09 November 2010

ZAID: ANWAR PUNCA PENYAKIT!

Salam 2 all.

Baru 2 minggu lepas ada desakan dan nasihat kepada Anwar supaya berundur dari politik. Beliau sudah menjadi 'dinasour PKR' kata desakan tersebut. Teman sendiri pun telah membuat kenyataan berkali-kali sebelum daripada itu menasihatkan Anwar supaya berhentilah daripada dunia politik, dan menumpu kepada menyelesaikan masalah peribadinya.

Tau-tau hari ni, Dato' Zaid Ibrahim membuat desakan yang sama. Bukan Zaid yang nak keluar PKR, sebaliknya Zaid mendesak Anwar supaya keluarlah daripada PKR. Tidak cukup dengan Anwar, Zaid juga mendesak Azmin juga supaya keluar PKR. Alasan yang diberi oleh Zaid, kedua-dua Anwar-Azmin adalah punca penyakit dalam PKR!! Dan Zaid menambah bahawa "Anwar mempunyai masalah peribadi yang perlu dia selesaikan sendiri. Dan Azmin adalah antara masalahnya!".

Baru semalam Zaid menegaskan bahawa "PKR adalah parti yang penuh dengan kepalsuan" dan mempersoalkan bagaimana parti yang penuh dengan hipokritus itu boleh memerintah negara!

Tak cukup dengan itu, seorang lagi calun Timbalan Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub memberikan kata dua dan ultimatum kepada PKR supaya memperbaiki segala penipuan dan manipulasi dalam proses pemilihan dalam tempoh 48 jam. Dan beliau membayangkan akan mengambil tindakan yang sama saperti Zaid jika desakan beliau saperti yang terkandung didalam memorandum tidak dipedulikan.

Isyk..isyk..isyk..dema lagi garang dari teman yop! Tu dia nak kata apa lagi. Kalau macam tu punya desakan Anwar-Azmin buat pekak badak jugak, dan teman yakin dema akan buat pekak-badak je, memang PKR ni akan hancus mancus yop. Teman ingat akan bungkus bulan Februari atau Mac tahun 2011, rupenya lagi awal yop.

Cuma sekarang yang teman hairan, sampai hari ni dema tak berani ambik tindakan terhadap Zaid. Walaupun kenyataan dan tindak-tanduk Zaid jelas memperlekehkan kalipah PKR. Adakah mereka terlalu takut Zaid akan membongkar lebih banyak kepalsuan dan pembohongan dalam PKR? Atau Zaid mengetahui sesuatu yang lebih daripada yang dia beritahu, sehingga berani dia menyatakan Anwar-Azminlah punca penyakit dalam PKR! Atau apakah Zaid, yang mahu memartabatkan Wan Azizah mendapat bantuan "tangan ghaib"?

Apa pun, yang jelas PKR menjadi takut nak mengambil tindakan terhadap Zaid. Sebab mereka tahu sebagaimana kami Konsensus Bebas semua tahu, rahsia dan pembohongan serta kepalsuan mereka dalam poket je. Kami baru lepaskan sikit dah habis gabrah. Dan itu pun kami di Konsensus berpegang kepada prinsip kita tidak akan londehkan dema, kecuali kalau dema sengaja mencari pasal memaksa kami melondehkan dema.

Kepada Zaid, nasihat teman ialah sertai lah PAS. Teman percaya PAS akan berikan ruang kepada Zaid, kerana Zaid hanya berminat nak mengadakan reformasi. Dan bila dah masuk PAS yop, buang semua kudis-kudis buta yang ada dalam PAS tu. Suruh pak jangoat badut-badut ingusan tu ambil tempat ganti mike didalam PKR. Bior dema tidor satu selimut dengan Anwar, baru dema tahu nanti siapa kalipah PKR yang mereka taksubkan sangat tu!

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
01 Zul Hijjah 1431
09 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran kenyataan media Zaid Ibrahim hari ini 09.11.2010)

Anwar tidak akan tunduk kepada desakan Zaid
2010/11/09

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan Datuk Zaid Ibrahim yang memintanya berundur daripada parti itu dan menyifatkannya sebagai satu pandangan peribadi.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedia mempertimbangkan perkara itu sekiranya ada desakan daripada pemimpin parti tersebut yang mahu beliau berundur daripada PKR."Itu pandangan dia (Zaid). Namun jika ada konsensus daripada kalangan pimpinan saya akan pertimbangkan tetapi dalam perkara ini tidak pernah saya dengar lagi. Ini kali pertama kali saya dengar daripada Zaid," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang medianya hari ini menggesa Penasihat PKR itu dan Naib Presiden parti Mohamed Azmin Ali berundur kerana merekalah punca segala masalah dalam parti.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pandangan tersebut disuarakan bagi memastikan PKR terus relevan sebagai sebuah parti pembangkang dengan berkesan.

No comments: