272 tahun
yang lalu. Hujahan ini mengiktiraf tindakan kuasa penjajah yang menindas
yang tidak merujuk mahupun menghormati umat Islam tempatan. Sebagai
penjajah, mereka telah berbuat sesuka hati mereka termasuklah menggondol
harta dan kekayaan negara. Dalam mengutarakan hujah sebegini, pihak
gereja menyokong keganasan dan ketidakadilan itu yang jelas sekali
bercanggah dengan doktrin Kristian ‘cinta sesamamu’ (love thy
neighbour).
Kami juga berasa amat curiga akan hasrat gereja Kristian yang hanya
menuntut untuk menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Bahasa
Melayu. Mereka tidak berhasrat menggunakan nama Allah dalam semua bahan
mereka yang dicetak dalam semua bahasa.
Prof Al Aidrus menyatakan bahawa “Perlu ditegaskan di sini bahawa
terjemahan Gospel di negara China dan India yang masing-masing mempunyai
jutaan umat Islam, tidak menggunakan nama Allah. Sebaliknya, mereka
menggunakan perkataan seperti “Sheng Fu, Sheng Zu dan Sheng Ling dan di
dalam Gospel bahasa Tamil, perkataan Suthan, JesaPa dan Parisutha Avi
untuk Bapa Suci, Anak Suci dan Roh Kudus”.
Jika begitu, apa pula motif tuntutan menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Kristian bahasa Melayu?
Di peringkat antarabangsa, kita melihat bahawa penganut Kristian
telah mencipta dan merekabentuk Gospel bahasa Arab, pada mulanya bukan
dalam bahasa Arab Al Quran tetapi telah lama kelamaan telah mengambil
bahasa Arab Al Quran. Sekarang, kitab Gospel ini dipenuhi ayat-ayat yang
bermula dengan ungkapan Islam “basmallah” and diakhiri dengan
“sadaqallahul a’zim (ungkapan yang dilafaz oleh umat Islam). Apabila
mendengar Kitab Gospel ini dibaca, mereka yang tidak prihatin akan
menganggap Quranlah yang didengarinya.
Kita menyedari akan wujudnya gereja-gereja di Indonesia yang dikenali
sebagai “Rumah Jemaah Allah” dan kewujudan sebuah kolej yang mengajar
Bahasa Arab dan kitab Gospel bahasa Arab kepada para paderi Kristian.
Di Timur Tengah, terdapat sebuah stesen radio yang membaca Kitab Gospel bahasa Arab setiap hari.
Mengapakah gereja Kristian mengambil pendekatan sebegini dalam
menyebarkan kepercayaan mereka?
Adakah pendekatan ini semata-mata untuk
penganut Kristian sahaja ataupun ‘contextualization’ sebegini bertujuan
menggerakkan hati penganut bukan-Kristian terhadap ajaran Kristian?
Setelah mengkaji agama dan amalam Kristian, kita melihat bahawa konsep contextualization ini,
iaitu untuk memperkenalkan kepercayaan agama dengan kaedah yang boleh
diterima oleh masyarakat, dengan menggunakan bahasa, simbol dan konsep
yang khusus kepada masyarakat yang yang ditujukan, adalah amalan biasa
dalam kepercayaan dan tatacara Kristian.
Kajian kami menunjukkan bahawa konsep “Trinity” berkemungkinan besar
lahir di Majlis Nicea pada tahun 325 Masihi semasa pemerintahahan
Maharaja Rom, iaitu Constantine. Masyarakat Eropah antara lainnya,
mempunyai sejarah ‘ agama tiga dalam satu yang terpahat dalam
kepercayaan ‘pagan’ purba Eropah. (sila rujuk
http:/www.deepertruth.com/trinity untuk melihat koleksi Cassaro mengenai
konsep agama Eropah pra-sejarah ‘tiga ikon’ yang didakwanya menyuluhi
kepercayaan “agama tiga dalam satu”).
Ada kemungkinan kemasukan konsep Trinity adalah bertujuan menjadikan
agama Kristian lebih mudah diterima oleh masyarakat Eropah awal.
Dalam kertas kerjanya “The Trinity and Contextualization“, Rev Ralph Allan Smith menyangkal idea di atas.
Rev Ralph Allan Smith menulis: Masih banyak lagi yang perlu
dikatakan. Perkembangan konsep Trinity Kristian ortodoks telah
melibatkan penyingkiran (rejection) ” konsep tradisional, yang berkurun
lama – diguna pakai, yang boleh katakan hampir menyerupai Katolik,
mengenai Kristus sedia wujud sebagai perantaraan dengan seorang Bapa
yang tidak tercemar (impassible Father) dengan dunia sementara, yang
mempertengahkannya sebagai alat kefalsafahan yang mudah diguna pakai.
Doktrin Logos – doktrin yang digemari oleh ramai ahli teologi ortodoks
terdahulu, telah dtinggalkan. Ahli-ahli teologi pro- Nicene, dalam erti
kata lain, mengubah doktrin Gereja dan mengubah secara radikal .
Dalam proses itu, mereka dengan teliti menolak unsur-unsur bukan Gospel (non -Biblical)
yang telah terterap ke dalam tradisi Gereja dan mula meletakkan
asas-asas bagi ekspresi pandangan dunia Gospel yang lebih meluas .
Aktiviti begini melampaui anggapan contextualization linguistik. Kita boleh perhati melaui ilmuan Gereja penelitian diri dan penghakiman diri yang dirujuk oleh Conn sebagai de- contextualization.
Mereka membuang unsur anti Kristian daripada pemikiran dan merekacipta
suatu bahasa teologi yang baharu menggunakan perkataan-perkataan yang
dipinjam .”
Rev Ralph Allan Smith menulis: Dari sudut pandangan ini, contextualization hanyalah
satu usaha untuk menyalurkan secara berkesan kepada mereka yang
bertutur bahasa berlainan dan mempunyai persepsi keduniaan yang
berlainan daripada mereka yang berkebudayaan Eropah. Ini termasuklah
menampilkan semula ajaran asas Gospel dalam bahasa yang mungkin asing
kepada penutur bahasa Eropah, tetapi ini bukanlah bererti, dan bukan
pula kelulusan untuk sesiapapun menukar ajaran Gospel Kristian itu
sendiri.
Mari kita kaji satu contoh yang ringkas proses contextualization.
Kita melihat penyerapan kepercayaan “pagan” Eropah dalam bentuk
perayaan Krismas dan Santa Claus. Pada hari ini, kita mengakui bahawa
ianya satu pembohongan untuk mengaitkan kelahiran Nabi Isa (a.s) dengan
perayaan Krismas (tiada bukti dalam Gospel bahasa Aramaic atau bukti
sejarah yang menyokong tuntutan bahawa Krismas adalah sambutan kelahiran
Isa (a.s), seperti yang diberitahu dan dinyanyikan oleh penganut
Kristian sekian lama. Kita mengenali St Nicholas dari Myra dan perkaitan
dongeng perayaan Krismas dengannya dan masyarakat Eropah meraikan
perayaan St Nicholas pada 6hb Disember setiap tahun.
Walaubagaimanapun, ada segelintir sarjana sejarah yang berpendapat
bahawa lagenda St Nicholas sebagai pemberi hadiah mempunyai unsur
kepercayaan ‘pagan’ yang berasal daripada sumber-sumber pra-Kristian.
Dewa mitos Teutonic Odin mempunyai janggut yang panjang. Ada sarjana
yang berpendapat ‘janggut panjang’ merujuk kepada Thor, seorang tuhan
Jerman. Thor mempunyai janggut putih yang panjang dan melayari awan
dengan menaiki kenderaan yang ditarik oleh dua ekor kambing putih.
Apa yang pasti adalah Santa Claus bukanlah tokoh Gospel serta perayaan Krismas itu tidak mempunyai kaitan dengan rujukan Gospel.
Dr.Richard P. Bucher berhujah bahawa Santa Claus zaman moden
merupakan hasil pencantuman beberapa sumber menjadikan ia suatu watak
lagenda yang telah berevolusi berzaman-zaman lamanya. Sepanjang proses
itu, unsur-unsur legenda pra-Kristian, cerita St. Nicholas, penghijrah
Belanda ke Amerika, Washington Irving, Clement Moore, Thomas Nast serta
syarikat Coca-Cola semuanya menyumbang terhadap proses itu.
Apakah yang ditakrifkan sebagai “Contextualization”? Memetik daripada Rev Ralph Allan Smith
“Hesselgrave dan Rommen memilih tiga cadangan awal;
1. Kami memahami istilah ini bermaksud membentuk konsep yang selari dengan sesuatu keadaan tertentu.(Byang H Kato)
2. Terjemahan unsur Gospel ke dalam bentuk lisan yang bermakna kepada
orang-orang berlainan budaya dalam persekitaran mereka
tersendiri.(Bruce J Nicholls)
3. Contextualization digunakan dengan betul bermakna
membongkar implikasi sah Gospel di dalam satu satu keadaan. Ia lebih
mendalam daripada aplikasi. Aplikasi, saya boleh lakukan atau tidak
lakukan tanpa menjejaskan teks Gospel. Implikasi, dituntut oleh
penelitian yang tepat terhadap teks ( George W. Peters ).
Menurut Conn , kita mesti menimbang “rangka presuppositional ” itu sendiri dengan ” penghakiman kata-kata Tuhan. Untuk contexualize mesej Gospel ke dalam bahasa budaya yang lain, kita perlu keluarkan unsure-unsur yang wujud disebabkan oleh “cutural bias”
kita sendiri. Kita juga adalah sebahagian daripada matriks budaya yang
merangkumi unsur-unsur anti-Kristian yang menghalang penyebaran Gospel
kepada orang lain.”
Kita dapat melihat agama Kristian telah lama menggunakan kaedah contextualization.
Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan kebenaran, atau menghormati
kesucian Rukun agama lain, dalam hal ini merujuk kepada nama Yang Maha
Esa ALLAH, tetapi sebagai kaedah mentrampilkan agama Kristian sebagai
sesuatu yang boleh diterima oleh penganut agama lain yang mempunyai
rukun kepercayaannya sendiri.
Untuk menjadikan lebih mudah diterima, istilah dan konsep yang biasa
digunapakai oleh masyarakat yang menjadi sasaran pendakwah itu diambil
and digunakan, supaya kepercayaan Kristian diterima dengan senang.
Justeru, penghasilan buku Gospel dalam Bahasa Arab Al-Quran. Jelas
kelihatan desakan menggunakan nama Allah merupakan satu strategi
Kristianisasi .
Maka tidak jauh tersasarlah jika kita membuat kesimpulan mengenai
persoalan apakah motivasi gereja Kristian Malaysia membuat tuntutan
untuk menggunakan nama ALLAH dalam bahan bercetak mereka di kalangan
masyarakat Melayu/Islam.
Begitu juga apakah motivasi mewujudkan kitab Gospel dalam bahasa Arab Al-Quran, atau mengadakan upacara keagamaan (service) pada hari Jumaat (seperti yang berlaku di Indonesia) dan bukannya pada hari Ahad.
IMCA berpandangan bahawa permintaan gereja Kristian Malaysia untuk menggunakan nama Allah adalah sebahagian daripada strategi contextualization yang telah lama digunakan, suatu strategi untuk mempengaruhi orang Melayu Islam untuk murtad daripada Islam. IMCA ingin menegaskan bahawa bukanlah niat kami untuk memperkecilkan kepercayaan Kristian.
IMCA dengan rendah diri meminta penganut Kristian Malaysia yang
mencintai Tuhan untuk menimbang semula pendirian mereka dan menjunjungi
jalan Kebenaran Kristian. Kami yakin bahawa orang Kristian yakin akan
keteguhan agama mereka dan kebenaran iman mereka. Mereka patut
menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal, tanpa
mengubahsuaikannya dengan istilah-istilah dan konsep yang lebih sedap
didengar oleh orang bukan Kristian.
Kami memohon kepada penganut Kristian yang mendakwa diri mereka
sebagai orang yang beriman, yang juga melafazkan Kebenaran supaya ikhlas
dengan Kebenaran itu. “Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut
memperkenalkan kata nama Aramaic bagi Tuhan yang dikatakan digunakan
sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah
ke dalam perbendaharaan kata Melayu” (Prof Al Aidrus).
Keikhlasan menuntut supaya mereka mencari penyelesaian kepada masalah
ini berdasarkan Kebenaran dan fikiran yang waras.
Kami meminta mereka
menarik balik tindakan dan tuntutan mereka, di atas nama KEBENARAN. Kami
meminta mereka teguh dan konsisten dalam menggunakan nama Tuhan seperti
yang dinyatakan dalam Gospel Aramaik, bukan apa sahaja yang mereka
gemari, kerana Gospel Aramaik adalah asas kepercayaan mereka.
Manusia hari ini terlalu banyak masalah. Kita berdepan dengan begitu
banyak penderitaan, kebuluran, pembunuhan dan ketidakadilan.
Adalah lebih bermanfaat jika semua makhluk yang mengasihi Tuhan untuk menumpukan usaha untuk kebaikan manusia sejagat.
Menghormati setiap budaya dan kepercayaan sesama sendiri akan
mengurangkan konflik dalam dunia yang sudahpun dipenuhi penderitaan.
Kami meminta KEAMANAN.
Marilah kita bersama berusaha ke arah KEAMANAN dengan nama Tuhan.
Sheikh Kareem
Secretary General
Secretary General
International Muslim Consumer Association
Kuala Lumpur 5 Sept 2013
No comments:
Post a Comment