18 September 2011

AL-KAZEEB 1st CLASS!





(Isyk--isyk..isyk..macam pernah tengok je baju Mat CD ni yop)

Salam 2 all.


Teman tak bercadang nak komen banyak sangat pasal videoklip terbaru yang didedahkan oleh bloggers saperti di http://www.papagomo.com/, http://www.novandri.blogspot.com/m/, http://www.apanama2020.blogspot.com/, http://www.pisau.net/ dan banyak lagi. Yang syok tu tengok kaum Anwarinas yang menggelabah habis, buat komen macam budak tak abis sekolah, sampai konon baju Mat CD dalam videoklip dengan China-DOLL tu tak sama dengan baju kat lif.

Macam manalah ada kaum yang boleh jadi sampai begitu bangang. Abu Jahal pun boleh menangis nengok kebangangan mike yop. Kalau beza gambar hitam putih dengan kaler pun dah tak tahu! Terok bebenor otak dema kena korap dan liwat yop, sampai dah reti nak beza kaler dengan hitam putih!!! Dema ni belum mumayyiz kot, sebab bebudak mumayyiz patut dah tahu nak membeza yop!



Cube mike tengok gambar Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang kaler dengan hitam putih. Ada beza ke kaler baju dia? Mestilah berbeza kan yop, pase satu kaler, satu hitam putih. Tapi adakah kerana beza baju kaler dan tak kaler mike nak nafikan tu bukan P.Ramlee? Takkanlah sampai macam tu mike punya bodoh yop. Kot mane tengok pun, kaler ke hitam putih ke, muka yang tercongok kat videoklip tu kan ke Mat CD? Ke mike nak kate muke kat lif tu gambar Johari Bedul yang sudah di make-up yop?



Peh tu, cuba mike tengok gambar baju yang dipakai Mat CD dalam gambar bahagian bawah. Nak jadi cerita, korek punya korek, rupanya sebuah portal pro-pembangkang pernah siarkan gambar Anwar memakai baju tu, siap ada jam lagi yop. Tapi gambar tu disiarkan untuk tujuan lain, dema tak tahu satu hari nanti gambar tu akan menjadi bukti cukup canggih untuk dibandingkan dengan videoklip terbaru tu yop. Ni namanya "wamaa karuu wama karallah, wallah hukhoirul maakiriin". Mike tengok sendirilah yop. Mike kan expert perbandingan, sampai perut boroi kempis pun mike pekse abis..Looks like me, sound like me...but not my tummy ;))


Sebenarnya, yang teman nak komennya satu je. Videoklip terbaru itu sekurang-kurangnya membuktikan satu perkara: Anwar memang pembohong, Al-Kazeeb first class. Sebab, dia mempertikaikan Datuk Eskay sebagai kawan baik dia. Sebagaimana Anwar pernah pertikaikan Datuk Seri Zahrain sebagai kawan baik dia walaupun sudah bersama lebih 35 tahun. Bukan tempat lain dia cakap tu yop, dalam Parlimen lagi! ALLAH nak tunjuk bukti, jelas daripada videoklip itu betapa rapatnya Anwar dengan Datuk Eskay!


Rumusannya apa yop. Senang jer..udah-udahlah tu yop. Tobat aje lah. Rentikan menyokong manusia pembohong ni. Kalau kawan-kawan dia yang dah bersama dengan dia berpuluh tahun pun dia boleh "kencing" macam tu je, bayangkan apa dia boleh buat kepada mike, umat Islam, rakyat dan negara ini. Alangkan kalimah ALLAH pun dia boleh lelong. Bini bertudung pun dah pandai berbohong. Agama Islam pun dia kelentong dengan fahaman pluralisma...isyk..isyk..isyk..APA BUKTI LAGI YANG MIKE NAK ALLAH HANTAR YOP?



Tepok dada tanya diri masing-masing lah yop. Solat hajat dah berkajang mike buat. Sampai ke Mekah mike bermunajat. ALLAH dah hantar pelbagai macam bukti dan isyarat, mike dok kelabu karat macam tu jugak yop. Jangan ulangi kesilapan kaum Namrud, Fir'aun dan lain-lain. ALLAH dah beri mereka bukti dan isyarat, dema masih dok melekat, akhirnya mereka musnah merempat dalam neraka sepanjang hayat. Pikio-pikiokan lah yop. Jangan nanti kata mike tak pernah diberi amaran sudah lah. Dan jangan lupe, bile mungkar-nangkir tanya "marobbuka", jangan tanya ALLAH mana satu? ALLAH Islam ke atau ALLAH kristian? Kena bedal nanti mike yop, sebab ALLAH tu hanya Satu, Yang Maha Esa.



Adios amigos, grasias senor.


Wallahua'lam & wassalam.


Zulkifli Bin Noordin


Ahad

20 Syawal 1432

18 Sept 2011

14 komentar:

tera said...

yb zul,

dah kantoiiiiiiiiii
yg nak tergelaknya, kona punya kona, suruk punya suruk, bohong punya bohong, spin punya spin, tepis punya tepis sekali keluar baju yg sama warna dia pakai. inilah bukti nyata yg Allah tunjuk disebabkan oleh sembahyang hajat tu. Allah dah tunjukkan kebenaran. Jadi wahai mat cd mana mau pigi lagi haaa?

Grand Marquis said...

Check this out mike

http://www.youtube.com/watch?v=zabgZlZKh1I&feature=player_embedded#!

Interesting explanation about night vision camera

anti bohmau said...

YB,

kesian ambo tengok pencacai2 nwar bermati-matian mempertahankan idola mrk tp ada nwar heran atau berterimakasih kpd mrk yg sedia dihina mcm idola mrk juga?

dia tambah seronok adala melihat hamba2nya yg taat mempertahankan kerakusan nafsunya! mrk gagal melihat ke dalam hati mrk sendiri apakah nwar ni benar2 bersih dari semua pertuduhan bilamana terlalu banyak kegiatannya bercanggah dgn prinsip keadilan yg dia laung2kan!

adilkah nwar bila dia tidak mahu membersihkan namanya dgn bersumpah muhabalah spt yg dilafaz oleh mrk2 yg dia tuduh? inila manusia munafik. orang yg dia tuduh tak segan2 bersumpah. dia yg dituduh memberi seribu alasan yg tak munasabah!!

adilkah nwar bila dia membiarkan pencacai2nya bertarung di tengah gelanggang sedangkan dia hanya menonton dari tepi?

adilkah nwar bila dia membiarkan isteri & anaknya terkial2 menjawab bagi pihaknya sedangkan dia yg sepatutnya kedepan mempertahankan maruahnya serta maruah keluarganya dari diperkatakan orang?

adilkah nwar bila dia membayar dgn mahal kpd peguambela utk membela salahlakunya & menggunakan masa sehingga 3 tahun lebih utk perbicaraan kesnya yg ada mangsa, ada saksi, tak ada alibi sedangkan orang lain yg melakukan kesalahan yg sama hanya dibicara beberapa hari & dijatuhi hukuman setimpal dgn kesalahan mrk? mengapa nwar suka menangguh2kan kesnya (pecah rekod dunia!) jika dia tidak bersalah? jika dia ada alibi sudah tentu kes ni selesai sehari dua shj!

adilkah nwar jika dia asyik menuduh orang berkonspirasi tp gagal menunjukkan alibi @ bukti2 yg kukuh? jika teorinya hanya sekadar teori, tak de maknanya dia menggunakannya utk membela dirinya berjam2 dlm kandang tertuduh tanpa dapat disoal balas! itu tindakan pengecut!! peguam2 dia sendiri geleng kepala dgn sikapnya!!

adilkah nwar menuduh orang lain korup? sedangkan sejarah sendiri menunjukkan dialah yg paling korup semasa berkuasa hingga ramai kroninya menjadi jutawan hingga ke hari ini!! sila semak siapa sahabat2nya yg menjadi jutawan hasil pemberiannya!

adilkah nwar bila dia menyuruh rakyat pertikaikan kekayaan orang lain sedangkan dia sendiri hidup dlm kemewahan? banglonya sendiri RM7juta, kenderaannya mewah2 belaka, makan angin/bercuti & berceramah keluar negara hampir tiap minggu seolah2 duit dia mcm air sungai mengalir deras...(tapi wan ajijah selalu cakap ka ahli2 partinya. pkr takde duit!!) kesian pkr!!! ha ha ha..kena klentong habisy!!

adilkah nwar bila dia berjanji dgn penduduk kg buah pala utk selesaikan kes tanah mrk jika pr menang di penang? janjinya ialah dua minggu slps pr menang! tp apa jadi kpd penduduk kg buah pala slps tu?

adilkah nwar menjanjikan dirinya akan menjadi PM16SEPT sedangkan dia tahu hakikat sebenar yg dia tidak mungkin dapat mandat tanpa majoriti rakyat!!

adilkah nwar menggunakan kepercayaan nik aziz & penyokong2 pas utk membela salahlaku seks yg dia cipta walhal dulunya dia amat bencikan pemimpin2 pas & pernah menuduh pas parti munafik? kalau rajin lihat semula rakaman2 video ucapan nwar & kata2nya terhadap pas semasa dlm umno!! kesian ps terpaksa terima orang yg memaki hamun pas selama ni...

adilkah nwar...??????????

Zulfikar Hazri said...

Haha, Anwar Ibrahim Terkantoi bangang...

habih punah semua cerita bohong...

konon tak kenal dato eskay.. malu la anwar woi.. dah kantoi satu prsatu dah

Ops said...

Salam saudara Zul,

terimakasih for the enlightening post.

It opened my eyes.

As much as i would like the focus on Anwar, apa kata kita focus balik ke isu Islam.

The post on church raid and the cartoons about Allah are good awakening for the Muslim ummah.

Lets keep it up.

Wallahuallam

ark said...

Kalau dari mula dah berbohong, kenalah berbohong sampai talian hayat terakhir. Allah SWT sudah menutup rapat pintu hati Anwar Ibrahim, cuma iblis & syaitan masih bersama2nya. Yang hak akan muncul dan yang batil akan tewas.

Afif Farhi said...

Alhamdulillah... Allah Maha Kuasa... Dia menyelamatkan kita dari pemimpin yang terang zinanya... Tapi, adakah kita benar2 selamat selagi masih ada puak taksub pada pemimpin tersebut... Adakah kita selamat bila masih ada golongan yang berjuang atas nama Islam menyokong kuat perjuangan beliau... YB, terima kasih atas kebenaran yang YB pertegakkan selama ini... Moga rakyat sedar siapa beliau sebenarnya...

http://in-tellact2all.blogspot.com/

Hati Riang said...

Tahniah YB,
Saya bangga sangat skg bukan apa, kalau dulu setiap artikel YB akan di komen oleh 90% pembangkang skg ni dah x ramai yg bangkang. kalau dulu2 nak baca pun sampai nak termuntah dengan tohmahan depa yg karut marut dan mcm x skolah skg sudah selesa. mana pi depa yg seronok mengecam YB dulu. Mereka itu juga dulu yg sokong YB gila2 punya (masa YB kat "seberang sana"), lepas tu depa kutuk YB mcm nak rak, abis tu skg depa pun "abis" dah agaknya? Tahniah YB kerana telah berjaya membersihkan diri.

MANTRA said...

16 September 2008 pun boleh tipu jutaan rakyat... inikan soal video

Mohd Zainisam Bin Abd Samah said...

salam yb, teman suka lah yb guna bahasa "mike" mcm teman juga, asalnya ada omputeh panggil teman "mate" tapi kita sebut "mike" senang.

Teruskan perjuangan mu yb demi kebenaran hakiki. Teman sedih pasal rakyat jelata berbangsa melayu dan berugama Islam berpecah belah dab bermusuhan angkara ketaksuban politik.

matnaim said...

kebenaran akan pasti terserlah jua. diharap kepada mereka yang berkenaan bertaubat sebelum terlambat.

Wau Janak said...

yang pasti ALLAH TIDAK Pernah Bohong. Buktinya dari hari ke hari, masa demi masa kita lihat betapa benarnya Firman Allah bahawa yang Haq pasti tertegak dan yang bathil pasti jatuh. Namun kebathilan yg teramat cukup jelas dan nyatanya telah jatuh dan terbongkar, namun masih ada juga yg cuba nak tegakkannya. alahai....

Nazman said...

Salam YB,
Entahlah apa yang menyebabkan otak-otak jumud PKR ni berkarat sampai tak sanggup terima apa sahaja kebenaran yang terserlah... ada saja spin mereka dan dari Anwar sendiri...

Kita masih menanti penafian bersumpah yang sememangnya tak akan berlaku sampai akhir hayat beliau..

Yang hairannya, kenapa penyokong2 Anwar masih fanatik dan taksub dengan Anwar ini ? Racun apa agaknya yang telah disuntik oleh Anwar kepada mereka-mereka ini.. Saya rasa hanya YB je yang tahu menjawabya sebab YB sendiri pernah terkena suntikan dari Anwar ini sedikit masa dahulu...

Ibn Mustakim said...

Lari tajuk sikit...

"marobbuka" = APA tuhan mu

atau

"manrobbuka" = SIAPA tuhan mu?