07 September 2011

LAMAN MURTAD BiaDAP?

(Laman web yang begitu biaDAP menghina aqidah & keimanan umat Islam. Elok mike baca sendiri petikan diatas yop)

Salam 2 all.

Gejala murtad dan serangan terhadap aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu akhir-akhir ini semakin lama semakin biaDAP, semakin daring dan semakin kurang ajar. Kegiatan gereja Methodist Damansara Utama hanyalah "tip of the iceberg". Serangan terhadap Exco Hal-Ehwal Islam YB Datuk Dr. Hasan Ali dan JAIS, terutamanya oleh segelintir bangsa Melayu sendiri adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan balas. Kebisuan para agamawan dan ustadwan dalam PAS mengenai murtadnya Nor Azman Beginda, saksi Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya dan calon PKR dalam PRN Sarawak sangat membimbangkan umat Islam. Pengharaman bacaan Al Quran di Pulau Pinang adalah satu kebiadapan yang wajib dibendung!

Kini, mereka menggunakan laman web dan dunia cyber untuk menyerang aqidah umat Islam. Cube mike baca sendiri petikan dari laman web diatas yang menyamar menggunakan nama-nama Melayu dan Islam*. Teman kata menyamar kerana kalau benar mereka umat Islam yang ada sekelumit iman, mereka tidak akan berani, apatah lagi tergamak membuat kenyataan saperti itu. Tetapi kaum kafir ini memang telah ALLAH sebut akan menggunakan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat Islam.

Yang bodoh sebenarnya segelintir dikalangan kita umat Islam. Dek kerana terpengaruh dengan kilauan kuasa politikus rakus yang bernafsu haiwan, ada antara kita terlupa kedudukan kita sebagai hamba ALLAH. Hinggakan kalimah ALLAH yang mulia itu pun ada antara kita sanggup gadai. Hingga ada yang dah tak jumpa ayat Quran mengenai negara Islam. Ada yang sanggup jual anak bini demi survival politik.

Apapun, teman berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap gejala ini. Memang kita sedar didunia tanpa sempadan, dunia internet tanpa batasan, memang sukar untuk berbuat penguatkuasaan. Namun dalam kes-kes yang jelas, saperti tindakan Gereja Our Lady Fatima Brickfield yang terlibat dengan kegiatan memurtadkan Azlina Jailani, kerajaan wajib bertindak. Selagi kita biarkan puak-puak ni lepas begitu sahaja, maka mereka akan naik tocang memijak kepala kita. Dan kalau ada orang Melayu yang sanggup menjadi bangsat mengkhianati agama dan bangsa sendiri, tindakan tegas mesti diambil. Tak kiralah dia Anwar Ibrahim ke, atau sesiapa pun, Kerajaan wajib bertindak tanpa sebarang keraguan!

Kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu, kita tidak lagi boleh bergantung harap samada kepada PAS, UMNO ataupun mana-mana parti politk atau pertubuhan untuk membela dan mempertahankan Islam. Kita perlu bangkit sendiri untuk menobatkan dan menjaga aqidah dan syariat Islam.

MEMBELA ISLAM ITU JIHAD
MEMPERTAHANKAN ISLAM ITU JIHAD
MENOBATKAN ISLAM ITU JIHAD

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
07 Syawal 1432
07 Sept 2011

*Teman ucapkan terima kasih kepada rakan twitter Rizadnafiah yang merujuk teman kepada laman web dan komen-komen biaDAP ini. Untuk rujukan, alamat laman itu ialah www.doposen.com/2011/08/murtads-in-malaysia-and-singapore.html

7 komentar:

ishak99 said...

YB Zul - since UMNO, pas, Perkasa are not doing anything, why don't you lead the way in this "kebangkitan menentang gejala biaDAP" as a jihad. I will join you in the front line. I am willing to lay down my life in this cause. I cannot stand this humiliation against Islam.
Ishak Zakaria

Si Pungguk said...

Klu senang2 YB bleh check laman web nih..laman ni mmg tengah mencari dalang2 yg menghina agama Allah.

http://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif

Codah a.k.a Superman said...

ASSALAMMUALAIKUM , SAYA INI BUDAK BAWAH UMUR TAPI SAYA TAHU SAYA TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERPOLITIK .....SAYA MINTAK MAAP ....KALAU ENCIK MARAH....TETAPI SAYA SUDAH BACA KISAH ATAU CERITA INI......CERITA ANAK NABI ADAM S.A .....SEBAB DULU SAYA INGIN TAHU BAGAIMANA AGAMA KRISTIAN TERSEBAR ..... ALHAMDULILAH KAWAN SAYA PADA MASA YANG SAMA MEMINJAM BUKU ITU DI LIBRARY...SAYA MEMINJAM NYA...SAYA DAPAT TAHU ... YANG HABIL DENGAN LABUDA ITU ....ADIK BERADIK KEMBAR DAN QABIL DAN IQLIMA ITU ADEK BERADIK KEMBAR JUGA ... FAKTAR YANG PENULIS BIADAP ITU BAGI SALAH ..... SAYA SARANKAN KEPADA SEMUA PEMBACA ..KALAU TIDAK CUKUP ILMU DI DADA ...LEBIH BAIK PERGI MENCARI ILMU UNTUK BERCAKAP ATAU MEMBERI KOMEN ...

SAM72 said...

tu menunjukkan yang agama kita kita sekarang dibuat macam sampah. apa mereka ni dah lupa ke atau makbapak depa tak ajar didikan agama masa kecil dulu? Subha'nallah.....

hanna.dotter said...

semoga iman kite sntiasa terpelihara..

azhar said...

anak haram tul....berderau darah aku bila baca..mudahan2 bangsat2 ni di timpa kecelakaan..aminnn...

wie_cobain said...

sakitnya hati aku....jangankan nabi, Allah pun mereka berani hina terang-terangan...kita tak boleh diam ni...wajib kita membanteras anasir2 laknatullah ni...naik darah aku..arrghh!!!