Saya sangat tertarik dengan respon seorang pembaca yang menulis kep lamanweb Konsensus Bebas mengenai kenyataan Dr. Muhammad Nor Manuty, ahli MPT PKR yang juga rakan kroni Anwar (kenyataan beliau saya siarkan dibawah yang disiarkan oleh MalaysiaKini hari ini). Manuty yang juga dikenali sebagai seorang agamawan dikalangan ahli PKR telah membidas Dr. Asri yang menegur Anwar dan menasihatkan beliau supaya berundur. Mereka bukan sahaja tidak menjawab kritikan dan teguran Dr. Asri itu dengan baik dan berilmiah, tetapi terus melabel teguran itu dengan pelbagai label, suatu petunjuk bahawa mereka sudah ketandusan jawapan.
Apa pun eloklah dibaca komen penulis yang memanggil dirinya Pandak Tukan ini, dan moga ada menafaatnya bagi mereka yang ada sekelumit aqal dan keimanan.
Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
28 Zul Qaedah 1431
06 Nov 2010
Surat terbuka kepada Dr. Muhammad Nur Manuty | | | |
Sabtu, 06 November 2010 |
Menjawab kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR bertarikh 4 November 2010:
1. Kritikan terhadap Anwar Ibrahim tidak semestinya ditafsirkan sebagai suatu serangan peribadi semata-mata. Anwar Ibrahim bukan insan maksum yang sepi dari segala kelemahan dan kekhilafan.
Kejujuran Dr. Asri membuat saranan untuk Anwar berundur dari politik hanya boleh dinilai oleh rakyat dan bukan oleh tuan punya badan atau kroni yang berkepentingan. Gesaan Dr. Asri ini timbul dari hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar untuk membawa perubahan.
Anwar kini nampak ketara kepada rakyat sebagai sebahagian daripada status quo. Politik Baru mendesak kepada watak baru dan persekitaran baru. Keputusan pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak mencerminkan sentimen rakyat.
2. Tidak dapat dinafikan Anwar Ibrahim memainkan peranan besar dalam pembentukan Pakatan Rakyat. Tempat beliau dalam sejarah politik Malaysia terjamin. Tetapi untuk mencanangkan bahawa kejayaan Pakatan Rakyat di PRU 12 semata-mata kerana kewibawaan dan keupayaan Anwar adalah satu pendekatan yang amat cetek.
Pakatan Rakyat berjaya di PRU-12 kerana platformnya disambut oleh gelombang rakyat yang dahagakan reformasi. PAS dan DAP disatukan oleh kebencian bersama terhadap BN. Demi political expediency, PAS dan DAP melayan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri
3. Keberkesanan kepimpinan bukan terletak kepada usia, karisma atau kepetahan berpidato. Politik ceramah sudah ketinggalan zaman. Keberkesanan kepimpinan terletak kepada tindakan politik. Apabila tindakan politik tidak seimbang, yang menonjol hanya retorik janggal. Apabila moral diragui; "karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal" menjadi subjektif.
4. Keputusan Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO pada tahun 1982 masih lagi dipersoalkan oleh rakyat hingga ke hari ini. Anwar dilihat sebagai haiwan politik yang hanya ingin memperalatkan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri. Dengan memandang ke belakang (hindsight), terbukti Anwar telah mengamalkan politik kotor semasa menjadi pemimpin UMNO. Penglibatan beliau dalam kes Realmild dan usaha beliau untuk menjadikan Biro Tata Negara sebagai jentera politik peribadi memperkukuhkan persepsi rakyat yang Anwar adalah sebahagian daripada status quo.
Hanya setelah dipecat daripada kabinet dan UMNO, Anwar memasyhurkan Deklarasi Permatang Pauh. Rakyat menyahut laungan reformasi bukan semata-mata untuk membela Anwar tetapi rakyat benar-benar dahagakan perubahan.
Sebagai mangsa kerakusan kuasa Mahathir, rakyat menaruh harapan tinggi kepada Anwar untuk berubah dan membawa kepada perubahan. Malangnya, budaya politik ala-UMNO telah menebal di jiwa dan jasad Anwar Ibrahim.
5. Dr. Asri telah menjelaskan bahawa saranan untuk berundur dari politik ditujukan kepada semua pemimpin politik yang telah luput tarikhguna.
"Kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak" hanya boleh diselesaikan oleh Politik Baru dengan watak baru dan persekitaran baru; bukan oleh seorang pemimpin yang sedang bergelumang dengan isu-isu moral dan akhlak.
6. Seruan Dr. Asri ialah manifestasi sentimen rakyat yang menuntut perubahan. Jika kritikan Dr. Asri terhadap pemerintah disambut dengan sorak gemuruh, begitu juga, seruan Dr. Asri untuk mencanang lanskap politik baru harus diterima dengan dada yang lapang.
7. Anwar Ibrahim diminta berundur kerana beliau kini dianggap sebagai satu beban dan liabiliti kepada reformasi tulen. Anwar Ibrahim telah menjelma sebagai bagasi lebihan kepada kemaraan gerakan reformasi ke Putrajaya.
Pandak Tukan
06 November 2010
PKR menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyeru agar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' adalah "manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat". Malah Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR, Dr Muhammad Nur Manuty mempertahankan ketuanya dengan berkata serangan peribadi pelbagai bentuk kepada Anwar "bukanlah sesuatu yang memeranjatkan". "Keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata. "Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal. "Inilah antara sifat yang dimiliki dan dihayati oleh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai pemimpin yang diiktiraf dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam dan luar negara," katanya dalam satu kenyataan semalam. Muhammad Nur mengulas kenyataan Dr Mohd Asri yang berkata sudah sampai masanya untuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' kerana banyak rentak tari politiknya makin 'tidak seimbang'. Menulis dalam blognya Isnin lalu, di bawah tajuk 'Politik kita memerlukan anjakan baru', Dr Mohd Asri menegaskan "politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas". Kritikan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga turut ditolak oleh ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang menyifatkannya sebagai satu "kenyataan yang pelik dan tidak berpijak pada realiti politik" semasa tanah air. Sementara itu, menjawab kritikan balas selepas saranan kerasnya itu, Dr Mohd Asri menegaskan cadangannya adalah "hak rakyat" kepada pemimpin. Menurutnya, tegurannya itu bukan satu perkara baru kerana sebelum ini beliau pernah mencadangkan perkara sama kepada mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui sebuah pantun. "Freedom of expression (kebebasan bersuara) yang dilaungkan oleh sesetengah pihak tidak memberi makna jika hanya mereka setuju suara mereka dan menghalang suara orang lain," coretnya dalam blog sambil menafikannya sebagai satu pandangan agama. |
No comments:
Post a Comment