06 September 2011

PASti hamPAS?


(Apakah begini berakhirnya PAS, sekadar menjadi tukang kokok?)

Salam 2 all.

Teman mintak maaf bebanyak sebab lama bebenor teman tak dapat update blog ni, almaklumlah bulan pose yop. Kebetulan teman diberi izin menjadi tetamu ALLAH di bumi Makkah & Madinah, dan alhmadulillah sempat mengerjakan umrah. Kalu mike ada kelebihan rezeki cuba buat umrah dibulan Ramadhan yop, terutama 10 malam yang akhir. Memang pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Teman nak update blog ni dengan videoklip diatas yang disiarkan dibanyak laman web. Yang ni teman petik daripada laman www.pisau.net. Videoklip yang sama boleh didapati di www.apanama2020.blogspot.com dan banyak lagi. Teman dah check and double check, video mamat yang berkokok tu memang ori, cuma diiringi dengan video sampingan sebagai perbandingan..hehehe ;)

Teman tak mau ulas panjang. Tapi melihat kepada perkembangan mutakhir kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e, teman rasa videoklip ini adalah gambaran sebenar kaum Anwarinas dalam PaLut ni. Mereka sekadar jadi tukang sorak dan tukang kokok je terutama bagi kaum biaDAP.

Yang jelasnya, kalau dibiarkan berterusan, kaum Anwarinas sudah PASti menjadikan PAS parti hamPAS!!! Cuba bayang Haji Hadi sampai tak jumpa ayat Negara Islam dalam Quran dibuat kaum Anwarinas?! Kepada rakan-rakan yang masih sayangkan PAS, bangkitlah dan kembalikan maruah PAS dengan perjuangan berlandaskan Al Quran & Sunnah. Hapuskanlah kaum Anwarinas yang ada didalam PAS. Kalau tidak, PAS PASti jadi hamPAS!

Bak kata P.Ramlee dalam Madu 3 - kasiaann! kaasiaaannn!! kaaasiaaaaannnn!!!

Enjoy the videoklip yop..hehehe :)))

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Binj Noordin
Selasa
06 Syawal 1432
06 Sept 2011

8 komentar:

Aurafaz said...

lama betui cuti noo. tertunggu isu baru, tambahan pula mat sabu dah jadi pakar sejarah sekarang

Hafidz Rahim said...

sedih tengok PAS jadi macam ni.....bukak lah mata korang wahai balaci2 hamPAS.!!!sudah2 lah jadi tunggangan kaum anwarinas n DAP...

ORLANDO AHMAD said...

Moga Allah terus tunjukkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan, amin..

Semua ni ade hikmah kan...

Nadzir said...

Selamat kembali ke tanah air YB...

Sha said...

salam.

pelik kenapa kita ni sibuk nak mempersoalkan balik sejarah kita. why? apa tujuannya dan apa faedahnya? adakah sesetengah golongan ni nak cuba memperbetulkan apa yang salah atau nak menyalahkan apa yang betul atau sengaja nak memanipulasikan sejarah untuk kepentingan sendiri? takde keje lain ke? apa dah habis modal sangat ke? terus terang saya cakap, saya memang menyampah dgn mat sabu nih. Nak komen pasal tragedi bukit kepong dan mempersoalkan perjuangan 25 anggota polis konon. at least the men berani bertarung. mat sabu berani ke?

tokgaru said...

Sudut Tafakur.

Apa sebenarnya yang nak di perjuangkan oleh Pas ?

Adakah nak mengangkat darjat Islam ? Adakah nak mengangkat darjat Komunis ?

Orang melayu yang sokong Pas .. cuba lah cari kebenaran dalam menilai perjuangan Pas. Adakah anda mahu Islam ? Adakah pada masa yang sama anda juga mahu Komunis ?

Kepada askar dan polis pencen ..

Masa dalam tugas anda bermatian berlawan dengan komunis sampai ada yang mati dan ada yang cacat anggota seumur hidup. Kerana pada waktu itu anda melihat komunis sebagai musuh kerajaan, musuh orang melayu, musuh islam.

Tetapi bila dah pencen, anda pakai ketayap putih, takbir sana takbir sini, tandanya anda dah jadi penyokong Pas .. pada anda Umno dah tak islam lagi, kerajaan juga dah tak islam .. yang islam hanya lah Pas.

Sekarang Pas puja komunis sebagai pejuang kemerdekaan .. maknanya pada penilaian Pas anda polis dan askar pencen adalah "pengganas kejam" yang telah memerangi komunis yang dianggap pejuang kemerdekaaan oleh Pas .. dan secara tak langsung Pas nak bagi tahu memang patut pun ada di antara anda yang mati dan cacat seumur hidup kerana berlawan dengan " hero kemerdekaan " .. dan kalau di minta fatwa daripada Nik Aziz mungkin dia akan kata " pade muko askar dan polis, itu balase tuhe belako "

Jadi kalau anda askar dan polis pencen masih lagi nak sokong Pas .. memang padan lah muka korang semua.

tokgaru said...

Sekadar Untuk Renungan ...

Saya terjumpa posting oleh sorang ultra kiasu yang kata "Melayu Bodoh" dalam satu blog lain.

Mulanya nak marah juga. Tapi bila fikir balik, rasanya betul juga melayu nih memang bodoh.

Tak bodoh hapah nya kalau ....

1. bila ada calon melayu, masih juga mengundi calon bukan melayu.
2. bila ada kedai atau mini market melayu, masih juga berbelanja di kedai bukan melayu.
3. bila sudah ada bengkel membaiki kenderaan yang diusahakan oleh orang melayu, masih juga menghantar kenderaan ke bengkel bukan melayu.
4. bila ada kedai makan melayu, masih juga makan di kedai bukan melayu yang status halal nya di ragui.
5. bila sudah ada produk makanan keluaran orang melayu sendiri, masih juga menggunakan produk makanan keluaran bukan melayu.
6. bila diajak bersatu untuk masa depan politik melayu tak mahu, tapi sanggup bersatu dengan pihak yang memang hendak menjatuh kerajaan yang di pimpin oleh orang melayu sendiri.
7. bila sanggup berpakat dengan dengan parti yang tak pernah bersetuju dengan negara islam dan hukum Hudud untuk menang plihanraya yang kononnya akan melaksanakan islam di negara ini jika berpeluang membentuk kerajaan.
8. bila sanggup mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan, manakala polis dan tentera yang menentang komunis di katakan pengganas.
9. bila bukan melayu yang mencapai umur 21 tahun berebut2 mendaftar sebagai pengundi, tapi orang melayu yang mencapai umur 21 tahun buat tak kisah sahaja.
10. bila tindakan pihak berkuasa agama hendak menyelamatkan umat islam daripada di murtadkan, tapi ada parti melayu yang mempertikaikan.

Tapi saya bernasib baik kerana nampak "kebodohan melayu" itu lebih awal daripada orang melayu yang lain.

Saya pasti akan marah jika ultra kiasu itu kata saya "melayu bodoh" kerana saya sudah keluar daripada kebodohan itu sejak lama dulu.

InvisibleMen said...

"Nak komen pasal tragedi bukit kepong dan mempersoalkan perjuangan 25 anggota polis konon. at least the men berani bertarung. mat sabu berani ke?"

yop..mat sabu berani bertarung apa..tapi dalam bilik 121 la...si gemuk tu paling hebat bertarung bertempik..lainlain..dia cabut dulu naik motor pas tu jatuh..ahah