06 November 2010

KONSPIRASI SYAITAN ITU BENAR!

Salam 2 all.

Disiarkan pandangan daripada Dr. Sivamurugan Pandian, pensyarah Fakulti Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, seorang penganalisa politik yang mengupas pendedahan teman mengenai "Konspirasi Syaitan" untuk memberi kuasa autonomi kepada kepimpinan DAP di Pulau Pinang dan memahkotakan parti paling rasis dan cauvinis ini sebagai Menteri Besar di Perak dan Negeri Sembilan.

Yng teman tertarik tu ialah nasihat daripada Dr. Siva kepada PAS supaya bergerak sendiri dan menjadi dominan, teman dah berguni-guni nasihatkan PAS. PAS sebuah parti yang besar, keeahlian PAS ramai dan tak palsu macam PKR, jentera hebat, petugas yang komited. Tak sepatutnya PAS menjadi keldai tunggangan orang lain.

Apa pun orang kate pasal UMNO, ia tetap parti tunggak Barisan Nasional. Kot ye pun nak sangat bertahaluf siasah, janganlah sampai dikulupkan oleh PKR/DAP sampai bersepah prinsip dan perjuangan yang dikompangkan selama ini. Janganlah tahaluf siasah sampai menggadai aqidah dan syariah.

Kembalilah kepada perjuangan asal. Islam itu matlamat, politik itu alat. Jangan jadikan kerusi pilihanraya sebagai sasaran perjuangan, akhirnya nanti tiada beza PAS dengan parti politik lain. Ingatlah, untuk mendapat nasrullah itu ada syaratnya.

OK lah yop, kome baca sendirilah yop!!

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
29 Zul Qaedah 1431
07 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dr Sivamurugan, Pendedahan YB Zulkifli Ada Kebenaran!

PAS wajib muhasabah!

Kuala Lumpur 31 OKT 2010: Pas dicadangkan supaya mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika apa yang didedahkan seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa ada perjanjian sulit antara DAP dan PKR yang mengetepikan parti itu.:

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, berkemungkinan apa yang didedahkan oleh anggota Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, yang sebelum ini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis lalu, terdapat kebenaran.

Beliau berkata, kenyataan Zulkifli itu perlu dilihat secara serius oleh semua pihak dalam pakatan pembangkang dan barang kali kesahihan pendedahan itu perlu diteliti PKR, DAP dan juga Pas bagi membolehkan kebenaran tersebut dicari dan Zulkifli tidak dilihat hanya mencari populariti.

“Pas juga perlu melihat balik perjanjian di antara mereka kerana ia dikhuatiri boleh memberi kesan kepada Pas pada pilihan raya umum yang akan datang,” katanya kepada pemberita, semalam.

Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, Pas seharusnya sedar bahawa parti itu boleh berdiri sendiri tanpa membentuk pakatan dengan PKR dan DAP berikutan mempunyai keanggotaan yang cukup ramai berbanding kedua-dua parti itu.

Beliau juga berpendapat, sekiranya dakwaan itu tepat dan benar, maka peluang pakatan pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang, tidak akan berjaya.

“Rakyat akan melihat bahawa pakatan yang dikatakan sepakat ini sebenarnya pakatan palsu, dan bersama hanya untuk kuasa tanpa mempunyai matlamat yang sama,” katanya.

Mengenai perjanjian sulit itu yang memberikan DAP kuasa bagi Pulau Pinang, Sivamurugan berkata, sekiranya benar, ia dilihat akan mencabar peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya juga melihat ini akan memberi kesan kepada perpaduan antara kaum jika kuasa autonomi ini diberikan,” katanya.

Khamis lepas, Zulkifli mendakwa DAP dan PKR ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan Pas untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau mendakwa hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut dan turut menawarkan kuasa autonomi kepada DAP ke atas Pulau Pinang. - Bernama

No comments: