06 February 2010

VIRUS DAP!!

Salam 2 all.

Satu lagi pekung kepimpinan DAP didedah oleh YB Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Nibong Tebal. Saya mengenali YB Tan ini sebagai seorang yang cukup banyak berkorban untuk PKR. Beliau datang daripada keluarga yang berada, malahan beliau sendiri seorang usahawan yang sangat berjaya sebelum menceburi politik. Bapa beliau Dato Tan Kim Hwa adalah salah seorang pengasas Parti Gerakan. keluarga beliau sangat berpengaruh di Pulau Pinang.

Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Penanti, beliau antara orang yang paling banyak berkorban wang ringgit dan lain-lain. Saya pun agak terkejut juga beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang keras terhadap kepimpinan DAP khususnya di Pulau Pinang. Agaknya apalah jawapan mereka kali ini..rasanya mereka akan labelkan YB Tan sebagai agen UMNo kot!!

Enjoy your reading senor.

Adios amigos. Grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
21 Safar 1431
06 Februari 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Another PKR rep 'exposes' Penang MB
2010/02/01
Sharanjit Singh and Lee Keng Fatt

GEORGE TOWN: Lim Guan Eng’s position as Penang chief minister is becoming increasingly untenable with another Parti Keadilan Rakyat (PKR) member of parliament, and respected grassroots leader from Penang, openly hitting out at the state’s leader.
Nibong Tebal MP Tan Tee Beng, the latest PKR-elected representative to join the fray against Lim, questioned the latter’s ability to lead the state, stressing that he fully supported Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim’s allegations against the chief minister. Tan claimed that all nine PKR state assemblymen in Penang also shared similar views about the DAP secretary-general. He also spilled the beans on how Lim’s dictatorial ways and vengeful politics were not only causing problems in PKR but had also split the Chinese communityin Penang."He politicises everything. I openly said that he is a CM with no class. "Whatever he cannot do, he blames it on the previous state government.
"Enough of bluffing, he wants to portray himself as a Chinese hero, but one day people will see his true colours," Tan said, adding that the state government had failed to deliver any of its 2008 general election promises.Tan is one of four PKR MPs in Penang. The others are Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Zahrain (Bayan Baru) and Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (Balik Pulau).PKR has nine state seats, DAP 19, Pas one and Barisan Nasional 11.Tan said he wanted to come clean and expose "the real Lim Guan Eng" so the people in Penang would not continue to be fooled by the "outsider from Malacca".He said other PKR and DAP assemblymen were afraid to expose Lim, although they shared his and Zahrain's views."The people around the chief minister are all yes-men. All the PKR assemblymen are feeding me information about Lim and how he is running the state." Tan said Lim had so far not even dared to answer any of Zahrain's damning allegations but instead chose to hide behind Deputy Chief Minister I Mansor Othman.He added that PKR should question whether Lim actually shared the aspirations of others in Pakatan.
"The way Lim is doing things, I think he is only bothered to hold on to Penang. "I don't believe he shares the same goals as we do," he said, citing how Lim and three other DAP state executive councillors who are also MPs: Deputy Chief Minister II Dr P. Ramasamy (Batu Kawan), Chow Kon Yeow (Tanjung) and Ooi Chuan Aun (Jelutong), had missed the last session of Parliament last year when the 2010 Budget was put to vote.
He said their absence had caused Pakatan to miss a golden opportunity to outnumber Barisan Nasional by just three votes."It shows they are not interested (in taking Putrajaya. They just want to hold on to Penang." Tan also blasted Lim for the manner PKR MPs in Penang were being treated compared with how PKR-led Selangor was being run.He said in Selangor, all MPs were given RM150,000 by the state government for their constituencies.However, he said in Penang, none of the PKR MPs received "a single penny" from the state government compared with DAP MPs who were treated differently."In Penang, we (from the PKR) are being treated like the opposition. Sadly, we are facing this kind of dictator in the state government."He is not helping us at all, and most of the time we don't even know about the programmes or projects that are being planned in our constituency," he said.Citing the International Dragon Boat championship held at the Teluk Bahang Dam, Tan said the PKR MP for the area, Yusmadi, was not even invited to attend.Similar disclosures were also made by Zahrain, who revealed that he knew nothing of the Penang International Convention Centre project that had been planned by Lim in Bayan Baru.Tan said he, too, was not spared as he was not appointed the state water supply board director even though he was nominated by the PKR leadership.Asked whether he realised that speaking up against Lim could lead to action being taken against him, Tan said the party leadership was free to do as it pleased."They can call me a traitor, a BN agent, a CIA agent or anything else. I don't care. I want the people to know who they have voted in to lead Penang." Tan said people may question why he was coming out to hit out at Lim instead of going through the proper channels.However, he said the party had failed to do anything about many things, including taking action against several leaders who had tarnished PKR's image."When we speak up and tell the truth, they label us as troublemakers," he said.On whether he was planning to quit PKR to become an independent MP, Tan said he had no such plans yet.

20 comments:

Pendukung Islam said...

Salam YB Zul,

Patutlah Koh Tsu Koon pun bengang dgn Lim Guan Eng, asyik salahkan kerajaan terdahulu aje. Sampai bila nak cari kambing hitam & blame the others?

Saya bimbang rakyat cop Pakatan Rakyat sbg pandai buat manifesto & janji tapi mungkir & tak tunaikan.

Virus DAP perlu dihapuskan. Saya cadangkan supaya YB Zul mulakan langkah memujuk pemimpin PKR & PAS menyingkirkan DAP dr Pakatan Rakyat.

CgLyn said...

Sy tahu ada kepincangan pentadbiran di pihak DAP. Tetapi kenapa PKR mahu dilihat sedang bertelagah dengan DAP? Apa sebenar tujuannya? Supaya rakyat lihat PR sedang berantakan dan kemudiannya kembali ke BN? Atau sengaja mengalih perhatian rakyat daripada isu DSAI?

zaid.onn said...

Salam YB,

Satu perkara yang paling saya tidak suka tentang Pakatan Rakyat ialah kesanggupan PKR dan Pas bergabung dengan DAP. Sejujurnya bagi saya DAP tidak sepatutnya punya tempat di Malaysia. Sayangnya parti tua yang memcetus peristiwa 13 Mei ini terus bertahan. Kerana apa YB? sebab mereka ini memainkan api perkauman.

Tambah menyedihkan ramai yang terpukau. Jangan kata Cina, India juga malah ada seorang dua Melayu yang turut terpesona.

Tp YB bagimana sekalipun agen-agen DAP cuba memutar-belit fakta termasuklah mengeluarkan buku mengatakan tragedi 13 Mei sebenarnya dilangi oleh UMNO untuk menyingkir Presiden UMNO ketika itu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Sejarah tidak boleh diubah.

Sejarah boleh direka, tetapi tidak boleh diubah. Sejarah akan tetap menunjukan fakta sebenar. Hanya mereka yang buta sejarah sahaja yang akan tertipu dengan sejarah rekaan.

Kenyataannya jika bukan anggota DAP ketika itu berarak ke Kampung Baru Kuala Lumpur untuk mengejek orang-orang Melayu ekoran kekalahan Parti Perikatan di kawasan Cina, tragedi 13 Mei tidak akan berlaku YB.

Sampai hari ini DAP tidak pernah lupa peristiwa 13 Mei, kerana mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Hari ini DAP ini terus-terus meminta kerajaan mengumumkan berapa ramai yang mati dalam tragedi itu. YB saya tak nak tahu. Saya tidak mahu tahu mana pakcik saya. Mana kubur-nya, jika ada kubur... kami sudah dapat menerima hakikat. kami tidak mahu tahu. Orang yang tidak melaluinya sahaja yang akan menyalak macam anjing.

Satu kesilapan YB, untuk PR bergabung dengan DAP.

Parti tua ini hanya tahu membawa kemusnahan. yang terteruk ialah tragedi 13 Mei, ia akan memusnahkan PR soon...Mengapa Pas dan PKR tidak pernah mahu belajar dari sejarah.

harunn said...

Bravo Yb Zul

terima kasih kerana siarkan laporan ini

Memang betui sesiapa yang dari pakatan komen mengenai mana parti pakatan akan dilabel sebegai agen umno atau pencacai umno

la ni pemimpin pkr cina pula komen dap , penyokong fanataik nak kata apa lagi , nak kata agen umno lagi ka , tak mungkin cina akan sokong umno

saya heran dengan puak tegar ni ,bagi depa pemimpin pakatan tak kira dari pkr ke pas ke atau dap - tak boleh sentuh lansung , kita kena la mengaku dan tegur , ini bagi depa , pemimpin pakatan semua betui , macam khalifah la konon

tengok hari tu , orang shah alam , bela kuil , depa sokong , lepas tu , bela puak kapir guna kalmah Allah , pun sokong juga

bila melayu kat penang kena tindas , pun sokong juga

pendek kata , puak ni sokong membabi buta tuli la

tapi bagi pemimpin pakatan macam Yb Zul , dato Hassan Ali , Ustaz Nasahrudin serta Dato Harun Din , tak sependapat dengan pakatan , kena bidas serta dihalau dari pakatan

ini macam ka

thisiswhoiam said...

Dear YB,

Saya masih berdoa agar masyarakat melihat dengan mata & berfikir dengan akal tentang apa yg berlaku skrg.Pihak DAP selalu menggunakan ayat quran untuk memenangi hati 'orang kita', cuba YB gunakan ayat quran juga untuk membuka hati org kita dalam hal ni.

magn said...

ok skg aku dah bole confirm.kau memang penkhianat dsai,dalam keadaan dsai memerlukan sokongan dan semangat,timbul kau.

ya aku mengaku mula dulu memang kau pejuang tapi apakan daya habuan dunia sudah menhapuskan segala keimanan yg ada pada kau.

kau sengaja tunggu waktu ini supaya jika kau letak mjawatan pun prk tidak boleh di buat sebab sudah 2 tahun.

memang kau pengkhianat.jangan sebut kau pejuang islam,buat malu sikit pada allah.

aku dr amin said...

kenapa yb buat sesuatu yang kontroversi dan memanaskan lagi keadaan. respeklah pemimpin yang selama ini berusaha memperkuatkan pakatan. sedih melihat semakin hari yb semakin tersasar.

Supar Yop said...

Semua kenyataan DAP tentang Demokrasi adalah bohong belaka.. Petikan dari The Sun, LGE kata akan buat pilihanraya Majlis Perbandaran ( Local Council Election) pd tahun 95.. bila dah dapat kuasa. ooo . tak boleh buat sbb Penasihat Undang Negeri kata tak boleh! Sblum PRU 12 , janji nak selesaikan isu Kg Buah Pala.. skrg dah ranap pokok pala dah kene rentap dari akar dia sekali...
DAP adalah fotokopi PAP, buat apa nak percaya lagi? Orang melayu cuma boleh buat bisnes warung saja..itupun kene roboh jugak..Nasib orang melayu PP sama dgn Singapura..Dulu dah teruk bawah GERAKAN , sekarang mcm nak telingkup terus!!Wahai Khalifah Umar Abdul Aziz DAP, bila nak sampaikan khutbah jumaat di Masjid Cherok Tuk Kun?

ZN jgn risau samada nak keluar atau nak dipecat dari PKR.Anwar dah cukup berserabut dgn kes liwat dia lagi..dalam keadaaan cukup berselirat begini dia tak kan sanggup nak buang walau sorang pun ADUN dari PKR..Kecoh lagi rupanya PRM blum bubar!Habis Syed Husin, Sivarasa dan Tian CHua tu apa pulak status diorang? Adakah ini ular2 dalam selimut?Silap2 sblum PRU 13, PKR akan bungkus mcam kata Mahathir..Dan kita balik ke zaman sebelum REFORMASI 98 - tinggalla DAP & PAS sebagai peneraju pembangkang utama..

Rakyat said...

Bila membaca komen-komen daripada penyokong PAS dalam forum2 yang popular di kalangan mereka, saya boleh membuat satu kesimpulan. Mereka akan bersetuju sesuatu itu hitam hanya apabila pemimpin mereka berkata ia hitam. Walau sudah terdapat bukti menunjukkan benda itu hitam, mereka tetap menyatakan ia biru kerana tiada pemimpin mereka menyatakan ia hitam. Mereka tetap tidak akan menerima apa yang diperkatakan mengenai DAP dan akan sentiasa melabelkan ia sebagai agenda UMNO. Mereka juga terlalu banyak disajikan dengan artikel yang ditulis oleh ejen-ejen DAP sehingga mengelabui mata hati. Begitu senang DAP mengambil hati mereka, hanya dengan menyebut ayat al-Quran, memakai jubah, bercakap jawa. Inilah yang dinamakan "simpleton".

Hamzanee Kholedin said...

Salam YB, saya cadangkan semua YB2 pakatan yang dok rajin kondem kepimpinan parti secara terbuka tubuh parti sendiri, mungkin YB2 ni boleh bekerja dengan lebih erat lagi.

Wassalam

dad2twin said...

Assalamu'alaikum

Virus kerosakan tu bukan saja dr DAP tapi juga dr dlm PKR tu sendiri. Akhir2 ni ramai bekas2 ahli umno dan geng2 bn nya yg masuk PAS dan PKR yg merosakkan parti ini dr dalam. Mereka ni cukup anti ISLAM yg teramat sgt dan akan buat apa saja utk mencantaskan pejuang2 ISLAM. Mereka ini ramai pengikut2nya di dalam PR.

Supar Yop said...

To dad2twin,

Saya boleh setuju kalau yg merosakan PKR, yg cukup anti Islam itu adalah bekas2 UMNO termasuklah Anwar Ibrahim yg jadi perosak NO.1.
Sekarang tambah sorang lagi malaun bernama Zaid Ibrahim jugak berjiwa anti Islam.

Yg berjiwa Islam mcm ZN bukan asal dari UMNO.

Dalam PAS tak ramai yg bekas UMNO.Tapi ada sorang lagi berjiwa anti Islam dan pro gereja dalam PAS ialah malaun bernama Khalid Samad, dia ni pun tak pernah berasal dari UMNO walaupun abang dia UMNO tegar.

Khalid ni ceriternya masa penangkapan ISA ramai2 thaun 87 , dia pun kene sumbat sekali dlm tahanan, mengadulah dia kene terajang dan mcm2 siksaan lagi.Masa tu bersih saya tengok muka dia dgn janggut sampai ke dada dan berserban ala Arqam.

Skrg nak sgt undi kristian, serban entah kemana janggut pun dah macam padri!

kadok said...

Jika kamu berbantah-bantah maka kembali lah ke tali Allah.

Jiak di lihat sekarang baik Islam dalam UMNO atau PKR ada yang nak kembali ke 'tali Allah'. ???

Tepuk dada tanyalah iman.
Jangan jadi munafik.
Walau pun kami tak tahu apa di hati kamu tapi ALLAH maha mengetahui.

52 tahun UMNO perintah Penang aper yang jadi???Boleh ke kembalikan tanah Melayu balik???
saper yang gadai??/DAP ker bang???

bak kata Nabil...
LU PIKIR LA SENDIRI

Eden said...

Salaam YB,

Laaa.. bukan ke labelling agen UMNO ni satu strategi supaya ahli2 PR tak membuat sesuatu atau statement yang merugikan PR.

Ikut asal usul strategi ni adalah dari khazanah mesin kempen PAS. Dulu masa zaman belajar U, mereka ni perbezakan mana satu yang sekolah agama dan mana satu yg sekolah sekular. Motifnya untuk bagi kondem siapa yg sekolah sekular ni. Biasa ayatnya macam ni "Ooo.. sekolah sekuler".

Tapi tu sebelum join pakatanlah. Kan lepas join Pakatan aritu ada ura2 nak kawinkan perkataan Islam dan Sekular, nak tunjukkan dua perkataan tu harmoni. (PAS + DAP) Takkan YB tak perasan benda2 macam ni berlaku.

Rahimi said...

"Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata penggunaan kalimah Allah sehingga tercetusnya insiden pembakaran gereja dan rumah ibadat adalah "isu politik bukannya isu agama".

Beliau mendakwa Umno cuba menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Selain Chua, forum anjuran Lajnah Penerangan Pemuda PAS, berlangsung di Hotel Antarabangsa Kuala Lumpur mengenai isu Allah, turut dihadiri oleh dua lagi ahli panel iaitu mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan Tantawi."

INILAH DIA FORUM MENGENAI ISU ALLAH OLEH SEBUAH PARTI YG KONONNYA ISLAM, DIJEMPUTNYA USTAZ CHUA JUA MENG, SEPATUTNYA FORUM INI TEMPAT UTK BERTUKAR PANDANGAN BUKANNYA TEMPAT UNTUK MENFITNAH. ELOKLAH YG DATANG MENDENGAR ORG ISLAM, YG JADI PANEL ORG ISLAM KECUALI USTAZ CHUA JUA MENG, YG FITNAH ORG ISLAM IALAH YG BUKAN ISLAM.

onede said...

Pas tak akan memerintah malaysia tampa Pkr dan Dap.
Pkr tak akan dapat memerintah malaysia tampa Pas dan Dap.
Dap tak akan memerintah malaysia tampa Pkr dan Dap.

Pkr bolih dibeli olih ameno.
Dap bolih dibeli olih ameno.
Pas sukar untuk dijual beli olih ameno.

Jadi kalau hampa dok bertelagah macam ni, yang tersenyum lebaq adalan UBN.

Ameno jugak lanie dok takut sebab, telah hilang banyak undi dari mca, mic dan gerakan.

kepada YB Khalid dan YB Zul yang tersilap makan ubat, cepat2 minum ayaq nyok supaya kembali kepangkalan jalan.

cucutokmegat said...

Assalamualaikum,

Saya ingin mengucap syabas kepada YB Zulkifli yang berani mempertahankan Islam melalui tindakan yang dilakukan dan kenyataan yang dikeluarkan. Saya kagum dengan YB kerana ada YB daripada parti lain termasuk PAS sendiri yang takut mempertahankan Islam hanya kerana kepentingan diri dan jawatan mereka. Teruskan perjuangan, kami setia menyokong YB.

CucuTokMegat@Gurun

s.vignesvaran said...

Mr.Zul,

It's not DAP which is thorn in the flesh. IT IS YOU!
PR does not need you!

looes74 said...

Vignesvaran,
Zul is brave because he is speaking in the place where the majority are moslems. Try asking Zul to talk in Isreal. We don't mind sneding Zul to the front line.
Having said that, I have to say not all SANE moslems are like Zul. What saddens me is that there are moslems supporting Zul. Look carefully the ideals Zul is espousing is exactly the same as what Zionis ias asking.
Anyway, Zul is going gaga now. So don't bother

looes74 said...

Saudara-Saudari sekalian,

Cubalah baca kenyataan ini

http://perisik-rakyat.com/2010/02/ku-li-ds-ir-nizar-masih-mb-perak.html

Begini perbezaan di antara seorang pemimpin yang berwibawa dan seorang yang sudah jadi gila macam Zul Noordin. Ya, saya kata lagi sekali Zul Noordin ni memang mempunyai psychiatric problem. Ni bukan saya kata punya,ramai orang2 terutama orang2 muslim yang masih berfikiran waras mengatakan dia

Apakah ni seorang muslim yang waras yang sanggup mengukum seorang muslim yang berwibawa seperti Khalid Samad atas berbeza pendapat? Beginikah seorang muslim ataupun Islam berhujah dengan strong arm tactics? Bagi orang2 yang menyokong Zul, fikirlah sendiri bahawa perbuatan itu betul di muka depan Allah. Mengancam seorang muslim demi untuk mendorong muslim2 lain untuk menerima hujah2 Zul. Bukankah ni MACAM ZIONIS jugak?

Kalaulah Zul disokong sepenuhnya, jangan harap orang2 lain mempunyai tanggapan yang baik terhadap ISLAM. Zulklifi Noordin memang bersikap TALIBAN & ZIONIS.

Saya berharap Tengku Razaleigh boleh menyertai & menerajui Pakatan Rakyat & buang saja Zulklifi Noordin. Kalau orang2 macam Zul Noordin, jangan hairan kalau Malaysia ditakluki & dijajah semula. Kerana ALLAH akan menghukum Malaysia semacam Sodom & Gommorah