28 October 2013

KALIMAH URUF AL-BALAD



Aku naik saksi tidak ada tuhan melainkan ALLAH, aku naik saksi Muhammad utusan ALLAH
Salam 2 all.

Kristian arab pun guna kalimah ALLAH, kenapa pulak kita nak halang kristian Malaysia daripada menggunakan kalimah ALLAH?

Itulah hujah paling popular dikalangan peliwat democrazy dan parasit pelesit yang menyokong supaya kristian Malaysia dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH!
NAMA TUHAN KRISTIAN ARAB BUKAN ALLAH

Kalau kita tanya orang kristian arab, apa nama tuhan mereka, mereka tidak akan sebut kalimah ‘ALLAH’, sebaliknya mereka akan sebut:

بِاسْمِالآبِ وَالاِبْنِ وَالرُّوحِ الْقُدُسِ
 Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūil-Qudus

Diterjemahkan didalam Bahasa Inggeris seperti berikut:

In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit

Dan kalau ditanya apa kalimah yang mereka guna untuk memanggil Jesus, orang kristian arab akan kata:

أَلْمَسِيح  - Al Masih atau Yasu

Persoalan: kalau nama tuhan mereka tidak disebut dengan kalimah ALLAH, dimana datang hujah yang orang kristian arab menggunakan kalimah ALLAH?


PERBEZAAN ANTARA ‘Allah’ dan ‘allah’ DALAM BAHASA ARAB

Sebenarnya kalimah 'alif-lam-lam-ha = allah' itu bagi orang arab ialah terjemahan kepada kalimah 'god' dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa arab, mereka tidak ada kalimah lain untuk terjemah kalimah 'god' kecuali kalimah 'alif-lam-lam-ha = allah'.

Maknanya secara umum orang arab bila terjemah kalimah 'god' akan kata 'allah'. Samada dia Arab Islam, Arab Kristian, Arab Yahudi, apa pun agamanya, terjemahan kalimah bahasa Inggeris 'god' ke dalam bahasa arab ialah 'alif-lam-lam-ha = allah'.

Sebab itu kita tidak hairan kalau perkataan 'alif-lam-lam-ha' kerap diguna oleh bangsa arab tidak kira apa agamanya; janji dia orang arab atau bercakap arab, bila menterjemahkan perkataan 'god' mereka akan guna perkataan 'alif-lam-lam-ha = allah'.

Bila orang Inggeris kata, 'oh my god', orang arab akan terjemah 'maasya-allah';
Bila orang Inggeris kata, 'god's willing', orang arab akan terjemah 'insya-allah';
Bila orang Inggeris kata 'thank god', orang arab akan terjemah 'alhamdulillah'.

Dalam konteks linguistik, penterjemahan perkataan 'god' ke bahasa arab dengan menggunakan perkataan 'alif-lam-lam-ha' adalah penterjemahan perkataan nama am, bukan nama khas.

Sebab nama khas tuhan kristian arab bukan 'ALLAH', sebaliknya ialah أَلْمَسِيح  - Al Masih atau Yasu atau الْقُدُسِ وَالرُّوحِ وَالاِبْنِ بِاسْمِالآبِ (Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūil-Qudus); sedangkan nama khas tuhan bangsa arab beragama Islam ialah  الله

Bermakna bila menyebut kalimah 'alif-lam-lam-ha', arab kristian bukan mengaitkannya dengan nama ketuhanan mereka! Bagi kristian arab, perkataan 'alif-lam-lam-ha' hanyalah soal bahasa sebagai terjemahan perkataan 'god', itu sahaja! Bukan nama tuhan mereka!

Tetapi bila orang arab beragama Islam menyebut kalimah 'alif-lam-lam-ha', mereka menyebutnya dengan merujuk kepada soal ketuhanan, nama tuhan iaitu 'ALLAH'. Bermakna bagi orang arab beragama Islam, perkataan 'alif-lam-lam-ha' adalah nama tuhan!

Itulah perbezaan besar penggunaan kalimah ALLAH diantara orang arab Islam dan orang arab kristian!

Ini dinamakan konsep ‘uruf al-balad – kefahaman setempat. Orang arab dia faham sebab itu bahasa dia. Sedangkan dalam konteks Malaysia dan dunia Melayu, ‘uruf kita dalam soal kalimah ALLAH ini sangatlah berbeza!


KEKELIRUAN TERJEMAHAN

Bagaimana kekeliruan ini boleh timbul bagi penterjemah yang menterjemah Bible bahasa Arab ke Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu?

Kekeliruan ini timbul kerana penterjemah daripada bahasa arab ke bahasa Inggeris/ bahasa Melayu tidak faham perbezaan antara nama khas dan nama am didalam Bahasa Arab berbanding dengan Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu.

Dalam bahasa arab, perbezaan nama am dan nama khas tidak ketara dalam bentuk huruf atau tulisan, tidak seperti bahasa Inggeris juga bahasa Melayu.

Walaupun tulisan dan bunyi sebutan sesuatu perkataan itu sama, kita dapat membezakan sesuatu nama khas dan nama am dengan perbezaan pangkal huruf kecil atau besar.

Contohnya jika Kedutaan Amerika menghantar surat seperti berikut:

1. We are sending to you bush planting technology;

2. We are sending to you Mr. Bush.

Dalam kedua-dua contoh diatas, perkataan ‘bush’ digunakan. Tulisan dan sebutannya sama sahaja. Tetapi kita boleh membezakan nama am dengan nama khas melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

Dalam ayat (1), perkataan ‘bush’ dengan huruf ‘b’ kecil itu adalah nama am bagi hutan semak.

Dalam ayat (2), perkataan ‘Bush’ dengan ‘B’ besar itu adalah nama khas bagi nama seseorang, seperti President Bush.

Dan jika kita terjemahkan ke Bahasa Melayu, ianya akan menjadi seperti berikut:

1. Kami akan menghantar kepada kamu teknologi penanaman semak;

2. Kami akan menghantar kepada kamu En. Bush.


KESILAPAN PENTERJEMAHAN KALIMAH AM ‘allah’


Masalahnya ialah bila penterjemahan daripada bahasa arab ke bahasa Melayu dibuat, nama am  اللهyang digunakan oleh arab kristian yang membawa maksud nama am ‘god’ yang sepatutnya diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai ‘tuhan’ telah diterjemahkan sebagai ‘allah’ dalam terjemahan bahasa Melayu

Mengapa ia diterjemahkan sedemikian wallahua’lam, saya sendiri pun tidak pasti.

Tetapi jawapannya mungkin boleh kita boleh perolehi didalam majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.



NAMA AM DAN NAMA KHAS

Ringkasannya boleh kita lihat dalam jadual dibawah:


Jenis Nama

Arab
English
Melayu
Nama Khas
Proper Noun
  الله
Allah
Allah
Nama Am
Common Noun
  الله
God
Tuhan

Oleh itu, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dikalangan orang Melayu beragama Islam tentang penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah satu kesilapan penterjemahan.

Dan menjadi tanggunjawab kita memperbetulkan kesilapan tersebut mengikut pendekatan dan kaedah yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana.

Ini adalah kerana bagi kita umat Melayu-Islam, kalimah ALLAH adalah nama khas; nama tuhan yang kita sembah. Tidak ada tuhan melainkan ALLAH! Dan ALLAH disini bermaksud ALLAH Maha Esa; ALLAH Hu-Ahad; ALLAH Yang Satu.

Sedangkan maksud kristian disini bila bercakap tentang ketuhanan ialah dalam bentuk triniti- ALLAH Hus-Salis; ALLAH Tiga-Dalam-Satu; ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Ruh Suci.

Fahaman dan kepercayaan seperti ini bercanggah dengan aqidah umat Islam! Ianya adalah syirik dan kufur!

Sebab itu kita umat Melayu-Islam tidak ada pilihan. Kita wajib mencegah kemungkaran ini. Ini bukan perkara kecil, ini soal aqidah. Soal menentukan kita ke syurga atau neraka! Soal menentukan kita termasuk dalam golongan hamba ALLAH atau hamba syaitan!

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membuat ketetapan fatwa yang jelas dalam perkara ini. Malahan Majlis Syura’ PAS juga membuat rumusan yang sama.

Walaupun terdengar diluar sana beberapa suara sumbang dikalangan umat Islam yang dek kerana politiking yang melampau dan gilakan undi, masih berdegil menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH, termasuk yang bergelar agamawan, namun pendirian kita jelas. Adakah mereka ini lebih hebat ilmunya daripada ulama-ulama besar yang mengganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura PAS?

Ingatlah kepada firman ALLAH swt yang sering kita dengar didalam khutbah Jumaat – wahai orang beriman, bertaqwalah (takut dan patuhlah) kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan didalam Islam!

Saya menyeru diri saya dan diri saudara-saudari, bertaqwa dan takutlah kepada ALLAH, janganlah kamu menggadai kalimah ALLAH semata-mata untuk mendapat habuan dunia yang terlalu sedikit. Kembalilah kepada keredhaan ALLAH, dan bersatulah kita dalam menentang kemungkaran ini. Walaupun kita terpaksa mengenggam bara api, walaupun kita dituduh pelik dan ganjil, walaupun kita mungkin sedikit jumlahnya, namun yakinlah janji ALLAH yang kita pasti menang insya ALLAH!

Semoga ALLAH memelihara aqidah, iman dan kepercayaan kita, dan memberikan kita anugerah istiqomah! Ameen.

Wallahua’lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
23 ZulHijjah 1434
28 Okt 2013

No comments: