30 October 2013

YASU AL-MASIH


Didalam Bible Kristian berbangsa arab, mereka memanggilnya dengan kalimah Yasu atau Al-Masih, tidak pernah mereka gunakan kalimah Allah atau Jesus!

Salam 2 all.

Kenapa kristian Malaysia tidak mahu menggunakan kalimah ‘Yasu’ untuk menterjemah perkataan ‘Jesus’ dalam Bible versi Bahasa Melayu?

Sebaliknya mereka berkeras mahu menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk menterjemah perkataan ‘God’ dalam Bible versi Bahasa Melayu!

Alasan mereka mahu menggunakan kalimah ‘Allah’ kerana kononnya kristian arab pun menggunakan kalimah ‘Allah’.

Kalau alasan mereka konon kristian arab dah memang pakai kalimah ‘Allah’, maka hujah yang sama patut digunakan untuk menterjemah kalimah ‘Jesus’ kepada kalimah ‘Yasu’ kerana kristian arab menggunakan kalimah ‘Yasu’ bukannya ‘Jesus’. 

Yasu adalah adalah terjemahan bahasa arab bagi kalimah Yeshua dalam bahasa Hebrew.

Kristian arab, samada didalam Bible mereka mahupun penggunaan harian, tidak pernah menggunakan kalimah ‘Jesus’, sebaliknya mereka menggunakan kalimah ‘Yasu’, atau diselang-gantikan dengan kalimah أَلْمَسِيح  -Al-Masih’ – tidak pernah Jesus!

Jadi mengikut logik pendakyah kristian disini, sepatutnya kalimah 'Jesus' dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada kalimah 'Yasu' dalam bible versi Bahasa Melayu, sama seperti mereka menterjemahkan kalimah 'God' kepada 'Allah'.

Oleh itu, ini membawa kita kepada persoalan mengapa mereka hanya berminat dan beriya-iya mahu terjemahkan kalimah 'God' dengan kalimah ‘Allah’, tetapi terjemahan kalimah 'Jesus' dengan kalimah ‘Yasu’ langsung tidak kedengaran?

Jawapannya mudah – seperti yang disebut didalam majalah Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan

penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.


Maknanya mereka mahu mendedahkan, atau dalam perkataan lain, mendakyahkan fahaman kristianiti kepada umat Islam. Dan memandangkan umat Islam adalah umat yang bertuhankan ALLAH, maka kalimah ALLAH menjadi alat dakyah mereka untuk mengkufurkan umat Islam!

Rumusannya, pendakyah kristian ini mahu menggunakan kalimah ALLAH bukan kerana arab kristian menggunakannya, tetapi kerana orang Melayu yang menggunakannya.

Kerana kalau alasan mereka kristian arab menggunakan kalimah ‘Allah’, maka logiknya mereka wajar menterjemah nama Jesus kepada ‘Yasu’ kerana kristian arab menggunakan nama itu!

Sadaqallah hal ‘adheem – benarlah firman ALLAH bilamana ALLAH mengingatkan kita umat Islam didalam Surah Al-Baqarah:120, ‘sesungguhnya Yahudi dan Nasara tidak akan redha dengan kamu umat Islam selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut agama dan cara kehidupan mereka’.

Persoalannnya ialah kenapa ada dikalangan kita umat Islam begitu mudah terpedaya dengan mainan licik pendakyah-pendakyah kristian ini?

Sepatutnya dalam isu sebesar ini, isu yang membabitkan aqidah ini, kita umat Islam sepatutnya bersatu dan berdepan dengan kemungkaran ini dengan satu suara, satu nada – iaitu Al Quran.

Itulah pesan ALLAH kepada kita bila Ia menyambung ayat tersebut dengan ketegasan, ‘Katakanlah bahawa petnjuk Al-Quran itu adalah benar dan cukup bagi kami’.

Dan apa petunjuk Al Quran itu?

Wa’tasimuu bihablillah hijami'aa walaa tafarraquu – berpeganglah (bersatulah) kamu dengan tali ALLAH dan jangalah kamu bercerai berai. Ingatlah ni’mat ALLAH kepada kamu semasa kamu berpecah belah, hampir-hampir terjerumus kamu ke jurang api neraka. Atas ni’mat ALLAH maka disatukan Nya hati kamu!

Tetapi yang terjadi ialah sebaliknya. Ada antara kita memilih untuk bersekongkol dengan kafir harbi ini dan bertindak menikam saudara sebangsa dan seagamanya dari belakang – mereka memilih untuk meliwat agama dan bangsa mereka sendiri!

Kerana apa?

Hanya kerana gilakan kuasa! Gilakan Putrajaya! Gilakan jawatan, habuan dan kedudukan!

Kerana kuasa Kerajaan, Putrajaya, jawatan, habuan dan kedudkan itu hanya boleh diperolehi melalui undi, maka mereka melacurkan aqidah dan keimanan mereka atas nama tahaluf siyasi menubuhkan suatu pakatan syaitan yang akan menghancurkan agama dan bangsa mereka!

Persetankan agama! Persetankan bangsa! Yang penting Putrajaya!

Konon pakatan syaitan ini hanyalah alat untuk mereka mendapatkan kuasa. Nanti dapat kuasa kita tubuhkan Negara Islam, laksanakan hudud, qisas  & ta’zir. Sementara itu, kita bertopeng dan berlakon sahaja dengan kafir-kafir harbi dan peliwat-peliwat democrazy ini!

Inilah namanya konsep taqqiyyah – topeng agama yang digunakan oleh syi’ah yang terbukti telah menjahanamkan Islam sejak zaman Saidina Ali karamallah huwajhah.

Untuk mereka ALLAH telah memberi amaran, bila Ia menutup ayat 120 Al-Baqarah dengan suatu ketegasan, ‘namun jika kamu memilih untuk menerima agama dan cara kehidupan kafir-kafir ini, setelah datang kepada kamu petunjuk Al-Quran, maka ALLAH tidak akan lagi menjadi Pemberi Petunjuk dan Pembimbing dan Pembantu kamu’ – na’uzubillah!

Bermakna kepada golongan ini, ALLAH berjanji memutuskan hubungan dengan mereka. ALLAH bukan lagi wali mereka!

Jika ALLAH bukan lagi wali mereka, maka siapa pula yang akan menjadi wali bagi mereka?

Jawapannya mudah – mereka berwalikan syaitan dan iblis – na’uzubillah.

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing!

Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali.

Ya ALLAH , tetapkanlah iman dan aqidah kami. Berilah Petunjuk Mu kepada kami. Tetapkanlah kami didalam Islam. Dan matikanlah kami didalam Islam. Berikanlah kami anugerah istiqomah dalam menghadapi zaman fitan ini, zaman dimana memegang Islam sama seperti memegang bara api; zaman dimana mempertahankan Islam dianggap pelik, alien dan asing.

Aamantuu billah summastaqeem – kami beriman kepada ALLAH, dan kami beristiqomah!

Wallahua’lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
25 ZulHijjah 1434
30 Oktober 2013

29 October 2013

DILEMA CINA-KIASU


The Chinese Dilemma


Salam 2 all.

Teman cukup tertarik dengan penulisan seorang tokoh korporat Ye Lin-Sheng dalam bukunya bertajuk “The Chinese Dilemma”, suatu pendedahan yang sudah lama dirasai oleh orang Melayu dalam negara ini.

Keberanian beliau membongkar kepincangan pemikiran masyarakat Cina Malaysia memberikan kita perspektif daripada ‘orang dalam’ tentang sikap dan mentaliti sebahagian daripada masyarakat Cina Malaysia.

Kalau dibaca pendedahan didalam buku ini, teman berpendapat ianya dapat dirumuskan didalam satu perkataan yang menjadi coin-word oleh Professor Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah – Kiasu Cina!!!

Buku ini menerima kutukan teruk dalam komen-komen oleh mereka yang apa disebut didalam peribahasa Melayu 'siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

Seperti biasa, komentar yang diterima jelas lebih bersifat rasis dan ultra-kiasu, yang tidak dapat menerima kenyataan. Truth hurts - kebenaran itu sangat memedihkan. Itulah yang dirasai oleh beberapa orang extremis, rasis dan pelampau perkauman yang membaca pendedahan dan pembongkaran oleh Ye Lin-Sheng ini!

Namun beberapa komentar profesional yang objektif melihat pendedahan ini sebagai satu keberanian yang wajar dibongkar!

‘A review of the book at Aliran Monthly, Khoo Boo Teik has this to say about Ye Lin-Sheng:

Born of immigrant parents, Ye lived the transition from British to Malay rule, a kind transition in Ye’s experience of race relations. In the 1960s, he left the civil service for the private sector. It was a successful switch way ahead of Mahathirist privatization.

Now an international investor, he makes hardnosed comparisons of the costs and benefits of living in different places. He’s loyal to home but not uncritical of domestic defects. He’s global but not seduced by western hypocrisies.

Surely this is the profile of a growing Chinese social type who pragmatically and sincerely rejects any suggestion that the grass is greener on many other sides.

If I’m correct, Ye’s (Chinese) readers, even if they’re stung by his strictures, will find The Chinese Dilemma to be confirmatory of the times in which they live.

More…

Ye isn’t timid or blindly partisan. He tackles what others shun as sensitive issues. At heart, he’s aware of a pervasive Chinese sense of hurt. Still, he refuses to excuse the crassness, dirtiness and corruption of the ‘Ugly Chinaman’, or, more apropos, his tendency to belittle Malay capability and achievement.

He praises Malay leadership. Yet he scorns the antics of the ‘Ugly Malay’ who threatens politicians and officials, thumping tables to make Bumiputera claims on contracts, licences, concessions and land or wish[es] to be seen as being tough on the Chinese in order to gain a Malay following.

Read the full review here.

I’d recommend this book to every Malaysian, especially Malaysian Chinese who love to moan and whine about the ‘sad’ state of affairs in this country ;) Available at your local bookstores'.

Sumber daripada www.suanie.net/2006/01/20/the-chinese-dilemma/

Secara ringkasnya, dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), beliau mendedahkan beberapa isu seperti berikut:

1. Pengiktirafan orang cina:

“Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu”.

2. Keangkuhan orang cina:

“Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini.

Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina”.

3. Perkauman orang cina:

“Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu.

Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis”.

4. Penghinaan orang cina:

“Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun.

Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu”.

5. Sikap negatif orang cina:

“Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka”.

6. Isu Tuan Rumah:

“Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah.

Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercabar.

7. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:

“Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula.

Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman.

Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis”.


RUMUSAN

Pada saya, buku "The Chinese Dilemma" ini sepatutnya menjadi pembuka mata, eye-opener kepada bangsa Melayu dan kepada bangsa Cina yang cintakan keharmonian dan perpaduan kaum. Terutama kepada beberapa kerat neo-Melayu yang begitu mengagung-agungkan persekongkolan dengan extremis, cauvnis, rasis dan pelampau perkauman semata-mata kerana terlalu gilakan kerusi, jawatan, habuan dan kedudukan!

Iqro - firman ALLAH yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah saw. Bacalah, kerana membaca itu jalan kepada kebenaran!

Saya juga melihat buku ini sebagai pelengkap kepada buku ‘Dilema Melayu’ tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamed yang dengan berani mendedahkan tentang sikap serta mentaliti bangsa Melayu.

Saya memberi sokongan kuat kepada sesiapa juga yang mahu dan berani melihat ke cermin dan menilai diri supaya membaca kedua-dua buku ini. Insyallah kita akan mengenali dengan lebih dekat sikap dan pemikiran bangsa Melayu dan kaum Cina.

Sebagaimana firman ALLAH swt didalam Surah Al-Hujurat: 13, ‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan sesorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dab bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.

Wallahua’lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
24 Zulhijjah 1434
29 Okt 2013

28 October 2013

KALIMAH URUF AL-BALAD



Aku naik saksi tidak ada tuhan melainkan ALLAH, aku naik saksi Muhammad utusan ALLAH
Salam 2 all.

Kristian arab pun guna kalimah ALLAH, kenapa pulak kita nak halang kristian Malaysia daripada menggunakan kalimah ALLAH?

Itulah hujah paling popular dikalangan peliwat democrazy dan parasit pelesit yang menyokong supaya kristian Malaysia dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH!
NAMA TUHAN KRISTIAN ARAB BUKAN ALLAH

Kalau kita tanya orang kristian arab, apa nama tuhan mereka, mereka tidak akan sebut kalimah ‘ALLAH’, sebaliknya mereka akan sebut:

بِاسْمِالآبِ وَالاِبْنِ وَالرُّوحِ الْقُدُسِ
 Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūil-Qudus

Diterjemahkan didalam Bahasa Inggeris seperti berikut:

In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit

Dan kalau ditanya apa kalimah yang mereka guna untuk memanggil Jesus, orang kristian arab akan kata:

أَلْمَسِيح  - Al Masih atau Yasu

Persoalan: kalau nama tuhan mereka tidak disebut dengan kalimah ALLAH, dimana datang hujah yang orang kristian arab menggunakan kalimah ALLAH?


PERBEZAAN ANTARA ‘Allah’ dan ‘allah’ DALAM BAHASA ARAB

Sebenarnya kalimah 'alif-lam-lam-ha = allah' itu bagi orang arab ialah terjemahan kepada kalimah 'god' dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa arab, mereka tidak ada kalimah lain untuk terjemah kalimah 'god' kecuali kalimah 'alif-lam-lam-ha = allah'.

Maknanya secara umum orang arab bila terjemah kalimah 'god' akan kata 'allah'. Samada dia Arab Islam, Arab Kristian, Arab Yahudi, apa pun agamanya, terjemahan kalimah bahasa Inggeris 'god' ke dalam bahasa arab ialah 'alif-lam-lam-ha = allah'.

Sebab itu kita tidak hairan kalau perkataan 'alif-lam-lam-ha' kerap diguna oleh bangsa arab tidak kira apa agamanya; janji dia orang arab atau bercakap arab, bila menterjemahkan perkataan 'god' mereka akan guna perkataan 'alif-lam-lam-ha = allah'.

Bila orang Inggeris kata, 'oh my god', orang arab akan terjemah 'maasya-allah';
Bila orang Inggeris kata, 'god's willing', orang arab akan terjemah 'insya-allah';
Bila orang Inggeris kata 'thank god', orang arab akan terjemah 'alhamdulillah'.

Dalam konteks linguistik, penterjemahan perkataan 'god' ke bahasa arab dengan menggunakan perkataan 'alif-lam-lam-ha' adalah penterjemahan perkataan nama am, bukan nama khas.

Sebab nama khas tuhan kristian arab bukan 'ALLAH', sebaliknya ialah أَلْمَسِيح  - Al Masih atau Yasu atau الْقُدُسِ وَالرُّوحِ وَالاِبْنِ بِاسْمِالآبِ (Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūil-Qudus); sedangkan nama khas tuhan bangsa arab beragama Islam ialah  الله

Bermakna bila menyebut kalimah 'alif-lam-lam-ha', arab kristian bukan mengaitkannya dengan nama ketuhanan mereka! Bagi kristian arab, perkataan 'alif-lam-lam-ha' hanyalah soal bahasa sebagai terjemahan perkataan 'god', itu sahaja! Bukan nama tuhan mereka!

Tetapi bila orang arab beragama Islam menyebut kalimah 'alif-lam-lam-ha', mereka menyebutnya dengan merujuk kepada soal ketuhanan, nama tuhan iaitu 'ALLAH'. Bermakna bagi orang arab beragama Islam, perkataan 'alif-lam-lam-ha' adalah nama tuhan!

Itulah perbezaan besar penggunaan kalimah ALLAH diantara orang arab Islam dan orang arab kristian!

Ini dinamakan konsep ‘uruf al-balad – kefahaman setempat. Orang arab dia faham sebab itu bahasa dia. Sedangkan dalam konteks Malaysia dan dunia Melayu, ‘uruf kita dalam soal kalimah ALLAH ini sangatlah berbeza!


KEKELIRUAN TERJEMAHAN

Bagaimana kekeliruan ini boleh timbul bagi penterjemah yang menterjemah Bible bahasa Arab ke Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu?

Kekeliruan ini timbul kerana penterjemah daripada bahasa arab ke bahasa Inggeris/ bahasa Melayu tidak faham perbezaan antara nama khas dan nama am didalam Bahasa Arab berbanding dengan Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu.

Dalam bahasa arab, perbezaan nama am dan nama khas tidak ketara dalam bentuk huruf atau tulisan, tidak seperti bahasa Inggeris juga bahasa Melayu.

Walaupun tulisan dan bunyi sebutan sesuatu perkataan itu sama, kita dapat membezakan sesuatu nama khas dan nama am dengan perbezaan pangkal huruf kecil atau besar.

Contohnya jika Kedutaan Amerika menghantar surat seperti berikut:

1. We are sending to you bush planting technology;

2. We are sending to you Mr. Bush.

Dalam kedua-dua contoh diatas, perkataan ‘bush’ digunakan. Tulisan dan sebutannya sama sahaja. Tetapi kita boleh membezakan nama am dengan nama khas melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

Dalam ayat (1), perkataan ‘bush’ dengan huruf ‘b’ kecil itu adalah nama am bagi hutan semak.

Dalam ayat (2), perkataan ‘Bush’ dengan ‘B’ besar itu adalah nama khas bagi nama seseorang, seperti President Bush.

Dan jika kita terjemahkan ke Bahasa Melayu, ianya akan menjadi seperti berikut:

1. Kami akan menghantar kepada kamu teknologi penanaman semak;

2. Kami akan menghantar kepada kamu En. Bush.


KESILAPAN PENTERJEMAHAN KALIMAH AM ‘allah’


Masalahnya ialah bila penterjemahan daripada bahasa arab ke bahasa Melayu dibuat, nama am  اللهyang digunakan oleh arab kristian yang membawa maksud nama am ‘god’ yang sepatutnya diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai ‘tuhan’ telah diterjemahkan sebagai ‘allah’ dalam terjemahan bahasa Melayu

Mengapa ia diterjemahkan sedemikian wallahua’lam, saya sendiri pun tidak pasti.

Tetapi jawapannya mungkin boleh kita boleh perolehi didalam majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.



NAMA AM DAN NAMA KHAS

Ringkasannya boleh kita lihat dalam jadual dibawah:


Jenis Nama

Arab
English
Melayu
Nama Khas
Proper Noun
  الله
Allah
Allah
Nama Am
Common Noun
  الله
God
Tuhan

Oleh itu, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dikalangan orang Melayu beragama Islam tentang penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah satu kesilapan penterjemahan.

Dan menjadi tanggunjawab kita memperbetulkan kesilapan tersebut mengikut pendekatan dan kaedah yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana.

Ini adalah kerana bagi kita umat Melayu-Islam, kalimah ALLAH adalah nama khas; nama tuhan yang kita sembah. Tidak ada tuhan melainkan ALLAH! Dan ALLAH disini bermaksud ALLAH Maha Esa; ALLAH Hu-Ahad; ALLAH Yang Satu.

Sedangkan maksud kristian disini bila bercakap tentang ketuhanan ialah dalam bentuk triniti- ALLAH Hus-Salis; ALLAH Tiga-Dalam-Satu; ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Ruh Suci.

Fahaman dan kepercayaan seperti ini bercanggah dengan aqidah umat Islam! Ianya adalah syirik dan kufur!

Sebab itu kita umat Melayu-Islam tidak ada pilihan. Kita wajib mencegah kemungkaran ini. Ini bukan perkara kecil, ini soal aqidah. Soal menentukan kita ke syurga atau neraka! Soal menentukan kita termasuk dalam golongan hamba ALLAH atau hamba syaitan!

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membuat ketetapan fatwa yang jelas dalam perkara ini. Malahan Majlis Syura’ PAS juga membuat rumusan yang sama.

Walaupun terdengar diluar sana beberapa suara sumbang dikalangan umat Islam yang dek kerana politiking yang melampau dan gilakan undi, masih berdegil menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH, termasuk yang bergelar agamawan, namun pendirian kita jelas. Adakah mereka ini lebih hebat ilmunya daripada ulama-ulama besar yang mengganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura PAS?

Ingatlah kepada firman ALLAH swt yang sering kita dengar didalam khutbah Jumaat – wahai orang beriman, bertaqwalah (takut dan patuhlah) kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan didalam Islam!

Saya menyeru diri saya dan diri saudara-saudari, bertaqwa dan takutlah kepada ALLAH, janganlah kamu menggadai kalimah ALLAH semata-mata untuk mendapat habuan dunia yang terlalu sedikit. Kembalilah kepada keredhaan ALLAH, dan bersatulah kita dalam menentang kemungkaran ini. Walaupun kita terpaksa mengenggam bara api, walaupun kita dituduh pelik dan ganjil, walaupun kita mungkin sedikit jumlahnya, namun yakinlah janji ALLAH yang kita pasti menang insya ALLAH!

Semoga ALLAH memelihara aqidah, iman dan kepercayaan kita, dan memberikan kita anugerah istiqomah! Ameen.

Wallahua’lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
23 ZulHijjah 1434
28 Okt 2013

25 October 2013

IFC-COMANGO

Ukhwah kesatuan umat Islam sangat-sangat dibenci oleh iblis dan syaitan dan kaum yang sewaktu dengannya
Salam 2 all.

Saya tertarik melihat tuntutan Coalition of Malaysian NGOs atau singkatannya COMANGO iaitu pakatan pertubuhan-pertubuhan pro-kebebasan mutlak dan hak asasi tanpa batas di Malaysia didalam persidangan semakan Universal Periodic Review oleh United Nations Human Rights Council di Geneva, Switzerland yang berlangsung semalam.

Antara tuntutan mereka yang menarik perhatian dicatatkan seperti berikut:

1. menuntut Malaysia menerima International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang antaranya mengandungi Artikel 18 berkaitan kebebasan beragama. Diantara komen ialah "The Committee observes that the freedom to 'have or to adopt' a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one's current religion or belief".

Terjemahan: Artikel 18 ini bermaksud "bahawa hak untuk menerima atau menganut sesuatu agama atau kepercayaan sewajarnya bermaksud kebebasan untuk memilih sesuatu agama atau kepercayaan, termasuk hak untuk menukar atau menggantikan agama atau kepercayaan sedia-ada seseorang".

Ini bermakna seseorang yang sedia-ada menganut agama Islam wajib diberi kebebasan menukar agama itu ke agama atau kepercayaan lain.

Ringkasnya, seorang Islam itu wajib diberi kebebasan dibenarkan murtad!

Melihat kepada tuntutan Comango ini, saya teringat tuntutan mereka yang melobi untuk penubuhan Suruhanjaya Antara Agama atau IFC sekitar tahun 2005-2006 dahulu. Antara tuntutan utama mereka ialah seperti:

1. mendesak Malaysia melaksanakan Artikel 18 United Nations Universal Declarations of Human Rights yang memperuntukkan "everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in publicor private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance".

Terjemahan: "setiap individu berhak kepada kebebasan berfikir, kepercayaan dan agama; ini termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan itu, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau bersesama samada secara persendirian atau secara terbuka.melaksanakan agama atau kepercayaan didalam bentuk pengajaran, amalan, penyembahan dan pematuhan".

Ini bermakna seseorang yang sedia-ada menganut agama Islam wajib diberi kebebasan menukar agama itu ke agama atau kepercaya lain.

Ringkasnya, seorang Islam itu wajib diberi kebebasan untuk murtad!

Apa maksud saya memberi perbandingan tuntutan Comango dan IFC ini?

Saya mahu membuktikan bahawa tuntutan mereka sama sahaja! Malah kalau dilihat mereka yang menganggotai IFC dan Comango, boleh dikatakan pihak yang sama sahaja. Malah individu yang terlibat pun ada yang sama sahaja.

Mereka kelihatan begitu kemaruk mahu memurtadkan orang Melayu beragama Islam; setelah gagal diperingkat negara, mereka kini melobi ke peringkat antarabangsa.

Benar rupanya firman ALLAH swt dalam Al-Baqarah:120, 'sesungguhnya kafir (Yahudi & Nasara) ini sama sekali tidak akan redha dengan kamu (umat Islam) sampai bila-bila selagi kamu tidak menurut agama dan cara kehidupan mereka' - sadaqallah hal 'adheem! 

Persoalannya ialah mengapa semasa tuntutan IFC, umat Melayu-Islam boleh bersatu. Parti politik Melayu-Islam seperti UMNO, PAS boleh bersatu. NGO-NGO Melayu Islam juga bersatu. Individu-individu pejuang-pejuang Melayu Islam boleh bersatu. Kita boleh menolak kefahaman sempit politik kepartian; dan bersatu mempertahankan Islam.

Malah saya masih ingat kita bersatu menjalankan Kempen Sejuta Tandatangan Umat dimana dalam tempoh sebulan dua, kita berjaya mendapatkan tandatangan lebih sejuta umat Melayu-Islam dan menyerahkan Memorandum Memperkasakan Islam kepada Majlis Raja-Raja.

Ukhwah, perpaduan dan kesatuan umat Melayu-Islam pada masa itu yang bergerak dengan satu suara satu perjuangan akhirnya menumbangkan cadangan penubuhan IFC.

Tetapi amat malang tidak sampai sepuluh tahun, ukhwah, perpaduan dan kesatuan umat Islam menjadi goyah dan goyang.

Samada dalam isu aqidah Kalimah ALLAH, kepada isu murtad seperti di DUMC, kepada isu tuntutan Comango ini, kita umat Melayu-Islam telah gagal bersatu dan berpadu. Kita tidak membawa satu suara satu perjuangan.

Kita umat Melayu-Islam yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat, Satu Aqidah; tetapi kita gagal menjadi Satu Umat!

Dalam isu tuntutan Comango ini, kita bernasib baik kerana disana masih ada segelintir umat Melayu-Islam yang peka dan sensitif dan masih mahu membela dan memperjuangkan hak dan maruah bangsa dan agama.

Mereka bersatu tenaga dan pemikiran, dan menubuhkan sebuah badan dinamakan Muslim-Universal Periodic Review Organisation atau singkatannya Muslim-UPRo. Antara badan yang terlibat ialah seperti yang disenaraikan dibawah.

Mereka ini jelas menepati ciri-ciri yang ALLAH gambarkan didalam Surah Al-Maidah: 54-56. Dan saya yakin mereka akan diberi kemenangan oleh ALLAH swt insyallah.

Kepada parti politik, NGO, pertubuhan dan individu yang mengaku Islam tetapi berpaling daripada perjuangan memartabat dan memperkasakan bangsa dan agama Islam ini, ingatlah amaran ALLAH swt.

Kalau dunia yang kamu kejarkan, kalau jawatan habuan dan kedudukan yang kamu gilakan, dek kerana itu kamu sanggup bersekongkol dengan kafir harbi menikam bangsa dan agama kamu sendiri daripada depan dan belakang; ingatlah ALLAH berjanji akan memutuskan sebarang bantuan dan pertolongan dengan kamu; dan ALLAH tidak lagi menjadi pembimbing dan pemberi petunjuk kepada kamu.

Sesatlah kamu kelak nanti bersama golongan yang sesat, na'uzubillah.

Saya berseru kepada kamu, kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah kepada Al-Quran. Kembalilah kepangkuan perjuangan Islam. Kembalilah kamu kepada ukhwah dan persaudaraan Islam. Kembalilah!

Wa'tasimu bihablillah hijamii'a wala tafarroquu - berpeganglah kepada tali ALLAH dan janganlah kamu bercerai-berai!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
20 Zulhijjah 1434
25 Okt 2013


* MuslimUPRo adalah dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama termasuk Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia, GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).

24 October 2013

NORAZITA ABU TALIB

Norazita Abu Talib2
Allahyarham Norazita Abu Talib bersama suami Irwan Kamaruddin dan anak-anak

Salam 2 all.

Jam pukul 0230hrs Khamis 19 ZulHijjah 1434 bersamaan 24 Oktober 2013. Tau-tau fon saya berbunyi menerima mesej bergambar. Daripada sahabat saya di Makkah yang baru lepas menunaikan haji!

Bila membukanya, saya terkejut dengan gambar seorang wanita berbaju kurung merah, dikenali sebagai Norazita Abu Talib (37) terbaring dengan muka hampir separuh pecah, dengan berlatarbelakangkan sebuah peti besi berisi wang. Mesejnya berbunyi 'pegawai AmBank USJ Central ditembak mati oleh perompak seorang pengawal AmBank sendiri'.

Kemudian mesej itu diikuti dengan satu videoklip durasi 30 saat menunjukkan pegawai wanita itu bersama seorang wanita berbaju putih membuka peti besi dan sedang memegang sesuatu dipercayai ikatan wang tunai, tiba-tiba rebah dan muncul seorang berpakaian pengawal dikenali sebagai Ardi Bin Hamza (37) dengan senjata shot-gun meluru menarik wanita berbaju putih itu dan kemudian merampas wang didalam petibesi tersebut sebelum melarikan diri.

Sebaik melihat gambar dan videoklip itu, perasaan terkejut, sedih, marah dan kecewa bercampur baur!

Pelbagai persoalan timbul didalam pemikiran saya waktu itu:

1. Siapa pengawal keselamatan AmBank itu?

2. Syarikat Kawalan Keselamatan mana yang mengambil dia bekerja?

3. Adakah pengawal itu memenuhi syarat untuk membawa senjata?

pegawai-bank-ditembak-mati
Mayat Norazita setelah ditembak
4. Jika tidak, bagaimana pengawal itu boleh dibenarkan membawa senjata api?

5. Apa langkah SOP keselamatan pihak Bank dalam situasi seperti itu?

Beberapa fakta yang tersebar selepas itu menambah perasaan marah dan kecewa saya:

1. Norazita sudah bekerja dengan AmBank selama 16 tahun, maknanya sejak berumur 21 tahun beliau sudah bekerja dengan Ambank;

2. Semasa kejadian, hanya Norazita dan 3 kakitangan wanita AmBank diiringi pengawal keselamatan bersenjata itu ke bilik petibesi tersebut;

3. Kejadian berlaku jam 1818hrs maknanya selepas waktu bekerja biasa dalam keadaan hujan ribut baru melanda Kuala Lumpur;

4. Pengawal keselamatan itu membawa senjata pump-gun;

5. Pengawal keselamatan itu sebenarnya bekerja di Bank bersebelahan dan dikatakan menggantikan pengawal keselamatan AmBank cawangan itu yang tidak datang bekerja hari itu. Maknanya dia bukan pengawal keselamatan di AmBank cawangan itu;

6. Pengawal keselamatan itu bernama Ardi Bin Hamza mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia nombor 770818-12-6721 dengan alamat tercatat Jalan Apas Batu 2 No. 70 Tawau Sabah;

7. Pihak polis mendapati nama dan kad pengenalan pengawal itu tidak ada didalam sistem mereka dan dipercayai palsu!

Pelbagai persoalan timbul daripada fakta ini:

1. Bagaimana Syarikat Kawalan Keselamatan itu mengambil pengawal dengan kad pengenalan palsu?

2. Tidak adakah sistem penapisan dan pemeriksaan-timbalbalik (counter-checking system) dengan pihak keselamatan PDRM, JPN dan lain-lain;

pegawai bank ditembak
Saspek dikenali sebagai Ardi Hamza dengan IC palsu
3. Bagaimana seorang pengawal yang mempunyai kad pengenalan palsu boleh dibenarkan membawa senjata api? Kerana didalam sistem keselamatan senjata-api Malaysia yang cukup ketat, pembawa atau pemilik senjata api mesti memperolehi permit 'carry & use' sebarang senjata daripada PDRM. Dan PDRM mempunyai syarat dan kriteria yang sangat ketat dalam mengeluarkan permit itu;

4. Kalau pengawal tersebut mempunyai permit (yang buat amasa ini saya percaya tidak ada), adakah ketirisan dalam prosedur penapisan dan proses pemberian permit itu kepada seorang yang mempunyai kad pengenalan palsu? Kalau ini benar (saya berharap ianya tidak benar), maka ada sesuatu yang tidak kena dengan proses kelulusan permit tersebut. Tindakan serta merta mesti diambil jika benar ini berlaku!

5. Kalau pengawal itu tidak mempunyai permit, maka syarikat itu perlu disiasat kerana membenarkan seseorang yang tiada permit membawa dan menggunakan senjata api. Jika ini benar, tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat tersebut termasuk membatalkan lesen syarikat tersebut serta merta dan menghentikan semua operasi kawalan keselamatan syarikat itu; semua pegawai dan pengurus yang terlibat wajib dikenakan tindakan termasuk pertuduhan jenayah jika cukup keterangan dan bukti.

Selain menyiasat dan menangkap serta mendakwa pembunuh tersebut, saya merasakan tindakan paling wajar sekarang ini ialah dengan menggantung serta-merta lesen Syarikat Kawalan Keselamatan tersebut dan menghentikan seluruh operasi mereka sehingga siasatan menyeluruh dibuat.

Kedua, jika didapati ada kecuaian dipihak pengurusan syarikat itu, tindakan tegas mesti diambil terhadap pengurusan syarikat termasuk dikenakan pertuduhan jenayah.

Soal keselamatan tidak boleh dipermainkan atau dipandang remeh. Banyak pihak bergantung kepada kredibiliti dan kewibawaan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan. Mereka dibenarkan membawa dan menggunakan senjata api. Mereka dibenarkan akses ke tempat sekuriti. Mereka diamanahkan dengan keselamatan nyawa dan harta orang awam.

Nyawa, harta benda dan keselamatan orang ramai banyak bergantung kepada mereka! Tindakan tegas serta pemantauan berkala mesti dilakukan terutama dalam hal berkaitan penggunaan senjata api oleh pengawal keselamatan. Tiap pengawal yang dibenarkan membawa senjata api mesti ditapis dan diperiksa dengan teliti dan mesti disahkan oleh pihak PDRM, dan pemeriksaan berkala mesti dilakukan!

Apa pun, saya mengucapkan takziah kepada saudara Irwan Kamaruddin atas kehilangan isteri tercinta, dan kepada anak-anak yang masih kecil yang kehilangan ibu yang masih muda. Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan keampunan Nya kepada Allahyarham Norazita Abu Talib, dan meletakkan Allahyarham dalam golongan solehah dan yang diredhai, serta dimasukkan kedalam syurga. Dan moga ALLAH memberikan kesabaran kepada saudara Irwan dan keluarga dalam menghadapi musibah dan dugaan yang hebat ini.

Innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un - daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali.

Ameen Ya Robbal 'Aalameen.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
19 ZulHijjah 1434
24 Okt 2013

Nota : selepas siaran tulisan ini, saya dimaklumkan KDN telah mengambil tindakan membatalkan lesen syarikata kawalan keselamatan tersebut serta merta. Tahniah saya ucapkan atas tindakan segera KDN. Bravo!

23 October 2013

JIHAD MUSLIM-UPRo

Lambang kebebasan antarabangsa
Lambang kebebasan seks Yahudi

Adakah persamaan lambang perjuangan kebebasan mereka ini satu kebetulan?

Salam 2 all.

Persidangan proses Universal Periodic Review - Semakan Berkala Sejagat berkaitan isu hak asasi manusia di Malaysia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland akan berlangusung esok 19 ZulHijjah 1434 bersamaan 24 Okt 2013.

Beberapa NGO di Malaysia yang pro kebebasan tanpa batas dan hak asasi melampau telah menubuhkan sebuah pakatan sesama mereka dengan sokongan dan bantuan beberapa NGO dan badan asing telah mengemukakan beberapa tuntutan terhadap Malaysia dalam sidang ini.

Beberapa pertubuhan Melayu-Islam Malaysia, yang peka dengan implikasi dan kesan serius daripada sidang ini telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah badan bernama Muslim-UPRo (Muslim-Unviersal Periodic Review Organistation) untuk menyanggah desakan NGO pro kebebasan tanpa batasan ini.

Seramai 17 orang wakil M-UPRo ini sudah berada di Geneva (dengan tanggungan sendiri) untuk maskud tersebut.

Saya mengambil kesempatan ini mengajak seluruh umat Islam terutama di Malaysia untuk bersatu dan memohon kepada ALLAH supaya menyelamatkan negara kita daripada ancaman liberalisma dan pluralisma ini. Mari kita mendirikan solat hajat dan munajat memohon kepada ALLAH agar aqidah, keimanan dan syariat Islam terus mekar dan dimartabatkan dalam negara kita.

Malaysia adalah benteng terakhir bagi umat Melayu-Islam; we are the last bastion for Malay-Muslim!!!

Dibawah saya lampirkan Memorandum M-UPRo yang dikeluarkan untuk sebaran kepada seluruh umat Melayu-Islam agar memahami isu yang sedang melanda kita sekarang.

Kalau dahulu kita bersatu menentang IFC - Interfaith Commission yang mencabar aqidah dan syariat Islam, sehingga akhirnya ia tumbang tersungkur; mengapa sekarang kita tidak boleh bersatu dengan ancaman yang lebih besar dan bersifat global ini?

Tepuklah dada, tanyalah iman masing-masing yop!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
18 ZulHijjah 1434
23 Oktober 2013

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kenyataan NGO Islam  UPR ini dikeluarkan  pada 22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H

Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.

MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam yang disenaraikan di sini mengambil pendirian berikut:

Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan;

Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism dan semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam;

Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta Negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);

Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam.

Dengan latar belakang tersebut, kami berpandangan bahawa:

A. Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR atau ringkasnya COMANGO telah melakarkan tuntutan-tuntutan mereka tanpa menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

B. Perbuatan COMANGO ini bertujuan untuk meletakkan apa saja dasar dan undang-undang yang digubal sama ada oleh Kerajaan atau Majlis-majlis Agama di bawa seliaan dan pemerhatian HRC UN.

C. Kerajaan perlu menjelaskan kepada HRC bahawa, sekalipun rakyat Negara ini terdiri daripada penganut berbagai agama dengan penganut agama Islam membentuk 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, namun Negara Malaysia berkewajipan untuk memelihara Agama Islam pada semua masa.

D. Kealpaan perwakilan Negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara Agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam dalam berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa dalam isu-isu hak kebebasan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

E. Tuntutan-tuntutan COMANGO yang berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia. Berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah yang utama iaitu Memelihara Agama, yang juga terkandung dalam Sumpah Yang DiPertuan Agong (Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan perlu lebih serius menolak tuntutan-tuntutan sebegini –

i. Tuntutan yang bersifat provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”;

ii. Mempertikaikan keputusan mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir;

iii. Menuntut hak kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang;

iv. Tuntutan untuk menghapuskan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Negeri-negeri;

v. Memberikan persepsi buruk kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Agama di seluruh Negara dengan penggunaan label stereotaip media barat iaitu moral policing;

vi. Memberikan gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam;

vii. Tuntutan untuk mengiktiraf hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBT ;

viii. Membenarkan amalan seks songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabií itu sebagai perbuatan jenayah;

ix. Mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah.

x. Menuntut supaya Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang LGBT diterima oleh Malaysia;

xi. Menuntut diberhentikan serta merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi;

xii. Tuntutan untuk membenarkan buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism) diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala; menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa;

Justeru, MuslimUPRo mendesak Kerajaan supaya:

i. Bertegas dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan-tuntutan COMANGO kepada HRC melalui proses UPR tersebut. Penegasan ini dilakukan berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan Malaysia sebagai Negara Islam;

ii. Menghalang pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya dari terus-menerus mencabar institusi Raja-raja Melayu, institusi fatwa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri serta institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan melindungi Islam sebagai agama Negara;

iii. Mengambil tindakan sewajarnya menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara terhadap pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya apabila jelas terdapat usaha membuka ruang untuk melakukan kesalahan-kesalahan jenayah apabila tuntutan-tuntutan tersebut berlawanan dengan Enakmen-enakmen Negeri-negeri yang memperuntukkan undang-undang melindungi Islam;

iv. Menolak tuntutan COMANGO dan Badan-badan HAM dengan berasaskan kewajipan memelihara kedaulatan Islam sebagai Agama Negara;

v. Merundingi Majlis-Majlis Agama Islam dan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan dalam mempertimbangkan pelbagai tuntutan yang menyentuh Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.

vi. Bertegas menghalang COMANGO dari berurusan dengan mana-mana pihak sama ada dalam atau luar Negara kerana hanya segelintir (12 persatuan) yang sah sebagai NGO dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, manakala yang lainnya tidak berdaftar dan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Pertubuhan;

vii. Mana-mana pihak yang berurusan dengan pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar ini turut melakukan kesalahan. Suara dan tuntutan mereka ini tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia, bahkan sebahagian dari peneraju pertubuhan tidak berdaftar ini telah beroperasi secara tidak sah selama tempoh mencecah puluhan tahun. Bahkan sebahagian dari mereka ini juga sengaja mewujudkan entiti perniagaan di bawah Pendaftar Syarikat dengan tujuan mendapat penyaluran dana asing untuk membiayai tuntutan jahat mereka untuk mengkhianati Agama Negara.

viii. Menyiasat sumber kewangan yang membiaya COMANGO untuk melakukan berbagai pengkhianatan terhadap kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara;

Azril Mohd Amin – Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva, Switzerland 

MuslimUPRo adalah dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama termasuk Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia, GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).