Karpal berkerusi roda dengan bulldog |
Media tempatan melaporkan Ketua Publisiti DAP Tony Pua membuat kenyataan menuduh 'Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO'!
Saya mengutuk keras kenyataan Tony Pua ini dan menyelarnya dalam bahasa yang paling tegas dan jelas.
Kenyataan seperti ini bukan sahaja biadap dan kurang ajar, malah tidak sepatutnya datang daripada mereka yang konon mengamalkan dasar CAT - Competency, Accountability & Transparency.
Kenyataan seperti ini tidak menggambarkan seorang pemimpin dan politikus yang bertanggungjawab, telus, matang dan berhemah yang sering digembar-gemburkan oleh pembangkang
Adakah Tony Pua mahu dilabel sebagai 'anjing Guan Eng' dengan memaki hamun ROS dan media Utusan Malaysia atas kelemahan dan kesilapan Lim Guan Eng yang langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO?
Masalah yang disiasat oleh ROS bukan kerana Tony Pua, tetapi berpunca daripada daripada Lim Guan Eng, yang gagal menjalankan tanggungjawab mengendalikan Kongres Nasional DAP ke 16 sehingga mengakibatkan 753 perwakilan tidak dapat hadir atau mengundi, dan beberapa masalah lain yang berkaitan!
Masalah yang disiasat oleh ROS bukan kerana Tony Pua, tetapi berpunca daripada daripada Lim Guan Eng, yang gagal menjalankan tanggungjawab mengendalikan Kongres Nasional DAP ke 16 sehingga mengakibatkan 753 perwakilan tidak dapat hadir atau mengundi, dan beberapa masalah lain yang berkaitan!
Tindakan ROS melakukan siasatan dan bertindak terhadap DAP adalah semata-mata berdasarkan kepada lapuran dan aduan yang dibuat oleh ahli DAP sendiri yang tidak berpuashati dengan perjalanan Kongres Nasional ke 16 DAP dan pemilihan CEC yang diadakan pada 16.12.2012 lepas di PISA. Langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO pun!
Daripada 2756 perwakilan yang berhak hadir, terdapat serama 753 perwakilan yang didapati tidak hadir dan mengundi. Ada yang membuat aduan kepada ROS bahawa mereka tidak menerima notis untuk menghadiri Kongres tersebut.
Setelah membuat siasatan keatas aduan tersebut dan beberapa aduan lain, ROS mendapati ada asas kepada aduan-aduan tersebut dan memberi peluang kepada Lim Guan dan DAP untuk memberikan penjelasan. Anthony Loke telah membuat kenyataan kononnya mereka telah menerima 500 surat daripada ahli yang tidak hadir kononnya memaklumkan mereka tidak dapat hadir.
Yang peliknya apabila ROS meminta surat-surat tersebut dikemukakan, Lim Guan Eng dan DAP gagal mengemukakan surat-surat tersebut sehingga ke hari ini.
ROS yang berpuashati terdapat pelanggaran kepada Perlembagaan dan peraturan DAP sendiri kemudian mengarahkan supaya diadakan semula pemilihan CEC DAP menurut peruntukkan Perlembagaan DAP.
Jadi atas alasan apa Tony Pua tiba-tiba mahu menyerang ROS yang sekadar menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka sebagai jabatan kerajaan yang berbidangkuasa dalam perihal tersebut?
Pada saya serangan berterusan dan bertali arus terhadap ROS adalah cubaan untuk menutup kelemahan dan kegagalan Lim Guan Eng bukan sahaja untuk mengurus Kongres dan proses pemilihan dengan baik, malah gagal mempamerkan sikap bertanggungjawab, telus, transparen dan akauntabiliti yang sering digembar-gemburkan oleh DAP.
Pada saya kegagalan Kongres Nasional ke 16 DAP membuktikan kegagalan Lim Guan Eng untuk mengamalkan Dasar CAT yang beliau laung-laungkan. Malahan ianya membuktikan sebaliknya, yang Lim Guan Eng tidak kompeten, tiada akauntabiliti dan tidak transparen.
Tindak-tanduk Lim Guan Eng terus-menerus menuding jari kepada ROS semakin hari semakin membenarkan kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Osman (PKR) yang menuduh beliau sebagai CAT - Cocky, Arrogant & Tokong!
Jadi Tony Pua kalau beriya sangat mahu membela Lim Guan Eng sepatutnya memperjelaskan kepada ahli DAP mana pergi 851 perwakilan yang sepatutnya hadir dan mengundi dalam sidang khas pemilihan semula DAP yang diadakan pada 27 Sept 2013 lepas?
Ahli DAP khasnya dan rakyat Malaysia amnya berhak tahu kemana pergi 851 perwakilan yang tidak hadir dalam sidang khas 27 Sept tersebut. Ini bukan satu jumlah kecil; ianya hampir satu pertiga atau 33% daripada keseluruhan perwakilan!
Dalam Kongres Nasional Disember lepas, ROS mengisytiharkan pemilihan sebagai tidak sah kerana ada diantara 753 perwakilan yang tidak hadir dalam Kongres ke 16 mengadu tidak menerima notis kehadiran!
Persoalannya adakah antara 851 perwakilan tersebut mengalami masalah yang sama?
Memaki hamun ROS tidak menyelesaikan masalah. Malahan DAP sepatutnya mengambil pengajaran daripada peristiwa pengharaman UMNO tahun 1988 dan mempelajari bagaimana UMNO memberi kerjasama yang baik kepada ROS dan mengadakan rundingan dan perbincangan bagaimana untuk membantu menghidupkan semula UMNO. Dengan nasihat dan tunjuk ajar daripada ROS, UMNO telah berjaya dipulihkan dan terus mantap dan gagah dipersada politik negara.
Tidak pernah kedengaran suara sumbang dalam UMNO menyalahkan Mahkamah maupun ROS dalam proses itu. UMNO berjaya bertindak secara bertanggungjawab, matang dan berhemah untuk menyelesaikan masalah dalaman parti. Banyak yang boleh dipelajari oleh Lim Guan Eng dan DAP daripada pengalaman UMNO itu.
Saya juga hairan bagaimana ada pemimpin DAP boleh mengeluarkan ugutan mahu mengambil tindakan terhadap ROS termasuk mengheret ROS ke Mahkamah; seolah-olah memaksa ROS untuk menerima proses pemilihan sidang khas yang diadakan 27 Sept lepas.
Pada saya ini seperti menghalang para pegawai ROS daripada menjalankan tugas mereka. Samada ianya menyalahi Seksyen 186 Kanun Kesiksaan perlu diberi perhatian oleh semua pihak termasuk ROS.
Apa pun, saya mendesak Tony Pua supaya:
1. menarik balik kenyataan beliau melabelkan ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO';
2. memohon maaf secara terbuka kepada ROS, Utusan Malaysia dan UMNO;
3. memberi penjelasan mengapa 851 perwakilan telah tidak hadir atau gagal mengundi dalam pemilihan sidang khas 27 Sept lepas.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
02 Zulhijjah 1434
07 Okt 2013
No comments:
Post a Comment