29 September 2011

TGNA DIHINA!

(Kedua-dua pemimpin agong PAS kelihatan tidak bermaya mengapit Karpal biaDAP pada hari Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 ditandatangani)

Salam 2 all.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama [iaitu Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis] dan Buku Jingga".

Itulah kenyataan bersama kepimpinan PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e yang bermesyuarat selama 3 jam malam semalam membuat satu keputusan yang cukup jelas: kami faham hasrat TGNA nak laksanakan hudud di Kelantan tapi kami MENOLAKNYA kerana bertentangan dengan dasar PaLut! Itulah rumusan yang boleh dibuat daripada kenyataan berputar-belit Anwar Ibrahim selepas mesyuarat semalam!

Sebenarnya keputusan mesyuarat kaum PaLut semalam boleh disimpulkan dengan dua perkara yang jelas iaitu:

1. Dengan cara halus lagi licik, sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan TGNA. Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam bermakna "kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!". Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam. Bermakna mereka menyebelahi pendirian kaum cauvinis biaDAP dan tunduk kepada desakan Karpal dan ugutan Guan Eng! Ini satu tempelak kepada TGNA. Ini satu penghinaan kepada TGNA; kerana TGNA yang cabar biaDAP keluar Pakatan kalau tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, tau-tau Anwar dan kaumnya tunduk dan mengikut telunjuk Karpal, Kitsiang, Guan Eng dan parti cauvinis biaDAP!

2. Tetapi isu yang lebih besar yang perlu umat dan rakyat, khususnya ahli PAS faham ialah Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay sebenarnya secara halus dan licik menolak Islam! Jelas bahawa dasar kaum PaLut ialah tidak akan menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta'zir) jika Pakatan dapat menjadi Kerajaan!!!

Ini yang perlu orang PAS faham. Sebab itulah Datuk Seri Azizan terpaksa sebut "Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana kita perlu rujuk dan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR dahulu". Sebab itu Haji Hadi tiba-tiba jadi buta tolak negara Islam kerana "takde dalam Quran". Kepimpinan PAS telah menjadi "syaitan bisu" bila berdepan dengan isu hudud ini.

Teman cukup yakin ramai dikalangan mereka berharap TGNA akan tutup mulut, sebab akan memecahkan tembelang bahawa mereka sebenarnya sudah bersetuju dengan persekongkolan bersama biaDAP & PKR bahawa PAS tidak akan tubuhkan negara Islam & laksanakan undang-undang Islam. Sebenarnya, kepimpinan PAS telah menjadi politikus kalkatus yang telah menjual dan menggadai perjuangan PAS untuk menubuhkan Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam kerana terpedaya dengan pukauan cahaya mahkota Putrajaya. DAN ramai ahli PAS tidak tahu hakikat dan kebenaran ini!!!

Anwar menyatakan bahawa kaum PaLut tetap dengan dasar mematuhi dan melaksanakan Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 dan Dasar Buku Jinggay. Apa yang jelas kedua-dua dokumen tersebut tidak menerima penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan syariat termasuk hudud sebagai dasar kaum PaLut jika memerintah. Ini yang telah teman sebut banyak kali sejak daripada dahulu lagi, dan menjadi antara sebab akhirnya teman dipecat kerana tidak bersetuju. Kerana pada teman, Perjanjian Persefahaman 18 Dis itu sebenarnya menggadai Islam dengan cara halus, menolak tanpa menyebut; betul-betul cara Yahudi la'natullah!

Dan cukup jelas, selain TGNA, kepimpinan PAS yang lain tunduk kepada kehendak, ugutan dan desakan biaDAP. Ini kerana ramai barisan kepimpinan PAS yang turut hadir dalam mesyuarat 3 jam itu. Kaum biaDAP pula diwakili oleh juara kafir-harbi la'natullah mereka Kitsiang dan Karpal. Setelah 3 jam berbincang, apa yang jelas ialah kepimpinan PAS yang hadir tunduk kepada ugutan dan tuntutan biaDAP. Seorang pun tak bersuara mempertahankan cadangan TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan semasa didalam sidang akhbar tersebut. Kasian TGNA berseorangan nampaknya!

Teman pelik jugak yop, apa agaknya yang hebat sangat kaum cauvinis biaDAP ni sampai Anwar dan kaum Anwarinas begitu takut dengan mereka. Adakah kerana Karpal "tahu banyak rahsia Anwar"? Jangan lupa Karpal yang mendedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997, siap dengan kata ada bukti lagi. Jangan lupa mentor Kitsiang & Anak Jantannya iaitu Lee Kuan Yew pernah sebut "Bahagian Keselamatan Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang "kegiatan" Anwar". Teman sudah sebut banyak kali, isu-isu ini boleh diguna oleh mereka yang berkenaan untuk mengugut dan menekan Anwar Ibrahim apabila ada keperluan. Cuba bayang baru berapa hari lepas Anwar buat kenyataan konon menyokong hudud, tau-tau dalam kenyataan semalam langsung dia tak berani sebut dia menyokong TGNA untuk melaksanakan hudud!

Apapun, pada teman, keputusan kaum PaLut saperti yang dinyatakan oleh Anwar semalam jelas satu penghinaan besar kepada Kerajaan TGNA, dan kepada peribadi TGNA sendiri. Kerana TGNA sendiri yang mencabar Karpal & kaum biaDAP untuk keluar Pakatan Luar Tabi'e ini jika tidak setuju dengan kehendak TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Karpal & kaum cauvinis biaDAP menjawab TGNA sudah nyanyuk (kerana lupa Perjanjian Persefahaman 18 Dis), seorang tua yang merengek mahukan perhatian (macam kata Azmin Ali kepada Mustafa Ali dulu), dan anak jantan Kitsiang siap ugut nak keluar PaLut jika TGNA teruskan hasrat. Akhirnya mereka tolak perlaksanaan hudud di Kelantan sebagai tidak termasuk dalam dasar kaum PaLut. Ini sudah tentu memalukan TGNA, kerana TGNA dah cabar biaDAP keluar kalau tak mahu hudud. Alih-alih TGNA yang dihina sekarang!

Pada teman, jalan paling terhormat untuk TGNA sekarang ialah mengeluarkan fatwa supaya PAS hendaklah keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Atau kalau PAS sendiri masih tunduk kepada desakan dan kehendak biaDAP, maka sangat wajar TGNA membawa Kerajaan PAS Kelantan keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Inilah jalan paling selamat bagi TGNA. TGNA sudah tentu tahu bahawa yang nak menjawab dengan ALLAH nanti ialah beliau sendiri. Masa tu Haji Hadi tak boleh tolong, Mustafa Ali tak boleh bantu, Mat Sabu entah kemana masa tu, Anwar mungkin sibuk bersilat dengan malaikat nak mintak tangguh, Karpal, Kitsiang & Guan Eng entah ke tengah kena rebus dah!

Dan kalau TGNA ikhlas mahu melaksanakan hudud, qisas & ta'zir di Kelantan, teman akan menjadi orang pertama menyokong TGNA dan akan membantu sedaya upaya supaya impian TGNA itu tercapai. It's better die trying, rather then living with nothing!

MENDIRIKAN DAULAH ISLAMIYYAH ITU JIHAD!
MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM ITU JIHAD!

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
01 Zul Qaedah 1432
29 Sept 2011

16 komentar:

Chegu said...

Subhanallah.. Kalaulah semua manusia ni pny semangat macam Tuan YB, indahnya Islam, indahnya Malaysia

Remy said...

~like~

Nadzir said...

Ramai rakyat Kelantan menolak Barisan Nasional yang mencanangkan pembangunan, mereka memilih PAS yang mencanangkan Hudud...Selepas 20 tahun Hudud masih tak terlaksana, alih alih terpaksa akur dengan PKR dan DAP untuk memansuhkan niat melaksanakannya.

Perasaan Ralat dan kecewa rakyat Kelantan memang tak boleh dibayangkan ,yang terbaik buat Nik Aziz ialah meneruskan niat melaksanakan Hudud dengan membawa keluar PAS dari Pakatan Rakyat.

Kalau Nik Aziz berhasrat memohon maaf kepada rakyat Kelantan kerana gagal melaksanakan Hudud... Adoyaaaaiii tak terampun rasanya...sepanjang 20 tahun berapa ramai rakyat Kelantan yang menaruh harapan terhadap perlaksanaan Hukum Hudud dan dalam tempoh tu pulak berapa ramai yang kembali ke rahmatullah... Janganlah di sia siakan harapan mereka.

Semoga Allah memberi Ilham yang terbaik untuk Nik Aziz dan Ahli ahli PAS untuk meneruskan perjuangan Hudud mereka.

ark said...

Anwar Ibrahim dapat memutar belitkan kepimpinan PAS supaya diam membisu. Siapa yang pernah bermesyuarat dgn. Anwar Ibrahim akan tahu bagaimana dia mengawal dan peluang dgn. tidak membenarkan sebarang cadangan, ulasan atau percakapan drp mana2 ahli mesyuarat. Sikapnya yang suka memotong percakapan sesiapa saja yang bercakap dlm. mesyuarat atau perjumpaan sulit dgn. nada dan suara yang tinggi dan bengis. Kepimpinan PAS telah diperkudakan dgn. janji2 kosong yang akan menerima padah apabila menentang sebarang cadangan atau keputusan Anwar Ibrahim. Percayalah semua ahli2 PAS dan kepimpinan PAS, Anwar Ibrahim hanya perlu kuasa utk menutup segala kepincangan, kemaksiatan, ketamakan dan kegelojohan dirinya, sekiranya Anwar berkuasa tiada gunanya lagi, semuanya akan hancur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak undi masuk dlm guni.

Bakhtiar said...

Ulasan yang bagus. Saya pun sokong Hukum Allah ini ditegakkan. Cuma saya xkan sokong PAS lagi disebabkan kebodohan mereka bersekongkol dengan DAP laknatullah..

Saya akan memangkah UMNO pada PRU13 nanti dan mendoakan kerajaan sekarang ini bertambah islamik dan meningkat imannya. Amin...

Bakhtiar said...

Saya menyokong tulisan tuan. Sebagai penyokong UMNO, saya tetap menyokong hukum Allah iaitu hudud. PAS akan semakin tidak dihormati dan akan hancur sekiranya masih lagi berkompromi dengan DAP. InsyaAllah dengan izin Allah..

sazaleeahya said...

itu crita the THREE KINGDOM bro.hancur kn lwan dgn mlaga laga kn mrka.itu smua taktik BN bro.psal BN tau klau ke tiga2 prti ni brsatu,mmbwa mkna BN dh smpai ke penghujung ny.

qwan said...

Salam dato

Saya setuju benar dgn pendapat dato dan bersetuju dgn pandangan dato supaya pas keluar dari pakatan rakyat dan terus berdikari ataupun masuk didalam umno dan berjihad melalui umno.

soul said...

Mohon laluan... Tuan MP

Ayat di bawah sekali tu agak kurang iman yeop.....
Setiap individu akan dihisab oleh Allah dan hanya Allah saja yang tahu apakah nasib orang2 yang Tuan sebutkan.... TGNA, Hj Hadi, Hassan Ali, Mat Sabu... LGE, Kit Siang, Karpal.... dan anda sekali yeop.... Terserah kpd Allah berdasarkan kehidupan dunia dan iman mereka semua.... Maaf

acap said...

di sebelah pihak BN pun lebih kurang sama je. pendapat saya sepatutnye umat Islam semua bersatu menyokong & membantu usaha ini, xkire fahaman politik

simply said...

Salam YB,
Nik Aziz bukan dihina oleh DAP, tetapi pada tanggapan mereka, PAS tak pernah serius pun sejak dari dulu lagi untuk melaksanakan hudud. Jujurnya, ada tak sekeping draf pun berkenaan rang undang-undang hudud yang dibentangkan oleh PAS supaya rakyat dan juga DAP lihat dan juga fahami? Macam yang YB bangkitkan dalam posting sebelum in, bagaimana bentuk pelaksanaannya dapat dilaksanakan supaya keadilan itu dapat dicapai?

Seperti di Arab Saudi sendiri, ada kemungkinan majikan Ruyati sendiri dihukum kerana mendera Ruyati, sebelum sempat dia dibunuh oleh Ruyati. Bagaimanapun, ini tidak berlaku kerana tiada proses untuk Ruyati menyalurkan permasalahan yamg dihadapinya disebabkan kekangan terhadap muslimah di sana.

Komen-komen yang menyatakan bahawa umat Islam harus mentafsir setiap patah ayat al-Quran sebijik-sebijik tanpa perlu merujuk kepada ayat dan hadis lain hanya akan membuatkan Islam terus ditertawakan oleh orang kafir.

Penulis... said...

Salam YB,

War-warkanlah supaya ahli Pas keluar parti beramai2 dan masuk umno. Dengan adanya sokongan pas serpihan ini UMNO boleh menegakan Islam tampa memperdulikan MCA Gerakan dan MIC. Saya percaya didalam hati sanubari kita semua bersetuju untuk menegakan agma Islam, tetapi masih tidak dapat mencari formulanya...

dai said...

teruskan perjuangan YB...Allah swt akan bantu mereka yang ikhlas dan sabar dlm perjuangan.

dai said...

teruskan perjuangan YB... Allah bersama-sama degan orang yang ikhlas dan sabar dalam perjuangan..

Agus said...

Kuatkan Islam dgn bersabar , hukum akan tertegak dgn sendirinya.
Allah akan mengatur segalanya,
jgn tamak dan mencampuradukan dgn meghalalkan cara.
Peganglah TALI ALLAH dan jnganlah kamu berserai berai.

Agus said...

Semoga PAS dapat keluar dari keliru dan mabuk.