26 June 2010

JUDI SUDAH BATAL, ARAK BILA?


Salam 2 all.

Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak atas keputusan tidak memberikan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat Ascot Sdn. Bhd. Keputusan yang di umumkan semalam memberikan kelegaan kepada umat Islam khususnya dan rakyat umumnya. Langkah berani ini diharap akan memberi isyarat positif kepada rakyat bahawa Kerajaan Persekutuan sangat memberi perhatian kepada suara rakyat. Tahniah kepada umat dan rakyat yang telah berdiri menyatakan pendirian membantah pemberian lesen pertaruhan sukan ini. Apa yang penting kita lakukannya kerana ALLAH, bukan kerana kefahaman politik yang sempit.

Sekarang saya mahu bertanya kepada mereka yang menghalalkan hasil arak. Apakah kalian juga berani melakukan perubahan yang sama? Atau apakah kalian masih berdegil dengan pandangan bahawa hasil judi haram tetapi hasil arak halal? Mengapa kalian begitu berani mengubah-ubah hukum ALLAH demi sedikit habuan politik keduniaan yang terlalu sedikit? Tidak takutkah kalian kepada murka ALLAH? Tidak gentar kalian kepada api neraka?

Atau habuan politik dunia terlalu berharga untuk kalian sehingga sanggup mempermainkan hukum ALLAH!? Kalau tidak malu kepada ALLAH dan Nabi pun, malulah kepada kepiah dan serban yang terkatup dikepala kita itu. Janganlah kita sekadar menjadi Pak Janggoat yang sekadar berjanggoat didagu tapi telur tergantung dibelakang!!

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan iman dan istiqomah dalam perjuangan memartabatkan risalah Islam yang syumul ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
14 Rejab 1431
26 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran akhbar Utusan Malaysia hari ini 26.06.2010)

Tiada lesen pertaruhan sukan

KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan membuat keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, pendirian itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti masyarakat yang secara jelas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan di peringkat dasar untuk memberi kelulusan sebelum ini.

“Walaupun ada pihak menyokong dan menentang perkara itu, kerajaan mendapati secara jelas majoriti masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut dikeluarkan.

“Oleh itu dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO mengumumkan keputusan berkenaan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini malam ini.

Polemik isu itu bermula apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek membuat kenyataan di Dewan Negara pada 6 Mei lalu bahawa kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen judi bola sepak semasa kejohanan Piala Dunia bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian haram di negara ini.

Pengumuman berkenaan mendapat bantahan pelbagai pihak antaranya Badan Perhubungan UMNO Johor, Perak dan Kedah, Pergerakan Pemuda UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu menegaskan, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, keputusan berkenaan disokong sepenuhnya MT UMNO dalam perbincangan malam ini.

“Keputusan itu dibuat sebulat suara, walaupun ada satu dua pendapat berbeza pada peringkat awal tetapi semua akur dan menerima,” katanya.

Mengenai lesen yang pernah dikeluarkan kepada Ascot Sports, Perdana Menteri berkata, ia diluluskan pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkannya semula pada 1990 kerana menghadapi kerugian besar.

Katanya, sejak tarikh itu Ascot Sports beberapa kali cuba memperbaharuinya dan baru-baru ini kerajaan pada dasarnya memberi kelulusan dengan syarat tertentu yang perlu dipenuhi.

“Selain itu, kerajaan pada masa sama ingin mendapatkan pandangan umum sebelum lesen dikeluarkan memandangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai pandangan mereka sendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen dari sudut agama, ekonomi dan sosial

“Walaupun niat kerajaan selama ini adalah untuk mengawal aktiviti haram dan pertaruhan sukan haram yang ditaksirkan begitu besar sehingga ada yang kata perjudian haram itu melebihi RM10 bilion dan melibatkan kegiatan jenayah yang lain” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menjelaskan, kerajaan juga mengambil keputusan bahawa dalam apa keadaan sekalipun, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam pertaruhan sukan sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat berkaitannya.

“Syarat-syarat ini adalah sesuatu yang begitu tegas ditentukan kerajaan,” katanya.

Mengenai reaksi parti komponen Barisan Nasional (BN), Najib berkata, beliau percaya keputusan itu dapat diterima kerana ia lebih mengutamakan rakyat.

Beliau turut memberitahu, Ascot Sports juga tidak akan diberikan sebarang pampasan kerana di bawah akta yang diperuntukkan, Menteri Kewangan pada bila-bila masa mempunyai kuasa untuk menarik balik lesen pertaruhan itu.

14 comments:

daLyaanoon said...

Kenapa YB tak tanya YAB TGNA masa duduk ceramah sama-sama dulu?

Abu Aiman said...

Salaam.
Sdr Zul, la ni penjualan arak semakin open. Kat pasaraya2 besar beer dijual sebaris dgn ayaq gas. Dulu rasanya dok dlm zone 'non-halal item' saja. Ada juga minimarket yg jual dlm kabinet kaca dekat kaunter ja. Saya percaya arak ada kaitan langsung dgn gejala maksiat yg berleluasa. Budak melayu ramai yg pandai minum la ni. Kalau yg kecik2 ni pun tidak ditangani, kilang2 yang besaq2 tu apatah lagi...

tomskut said...

YB,

Dah dah la nak kutuk pak janggut pak janggut, banyak lagi UMNO masih kurang, Berapa kali dah ckp arak untuk org bukan islam, agama lain tak menghalang arak, agama lain anti judi, jadi kelantan boleh jual arak pada premis2 tertentu. Apahal ko bahlul sgt nak paham.

lobai cool+hensem said...

salam

yb zul,telur kambing tu kat belakang ke kat bawah!kah kah kah

yb ni boleh masuk raja lawak laa..
apapun so far yb memang best!

teruskan berkarya,dan jangan lupa sesekali kita kena muhasabah jugak..

-salam ukhwah-

kulatlapok said...

40 ulardalamsemak dah masuk UMNO X KAN MEREKA tak berani lagi nak bersuara kat UMNO yg kilang arak tu HARAMMMMMMMMMMMMMMMMMMM......

s.vignesvaran said...

Dear Zul,

You always make noice for no reason, but on this betting issue you have kept quite until it get resolved. So, it clearly shows that you supported JUDI just because it proposed by BN. Only after Najib taken a step back because of public pressure, then you are saying it's good to cancel it. So funny. People won't buy your cheap politics.

KerisKontot said...

DAH BATAL baru berani buka mulut ye YB...

agaknya kalau najib ingin teruskn, YB pun sokong jugak ke?

Bijen M. said...

Salam tuan,
Di sini saya ada cadangan supaya dapat diutarakan oleh tuan ke Parlimen mengenai isu rokok.
Sekarang sudah jelas diperkatakan rokok adalah haram melalui fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan.
Juga penemuan sel darah babi pada rokok.
Jadi saya berharap agar tuan dapat menyuarakan di Parlimen perlaksanaan label Non-Halal atau Haram pada kotak rokok.
Kerajaan tidak perlu berselindung lagi dengan dalih menaikkan harga rokok atau menyiarkan gambar-gambar penyakit akibat rokok semata-mata untuk mengaut keuntungan dari hasil kutipan jualan rokok.

jma@tekali said...

Salam,

Bila nak laksanakan hudud. Kenapa kita masih nak pertahankan hukum ciptaan manusia. Hukum Islam dah terang dan sahih masih dikesampingkan.

Laksanakan HUDUD saya YAKIN dan PASTI semua masalah kita selesai. Bukan Insyallah tetapi PASTI.

Sila bentangkan di Parlimen.

Unknown said...

Tahniah! YB
satu penulisan yg sgt baik..
izinkan sy berkongsi penulisan ini dalam FB kerana isu ini juga ada dibincangkan dalam rakan2FB.. penulisan YB ada kebenarannya.
Kami bukan orang politik mahupun menyokong apa2 parti.
Dalam beragama, yang menentukan kita diSANA nanti ilah amalan, serta kerja2 baik kita serta amalan yang kita buat. Bukan sebab kita menyokong atau menjadi ahli mana2.
Sedang menanti jika-jika ada mana pihak menentang judi2 yang lain, mengadakan perarakan besar-besaran dan sebagainya. semua judi adalah haram,bukan hanya judi sukan sahaja.
Kalau ada orang kita yang hanya menentang judi sukan dan bukan judi-judi lain, x taulah.
sekarang orang2 politik ada kuasa menentukan. Sama ada Kanan atau Kiri, depan atau belakang. sementara ada kudrat utk melaksanakan, lakukan lah. sama ada pusat atau negeri. Kuasa ditangan anda.Jangan hanya pandai bercakap dan berdebat!
Just do it! Jika tidak, x perlu bising2. Bak kata Imuda, Pi Mai Pi mai tang Tu...

Untuk YB, teruskan penulisan-penulisan menarik ini. saya sangat menantikan penulisan YB, dan memohon keizinan YB utk dikongsikan dengan rakan2 FB saya.
Terima kasih YB.

p/s: sangat menyokong ketetapan dan hujah yang dibuat Oleh Y.Berbahagia Tuan Guru Dr. Haron Din mengenai isu kalimah Allah.
Insya-Allah, hujah beliau yang sgt arif mengenai agama juga menjadi rujukan kita dan rakan2 FB sy yang lain dalam isu Kalimah Allah.

Mohon maaf jika coretan ini sangat membosan kan YB dan yang lain. Ini hanyalah coretan dari seorang insan yang mempunyai kelemahan. Apa2 pun YB, teruskan perjuangan
Apa yang benar, katakan benar! Yang salah tetap salah.
Syiar Islam tetap diutamakan, bukan undi, dptkan undi dan beli sokongan yang diutamakan dan menjadi perkiraan utama.
Yang penting jangan sampai mengadaikan prinsip.
T.kasih.

Mat Rempit said...

Teruskan YB.. Si S.V tu bukan dia baca pon posting YB yang lepas.. samala ngan si kontot.

Arak judi tetap haram. Tapi arak adalah ibu maksiat. PR ni bila orang buat dia bising. Tapi bila dia buat semua betul. Nanti dah kena liwat baru nak menyesal..

Apa salahnya yang betul cakap betul yang salah cakap salah. ini statement semuanya ada kepentingan. Sikap korang sebenarnya merugikan PR sebab korang sebenarnya semakin mendedahkan siapa korang..

Unknown said...

orang politik sumenyer same je. x kire la yg lebai ker, yg alim ker, yg kononnya 'istiqomah' ker, sumenyer sampah.

Unknown said...

ler YB nihh lawak laa...umpama berterima kasih kepada PENCURI.... orang tu yg mencadang lesen judi dan orang tu juga yg membatalkan pula....lepas tu ada plak yg memuji tindakan baiknya itu...lawaKKK! muahahaha

ishamzana said...

ye betulllbile dh tak jadi baru nak berkokok ke...tak payah tanye rakyat...kalau betul negara ni negara Islam...kena ikut perlembagaan Islam la...kan Islam tu boleh pakai sampai bile2...kalu la tergerak kat hati kita ni cakap dalam al-Quran tu ade yg tak sesuai dgn zaman sekarang tu ape hukum nye ustaz zul....kalau nak jadi pemimpin kena tahu la...kalau tak tahu tanye alim ulama...ni ulama dalam kerajaan duk diam je...takut tak dapat gaji ke...rezeki tu bukan kerajaan yg bagi tapi Allah yg bagi...ke nak same mcm org selalu cakap kat Pas...tak makan la kite kalau Pas memerintah...tu ape hukum dia ustaz zul...