15 September 2011

HARI AL-KAZEEB 160908


(Videoklip membuktikan politik pembohongan & putarbelit kalipah PaLut)

Salam 2 all.

16 Sept 2008 akan tercatat dalam sejarah dunia sebagai hari pembohongan besar dalam tinta tawarikh Malaysia. Hari dimana bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga seluruh dunia dibohongi oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih rakyat pada 08 Mac 2008 akan tumbang.

Caranya mudah, lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan melompat parti menyertai kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e dan membentuk Kerajaan Persekutuan. Teman masih ingat kata Anwar bahawa "kita dah ada jumlah itu". Teman masih ingat bila teman persoalkan mengapa kita mahu bentuk Kerajaan berdasarkan MP yang melompat, tidakkah itu menjadikan kita penganut Machiavelli "matlamat menghalalkan cara", jawapannya, "takpa, kita dapatkan kuasa dulu". Dan bila teman persoalkan tidakkah nanti Kerajaan Persekutuan Pakatan akan dikuasai oleh bukan Islam (sebab Anwar kata kesemua 30 lebih MP BN nak lompat tu non-Muslim), Anwar kata "takpa, aku yang jadi PM".

Sebagaimana mike semua ditipu, macam tu lah kami juga dibohongi. Itu yang didedahkan oleh YB Datuk Seri Zahrain dalam Parlimen, bagaimana kononnya Tuanku YDP Agong dikatakan memberi sokongan. Konon cerita Panglima Angkatan Tentera dikatakan juga menyokong. 16 Sept 2008 adalah satu pembohongan, tegas Datuk Seri Zahrain.

16 Sept 2008 sebenarnya membongkar politik pembohongan dan putarbelit yang menjadi amalan kaum PaLut pimpinan Anwar Ibrahim, semuanya dengan hanya satu matlamat iaitu menduduki Putrajaya "at all cost".

Alhmadulillah teman disedarkan ALLAH mengenai pembohongan ini. Dan bertambah kesyukuran teman kerana ALLAH merencanakan satu perancangan yang teman tak pernah terpikir akan berlaku, bilamana dengan ketentuan ALLAH, teman dimufaraqahkan dari Pakatan syaitan kaum PaLut ini kerana mempertahankan kalimah ALLAH Yang Maha Esa! Alhamdulillah, syukur padaMu Ya ALLAH!

Kini politik pembohongan dan putarbelit ini makin terserlah. Bermula dengan pembohongan pakatan luar tabi'e antara PAS yang kononnya memperjuangkan penubuhan Negara Islam dengan parti biaDAP yang mahu menbuhkan negara sekular. Kini pembohongan itu terbukti. Rupanya perjuangan menubuhkan Negara Islam adalah satu kesilapan politik yang besar, kerana kata mereka, rupanya Negara Islam tidak ada dalam Quran.

Bukan sahaja perjuangan itu ditongsampahkan, malah ada pemimpin PAS yang sanggup mati mempertahankan Karpal kafir harbi yang cabar "kalau mau negara Islam, langkah mayat saya dulu!". Kesian kepada Allahyarham Ibrahim Libya yang matinya diisytiharkan syahid kerana memperjuangkan Negara Islam, mati tanpa dimandikan, dikafankan dan disolatkan! Siapalah nak bertanggungjawab?

Kini terbukti pembohongan dan putarbelit kalipah PaLut @ Anwar Ibrahim. Walaupun Mahkamah mendapati ujud DNA dia didalam karung kunyit Saiful yang disahkan dari sumber airmani beliau, dan peluang terbuka untuk Anwar menafikan itu dengan hanya memberi sampel darah untuk ujian DNA, namun Anwar enggan memberikannya. Walhal kalau Anwar berikan sampel darah untuk ujian DNA dan terbukti dia benar, ada kemungkinan Kerajaan Persekutuan boleh tumbang! Tapi Anwar tak berani!

Begitu juga bila dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin supaya Anwar mengangkat sumpah muhabalah menafikan aduan Saiful yang mengadu diliwat beliau, Anwar enggan. Walaupun Saiful dengan berani mengangkat sumpah didalam Masjid Wilayah Persekutuan dengan menjunjung Al Quran menegaskan Anwar telah meliwat dia.

Walaupun kaum Anwarinas mendakwa dan berharap Saiful akan ditimpa la'nat ALLAH, malah menyebarkan dakyah menyatakan Saiful mengidap penyakit kulit, tidak boleh berjalan, malah sudah lumpoh. Tetiba keluar gambar Saiful dihadapan Ka'bah, menadah tangan diatas Jabbal Nur bersebalahan Gua Hira' memohon doa, ramai kaum Anwarinas yang terkedu tak terkata apa! La'nat nampaknya dah turun kepada orang lain rupanya!

Pembohongan dan putarbelit Anwar dan kaum PaLut berterusan. Kebenaran makin membelit tengkok mereka. Dalam keadaan kaum Anwarinas mengimpikan agar la'nat turun kepada Saiful, terbongkar videoklip kalipah PaLut bermain "kondang-kondi" dengan China-Doll. Maka bermulalah siri-siri pembohongan dan putar belit yang tidak pernah dilihat dalam sejarah.

Bila ditanya dimana jam Omega yang ditinggalkan dalam bilik China-Doll, Anwar tuding jari kata ada pada Azizah. Bila ditanya pada Azizah yang sedang buat sidang akhbar dirumahnya dimana jam Omega itu, Azizah melenting tak tentu arah, walaupun beliau hanya perlu bangkit dari kerusi dan pergi kebilik untuk ambil jam Omega itu (kalau ada). Tapi tak, Azizah pilih untuk tidak tunjukkan, malah melenting tak tentu pasal. Tau-tau keluar bukti rupanya jam Omega tu memang ada dengan Datuk Eskay. Siap ada video lagi membuktikannya!

Bila ditanya kenapa tak saman sahaja Datuk Eskay, kawan baik dia yang mendedahkan videoklip tersebut, Anwar tidak berbuat apa-apa. Bila ditanya mana jam Omega itu, sebab Azizah masih tak dapat membuktikannya, Anwar melenting tak tentu pasal, macam masa wartawan tanya kenapa tak bagi sampel DNA.

Pembohongan dan putarbelit kaum PaLut makin parah bila ada pulak yang keluarkan videoklip rupa dia macam P.Ramlee. Iysk..isyk..isyk..P.Ramlee pun boleh menangis tengok orang yang ngaku fotostat dia tu yop. Siap ngaku perut Anwar tak sebuncit dalam videoklip, macamlah dia pernah tengok Anwar berbogel. Ke memang dia pernah tengok kalipah PaLut berbogel yop?

Dan yang lebih parah, kaum Anwrinas yang berkopiah-jubah berhempas pulas disegala ceramah, kuliah, tazkirah dan mimbar masjid surau memutarkan isu sebagai qazaf. Sedangkan takde siapa pun yang menuduh Anwar berzina. Datuk Eskay sendiri semasa mendedahkan videoklip tersebut berkata dia mendedahkan videoklip itu untuk membongkar karektor kawan baik dia Anwar sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin, itu sahaja. Yang dok putarbelit jadikan isu qazaf apa hal? Yang lebih teruk, ada yang tengok pun tak lagi. tapi dah siap patwa orang lain masuk neraka. Macam lah sorga tu bapak dia punya.

Dan dikalangan tok lebai yang dah tengok, semuanya kata, "memang mamat tu yop". Paling koman pun, ada ulama yang kata, "susah nak kata tu bukan Anwar". Yang paling serius, ada yang sampai diserang sakit jantung sebaik melihat Anwar dengan kondang-kondi dia! Agaknya terkejut dengan belalai melentuk kot!

Penyakit pembohongan dan putarbelit ini berterusan. Agenda jahat himpunan haram 09 Julai membongkar wajah sebenar mereka. Tiba-tiba para ustad dan agamawan yang kononnya selama ini menjuarai isu murtad dan menentang Majlis Peguam sebagai kafir harbi yang wajib diperangi dengan jihad, tetiba mengangkat bekas presiden Majlis Peguam Ambeega Sreenavasan sebagai kalipah mereka. Sedikitpun mereka tidak ingat kekawan mereka yang masuk penjara dan dihukum kerana menentang Ambeega dan Bar Council. Yang penting pada mereka ialah kuasa politik Putrajaya!

Tuanku YDP Agong dibohongi, dengan dakyah konon mereka mahu mengadap untuk mempersembahkan takzim yang mereka telah membatalkan rancangan himpunan haram itu. Rupanya majlis mengadap Tuanku diputar sebagai konon Tuanku menghalalkan himpunan haram itu. Mereka bohongi rakyat dengan mendakwa ratusan ribu akan turun, sedangkan yang turun hanya seciput. Mereka fitnah kata polis bertindak ganas, sebaliknya terbukti melalui video bergambar yang ganasnya mereka sendiri.

Mereka bohong dunia menyatakan polis langgar pemimpin mereka, tetiba kuasa ALLAH membuktikan dema tergolek sendiri. Mereka putarbelit kata ahli mereka sampai mati dikerjakan polis, terbukti melalui video yang dia mati sendiri akibat sakit jantung. Dema putarbelit satu kematian, tetiba keluar video lakonan sandiwara yang cukup meloyakan. Sampai bab mati pun dema sanggup jadikan bahan bohong dan putarbelit yop!

Mutakhir ini, terbongkar agenda mereka membohongi rakyat dengan mendakwa kominis sebenarnya pejuang kemerdekaan. Kominis yang membunuh dan membakar hidup-hidup anggota polis dan keluarga mereka dalam peristiwa Bukit Kepong dinobatkan sebagai pejuang sebenar. Anggota polis yang mempertahankan negara dilabel sebagai barua penjajah. Chin Peng mereka kata pejuang sebenar, malah teman tidak terkejut kalau nanti mereka akan berjuang untuk membawa balik bangsat kominis itu dan dinobatkan sebagai pahlawan negara!

Dan terkini, apabila cubaan dakyah murtad terhadap umat Islam oleh sebuah gereja Methodist terbongkar, kaum Anwarinas ini beriya-iya membela dan mempertahankan gereja dan puak missionary kristian. Kalau dulu bersembur airliur patah kaki meja mereka tempik perang fisabilillah terhadap puak missionary ini, hari ini mereka maki hamun pemimpin mereka sendiri yang mahu mempertahankan Islam. Sehingga pemimpin mereka terpaksa cabar rela dipecat demi mempertahankan aqidah umat.

Sebenarnya kita umat Islam khususnya, dan rakyat Malaysia amnya patut bersyukur peristiwa 16 Sept 2008 terjadi. Kerana peristiwa itu mendedahkan politik pembohongan dan putar-belit kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e ini, yang menganut ajaran politik machiavelli matlamat menghalalkan cara, hanya kerana mahu menduduki kerusi empuk Putrajaya. Hanya untuk memahkotakan manusia yang cukup jijik dan kotor sebagai kalipah mereka. Mereka muncul sebagai politikus rakus yang terpukau dengan cahaya kepalsuan kemahkotaan. Topeng mereka terdedah. Wajah sebenar mereka terbongkar. ALLAH menelanjangkan politik kotor mereka, sebagaimana China-Doll dibuang tualanya. ALLAH membuktikan Pakatan Luar Tabi'e mereka, sebagaimana jam Omega membuktikan pembohongan mereka.

Allahhumma Ya ALLAH, kami bersyukur kepada Mu Ya ALLAH atas kebenaran ini. Dan peliharalah aqidah kami, dan selamatkan agama dan negara kami daripada fitnah Al -Kazeeb ini.

Teman mengingatkan diri teman dan umat Islam serta rakyat semua, 16.09.2008 membuktikan kepada kita bahawa kita sedang berhadapan dengan spesis kaum yang mampu berbohong dan memutarbelit apa sahaja demi politik kepartian mereka yang sempit. Dan rentetan pembohongan demi pembohongan, putar-belitan demi putar-belitan selepas itu memberikan isyarat jelas kepada kita bahawa umat Islam dan rakyat negara ini akan berhadapan dengan politiking paling kotor yang tidak pernah dilihat sejarah - politik machiavelli matlamat menghalalkan cara berteraskan kepada pembohongan & putarbleit dengan cita-cita mahu menduduki kerusi pemerintahan Putrajaya dan memahkotakan manusia jijik dan kotor sebagaio kalipah mereka!!!

Kaum PaLut ini adalah kaum yang mengamalkan politik songsang, politik luar tabi'e. Mereka wajib ditentang habis-habisan. Mereka sanggup gadai agama mereka sendiri, mereka tergamak menjual kalimah ALLAH Tuhan mereka, mereka sanggup memajak anak-isteri mereka dengan bai'ah talaq tiga demi ketaksuban kepada politik kepartian, mereka sanggup mengtongsampahkan perjuangan mereka konon dah tak jumpa dalam Quran, mereka sanggup memutar sejarah negara dan memuja kominis laknatullah, mereka maki pemimpin mereka yang mahu mempertahankan aqidah umat!

Mereka ini sudah mabuk kuasa! Kita bukan gilakan kuasa, tetapi kita mahu halang orang gila daripada berkuasa!!!

Bagi setiap individu umat Islam yang cintakan agama, bagi setiap individu rakyat yang sayangkan negara, wajib bagi kita menolak politik kotor ini dan mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada terus menjadi mangsa liwatan dan rakusan politik jijik dan kotor ini. Jangan sampai nanti generasi akan datang menyumpah dikubur kita sebagai pemusnah agama dan negara tercinta ini.

Semoga Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan yang kita sambut secara berkembar tahun ini pada 16 Sept 2011 memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan maruah dan kedaulatan negara daripada serangan virus politik pembohongan dan putarbelit daripada kaum PaLut ini..ameen.

Selamat Menyambut Kemerdekaan!
Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
17 Syawal 1432
15 Sept 2011

No comments: