26 February 2010

KHUTBAH MAULIDURROSUL

Salam 2 all.

Berikut khutbah Jumaat sempena sambutan Maulidur Rosul 1431H bersamaan 2010.

Wassalam.

**********************

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang telah mengutus Rasulullah saw sebagai pembawa rahmat keseluruh alam, dengan membawa risalah tauhid menyeru manusia menyembah ALLAH Yang Maha Esa, ALLAH Yang Satu.

Saya menyeru diri saya dan para jemaah sekelian supaya bertaqwa dengan sebenarnya kepada ALLAH, tanpa sedikit pun keraguan dan kekhuatiran.

ALLAH swt berfirman, "berpeganglah kamu kepada tali ALLAH iaitu Al Quran, dan janganlah kamubercerai berai (daripadanya)".

Kesatuan umat Islam bukanlah berdasar kepada nasionalisma, assobiyyah puak, kumpulan atau pertubuhan. Sebaliknya kesatuan umat Islam adalah berdasarkan kepada Al Quran. Sesiapa sahaja yang mengangkat syahadah mentauhidkan ALLAH, dan menjadikan Al Quran sebagai kitab pegangannya, maka mereka adalah saudara seaqidah dengan kita, tanpa mengira warna kulit, latarbelakang atau puak dan bangsa mana. Memisahkan diri daripada Al Quran akan memecahbelahkan kita, dan akan akhirnya menjahanamkan kita.

Rasulullah saw yang kita sambut ulangtahun kelahiran baginda yang ke 1484 tahun yang lepas pernah bersabda, "Akan datang suatu masa nanti golongan kafir akan bersatu dan datang meratah kamu (umat Islam) sebagaimana mereka memakan dalam talam. Tanya para sahabat, 'apakah kerana kami terlalu sedikit ya rasulullah'. Tidak, bahkan kamu terlalu ramai, tetapi ramainya kamu hanya saperti buih dilautan yang ditiup ombak. ALLAH akan mencabut perasaan takut musuh kepada kamu dan mencampakkan perasaan wahan kepada kamu. 'Apa itu wahan ya Rasulullah', tanya para sahabat. Hubbud dunya wakaro hiyatul maut-kamu terlalu cintakan dunia dan takut mati".

Inilah yang terjadi kepada umat Islam hari ini. Di Falastin, umat Islam menjadi ratahan zionis Israel la'natullah akibat umat Islam khususnya Mesir yang terlalu sayangkan habuan duniawi dan takut kehilangan sokongan Barat.

Di Afghanistan, kita melihat operasi terbaru rejim kafir Barat yang bersekutu dengan Amerika AsSyaiton meratah umat Islam dan pejjuang mujahiddin Islam di Majjah, kerana adanya keldai-keldai mengaku Islam yang terlalu sayangkan jawatan dan takut kehilangan kedudukan.

Di negara ini, segelintir golongan bukan Islam sudah begitu berani mencabar dan mahu meratah maruah umat Islam secara terbuka. Mereka menghina kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dan kufur. Mereka melabel kita sebagai pelampau dan ekstremis. Mereka memperlekeh syariat Islam dan institusi kita melalui tulisan dan ucapan mereka. Mereka mempertikai perlaksanaan hukum-hakam kita samada berkaitan aqidah, arak ummul qoba'is, mereka cuba membatalkan majlis maulidur Rosul yang menjadi syiar bagi umat Islam negara ini, dan banyak lagi perlakuan biadap dan melampaui batas ketamadunan tanpa sedikit pun perasaan hormat, takut atau gentar kepada kita. Dan yang paling malang, ada dikalangan kita yang bersedia menjadi bajingan dan balaci mereka, menjadi saperti lembu yang dicucuk hidung. Bila kafir ini meniup ke kiri, maka terkinja-kinjalah kita berjoget kekiri. Bila mereka mereka menghembus ke kanan, maka terkial-kial lah kita berzapin kekanan.

Dan ini semua terjadi kerana penyakit wahan yang dicampak kepada kita. Kita terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, dan habuan. Kita mengenepikan semua prinsip dan matlamat perjuangan demi mengejar impian keduniaan dan kerusi empuk kekuasaan. Hingga kita sampai mempertuhankan politik dan demokerusi, dan kita takut kedudukan, jawatan dan habuan kita itu mati dan kehilangan.

Maka hari ini kita menjadi umat yang hina dimana-mana sahaja kita berada. Yang tinggal hanya sejemput janggut dan senipis serban, kita hanya muncul Islam pada nama, tetapi tong kosong didalam. Bunyi ngembikan gegak gempita, tetapi tahi bertaburan dijalanan.

Maka saya menyeru diri saya dan para jemaah sekelian, marilah kita kembali bersatu dibawah panji-panji Islam, berdasarkan Al Quran dan sunnah Rasulullah saw. Ketepikan segala sentimen assobiyyah yang sempit dan keterlaluan, dan berpeganglah kepada Islam. Insyallah, kita akan muncul sebagai umat yang kuat, hebat, dan menjadi ikutan dan contoh bagi manusia. Dan mereka yang berpegang kepada Al Quran, dan menurut perintah Rasulullah tanpa keraguan, golongan inilah yang dijanjikan kemenangan oleh ALLAH, walaupun kafir musyrikin tidak menyukainya.

Firman ALLAH didalam surah At Taubah: 33, "Aku yang mengutus Rasul dengan petunjuk dan agama yang benar, dimenangkan atas agama lain, walaupun musyrikin tidak menyukainya".


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
12 Rabi'ul Awal 1431
26 Februari 2010

*Nota: khutbah disampaikan secara lisan. Semua rukun dan syarat sah khutbah adalah dipatuhi. Dan semua ayat Al Quran dan matan hadis disampaikan dalam bahasa asal.

54 comments:

simply said...

Saya berasa hairanlah YB, di Pulau Pinang ni, masa musim raya cina, banyak sahaja patung-patung Harimau dipasang di merata tempat.

Saya tengok, patung Penyu di Terengganu dulu, laju aje kerajaan PAS cabut. Adakah hukum PAS dahulu dan sekarang berbeza agaknya?

Letih laa pembangkang ni

Syazli Tahir said...

Salam,

Khutbah yang amat mendalam maksud dan kandungannya. memang ada dikalangan umat Islam di Malaysia yg mengaku memperjuangkan Islam, tetapi sanggup bersetongkol dengan bukan islam demi cita-cita politik. Ada juga dikalangan ulamak islam dengan berani berkata "nas manakah yg menyatakan perarakan maulidur rasul boleh dilakukan?", semata-mata untuk menyokong Khalifah Penang yg mereka kagumi.

Nampaknya sekarang musuh umat islam bukan sahaja dari kalangan kafir laknatullah, tetapi mereka juga dikalangan dari yg menggelarkan diri "membangun bersama islam". Akhbar milik mereka sekarang tidak lagi menyampaikan syiar islam, tetapi hanya sebuah akhbar untuk menghentam kerajaan dan menabur fitnah untuk memecahbelahkan umat islam. Saya cadangkan akhbar mereka di tukar kepada HaDAP-kah.kah..kah..kah

Bangunlah umatku...jangan tertipu dengan musuh dalam selimut yg selama ini berjuang untuk kepentingan assobiyyah, puak dan pertubuhan dan hanya untuk dapatkan kuasa untuk membalas dendam!!!

yeop said...

Jangan dok perasan la YB macam bagus sangat. PRU 13 anda tahu dimana anda kan berada. Bodoh Sombong....Kami tidak mengharapkan PR menang tapi kami mengharap anda dibei balasan oleh Allah s.w.t

Shah said...

Harap PAS bertaubat. Kerana ingin kuasa politik sanggup membiarkan Melayu di hina Islam di pijak. Kerana ingin kuasa YB, PAS sanggup menghalalkan liwat dengan memberi sokongan kepada Anwar. Sekiranya Saiful ada kena mengena dengan saudara mara Nik Ajis dah tentu ari ini bicara esok nak jatuh hukum. PAS perlu konsistent.

hamsor said...

Salam Maulidur Rasul
Buat pemimpin dan rakyat Malaysia

moga terbuka hati
moga dibukakan hati
moga dilembutkan hati

menyayangi Rasullullah
mengikuti amalannya
mengikuti sunnahnya
menjauhi larangannya
menjauhi tegahannya
mencontohi akhlaknya

moga kita mengingati:
yang terkuat akan mati
yang terhebat akan mati
yang tertinggi akan mati
yang terendah akan mati
yang terkaya akan mati
yang termiskin akan mati
yang terpengaruh akan mati
yang terzalim akan mati
yang terpandai akan mati
yang terkenal akan mati
yang terkejam akan mati

Firaun terhebat. sudah mati!
Qarun terkaya. sudah mati!
Sukarno terkenal. sudah mati!

Bila dah mati:
tak boleh hebat lagi
tak boleh kuat lagi
tak boleh zalim lagi
tak boleh sanggah Quran lagi
tak ada pengaruh lagi.
tak boleh menimbun harta lagi.

Kira umur sendiri
makin lama makin pendek
makin lama makin dekat
bau tanah kubur makin kuat
jarum jam umur tak akan berhenti

sekaranglah masa taubat

Muhammad Yasir said...

Selawat & Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Perpaduan atas Persaudaraan Islam semestinya yang terutama dan dinanti. Namun dengan adanya puak Islam yang tidak berpegang pada Quran Sunnah, yang hanya mengamalkan Rukun Islam tidak pada Rukun Iman, maka ini jelas merumitkan perpaduan yang ditunggu-tunggu.

Semoga kita dijauhi penyakit Wahan, dan beringat yang Nabi S.A.W. diutus bagi menyempurnakan akhlak yang terpuji.

Salam Maulidur Rasul,
YASIR TAMIZI

harunn said...

Salam YB ,
Lama tunggu khabar dari YB , sunyi betul rasanya tanpa Yb
Camna meeting di Korea , boleh Yb bagi penjelasan mengenai trip YB ke Korea , sebab apa ada segelintir firaun malaun yang kata Yb pi sana sebab hal peribadi , sedangkan kita semua tahu yang YB pi sebab pkr yang hantar
yang mana betul ni.
Khalid samad pun dah balik ke shah alam , dia makin besar kepala la YB , ada ke dia nak suruh Disiplin Pas tambah hukuman lagi kat Dr Hassan Ali , dia tu memang lebih kuah dari sudu macam nizar la
ini semua gila glamour je

Shahnizat bin Sakiran said...

welcome back zul.

Al Qadri said...

Ye la jom kita pi runtuh patung tugu negara kat KL, apala kerajaan ni. PAS was seems infirmed in certain thing but it doesnt make BN more deccent..ptui

Anonymous said...

Aku memang heran buat pun salah, tak buat salah tapi UMNO buat semua best.

Ataupun seorang insan yang ingat dirinya IMAN, semua betul. Dengan kesemua kaki2 & tangan2

Oooi masih buta lagi. Apa boleh buar keldai2 ni memang degil. Tak pakai otak

Ziarah76 said...

teruskan berjuang YB!
Ketegasan, kebijaksanaan tuan adalah kebanggaan kami!
Semoga Allah merahmati tuan dan keluarga tuan.
Jazakallah khair

dulukini said...

ape yang letihnya simply?????

tayar tubeless said...

maulidurrasul ade khutbah ke?
atau khutbah jumaat sempena maulidurrasul ?

CgLyn said...

YB, bersabarlah dengan segala kutukan dan kecaman yang dilemparkan oleh penyokong PR terhadap YB. Itulah padahnya kalau berani menyanggah DAP dan mursyidul am. Hari ini kita berduka bila seorang anak kecil ditendang dan dibelasah sehingga mati. Patutkah kita sekadar mengeluh tanpa sebarang usaha membaik-pulih masyarakat? Pemimpin kita baik kerajaan mahupun pembangkang hanya lebih suka berpolitik daripada menyelesaikan masalah ummah.

najay said...

YB, khutbah yg amat tepat dengan suasana umat yg semakin kalut.

Islam itu tinggi, sabda Nabi. Malangnya, hakikat yang melanda umat di negara kita menggambarkan Islam sesuatu yg tidak jelas dan kacau bilau bila puak puak yg dianggap islam bercakap bukan atas dasar hikmah islam itu sendiri. Masing masing bercakap mengikut nafsu untuk kepentingan diri.Takut bercakap benar.

Malah lebih parah, mereka lupa mereka bersaudara. Mereka berpaling dari seruan Nabi. kita hari ini banyak memutuskan silarrahim. Kita di uji oleh pelbagai isu dan fitnah(terpulang bagaimana kita tafsirkan tapi hendaklah berdasarkan bukti bukti yang adil)dan kita terus berpecah.

Saudara saudara kembalilah kepada kebenaran walau di pihak mana pun kita.Sebenarnya kita sedang di uji.

Salam

fadzlin hasani said...

salam yb..sy setuju hampir semua dgn pendapat yb..tp jgnlah menuduh org kita yang cuba membatalkan majlis maulidur rasul tu sebagai biadap(kecuali atas sebab politik)...mungkin bagi mereka melihat dgn berselawat di rumah tanpa ada sesiapa mengetahui@mendengar itu lebih baik daripada berselawat di atas jalan yg kita xtahu keihklasan mereka dgn harapan untuk mendapatkan perhatian..jika ada pendapat mengatakan lebih baik di atas berselawat di majlis atau beramai-ramai sudah tentu rasulallah s.a.w akan membuatnya semasa hayat baginda..bahkan zaman khalifah ber 4 juga tiada sambutan ini.ingat, zaman sahabat rasulullah itu adalah zaman islam terbaik.. wallahualam

Pembenci Shitfull said...

Salam,

Tidak perlu jadi hipokrit aka munafik Y.B. Kerajaan yang memerintah sekarang melaksanakan dasar Islam? Hukum Islam? Apa tindakan Y.B? Sekadar menyalak seperti anak anjing di depan tuannya bagi menunjukkan keujudan Y.B.

Johor, Perak, Perlis tidak berarak pun? Kenapa Y.B tidak kecoh dan kepoh? Memalukan mempumyai wakil Parlimen sengkek seperti ini.

zacharias said...

Simply: Siapa ADUN PAS dalam kerajaan negeri?

YB, kalau YB bercakap soal tak nak sambut mawlidurrasul di penang sebagai isu, YB selaku YB PKR harus lebih maklum. Di sini, diadakan majlis pembacaan kitab shamail muhammad, karya imam attarmidhi, selama 2 hari. Cubalah tanya sesiapapun, majlis ini adalah berlipat kali ganda lebih baik, kerana kita menelusuri hadis2 berkaitan peribadi Rasul, sunnah wasfiyyah. Program berteraskan ilmu, yang jauh lebih baik dari perarakan tanpa orang faham pun erti selawat atau zanji yang dibaca.

Cukup2 lah YB.Fikir2lah sebelum menghentam. Sepatutnya YB galakkan program yang sama di semua tempat.

Servant Of Allah said...

bagi saya YB bukan lagi nak berjuang untuk Islam,tapi berjuang atas emosi dan rasa dendam.

saya yg Islam pun rasa YB ni menakutkan.YB ni terlalu keras,tiada langsung hikmah.Orang yg spatutnya sudah dekat dengan Islam menjadi semakin jauh dengan sikap melampau YB.

knapa perlu diungkit lagi isu perarakan tu?bukankah itu tak trjadi?Perlis,pahang dan JOhor tk berarak apa pula komen YB?

YB ni sememangnya duri dalam daging bg PKR dan Pakatan. YB bertindak,bercakap ikut hati YB,bukan ikut keputusan parti.

saya suka kalau YB meletak jawatan sahaja.

Nabau said...

Hang ada tauliah ker... nak baca khutbah jumaat!?...

Unknown said...

bila nak masuk umno ni bro..kemudian ajak tok najib laksana syariat mcm yg bro nak tu..atau bro join hizbur tahrir ja bro...jgn berparti lagi...parti parti ni semua adalah ciptaan yahudi dan nasoro...

Unknown said...

???

the outsider said...

Sabar YB Zul. Inilah dugaan dan cercaan yang kita akan terima kalau kita memperjuangkan syariat Allah. Persetankan mereka. Bagi mereka, menjadi kuda tunggangan kufar adalah lebih mudah dari membawa syariat Allah yang berat. Allah tidak akan membiar kita mengaku kita beriman tanpa memberi kita ujian. Inilah hakikat dugaan dan cabaran yang kita harus terima YB. Usar gusar, teruskan perjuanganmu. Allah pasti bersamamu..

hazam said...

asalamualaikum saudara Zulkifli Noordin, tahniah dan syabas atas ketegasan saudara dalam membela islam tanpa rasa takut tentang kejian, fitnah dan ugutan. sepatutnya beginilah sikap pejuang yang tulin bukan menjadi seperti lembu dicucuk hidung. terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang boleh mengugat islam sebagai agama rasmi negara kita. di tempat saya khususnya daerah sungai besar sambutan maulidur rasul dibatalkn atas arahan seorong exco sg besar daripada DAp. selain daripada itu banyak juga status tanah untuk rezab melayu telah dijadikan milik bebas atas sokongan exco-exco PKR dan PAS. saya percaya banyak lagi tanah- tanah orang melayu akan di tukar status hakmilik dan rizab melayu yang akan diberi kepada yg bukan melayu. begitu juga pusatjudi dan arak yang telah bertambah kepada 5 unit di pekan sekinchan sejak DAP memerintah dan bagi saya itu juga adalah satu bencana kepada umat islam di kawasan ini. bagi saya tidak kira lah kita penyokong UMNO atau PAS sepatutnya dalam soal ini kita sama-sama mempertahankannya atas semangat Islam. Apa yang saya nampak sekarang pabila UMNO memperjuangkan sesuatu isu berkaitan Islam seperti penggunaan nama Allah parti PAS tidak menyokong malahan memperlekehkan dan membuat tuduhan yang pelbagai kepada pihak UMNO.di sini saya sebagai insan yang amat kerdil di sisi Allah S.W.T memohon maaf andai komen saya ini melukakan sesetengah hati pihak dan apa yang saya tulis ini adalah atas dasar sayangkan islam.

farisfaiz said...

blog yb dah jadi reference utusan malaysia.tahniah.
patut mintak royalti ngan utusan tu

Rahimi said...

lim guan eng, khalifah amirul mukminin umar abd aziz klon, baru membatalkan perarakan tetapi mursyidul am beliau bukan shj meniadakan perarakan ttp membatalkan sambutan maulidurrasul itu sendiri, memanda mursyidul am khalifah menfatwakan bhw hari maulidul rasul tiada apa apa fadhilatnya.

astagfirullah, hai memanda ! adakah fatwa demo ini kerana khalifah demo atau kerana itulah hukum Islam yg sebenarnya. hai memanda, apa apa pun hari kebesaran Islam ada fadhilatnya tambahan pula menyambut kelahiran manusia agung yg memerdekakan manusia drp kejahilan dan kegelalapan.

hai memanda ! masih ada masa utk bertaubat sebelum ajal mu tiba. keluarlah dari kegelapan politik simpit mu itu.

Wallahuallam.

anakkulim said...

berkatalah benar walaupun pahit...

pearl said...

salam Yb, sekadar kiasan;
Yb prnah menyebut tntang firaun kecil dsbgnya. Yb, kenapa tetap dan masih berkawan dgn firaun? Kenapa tak ikut nabi Musa yg jelas menentang firaun, walau kedudukannya cukup tinggi. Kenapa perlu mnjadi Hamman? atau munkin menjadi samiri yang lupa diri?
Yb, jgn takut terkeluar kapal, kalau hati berniat cekal. Allah tahu dimana kita berada.
Yb, tak perlu lah duduk bersama dengan balaci2 tu...

albukhary said...

Assalamualaikum YB
Syabas dan tahniah di atas keberanian YB. Tapi sayang hari berapa kerat saja yang benar-benar berani berjuang untuk meletakkan syariat dan syiar Islam di tempat paling atas. Hari ini berapa ramai yang berlagak seperti bijak pandai tetapi sanggup menjual agama Islam untuk dunia yang sedikit. Sanggup bersekongkol dengan kafir laknatullah (terang-terang tak mahu negara Islam) untuk menyelamatkan periuk nasi mereka sendiri. Selagi YB dan orang-orang yang meletakkan Islam sebagai priority perjuangan melebihi yang lain saya dan rakan-rakan yang cintakan Allah, Rasul dan Islam akan tetap menyokong Sdr YB biar apapun terjadi. Biarlah orang memaki dan meghamun YB, sautu hari mereka pasti akan tahu kebenarannya.
http://yaayyuhalwalad.blogspot.com/

Ringg-It-Up said...

Salam pd YB,
Dan Salam pada Umat MELAYU.

Kenalkan diri saya sebagai Mao Ann. Sebelum ini saya tidak mengenali YB, Tapi setelah menonton prog Soaljawab d TV3 dan melayari blog YB, sedikit sebanyak saya nampak platfom YB.

Saya lahir pd tahun 1952, pd umur 12 tahun saya diberi kesedaran oleh Allah ttg "Maruah Islam & Maruah Melayu" Pada tahun 1964, berlaku depan mata saya rusuhan d Singapura di perarakan Malidurrasul. Umat Islam sedang berarak sambil melaungkan Salawat & Salam ke atas Junjungan Rasulullah SAW. Tiba-tiba botol-botol melayang dari bangunan sepanjang jalan perarakan.

Dari saat itu timbul semacam semangat dan kekuatan untuk membela Islam dan Bangsa Melayu.
Alhamdulillah, Umur makin meningkat, fikiran saya makin matang di bantu dgn ilmu dunia dan akhirat, juga di lahirkan dalam keluarga bersusur-galurkan "Pahlawan & Pendakwah".

Saya mengikuti perkembangan Dakwah Islamiah dan Politik serantau Nusantara(Singapura, Indonesia n Malaysia). Kita sudah kehilangan banyak "Tanah Melayu" yang hanya tinggal Bumi Malaysia. Siapakah yg akan mempertahankan Kedaulatan Islam dan Tanah Melayu? ...kalau bukan KITA!

YB, saya dan semua Ummat Islam dan anak "Bangsa Melayu" mesti berlaku jujur pasa diri sendiri. Yakinlah "ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT MELALUI POLITIK, TETAPI MELALUI DAKWAH" Kita perlu BERSATU membangunkan semula Aqidah dan kemudian kukuhkan pengamalan syariat dan mujahadah dalam membangunkan "Masyarakat Islam" sepertimana pernah diusahakan oleh Jemaah yang pernah diHARAMkan.

Sebagai Bangsa Melayu kita MESTI BERSATU tidak kira fahaman politik untuk kita mempertahankan Bumi Bertuah Malaysia ini. Janganlah kita tertipu dengan caturan politik yang diasaskan oleh Penjajah sistem "Divide and Rules".

Rengkasnya janganlah kita jadi PETUALANG BANGSA menggadai maruah untuk serakah nafsu sendiri. Kata Confucius," Janganlah jadi seperti KAPAK (hulunya kayu, matanya besi) yang menghayun menumbangkan Pokok" maksudnya bangsa Melayu membantu bangsa asing menjatuhkan Bangsa sendiri.

Kita kembali kepada "Main Stream" jangan berpecahbelah, untuk mempertahankan Tanah Bertuah ini dan kita menegakkan Hukum Allah dalam Parlimen bersama-sama, jadilah pemimpin yang telah dicontohi Rasulullah dan Para Sahabat, cantas pemimpin yang tidak amanah dari dalam satu parti "Main Stream".

Saya syorkan semua ahli politik dan penyokong-penyokongnya, serta NGO (pemerintah dan pembangkang)bacalah buku karangan Ust Pahrol Mohd Joy bertajuk Dilemma Melayu Islam.
Marilah Kita kembali kepada AlQuran dan Sunnah untuk mempertahankan Islam dan Tanah Melayu. Sekian, Wassalam

bwh said...

Zul,

Aku ingat kau berenti jadi YB lagi bagus. Pegi daftar masuk SEKOLAH RENDAH AGAMA darjah 1, sebab kau punya pengetahuan agama memang macam orang tak sekolah lah. Pelik aku cam mana PKR boleh pilih kau.

amedoz said...

Salam YB,
Saya bukan nak ungkit, tapi saya masih ingat lagi masa just sebelum PRU 12, YB (masa tu belum YB lagi la) datang ke surau ofis kami di Tmn Desa, KL berceramah serta memohon bantuan kewangan utk kegunaan YB bertanding. Saya adalah antara yg telah menghulurkan wang kerana percaya kepada perjuangan yg YB utarakan masa itu. Tapi sekarang apa sudah jadi YB????!!!!!

mymalaysiaonestop said...

salam, Awas semua perlu berhati-hati dalam zaman fitnah ini, yang pasti taktik pecah dan belah bagi melemahkan kesatuan dgn memainkan isu sensitif, kesemuanya perlu belajar dan sedar sepak terajang politik,HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI KEMBALILAH PADA ALLAH DAN MINTALAH PETUNUJKNYA.

zirkornia said...

Salam YB,

Saya menghormati keberanian tuan menyuarakan hak anda untuk bersuara dan melaksanakan tanggungjawab anda mengikut kepakaran anda.

Harap tuan bersabar dalanm perjuangan. Kaum melayu muslim masih jauh ketinggalan dalam ilmu dan kematangan baik ukhrawi dan duniawi. Bersabarlah dengan mereka yang mengkeji tanpa ilmu ini.

Saya antara mereka di luar sini yang meletakkan Allah di atas segala-galanya. Hanya perjuangan saya bukan di medan politik tetapi dalam pasaran terbuka yang dimonopoli oleh kapitalis. Sebagai minoriti muslim yang hidup dan berkawan dengan kaum bukan islam, saya sangat faham apa yang dikatakan agenda sulit dan kepalsuan janji kaum kuffar.

Kaum melayu disebalik kemulian sopan santunnya namun melatahnya sangat kuat. Singkat pemikiran antara punca perbuatan amuk. Jarang berfikir secara holistik mengatasi apa yang mampu dilihat.

Jadi saya senada dengan tuan, biarlah orang marahkan kita hari ini atas kejahilan mereka dari kita dipersoalkan Allah menyembunyikan kebenaran.

Mudah-mudahan keberanian tuan dibalas dengan ganjaran besar di akhirat.

cumicumi said...

Assalamualaikum, wahai saudara2 seagamaku, baik PKR, PAS atau UMNO, ingatlah bahawa parti2 ditubuhkan atas urusan duniawi. marilah kita bersama2 menuju penghidupan yg hakiki iaitu bersatu demi Islam. ambillah apa yg baik & tinggalkan apa yg tidak. YB Zul pun manusia juga, tentu ada kesilapan dlm hidup. tetapi beliau berani menginsafi kesalahannya & menyeru kita agar bersatu. lihatlah sekeliling, apa yg ada utk ummah muslim?

SarjanTulang said...

salam,

berarak jek lah yg kita duk sibuk2.....lepas berarak, camtu gak...takde kemana pun..

dok meratah harta rakyat gak hari2....hmmm

paling sedih, masa sambutan kt Putrajaya haritu, yg duk dalam masjid, yg perempuan, jambul terdedah sana sini....kenapa agaknya takde sape yg halang ye??takde plak yg nk marah2 so called VVIP ni??apa diaorang tu dah bagus sangat ke??

pelik aku....diaorang ni kebal agaknya dengan ustaz2 ni....

berarak jelah.....lepas berarak dgn ceramah....bagus tu bagus....

tp mana penghayatannya??lepas habis majlis, agak2 insaf tak??ambik iktibar tak??

susah ler kt Malaysia ni...pemimpin, yg dilantik jd wakil rakyat pun sama je..semua mengejar harta dan pangkat....kekayaan....takde pun utk rakyat....

rakyat??biaq pi lah....

sarjantulang

Syeikh YB said...

percayalah YB..pihak pengurusan parti tidak halau YB keluar parti..tapi faham faham aja lah.YB dalam parti di anggap sebagai anak tiri.nyusahkan.tunggu apa lagi...menyemak aja

khairul fadzly said...

a book said...
maulidurrasul ade khutbah ke?
atau khutbah jumaat sempena maulidurrasul ?

27 February, 2010 22:40

hang perati la betoi2..kan YB Zul tulih khutbah jumaat sempena maulidur rasul...sebelum komen perati betoi2...

Faizil Fikri said...

As expected Tan joins Zahrain, Zulkifli in the queue

Next - Zulkifli, the wishful hero

Another PKR federal lawmaker, Kulim Bandar Bharu MP Zulkifli Noordin is expected to follow in the footsteps of Zahrain and Tee Beng.

Zulkifli is due to face the PKR disciplinary panel on Monday but has already announced that he will not be attending. Zulkifli was hauled up for lodging a police report against PAS MP for Shah Alam Khalid Samad over the Allah issue.

Despite a gag order, he has since lambasted the DAP as a chauvinist Chinese party, appealing to PKR and PAS to dump DAP and join forces with Umno.

“We will be least surprised if Zul is the next. He is trying to force PKR to sack him so that he can appear to be a political martyr - a hero - when he joins Umno, instead of just another turncoat," a PKR insider told Harakahdaily.

"No doubt, he will say he left because of disappointment over the Allah issue and because he realizes now that only Umno can save the Malays and Islam."

Syeikh YB said...

bila lagi oooi nak keluar jadi bebas atau join UMNO.kami tak sabar sabar lagi nak tengok hang sebagai pejuan Islam sejati keluar PKR

Unknown said...

a book said ni sengal le..

joio said...

Y.B,

Tahniah..kita patut sedarkan balaci-balaci ini samaada dalam PKR,PAS atau UMNO...
Biar perjuangan bertunjangkan Agama..bukan gila nak jadi PM...atau jadi PM Munafik..bila cakap bohong..bila berjanji berdusta...16Sept...the numbers is increasing..kita akan maju ke PutraJaya...Ini contoh pemimpin Pembohong yang tak perlu diikuti..BN lompat pakatan di gelak senyum..semua halal..tapi bila geng dia lompat..uh,,tak berperinsip lar..blar..blar,,,,

Y.B perlu jadi MP berkecuali, bebaskan diri dari penjilat dan pencaci DAP laknatuaAllah..Jangan jadi PAS yang meletakkan islam sebagai No:2..islam sebagai modal nak cari pengaruh...tapi bila DAP batuk...PAS terkencing...Atau jangan jadi UMNO,,,biarlah jadi MP bebas...bebas dari kengkangan kafir laknatuAllah...berjuang kerana ALlah bukan berjuang kerna nak gila kuasa politik, tau berjuang kerana dendam kat UMNO..

Pasti kaki ampu DAP dan pengikut Munafik Pembohong Anwar akan menghentam Y.B tapi..berjuang kerana Allah..

ramai yang bersama y.B

TV Malaya said...

Salam yb....ahli parlimen nibong tebal dah keluar parti....yb bile lg????

Unknown said...

YB..
BIARKN MEREKA FIRAUN KECIL MENGATA YB,YG PENTING YG BENAR TETAP BENAR...
SIAPA CKP D JB TAKDA PERARAKAN ?
PERCAYALAH CAKAP ORG
....
YB JANGAN GENTAR,ALLAH BERSAMA KITA.KERANA POLITIK ISLAM D PIJAK...
AMAT MEMALUKAN

MymassaVoice said...

Salam YB

Mohon buktikan secara jelas SEGERA akan prinsip perjuangan YB. sedangkan rakan2 yb yg kurang semangat islamnya/bukan islam pun telah mulai sedar dan tidak lagi bernaung di bawah pemimpin jijik/tidak bermoral dan kuffar harbi ini. YB rakyat mengharapkan yg terbaik drpd yb. buktikan yb yg ummah islam di negara ini masih lagi bersatu dan kuat! mari kita bersatu kembali dalam wadah yg asal. bukankah itu juga tuntutan junjungan kita nabi muhammad saw?

Anomie68 said...

saya rasa yb seorang yg bengap, tak reti menilai isu semasa tahap darjah 5 saja.

saidibadri said...

Zul, hang pi blah la...pi berkawan dgn Ibrahim Ali lagi bagueh. Poooorah lu bro!

Anonymous said...

Wellcome back Y.B.

Soalan bonus..........bila nak get rid of PKR? Moga Allah s.w.t terus tunjukkan kebenaran dan berikan hidayah pd kita semua.

Amin.

faziz ar said...

salam sdr
kian terserlah kemunafikan sdr..
sdr gagal atau sengaja memperbodohkan diri dalam falsafah perjuangan dalam kerangka besar menjatuhkan penguasa zalim dalam mana lebih 50 tahun terbukti gagal menobatkan undang-undang islam untuk orang islam dalam negara. Sdr hanya membantah perkara furu' semata-mata untuk bikin kecoh..
Kalau ilmu panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga...PKR tersilap memilih sdr...Masukklah UMNO dan berjuanglah menegakkan Islam....

Syeikh YB said...

asal ada cadangan suruh keluar PKR semuanya dikata "firaun kecil". Kalau dah tahu dalam PKR banyak firaun kecil makan selayaknya YB Zul Kena jadi pengikut Nabi Musa.Perangi Firaun dan jangan bersekongkol.Hari kecam firaun kecil tapi esok lusa orang ramai lihat YB bertepuk tangan gumbira bersama sama firaun

ilhamghaz... said...

BOOODOHHH PUNYAA YBBB....!!!
PERASANN BAGUSSS !!

kadok said...

Saya memohon maaf kepada Parti PKR dan penduduk Kulim kerana menyokong Y.B. dahulu.
patut la BN tak nak lawan sampai habis kat court ari tu kerusi ni...rupa-rupanya ada citer lain....

aka777 said...

Salam,

Alhamdulillah dengan khutbah ini. Dalam lembut-lembut kita umat Islam, kadangkala kita kena tegas dengan FIRAUN kecil dan pengikut-pengikut taksubnya. Asyik nak berlembut aje, dah kena pijak kepala pun masih nak pertahankan FIRAUN kecil. Sokong YB untuk tegas dalam isu Islam. Rasulullah pun berlembut juga tapi tidak sengan Bani Quraizah. Contoh sejarah dah ada.

Unknown said...

Siapakah antara kita yang sebenar-benarnya firaun... , siapa pula yang sebenarnya kafir....Allahyarham Tun Abd Razak?? Abdulah Badawi ??? atau Mahathir Mohamad?? Orang Islam/Melayu mudah lupa sejarah.. .
Jangan lupaaaa...apa yang berlaku hari ini kita akan nilaikan semula 10/20 tahun akan datang, kita lihat siapa pula yang akan menerima giliran untuk dikafirkan...