Salam 2 all.
Membawa seorang wanita yang memakai burqa (yang didakwa melakukan kesalahan mendedahkan 'aurat), memasuki sebuah stadium yang sedang menyaksikan satu permainan bola, kemudian menghukum wanita tersebut dihadapan penonton yang menyaksikan perlawanan bola itu dengan menembak dikepala beliau beberapa kali! Adakah itu perintah ALLAH, adakah itu cara yang diajar Rasulullah?
Menangkap pasangan yang dikatakan bercinta (dikatakan tanpa izin), mengheret mereka ke sebuah lapangan, kemudian melempar mereka dengan batu sampai mati! Adakah itu perintah ALLAH, adakah itu cara yang diajar Rasulullah?
Teman yakin selepas menyaksikan beberapa videoklip diatas, ada antara mike yang akan berkata ini propaganda Barat! Tetapi pernahkah kita bertanya, siapa yang memberi ruang kepada Barat untuk menghentam kita? Bukankah tangan kita sendiri! Apakah benar itu cara Islam melaksanakan hukuman, atau itu hukuman berdasarkan nafsu segelintir kita dengan melabelkannya sebagai Islam?
Syariat Islam itu cantik dan indah, DAN yang huduh dan buruk itu sebenarnya ialah umat Islam itu sendiri!!! SEGELINTIR UMAT ISLAM YANG TELAH MENGHUDUHKAN AGAMA ISLAM MELALUI AKHLAK & PERANGAI BURUK MEREKA SENDIRI!!!
Teman yakin tidak ada seorang pun umat Islam yang mengaku beriman kepada ALLAH yang akan menolak perlaksanaan hukum ALLAH, samada hudud, qisas atau ta'zir dan lain-lain. Tidak beriman seorang Muslim melainkan dia yakin dan percaya hukum ALLAH wajib dilaksanakan!
Dan ALLAH naik saksi bahawa teman tetap bersaksi ALLAH itu Maha Esa, Nabi Muhammad saw itu Pesuruh ALLAH, dan Al Quran itu firman ALLAH, dan segala perintah ALLAH dan Rasulullah saw itu wajib dilaksanakan! Mendirikan Daulah Islamiyyah itu jihad, melaksanakan syariat Islam itu jihad!
Tetapi bagaimana keadaan dimana ada segelintir umat Islam yang tidak melaksanakan keadilan Islam, tetapi melabel diri mereka, dan perbuatan mereka sebagai Islamik, dan lebih teruk mengkafirkan orang lain?
Apabila timbul isu hudud baru ini, YAB PM menyatakan bahawa "kita akui hukum hudud adalah hukum ALLAH, tetapi melaksanakannya perlu dilihat realiti masakini". Maka melalaklah segelintir mereka menyerang YAB PM, habis YAB PM dimaki-hamun sebagai menolak hudud, dan sampai keperingkat ada yang mengkafirkan beliau!
Tetapi bila YAB Datuk Seri Azizan menyatakan, "Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan" kerana realitinya "Kerajaan PAS Kedah berkongsi kuasa dengan biaDAP dan PKR", dan realitinya Kedah, saperti juga Malaysia, mengandungi komposisi pelbagai kaum dan agama; maka kaum ini berkata "ini adalah siasah syara'iyyah, strategi politik". Bila mereka menyatakan secara realitinya "PAS tidak akan laksanakan hudud melainkan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR" kerana realitinya PAS tidak mungkin boleh membentuk Kerajaan sendiri, kenyataan ini dikatakan "tahalluf syara'iyyah".
Persoalannya, apa beza kenyataan YAB PM dengan mereka? Langsung tiada. Malah kalau dilihat kenyataan YAB PM lebih mencerminkan seorang Muslim yang realistik. Tetapi jelas daripada sikap mereka bahawa mereka tidak mampu bersikap 'adil. YAB PM dikatakan kafir menolak hudud, tetapi bila kaum mereka sendiri melakukannya itu disebut "strategi politik", "siasah syara'iyyah", "tahalluf syari'e"! Dan bila YAB Tan Sri Khalid kata "Selangor tidak akan laksanakan hudud", langsung kaum ini menjadi syaitan bisu! Mengapa? Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau kelak nanti mereka yang akan menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!
Begitu juga bila Saiful Bukhori Azlan mengadu dirogol dan diliwat majikannya Anwar Ibrahim, tanpa mendengar keterangan Saiful, tanpa memberi peluang kepada Saiful memperjelaskan keadaan, tanpa memanggil Saiful untuk mendengar aduannya, terus kaum ini menghukum dan memaki-hamun Saiful Bukhori! Belum pun Mahkamah mulakan perbicaraan, mereka sudahpun menjatuhkan hukuman qazaf keatas Saiful. Malah mereka mendoakan moga Saiful dila'nat ALLAH. Sedangkan Saiful tetap istiqomah dengan keterangannya, dan sampai boleh berdiri dihadapan Ka'bah, dan berdoa memohon kebenaran dan keadilan disisi Gua Hira' di Jabbal Nur sambil mengadap Masjidil Haram. Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!
Begitu juga apabila Datuk Eskay mendedahkan sebuah videoklip untuk membuktikan bahawa "rakan baik dia Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin"!". Tidak pernah pada bila-bila masa Datuk Eskay menuduh Anwar berzina. Namun tanpa mendengar penjelasan Datuk Eskay, tanpa memanggil Datuk Eskay memberikan penerangan, malah tanpa tengok pun lagi videoklip itu, kaum ini terus memaki-hamun Datuk Eskay. Belumpun Mahkamah mulakan perbicaraan, mereka sudahpun menjatuhkan hukuman qazaf keatas Datuk Eskay. Habis segala surau masjid, segala ceramah, kuliah, tazkirah, sampai ke tangga mimbar Jumaat mereka panjat dan mereka serang Datuk Eskay habis-habisan. Malah mereka mendoakan supaya Datuk Eskay dila'nat ALLAH. Sedangkan Datuk Eskay masih tetap istiqomah dengan perjuangannya untuk mendedahkan kebenaran. Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!
Begitu juga bila YB Datuk Hasan Ali, Exco Kerajaan Selangor dan pemimpin PAS mempertahankan tindakan JAIS menyiasat kegiatan dakyah Gereja Methodist Damansara Utama untuk memurtadkan umat Islam, terus kaum ini memaki hamun dan menyerang Datuk Hasan Ali. Belumpun sempat Datuk Hasan Ali memberi penjelasan, belumpun sempat JAIS menyediakan lapuran, mereka dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, dan pihak gereja pula dibela dipertahankan. Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!
Begitu juga apabila didedahkan sikap Anwar Ibrahim yang membuat ucapan di London School of Economics pada 18.03.2008 yang jelas menunjukkan beliau menganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama, fahaman yang ulama' menegaskan sebagai sesat dan boleh merosakkan aqidah sehingga murtad, kita melihat kaum ini langsung tidak mempersoalkan fahaman Anwar ini; malah terus mengidola dan mengagongkan manusia yang mempunyai ciri-ciri sudah sesat aqidahnya. Dan lebih parah, kaum ini mengisytiharkan mereka bersedia menobatkan Anwar sebagai kalipah mereka dan menjadi Perdana Menteri mereka! Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!
Kita pernah dengar kisah bagaimana Rasulullah saw tidak menyukai seorang sahabat yang mahu melaksanakan qisas terhadap pembunuh adiknya! Sebaik sahabat itu pergi membawa pergi sahabat yang mahu diqisas, Rasulullah saw bersabda: dia dan si-polan yang nak dihukumnya adalah sama! Perkataan itu disampaikan kepada sahabat itu. Terus sahabat itu kembali dan menyerahkan sahabat yang hendak diqisaskan sambil berkata, "aku serahkan si-polan ini kepada mu Ya Rasulullah untuk kau perbuat apa yang selayaknya bagimu".
Malah Rasulullah saw pernah diriwayatkan bersabda, "aku lebih suka kalau mereka (ya'ni orang yang melakukan kesalahan) memohon pengampunan terus kepada ALLAH dan bertaubat!".
Mesej Islam ialah keadilan dan rahmat kasih sayang ALLAH. Apakah kita benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab itu? Kita lihat bagaimana ramai lelaki diluar sana yang begitu ghairah konon nak menurut hukum untuk berkahwin lebih daripada satu. Bab hukum kahwin lebih satu kita sembang bukan main gah dan hebat, tapi bab sifat keadilan yang dipikulkan untuk berkahwin lebih daripada satu gagal dilaksanakan!
Moga ALLAH memberikan keampunan, serta petunjuk yang benar kepada kita semua. Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Sekiranya apa yang teman sampaikan disini bercanggah dengan Islam, itu adalah kerana kelemahan dan kejahilan teman sendiri, dan teman mohon keampunan daripada ALLAH. Moga ALLAH memperbetulkan apa jua kesilapan yang dilakukan (jika ada), dan semoga ALLAH menetapkan aqidah dan keimanan kita semua, ameen.
ASTAGHFIRULLAH HAL 'ADHEEM!
AAMANTU BILLAH SUMMASTAQEEM!!!
Wallahua'lam dan wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
02 Zul Qaedah 1432
30 Sept 2011
*Teman syorkan mike tengok videoklip diatas dan lain-lain videoklip yang bersambung daripada situ, dan buatlah rumusan mike sendiri dengan memohon petunjuk daripada ALLAH.