30 March 2010

KUASA POLITIK & KUASA AGAMA

Salam 2 all.

Saya lampirkan tulisan sahabat saya Al Fadhil Dr. Asri Zainul Abidin bertajuk "Kuasa Politik & Kuasa Agama" yang disiarkan di lamanweb MalaysiaKini bertarikh hari ini mengenai persoalan, isu dan ciri-ciri kepimpinan mullah. Kebetulan pula saya baru mengupas tentang ciri kepimpinan ulama' semalam.

Saya sangat tertarik dengan petikan yang beliau rujuk daripada Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

Saya dapati kupasan beliau sangat bernas dan nas-nas dan dalil-dalil yang sangat mantap lagi meyakinkan. Semoga ianya akan dapat memberikan satu suntikan baru kepada kita yang mengimpikan suatu pemerintahan berteraskan kepada Al Quran & Sunnah insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa

15 Rabi'ul Akhir 1431

30 Mac 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada tulisan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang disiarkan di MalaysiaKini bertarikh Isnin 30.03.2010)

KUASA POLITIK & KUASA AGAMA

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin


Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.


Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Begini...

Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'.

Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

Orang Agama

Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.

Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?

Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

Perkongsian dan pertarungan kuasa

Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.

Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.

Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka.

Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.

Islam Dan Pemerintah

Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas.

Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infallible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.

Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya) "Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59).

Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58).

Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam dan ulama

Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.

Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Inilah Perbezaannya...

Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.

Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!

Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!

Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!

Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama 'adat menyembah raja sehingga merangkak' direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan 'sambungan jawatan'! Demikianlah seterusnya..

Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku...

Nota pengarang: Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - adalah lulusan sarjana mudanya Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian Islam. Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis

29 March 2010

PKR MELETOP LAGI!!

Salam 2 all.

Saya terkejut mendengar ucapan YB Wangsa Maju dalam bahas titah diraja sebentar tadi, dimana beliau telah menghentam kepimpinan PKR sendiri, terutamanya golongan yang beliau panggil "Little Napoleon" (saya lampirkan dibawah sedutahn ucapan beliau yang kontroversial tersebut).

Perlu diingat bahawa YB Wee Choo Keong adalah Ahli Parlimen yang mewakili PKR. Beliau adalah seorang ahli politik veteran, yang sama batch dengan DSAI. Beliau juga adalah bekas kepimpinan DAP, sehingga menjawat jawatan Ketua Penerangan DAP Pusat. Pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang sehingga dibatalkan kemenangannya oleh Mahkamah pada tahu 1995. Pada tahun 2008, beliau bertanding atas tiket PKR di Parlimen Wangsa Maju walaupun sebenarnya beliau masih lagi Setiausaha Agong Parti Demokratik Malaysia (MDP).

Saya nak tengok apa tindakan yang akan diambil oleh PKR terhadap YB Wangsa Maju ini. Pada saya ucapan beliau tadi lebih keras daripada ucapan saya atau YB Bayan Baru. Kalau kami dikenakan tindakan disiplin atas dakwaan yang tidaklah seserius ini, bagaimana dengan tindakan YB Wangsa Maju. Ini adalah ucapan dalam Parlimen yang mempunyai rekod dan hansard.

Tapi saya percaya tiada tindakan akan diambil terhadap YB Wangsa Maju. Dalam isu berkaitan kritikan terhadap kepimpinan YAB Lim Guan Eng, YB Dato' Seri Zahrain, YB Tan Tee Beng dan saya dikenakan tindakan. Tetapi YB Wee Choo Keong yang turut mengkritik YAB Lim Guan Eng tidak dikenakan sebarang tindakan, walaupun kenyataan kepimpinan PKR untuk menyatakan dengan jelas bahawa tindakan disiplin akan dikenakan terhadap YB Wee Choo Keong. Apakah ini amalan double standard. Termasuk kononnya tindakan disiplin hendak dikenakan tehadap Dato' Zaid Ibrahim. Sampai hari ini habuk pun tarak.

Adios amigos.


Zulkifli Bin Noordin

Isnin

14 Rabi'ul Awal 1431

29 Mac 2010


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada sebahagian ucapan YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) semasa sesi bahas titah DiRaja hari ini Isnin 14 Rabi'ul Awal 1431/29 Mac 2010)


Datuk Yang di-Pertua,

FITNAH MENFITNAH   

Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". 

Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin.

Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan kerja ini pun di putar belitkan fakta untuk mencapai matlamat agenda poltitik orang dan kumpulan tertentu.

Fakta di forum CSIS adalah wartawan Malaysiakini dari San Francisco sahaja yang berada di forum CSIS pada hari tersebut tetapi laporan dengan putar belit fakta dengan serangan peribadi yang tidak berasas tidak diterbitkan di Malaysiakini tetapi di portal lain. Selepas sehari dua barulah terbitkan di dalam Malaysiakini lebih kurang sama dengan apa yang di laporkan di dalam portal tersebut tetapi tanpa serangan pribadi.

Lawatan kerja kami untuk satu tujuan sahaja iaitu untuk memulihkan perhubungan antara USA dengan Malaysia dari segi diplomatik dan trade supaya Malaysia boleh memulakan better diplomatic and trading relationship dengan izin. YB Padang Regas tidak menfitnah sesiapapun dan semasa beliau menjawab soalan dengan fakta bila satu soalan ditimbulkan oleh representative Amesty International mengenai kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, YB Permatang Pauh.  YB Padang Regas menyatakan dengan terus terang bahawa YB Permatang Pauh adalah sahabat baik beliau dan conscience beliau tidak membenarkan beliau menfitnah sahabatnya dan kes ini adalah antara majikan dan perkerja, dan laporan polis telah dibuat oleh pekerja. Jikalau tiada tindakan diambil, maka pihak pekerja akan menuduh kerajaan tidak adil. 

 

Dalam fakta ini, saya amat kesal dengan tindakan yang tidak bertangungjawab dan untuk menjejaskan kepentingan negara dengan laporan tertentu.  Kemungkinan matlamat pihak tertentu mahu menjahanamkan negara. Saya minta maaf bahawa saya tidak boleh memainkan peranan senyap lagi dalam keadaan yang amat jelas dimana fakta-fakta diputar belitkan oleh spin doctor dengan izin dan membenarkan mereka mencemarkan imej negara dengan agenda sempit yang didorong oleh motif memengtingkan diri semata-mata. 

Tugas utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk mempertahankan kepentigan rakyat dan act as a check and balance against the government of the day in the interest of the people, dengan izin, dan bukan untuk memutar belit fakta untuk menjejaskan imej dan kepentingan negara tanpa mengambilkira samada peranaan YB Padang Regas adalah benar atau tidak.  Sebagai Ahli Parlimen saya mesti memihak kepada fakta dan bukan personaliti.   

Dato Yang DiPertua

The Little Napoleons

Tetapi saya amat sedih apabila beberapa Little Napoleons di sebelah sini menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Amerika baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu Little Napoleons dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain. Saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan mereka kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun Little Napoleons tersebut sideline saya dan has classified me as a junior MP.  Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after Ahli Parlimen BN di Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil. Saya telah menerima hakikat bahawa saya adalah amat junior dan Little Napoleons inilah amat senior yang amat hebat dalam peranan mereka di Parlimen dan politik di negara.

Ada Little Napoleons yang pintar sedikit, mereka yang melemparkan batu sembunyikan tangan.

September 16

Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons.  Isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan September 16 atau isu-isu yang lain di Dewan yang Mulia ini atau di luar tidak dijawab langsung. Jawapan mereka adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”.   You can fool some of the people some of the time but not all the people all the time, my Little Napoleons.  Little Napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said In and ot of Parliament just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’.     

Saya juga berharap bahawa the Little Napoleons disebelah sini jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin  dan politik cakap tak serupa bikin.

Dengan ini saya berharap these Little Napoleons berhentikan kegiatan politik kotor mereka untuk satu tujuan semata-mata iaitu “POLITICS OF EXPEDIENCY” and “PUTRAJAYA AT ALL COSTS”, dengan izin.                 

Terima kasih

YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju)

26 March 2010

THE TRUTH!

(Saya bersama YB Dato' Seri Zahrain, YB Mohsin & YB Tan Tee Beng)

Salam 2 all.



Saya agak kehairanan melihat kekecohan dan putar belit yang dibuat berkaitan ucapan saya membahas titah Baginda YDP Agong di Parlimen pada hari Rabu 08 Rabi'ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010 lepas. Ucapan saya sepanjang 30 minit menyentuh beberapa isu penting (sila lihat dibawah tajuk Bahas Titah DiRaja (1)-(6) dibawah) tetapi yang sibuk dibisingkan ialah kes Altantuya. Itupun hanya satu perenggan sahaja.



Saya menyentuh isu tersebut dibawah tajuk besar "budaya fitnah" yang sedang mekar didalam aktiviti politiking dinegara kita. Ini berdasarkan kekhuatiran Baginda Yang DiPertuan Agong dalam titah Tuanku pada hari Isnin 29 Rabi'ul Awal 1431 / 15 Mac 2010 dimana Baginda telah melahirkan "kesedihan Baginda kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dimedia baru".



Saya sekadar memberikan contoh 4 kes untuk membuktikan apa yang Baginda sebutkan itu benar-benar berlaku; iaitu (1) kes fitnah terhadap DSAI, (2) kes fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz, (3) kes fitnah terhadap Dato' Seri Najib & isteri dan (4) kes fitnah terhadap Dato' Seri Nazri Aziz. Didalam keempat-empat kes diatas, jelas perbuatan "fitnah, pembohongan dan putar belit fakta" telah berlaku, yang menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.



Tidak ada pada mana-mana waktu saya menyebut nama sesiapa pun. Kerana tujuan saya bukan untuk mengaibkan sesiapa, atau mendedahkan keburukan sesiapa. Ini dilarang samasekali oleh Islam. Saya hanya menyebut kes-kes fitnah terhadap mereka-mereka itu untuk menjadi tauladan dan iktibar kepada kita semua supaya menginsafi teguran dan pandangan Baginda YDP Agong. Itu sahaja.



Saya tidak ada pada mana-mana peringkat menyebut nama sesiapa pun; samada nama Tun Abdullah, Tun Mahathir, Dato Seri Anwar, atau nama lain-lain ! Saya sekali lagi menafikan saya ada menyebut atau merujuk kepada nama sesiapa pun dengan tujuan untuk diaibkan atau dimalukan!



Malahan tidak ada keperluan untuk saya nak menyebut nama sesiapa pun. Itu bukan isunya. Persoalannya ialah budaya fitnah yang begitu kuat melanda. Dan ternyata cubaan memutarbelitkan ucapan saya itu membuktikan betapa parahnya budaya fitnah ini. Mengapa tidak diambil keseluruhan ucapan saya itu dan memahami dalam konteks apa ianya di timbulkan.



Saya juga tidak faham mengapa serangan secara peribadi perlu dibuat terhadap contohnya YB Dato' Seri Zahrain. Melabelkan beliau sebagai 'anjing salakan BN' dan lain-lain, siap nak buat solat hajat terhadap YB Mohsin lagi. Ini termasuk membuat kenyataan bahawa mereka yang meninggalkan PKR telah 'dibayar oleh BN'. Saya yang kena pecat pun dituduh jugak! Adakah masuk aqal orang kena pecat dibayar BN, maknanya apakah BN bayar PKR untuk pecat saya? Kan tak logik namanya tu! Apalah salahnya kita melihat ke cermin dan renung serta bermuhasabah terhadap diri sendiri, kan lebih baik?

Saya berharap kita semua mengambil iktibar dari teguran ALLAH sendiri saperti yang difirmankan didalam surah Al Hujurat: 12 , “walaa tajas sasu, walaa yagh tab ba’dhukum bagh dho- Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan fitnah-memfitnah diantara satu sama lain”. Malahan memfitnah ini disamakan dengan memakan daging saudaranya sendiri. Saya berharap kita hentikan semua fitnah-memfitnah ini, dan memberi fokus kepada menjaga, membela, dan memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat.




Semoga ALLAH memberi perlindunganNya kepada kita semua.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1431
26 Mac 2010

ALFATIHAH: YB DATO' ZAINAL

Salam 2 all.

Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan salam takziah saya ucapkan atas pemergian Almarhum YB Datuk Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang meninggal malam semalam.

Kebetulan saya dalam perjalanan ke Kedah setelah selesai sidang Parlimen semalam. Sebaik menerima berita sedih tersebut, saya membuat keputusan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah saya sempat menziarahi jenazah beliau di Batu 9 1/2 Jalan Ceras (bersebelahan dengan carwash berdepan dengan sebuah sekolah). Ramai juga yang hadir, termasuk YB DSAI & DSWA, YB Dato' Dr. Hassan Ali, YB Azmin Ali, YB Dato' Seri Noh Omar dan lain-lain. Ramai juga sahabat dan rakan yang turut kelihatan. Saya juga sempat berjumpa dengan sahabat dan rakan lama yang turut berada disitu. Dan alhamdulillah saya sempat bersama mendirikan solat jenazah untuk Almarhum di Masjid Batu 10 Ceras (orang situ panggil Masjid Kuning, pernah jugalah saya berkhutbah disitu dahulu).

Solat jenazah diimamkan oleh YB Dato' Dr. Hasan Ali, dan doa dibaca oleh sahabat saya Ustadz Hj. Syamsul Firdaus Mohamed Supri (mantan Imam Masjid Saidina 'Umar Al Khattab, Bukit Damansara). Jenazah dibawa ke tanah perkuburan Kg. Melaka, Batu 9 Ceras untuk dikebumikan sebentar tadi (sebelum solat Jumaat).

Saya mengenali Almarhum sebagai seorang yang sangat lembut, sangat pendiam, jarang bercakap, cukup kuat tersenyum, tetapi mempunyai idea yang sangat bernas dan memberangsangkan. Beliau juga semasa sidang Parlimen selalu memastikan dia akan mendirikan solat apabila masuk sahaja waktunya (macam jugak YB Mohsin - Bagan Serai).

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PKR khususnya, dan negara umumnya. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan sangatlah dihargai. Saya selalu bergurau dengan Almarhum, kalau Pakatan Rakyat memerintah, beliau sepatutnya menjadi Menteri Pelajaran kerana pengalaman dan kepakaran beliau sudah pasti akan memberi satu sumbangan besar kepada dunia pendidikan negara.

Saya berdoa kepada ALLAH agar memasukkan Almarhum dalam golongan yang soleh, dijauhkan daripada siksa kubur dan api neraka. Semoga ALLAH melapangkan kubur Almarhum, dan meneranginya dengan segala rahmat dan rahimNya, dan memasukkan Almarhum dalam golongan Ahlul Jannah. Semoga ALLAH juga memberikan kesabaran kepada keluarga Almarhum yang sedang menghadapi ujian dan dugaan yang besar ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1431
26 Mac 2010

#############################################

(Petikan daripada lapuran MalaysiaKini bertarikh Jumaat 26.03.2010)

MP Hulu Selangor selamat dikebumikan
Mar 26, 10 11:36am

Jenazah Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melaka, Jalan Cheras.Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor itu meninggal dunia jam 9.27 malam tadi akibat barah otak.Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar; Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

25 March 2010

BAHAS TITAH DIRAJA (1)

UCAPAN BAHAS TITAH DIRAJA (1)
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010


MUQADDIMAH DAN ISU PEMECATAN

Assalammu’alaikum dan salam Islah.

Bismillahhirrohmanirrohim. Alhamdulillah, sumalhamdullilah. Alhamdulillah hillazi arsalarosulahu bil huda wadiinil haq, liyuz hirohu ‘aladdii nii kullih, wakafaa billah hisyahiidaa. “Segala puji bagi ALLAH yang mengutus Rasulullah dengan petunjuk dan agama Islam yang benar, dan cukuplah ALLAH sebagai saksi”.

Saya memanjatkan syukor kepada ALLAH atas kesempatan ini dan mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Yang Di Pertua (YDP) kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

ISU PEMECATAN DARI PKR

Dato’ YDP, saya berdiri disini sebagai seorang Ahli Parlimen bertaraf bebas. Bebas dalam ertikata saya tidak terikat dengan whip mana-mana parti; samada disebelah kerajaan mahupun pembangkang. Dan insyallah, saya berasa lebih selesa dengan kedudukan ini, kerana ini membolehkan saya mengambil pendirian yang bersesuaian dengan ‘conscience’ saya, dan berdasarkan kepada syariat Islam.

Dato’ YDP, saya menjadi seorang Ahli Parlimen bebas bukan kerana saya mengkhianati parti saya, tetapi terdapat segelintir mereka didalam PKR telah berkhianat. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperbetulkan rekod bahawa pemecatan saya daripada PKR berlaku akibat konspirasi segelintir mereka yang kini menguasai PKR, yang melihat kehadiran saya sebagai penghalang agenda sempit dan jahat mereka. Mereka menggunakan alasan kononnya kerana keengganan saya hadir dan mengiktiraf Lembaga Disiplin yang dikuasai oleh panel bukan Islam, iaitu 2 aktivis Kristian, Mr. Goh Keat Peng & Puan Chew Swee Yoke dan seorang penganut Hindu Mr. T. Kumar untuk membicarakan saya membabitkan isu kalimah ALLAH.

Dan salah seorang aktivis kristian tersebut, Puan Chew Swee Yoke adalah juga ahli Family Law Committee Majlis Peguam, badan yang menganjurkan forum “Masuk Islam” yang menerima bantahan besar-besaran umat Islam pada tahun 2008, dimana saya sendiri mengetuai bantahan tersebut. Malahan salah seorang ahli panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam** telah menarik atas alasan beliau sendiri, walaupun beragama Islam, tidak mahir didalam isu berkaitan kalimah ALLAH! Apatah lagi bagi panel yang bukan, Islam hendak membicarakan saya dalam isu membabitkan agama Islam.

Saya tidak lupa apa yang berlaku dalam kes Natrah, bagaimana Hakim bukan Islam membicarakan isu berkaitan kesahihan aqidah Natrah dan perkahwinan beliau dengan Almarhum Mansor Adabi, tetapi berselindung dibalik kononnya ianya isu hak penjagaan bukannya isu agama Islam. Akhirnya umat Islam yang dihina apabila agama Islam diperkotak-katikkan oleh Hakim yang bukan Islam menggunakan undang-undang Inggeris. Pada saya membariskan panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam isu membabitkan agama Islam adalah satu penghinaan besar, bukan kepada saya, tetapi kepada umat Islam seluruhnya. Ini sepatutnya menjadi pembuka mata kepada umat Islam untuk menilai warna sebenar segelintir mereka yang menguasai PKR hari ini.

****************************************************************

*Nota: ini adalah Bahagian(1) daripada 6 bahagian ucapan yang saya sampaikan dalam Bahas Titah DiRaja yang disampaikan di dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu 09 Rab’ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010. Bahagian dimana berlaku pencelahan atau lain-lain insiden yang direkod didalam Hansard tidak saya siarkan. Untuk butiran penuh, sila lihat Hansard Parlimen di laman web www.parlimen.gov.my

**Ahli Panel yang menarik diri ialah Tuan Haji Din Marican

BAHAS TITAH DIRAJA (2)

UCAPAN BAHAS TITAH DIRAJA (2)
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010


ISU 16.09.2008

Dato’ YDP, dalam blog saya baru-baru ini, saya menyatakan akan berlaku satu kejutan dalam sidang Parlimen kali ini. Tapi saya langsung tidak maksudkan apa yang didedahkan oleh YB Bayan Baru. Saya sendiri agak terkejut dengan pendedahan olah beliau dalam isu 16.09.2008. Saya tidak hairan kalau rakan-rakan saya daripada PKR marah dengan pendedahan ini.

Tetapi yang saya hairan mengapa rakan-rakan saya tidak pula marah dengan kenyataan daripada YB Bukit Gelugor terhadap YB Permatang Pauh dalam isu 16.09.2008 yang ternyata lebih keras. Rakan saya YB Wangsa Maju sudah tentu lebih arif, kerana beliau memuat-turunkan kenyataan keras YB Bukit Gelugor didalam laman webnya yang disiarkan tak sampai 2 minggu lepas pada 07.03.2010. YB Bukit Gelugor telah dilapur membuat kenyataan pada berkenaan isu 16.09 ini pada 08.02.2009 saperti berikut:

(Saya pohon izin Dato’ YDP untuk membaca sebahagian daripada lapuran tersebut dalam bahasa asal)

DAP national chairman Karpal Singh said, Pakatan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should step down for causing trouble in the coalition.
“The Bukit Gelugor MP is blaming Anwar for “creating trouble,” and said that the former deputy prime minister “needed to repent without further betraying the people and their trust.” He said Pakatan Rakyat needed another leader, a good leader, and lashed out at PKR and DAP leaders who had fallen sway to Anwar’s rhetoric in supporting crossovers of elected representatives.
“I can’t fight the DAP cause alone. What I am saying is the truth, and eventually the truth prevails. I have said before that DAP should seriously consider getting out of the coalition and I repeat my stand once again today
".


Saya baca terjemahannya dengan izin Dato’ YDP:

Pengerusi Kebangsaan Parti DAP YB Karpal Singh menyatakan Ketua Umum Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim wajib meletak jawatan kerana menganggu gugat kedudukan gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut menyalahkan Anwar kerana menimbulkan kekacauan, dan menyatakan bahawa bekas TPM tersebut perlu "bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka". Beliau berkata Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin, pemimpin yang baik, dan beliau menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti.

"Saya tidak boleh membawa perjuangan DAP berseorangan. Apa yang saya katakan adalah perkara yang benar, dan kebenaran pasti akan menang. Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa DAP perlu mengkaji dengan serius untuk keluar daripada Pakatan ini dan saya ulangi kembali pendirian saya hari ini".

Jadi pada pandangan saya, rakan-rakan saya dari PKR sepatutnya menyelar YB Bukit Gelugor, kerana kalau nak dibanding dengan kenyataan YB Bayan Baru, kenyataan YB Bukit Gelugor lebih keras terhadap YB Permatang Pauh. Hingga menyebabkan YB Wangsa Maju mendesak YB Bkt Gelugor meminta maaf! Dan sehingga kini, tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadap YB Bukit Gelugor!

Dan kita tidak lupa, bahawa YB Bukit Gelugor ini jugalah yang membuat kenyataan, “you want Islam, over my dead body” (dengan izin). “Kalau kamu mahu Islam, langkah mayat saya dulu”. Tapi mungkin juga YB Bukit Gelugor sekarang sudah faham dan boleh terima Islam kot!!

****************************************************************

*Nota: ini adalah Bahagian(2) daripada 6 bahagian ucapan yang saya sampaikan dalam Bahas Titah DiRaja yang disampaikan di dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu 09 Rab’ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010. Bahagian dimana berlaku pencelahan atau lain-lain insiden yang direkod didalam Hansard tidak saya siarkan. Untuk butiran penuh, sila lihat Hansard Parlimen di laman web www.parlimen.gov.my

BAHAS TITAH DIRAJA (3)

UCAPAN BAHAS TITAH DIRAJA (3)
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010


ISU ANTARA AGAMA (INTER RELIGION)

Dato’ YDP, Baginda Tuanku telah mengingatkan kita dalam titahnya bahawa perpaduan dan saling hormat menghormati antara kaum dan agama menjadi tunjang kekuatan negara yang mesti dipelihara. Titah Baginda, amalan berbaik sangka, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan agama akan melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi. Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, dengan penganut agama lain bebas mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.

Namun masalah antara agama tetap muncul dan menjadi duri dalam daging bagi keharmonian dan kestabilan negara. Kita umat Islam tidak boleh menafikan masalah yang dihadapi oleh penganut agama lain dalam beberapa isu yang berkaitan dengan Islam. Contohnya masalah kesan kemasukan ke Islam oleh pasangan bukan Islam dan berakhir dengan perebutan jenazah, pertikaian hak jagaan anak atau harta pusaka adalah masalah yang hakiki dan perlu ditangani dengan baik.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya permasalahan ini ditangani dengan dua pendekatan. Pertama, dari segi non-legal, saya mencadangkan satu badan konsultatif diujudkan sebagai satu ‘standing committee’ (dengan izin) terdiri daripada tokoh-tokoh agama dan masyarakat yang mewakili semua pihak yang berkepentingan, dengan tujuan supaya mereka boleh mengadakan perbincangan dengan segera apabila sesuatu isu timbul, dan memberikan cadangan kepada pihak berkuasa pada kadar yang segera untuk mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan apabila berlaku kelambatan menanganinya saperti yang berlaku sekarang.

Kedua, dari segi legal, saya mencadangkan supaya suatu peruntukkan baru dimasukkan kedalam Akta Mahkamah Keadilan (Court of Judicature Act) untuk menyediakan satu mekanisma rujukan kepada Mahkamah Syariah bagi isu-isu yang membabitkan perundangan Islam. Kita akui bahawa kita tidak boleh memaksa warga bukan Islam untuk menerima bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam kes yang membabitkan mereka. Namun mereka yang bukan Islam juga perlu menerima hakikat bahawa orang Islam tidak boleh dipaksa menerima bidangkuasa Hakim bukan Islam atau Mahkamah sekular untuk membicarakan isu melibatkan perundangan Islam.

Dalam keadaan konflik saperti itu, saya mencadangkan jalan keluar yang terbaik ialah walaupun sesuatu kes itu dibicarakan di Mahkamah sekular, namun apabila timbul isu berkaitan Islam, maka wajib bagi Mahkamah sekular tersebut merujuk isu berkaitan ke Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan. Dan keputusan Mahkamah Syariah dalam isu tersebut hendaklah mengikat Mahkamah sekular tersebut.

Kita lihat bagaimana didalam kes murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy. Walaupun prosiding di Mahkamah sekular ialah mengenai hak menukar butiran kad pengenalan, tetapi isunya membabitkan pertukaran nama kerana murtad dari Islam. Jadi isu murtad ini sepatutnya dirujuk ke mHakamh Syariah untuk suatu keputusan.

Oleh itu saya mencadangkan pindaan saperti berikut:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya Akta Mahkamah Keadilan 1964 (Courts of Judicature Act 1964) (Akta 91) dipinda dengan memasukkan peruntukkan baru di Seksyen 4 saperti berikut:

“Seksyen 4A: Didalam keadaan dimana terdapat isu dan/ atau pertikaian membabitkan dan atau melibatkan agama Islam dari segi aqidah, kepercayaan, hukum-hakam, syariat dan/atau apa juga persoalan mengenai Islam, maka Mahkamah wajiblah merujuk isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu kepada Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan atau penghakiman; dan semua prosiding hendaklah ditangguhkan sehingga keputusan atau penghakiman Mahkamah Syariah itu dibuat, dan keputusan atau penghakiman Mahkamah Syariah bagi isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu hendaklah mengikat Mahkamah tersebut”.

Diwaktu yang sama, saya juga ingin mengingatkan kepada kaum bukan Islam, bahawa mereka juga perlu menghormati hak dan sensitiviti umat Islam.

Tindakan provokatif, saperti penulisan seorang kolumnis bukan Islam dalam akhbar The Star pada 19.02.2010 yang mempertikai dan memperlekeh hukum syara’ berkaitan hukuman sebat terhadap penzina baru-baru ini hanya sekadar mengundang kemarahan umat Islam, sebagaimana lakaran karikatur yang menghina Rasulullah oleh akhbar Denmark & Sweden.

****************************************************************

*Nota: ini adalah Bahagian(3) daripada 6 bahagian ucapan yang saya sampaikan dalam Bahas Titah DiRaja yang disampaikan di dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu 09 Rab’ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010. Bahagian dimana berlaku pencelahan atau lain-lain insiden yang direkod didalam Hansard tidak saya siarkan. Untuk butiran penuh, sila lihat Hansard Parlimen di laman web http://www.parlimen.gov.my/

BAHAS TITAH DIRAJA (4)

UCAPAN BAHAS TITAH DIRAJA (4)
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010


ISU KALIMAH ALLAH

Begitu juga dengan isu berkaitan penyalahgunaan kalimah ALLAH yang dituntut oleh segelintir pendakyah Kristian baru-baru ini. Saya sedar bahawa majoriti umat Kristian sangat memahami dan mengamalkan sikap bertoleransi yang tinggi; malah mengiktiraf bahawa kalimah ALLAH adalah khusus bagi mereka yang menerima konsep ketuhanan yang Esa, yang Satu. Berbeda dengan keyakinan mereka kepada konsep ketuhanan triniti; 3 dalam 1.

Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Reverend Albert Mohler, President of the Southern Baptist Theological Seminary, seorang tokoh Kristian yang terkenal dan dihormati di Amerika Syarikat apabila menolak cadangan Father Tiny Muskin, Bishop Gereja Roman Katolik di Belanda untuk penggunaan kalimah ALLAH sebagai ganti nama tuhan bagi umat Kristian Euro-Amerika.

Dato’ YDP, saya tidak bercadang mahu mengupas isu ini dari segi hukumnya, kerana saya tiada kepakaran, dan saya bukan seorang ulama’ mufassirin. Ada pihak menaburkan fitnah kononnya saya tidak bersuara mengenai isu ini semasa dalam perbincangan yang dibuat. Sebaliknya saya ingin menegaskan bahawa para ‘ulama mu’tabar yang hadir dalam perbincangan tersebut telah memberikan pandangan dan pendapat mereka yang sangat bernas mengapa mereka menolak penggunaan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti ini, jadi tiada keperluan dan sebab untuk saya menambah kepada apa yang telah mereka perkatakan dengan jelas.

Malahan Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri telah mengambil pendirian yang sangat tegas menolak cubaan pendakyah Kristian ini untuk mengguna kalimah ALLAH sebagai ganti nama tuhan; malahan beliau menyelar golongan yang menyokongnya. Para ulama’ dan tokoh ‘ilmuan Islam yang lain juga menolak cubaan ini, dan mereka terdiri daripada nama-nama gah dan hebat saperti Professor Dato’ Dr. Syed Naquib Al Attas, Professor Dato’ Dr. Kamal Hassan, Professor Dr. Uthman El Muhamaddy, Professor Dr. Kamar Oniah (pakar perbandingan agama). Malahan pakar perlembagaan Professor Datuk Dr. Shad Faruqi dan ramai lagi ternyata tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh segelintir pendakyah Kristian ini.

Menurut pendapat ulama’ mu’tabar dan para ‘ilmuan ini, antara pendekatan terbaik dalam menangani isu ini ialah dengan menggunakan kaedah ‘uruf al balad, iaitu melihat kepada maslahah isu ini dari segi pemahaman masyarakat tempatan, dalam konteks ini masyarakat Malaysia. Dalam konteks Malaysia, penggunaan kalimah ALLAH dalam bentuk trinity yang sesat ini, jika dibenarkan akan membawa kepada penyalahgunaan.

Dato YDP, saya sendiri secara peribadi telah berdepan dengan dakyah sesat ini secara aktif lebih daripada lima belas tahun. Saya ingin menegaskan bahawa belum pun diberi kebenaran, segelintir pendakyah dan aktivis Kristian ini sudah pun melakukan penyalahgunaan kalimah ALLAH ini. Disini saya berikan contoh-contohnya, yang pernah saya kemukakan di Dewan yang mulia ini dalam persidangan lepas.

(Disini saya telah kemukakan kepada Dewan satu persatu bukti penyalahgunaan kalimah ALLAH melalui dokumen dan bukti saperti rancangan Window 10/40 yang disiar dalam majalah Times, risalah, komik, surah palsu saperti Al Muslimun, Quran palsu dan lain-lain yang jelas membuktikan penyakahgunaan kalimah ALLAH).

Sebab itu saya yakin bahawa ada segelintir pendakyah Kristian yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan umat Islam yang berpecah belah ini untuk mencapai agenda jahat mereka. Persoalannya bukan agama Islam diserang oleh Kristian, tetapi agenda jahat segelintir pendakyah Kristian untuk melaksanakan agenda halus mereka.

Kalau kita membaca sejarah umat Islam dan sirah Nabawi; kita tidak akan terjumpa keadaan dimana ada orang yang mengaku Islam tetapi beriya-iya berjihad untuk membenarkan orang bukan Islam mengguna kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dan kufur ini! Malahan ketegasan umat Islam dalam hal aqidah ini jelas dalam kisah dialog diantara Saidina Ja’far bin Abi Tolib Attayyar dengan Maharaja Najasyi, Raja Kristian dari Habyah.dalam peristiwa hijrah pertama.

Benarlah sabda Rasulullah saw, “bersegeralah kamu pada melakukan ‘amal soleh, kerana akan datang suatu masa kelak kamu ditimpa satu fitnah yang kamu tidak nampak, kerana datangnya saperti kepingan malam. Pada ketika itu, kamu Islam pagi, tetapi kafir diwaktu petang. Kamu Islam petang tetapi kafir diwaktu pagi. Dikala itu ALLAH akan mencabut perasaan takut dari musuh kamu kepada kamu, dan ALLAH campakkan perasaan wahan kepada kamu; iaitu hubbud dunya wakarohiyatul maut - kamu terlalu cintakan dunia, dan takut dengan kematian”.


****************************************************************

*Nota: ini adalah Bahagian(4) daripada 6 bahagian ucapan yang saya sampaikan dalam Bahas Titah DiRaja yang disampaikan di dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu 09 Rab’ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010. Bahagian dimana berlaku pencelahan atau lain-lain insiden yang direkod didalam Hansard tidak saya siarkan. Untuk butiran penuh, sila lihat Hansard Parlimen di laman web www.parlimen.gov.my

BAHAS TITAH DIRAJA (5)

UCAPAN BAHAS TITAH DIRAJA (5)
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010


ISU FITNAH

Dato’ YDP, didalam titahnya , Baginda Tuanku YDP Agong telah melahirkan kesedihan Baginda kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dimedia baru. Sebenarnya Dato’ YDP, penyakit fitnah ini sangatlah dikutuk oleh ALLAH. Didalam surah Al Hujurat ayat 12, ALLAH berfirman “Walaa tajas sasu, walaa yagh tab ba’dhukum bagh dho- Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan fitnah-memfitnah diantara satu sama lain”. Malahan memfitnah ini disamakan dengan memakan daging saudaranya sendiri.

Disebabkan itulah Dato’ YDP, saya mengambil sikap menyokong kenyataan YB Marang (PAS-Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang) dan YB Macang (PKR-Saifuddin Nasution Ismail) mengenai isu fitnah ini. Islam sangat menjaga maruah dan harga diri seseorang manusia. Kita tidak boleh menuduh seseorang berdasarkan syak wasangka, apatah lagi fitnah. Sebab itu hukum memfitnah orang ini sangat berat, dimasukkan didalam kategori hudud. Contohnya qazaf.

Sebab itu saya mengambil pendirian bahawa kita tidak sepatutnya menuduh YB Permatang Pauh dengan tuduhan liwat dibawah undang-undang sekular, iaitu menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan, sebaliknya sebarang pertuduhan, jika ada, hendaklah dibawa menurut peruntukkan hukum syara’. Kita ada peruntukkan tersebut dibawah Seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559). Menggunakan undang-undang sekular untuk menuduh seorang Islam dengan kesalahan hudud adalah sesuatu yang menghina Islam. Malahan kita semua melakukan dosa besar, dan kemungkinannya kufur, jika kita redho dengannya. Ini samalah dengan mengheret saya ke Lembaga Disiplin bukan Islam untuk membicarakan saya berkaitan isu Islam!

Menggunakan undang-undang sekular akan menafikan hak YB Permatang Pauh sebagai seorang Muslim. Antaranya beliau tidak dapat menggunakan pembelaan qazaf, satu pembelaan yang tidak diiktiraf didalam undang-undang sekular. Ini juga adalah satu penghinaan kepada sistem perundangan syarie yang diiktiraf didalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, saya mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap YB Permatang Pauh di Mahkamah sekular ini ditarik balik; sebaliknya hendaklah prosiding dijalankan sepenuhnya menurut peruntukkan syarie di Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa; dan ini akan membolehkan YB Permatang Pauh mendapat haknya sebagai seorang Islam, termasuk menggunakan pembelaan qazaf.

Bagi maksud itu, saya juga mendesak supaya prosiding qazaf yang sedang dibawa oleh YB Permatang Pauh di Mahkamah Syariah dibenarkan dan pendakwaan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari diteruskan demi mencari kebenaran dan keadilan secara syarie. Saya yakin Mahkamah Syariah akan dapat bertindak dengan penuh professional dan kebenaran serta keadilan akan dapat dicapai bagi semua pihak yang terlibat.

Begitu juga saya sedih melihat budaya fitnah yang kini melanda kepimpinan YAB To’ Guru Nik Aziz, pemimpin dan mursyid yang sangat saya kasihi. To’ Guru lah orang yang mengisytiharkan saya menyertai PAS pada Ogos 1998 di Kelantan. Saya tengok serangan berbentuk “character assassination” terhadap To’ Guru terutama dilaman-laman blog dan media portal sangatlah tidak wajar. Apatah lagi dilakukan oleh ahli PAS sendiri. Bagaimana seorang yang telah membawa PAS ke puncak kejayaan politik, kini dihina dan diaibkan, diftnah dengan pelbagai tuduhan yang melampau. Kepada To’ Guru, saya mendoakan semoga To’ Guru diberi perlindungan dan rahmat oleh ALLAH.

(Nota: semasa saya mengulas isu ini, tiada seorang pun Ahli Parlimen PAS yang bangun menyokong atau mempertahankan YAB Tok Guru, walaupun ini sebenarnya peluang terbaik mereka bangun mencelah membela YAB Tok Guru).

Dato YDP, fitnah dalam apa bentuk dan terhadap sesiapa pun hendaklah dihentikan. Dato’ YDP, dalam konteks budaya fitnah ini, saya juga ingin menyentuh mengenai fitnah tidak berkesudahan yang dilempar terhadap YAB PM mengenai kes pembunuhan Altantuya. Saya hairan dengan sikap segelintir mereka yang mengaku Islam tetapi boleh menuduh seorang Islam lain sebagai pembunuh tanpa sebarang bukti dan keterangan. Malahan yang lebih malang fitnah daripada orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti tanpa sebarang persoalan lagi, hanya sekadar syak wasangka dan tohmahan. Takkanlah orang saperti Balasubramaniam boleh diterima fitnahnya tanpa usul periksa lagi.

Apakah hanya dengan sekadar membuat Surat Akuan Bersumpah dengan membayar fee sebanyak RM4, satu fitnah boleh berubah menjadi bukti dan keterangan semata-mata kerana ada cop Pesuruhjaya Sumpah? Dan punya banyak Surat Akuan Sumpah yang macam tonggang terbalik yang dibuat oleh si Bala ini, akhirnya dia sendiri pun dah macam sesumpah!

Dato YDP, saya adalah antara peguam yang pernah mengendalikan kes pembunuhan Altantuya ini. Apa yang ditohmah dan difitnah oleh Bala tidak pernah beliau bangkitkan semasa perbicaraan di Mahkamah. Malah kenyataan beliau kepada pihak polis juga tidak pernah membangkitkan isu ini. Pada saya, Bala ini hanyalah seorang opportunis, mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia.

Saya menyeru kepada semua kita yang mempunyai sedikit keimanan kepada ALLAH, yang meyakini kepada Al Quran, supaya menolak fitnah si Bala ini. Ingatlah pesan ALLAH dalam surah Al Hujurat - 6.

Saya sendiri pernah diminta untuk untuk membabitkan YAB Perdana Menteri dan isteri YBhg Datin Sri Rosmah Mansur dalam kes pembunuhan ini. Antaranya saya diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bahawa YAB Perdana Menteri & YBhg Datin Sri Rosmah Mansur terlibat dalam pembunuhan tersebut. Malahan saya sendiri diminta membuat satu Surat Akuan Bersumpah mengaitkan YAB Perdana Menteri & YBhg Datin Sri Rosmah Mansur dengan pembunuhan Altantuya. Ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman!

Namun Dato YDP, saya bersyukur ALLAH melindungi saya daripada terbabit dalam fitnah ini. Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut, kerana adanya gangguan daripada Pihak Ketiga; yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara professional sebagai peguam membela kes tersebut.

Kita perlu ingat takkanlah OKT-OKT tersebut sanggup dihukum mati ke tali gantung kalau benar YAB Perdana Menteri & YBhg Datin Sri Rosmah Mansor terlibat. Saya cukup yakin pasti mereka akan mendedahkannya kalau ianya benar. Dan sebagai orang Islam, kita patut mengambil sikap husnul zan; bersangka baik. Setahu saya, YAB Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau. Dan setakat ini tidak ada diantara kita yang berani bersumpah menafikannya. Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam; dan peganglah kepada Al Quran sebagai petunjuk kita. Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain!

Saya juga tidak lupa sekitar tahun 2004, bilamana saya diminta mengaibkan YB Padang Rengas menggunakan kes pembunuhan Darren Kang, dimana anak YB Padang Rengas bernama Nadim ditohmah sebagai terlibat dalam pembunuhan tersebut, kerana kebetulan beliau berada dilokasi pembunuhan. Lima orang warga Thai pekerja Restoran Uncle Don di Sri Hartamas telah didakwa dan dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamh Tinggi Kuala Lumpur. Saya diminta mengaitkan Nadim dengan mereka. Alhamdulillah ALLAH sekali lagi menyelamatkan saya dari terlibat dengan fitnah ini.

Saya berharap tidak ada pihak yang meletakkan saya dalam keadaan terpaksa mendedahkan kesemua perkara mungkar yang pernah dibuat. Kerana kalau saya mengambil sikap sedemikian, letupan besar yang dibuat oleh YB Bayan Baru akan hanya sekadar menjadi kentut yang sepi!

Begitulah kotornya mainan politik negara masa kini. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang tidak betul yang saya diminta dan di arah lakukan selama ini. Ada antaranya telah saya laksanakan, ada yang tidak saya laksanakan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada mereka yang telah menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini. Saya berjanji akan berjumpa mereka secara peribadi untuk memperbetulkan keadaan.

Dato’ YDP, tujuan saya menyatakan ini semua kerana saya bersetuju dengan kekhuatiran yang diluahkan oleh Baginda YDP Agong tentang gejala fitnah yang sudah sampai keperingkat yang membimbangkan. Saya sendiri khuatir dengan cara berpolitik bangsa Melayu beragama Islam yang jauh daripada perintah ALLAH dan sunnah Rasulullah. Saya juga takut sekiranya kita mengambil sikap mendiamkan diri, laknat ALLAH akan menimpa kita.

****************************************************************

*Nota: ini adalah Bahagian(5) daripada 6 bahagian ucapan yang saya sampaikan dalam Bahas Titah DiRaja yang disampaikan di dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu 09 Rab’ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010. Bahagian dimana berlaku pencelahan atau lain-lain insiden yang direkod didalam Hansard tidak saya siarkan. Untuk butiran penuh, sila lihat Hansard Parlimen di laman web www.parlimen.gov.my

BAHAS TITAH DIRAJA (6) - RUMUSAN

UCAPAN BAHAS TITAH DIRAJA (6)
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010

RUMUSAN

Saya berharap titah Baginda Tuanku semasa merasmikan sidang Parlimen baru-baru ini dapat di ambil secara serius. Terlalu banyak aktiviti politiking yang melampau sekarang sehingga fokus utama kita untuk menjaga dan memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat terabai.

Dato’ YDP, kemakmuran dan pembangunan negara akan hanya dapat dillaksanakan dan dicapai jika negara berada dalam keadaan aman dan stabil. Oleh itu menjadi tanggunjawab kita semua, saperti titah Baginda YDP Agong, untuk bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan negara.

Tidak ada salahnya kita berpolitik. Dan tidak ada salahnya pembangkang menegur dan mengkritik Kerajaan, jika Kerajaan melakukan sesuatu yang mungkar atau boleh menjejaskan kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara. Malahan tidak ada salahnya untuk Pembangkang bercita-cita untuk menumbangkan pemerintah dan menjadi Kerajaan.

Tapi lakukanlah ia dengan cara yang berakhlak dan bertamaddun, dengan berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Matlamat tidak sepatutnya menghalalkan cara. Politik itu hanyalah alat, Islam itu matlamat. Politik itu hanyalah alat; tetapi keamanan, kestabilan, kesejateraan, kemakmuran dan kebajikan rakyat dan negara itulah matlamat. Janganlah kerana kerakusan kuasa, kita berubah menjadi pengamal politik ayam itik. Moga ALLAH memelihara negara & rakyat daripada segala musibah dan bencana.

Saya pohon menyokong.

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Khamis
09 Rabi’ul Awal 1431
24 Mac 2010

****************************************************************

*Nota: ini adalah Bahagian(6) daripada 6 bahagian ucapan yang saya sampaikan dalam Bahas Titah DiRaja yang disampaikan di dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu 09 Rab’ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010. Bahagian dimana berlaku pencelahan atau lain-lain insiden yang direkod didalam Hansard tidak saya siarkan. Untuk butiran penuh, sila lihat Hansard Parlimen di laman web www.parlimen.gov.my

22 March 2010

AN-LUN: ANAK LUAR NIKAH

Salam 2 all.

Saya terkejut dengan kenyataan oleh Dato' Mohd. Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang disiar dalam akhbar The Star hari ini Isnin 07 Rabi'ul Akhir 1431/ 22 Mac 2010 di mukasurat N.49 mengenai gejala kelahiran anak luar nikah dikalangan gadis Melayu beragama Islam.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan, bagi tahun 2009 sahaja, jumlah Anlun yang dilahir dan didaftarkan dikalangan gadis Melayu beragama Islam yang ialah 17,300. Ini bermakna pada setiap jam, purata 2 orang An-Lun dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam tahun lepas.

Bagi tempoh 2004 sehingga 2009 pula, jumlahnya adalah 74,723. Ini bermakna setiap tahun purata An-Lun yang dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam adalah seramai 14,945 orang. Ini bersamaan dengan purata 2 orang An-Lun dilahirkan setiap jam dalam tempoh tersebut.

Ini baru perangkaan yang dapat dikesan dan didaftarkan. Bagaimana pula dengan yang tidak dapat dikesan dan tidak didaftarkan! Ini satu isu yang menggerunkan.

Dan persoalan besar yang saya mahu tahu ialah kemana perginya An-Lun ini yang begitu ramai. Saya ada mendapat maklumat ramai dikalangan bayi-bayi tidak berdosa ini dihantar ke rumah perlindungan bukan Islam. Malahan ada maklumat menyatakan bayi-bayi ini diambil sebagai anak anglat oleh orang bukan Islam.

Cuba bayang dalam tempoh 5-7 tahun lagi, bayi-bayi berbangsa Melayu ini akan mendaftar dan bersekolah dengan anak-anak Islam yang lain, bercampur gaul, berkawan dan berteman dengan mereka!. Dengan rupa Melayu mereka, tetapi berlainan agama, saya boleh bayang apa musibah yang bakal melanda bangsa Melayu umat Islam tidak lama lagi! Na'uzubillah min zaalik, moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah ini.

Saya berpendapat sudah tiba masanya kita mengambil pendekatan yang lebih holistik dan menyeluruh dalam menangani masalah ini. Kaedah pencegahan dan dan pemulihan yang lebih holistik kita perlu ujudkan.

Sistem pendidikan juga perlu dikaji semula. Kita tidak perlu generasi yang mencapai A++ tetapi akhlaknya runtuh.

Anak-anak Melayu beragama Islam ini sepatutnya didedahkan kepada pengajian berkaitan kejantinaan ini dari awal. Banyak ayat dalam Al Quran dan hadis yang boleh diguna sebagai bahan rujukan untuk pendedahan awal ini.

Walaupun pengetahuan tentang hukum hakam itu penting, tetapi kaedah pendidikan dan tarbiyyah lebih patut diutamakan bagi anak-anak ini. Saya percaya para pakar pendidikan boleh duduk semeja dengan para ulama' dan ilmuan untuk mencari jalan penyelesaian yang membawa menafaat kepada umat Islam, terutama generasi muda masakini.

Diwaktu yang sama, saya percaya kesalahan tidak joleh diletakkan hanya kepada ibu-ibu muda ini sahaja. Saya kasihan melihat bagaimana ibu-ibu muda ini terpaksa berhadapan dengan masalah ini bersendirian. Para agamawan kita pulak lebih suka menghukum daripada menyelesaikan masalah. Ini menyebabkan para ibu muda ini menjadi takut untuk mendekati mereka, sebaliknya samada mengambil tindakan nekad membuang bayi-bayi ini ataupun pergi ke pusat perlindungan bukan Islam yang lebih accomodatif dalam membantu mereka menghadapi masalah ini.

Saya juga merasakan bahawa para jantan-jantan durjana yang mengambil kesempatan daripada gadis-gadis muda ini juga perlu dihukum dengan hukuman yang berat. Selalu kita tengok si ibu muda ini dikenakan tindakan pertuduhan jenayah dan lain-lain, kasihan melihat mereka digari dan diheret ke Mahkamah. Sedangkan jantan-jantan durjana ini terlepas tanpa sebarang tindakan, hanya kerana didalam perundangan sekular, mereka ini tidak melakukan sebarang kesalahan yang diiktiraf oleh undang-undang negara.

Saya percaya sudah tiba masanya kita kembali mengkaji untuk melaksanakn sistem perundangan syariah dalam menghadapi kemelut ini. Kerana saya yakin, bukan sistem syariah itu yang akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi, tetapi keimanan, keyakinan dan ketaatan kita mematuhi perintah ALLAH itulah akan membuatkan ALLAH menimbang untuk menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada kita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
07 Rabi'ul Akhir 1431
22 Mac 2010

14 March 2010

PARLIMEN BARU..POLITIK BARU..

Salam 2 all.

Esok Isnin 29 Rabi'ul Awal 1431/ 15 Mac 2010 Parlimen akan mula bersidang. Sidang kali ini secara rasminya dipanggil Sidang Dewan Rakyat ke 12, Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama yang dijadualkan bersidang daripada esok sehingga Khamis 15 April 2010.

Sejak sidang Parlimen ditangguhy Disember 2009 lepas sehingga sekarang, banyak perubahan telah berlaku khusunya dari segi senario politik negara. Pertama kes liwat terhadap DSAI telah bermula setelah hampir dua tahun tertangguh, itu pun hanya Saiful Bukhari (pengadu) sahaja yang sempat memberi keterangan dalam pemeriksaan utama. Tak sempat pun pemeriksaan balas kes tertangguh kerana DSAI memohon Hakim menarik diri kerana enggan menghukum akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menyiar gambar bilik tempat kejadian. Patut-patut kalau itu jadi alasan untuk Hakim menarik diri, apatah lagi kalau nak banding dengan permohonan saya memohon panel disiplin bukan Islam menarik diri kerana nak bicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH; patut panel dah tarik diri pun. Tapi itulah namanya politik yop; orang lain semua tak boleh yop!!

Perkembangan lebih memeranjatkan apabila tiga Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti menjadi MP Bebas. Mereka ialah YB Dato' Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), YB Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan YB Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Dan mutakhirnya saya sendiri dipecat kerana enggan mengiktiraf panel kafir yang nak bicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH, bermakna PKR kini hanya tinggal 26 kerusi sahaja. Jangan lupa YB Jeyakumar (Sg. Siput) mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) bukannya PKR.

Ini bermakna dipihak bukan kerajaan, DAP mendahului dengan 28 kerusi, PKR 26, PAS 23, PSM 1 dan Bebas 7. Menurut konvensyen berparlimen yang di 'amal dan nilai-nilai demokrasi, maka jawatan Ketua Pembangkang seharusnya dipegang oleh ketua DAP, iaitu YB Lim Kit Siang (Ipoh Barat) kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak. YB Tan Sri Speaker tidak boleh mengiktiraf Pakatan Rakyat kerana PR bukan sebuah badan berdaftar, ia sekadar kerjasama politik yang tidak mempunyai entiti perundangan, tidak saperti BN yang berdaftar.

Jadi kalau mengikut konvensyen berparlimen dan nilai demokrasi, seharusnya YB DSAI mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada YB Lim Kit Siang. Sebenarnya itulah cara terbaik dan paling demokratik yang patut dilakukan oleh YB DSAI. Kalau saya menjadi penasihat strategi dan politik DSAI, saya akan menasihatkan beliau supaya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang. Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati YB DSAI kerana akan dilihat tidak memmentingkan jawatan, dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan oleh PKR. Dan saya cukup pastikan DAP & PAS membawa usul dalam Parlimen supaya YB DSAI dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang. Dan semasa usul serta bahas, saya akan nasihatkan YB DSAI supaya jangan berada didalam Dewan. Dan saya cukup pasti BN tidak akan membantah usul itu kerana ianya tiada kena mengena dengan BN, walaupunmungkin satu dua MP BN akan dipasang untuk membantah, adatlah tu. Dan apabila usul diluluskan, saya akan minta YB Tan Sri Speaker menjemput semula YB DSAI memasuki Dewan dan mengambil semula kerusi Ketua Pembangkang. Sikit punya cantik strategi sebegitu. YB DSAI tidak akan dilihat terlalu mahukan jawatan, DAP & PAS akan dilihat sebagai penyokong setia PKR, dan rakyat akan bersimpati dengan YB DSAI.

Tetapi malang kerana saya percaya YB DSAI telah diberi nasihat yang salah. Saya cukup yakin Fir'aun-Fir'aun Kecil yang mengelilingi YB DSAI telah mempengaruhi beliau dengan menyatakan bahawa dari segi undang-undang tidak jadi masalah untuk YB DSAI terus berpaut kepada jawatan Ketua Pembangkang walaupun PKR sudah hilang majoriti. Dan saya cukup yakin Fir'aun-Fir'aun Kecil tersebtu meyakinkan YB DSAI bahawa DAP & PAS akan menyokong.

Memanglah dari segi undang-undang tiada salahnya, tapi kita bercakap dari segi menghormati konvensyen 'amalan berparlimen dan nilai demokrasi yang kononnya dipertuhankan sangat. Ni cakap tak serupa bikin. Apa yang terjadi sekarang, atas nasihat Fir'aun-Fir'aun Kecil ini, YB DSAI kelihatan dimata rakyat terlalu ghairah dengan jawatan Ketua Pembangkang sehingga mengenepikan kenvensyen 'amalan berparlimen dan nilai demokrasi. Dan inilah maksud saya apabila saya menyatakan Fir'aun-Fir'aun Kecil inilah yang akan menyebabkan nama baik dan integriti YB DSAI tercemar, dan mungkin akan membawa kepada kejatuhan beliau. Saya sedih memikirkannya kerana YB DSAI sebenarnya seorang yang hebat, hanya kalau beliau mahu kembali kepada perjuangan Islam dan mendapatkan penasihat-penasihat yang tiada berkepentingan dan mempunyai agenda sendiri, saya yakin beliau akan menajdi pemimpin yang hebat. Tapi apakan daya..nasi dah jadi bubor!

Berdasarkan kedudukan jumlah kerusi parti-parti bukan kerajaan, maka menurut Peraturan 2 Peraturan mesyuarat Parlimen Malaysia, dan berdasarkan prinsip 'amaln berparlimen sejagat serta nilai demokrasi yang diterima pakai, susunan kerusi sepatutnya kini berubah. Bermakna semua Ahli Parlimen DAP sepatutnya kini duduk di blok paling depan sebelah kiri Speaker, iaitu Blok I. Kemudian diikuti oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR dan kemudiannya PAS dan PSM. Jadi saya nak tengok esok apakah susunan tersebut dilaksanakan oleh YB Tan Sri Speaker. Sekiranya tidak, kemungkinan akan ada usul Peraturan Mesyuarat dibawa untuk susunan kerusi dibuat mengikut apa yang saya sebut tadi. Kalau itu berlaku, bermakna walaupun YB DSAI akan menduduki kerusi Ketua Pembangkang, namun beliau akan dikelilingi oleh Ahli Parlimen DAP. Ini mungkin satu keadaan yang tidak selesa bagi YB DSAI sebagai Ketua Umum PKR; sebab itulah konvensyen 'amalan berparlimen dan nilai demokrasi menghendaki Ketua Pembangkang adalah daripada parti bukan kerajaan yang memiliki kerusi yang paling banyak!

Bagi sidang ini, buat pertama kalinya saya akan bertindak sebagai wakil bebas. Dan insyallah saya akan memainkan peranan saya untuk mewakili suara umatb Islam dan kepentingan Islam. Ini tidak bermakna saya akan mengenepikan kepentingan dan kebajikan rakyat bukan Islam. Malahan berada dalam status wakil bebas ini akan memberi ruang yang selesa untuk saya memainkan pernan lebih efektif dan berkesan untuk umat Islam dan institusi Islam khasnya dankebajikan dan kepentingan rakyat umumnya.

Tapi saya percaya peringkat awal sidang kali ini akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara. Apa dia? Tunggu dan lihat! Jangan kemana-mana, dan jangan betulkan antenna telinga anda..apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers..hehehe !!!

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
28 Rab'ul Awal 1431
14 Mac 2010

12 March 2010

THE NUTGRAPH: MP WATCH


Name: ZULKIFLI BIN NOORDIN
Constituency: P. 18 – KULIM BANDAR BHARU
Party: Independent
Years as MP: 2008-present
Government position: None
Party position: None
Membership in parliamentary committees or caucus: AIPA
Blog/Website: Facebookhttp://www.zul4kulim.blogspot/;
Original deadline: - none -Responses submitted:
Would you support the abolition/review of the Internal Security Act (ISA), in particular the provision that allows for detention without trial?
The ISA must be abolished. Detention without trial goes against the very tenet of Islamic justice, and every grain of universal principles of justice, human rights and dignity. I have personally experience being detained together with Dato’ Seri Anwar Ibrahim in 1998 under this draconian act and there is nothing positive to be said about it. In fact I would suggest the abolition of other draconian act like the Printing & Publication Act, Official Secret Act and the like of it. Although I have to admit that there is a need for a stringent law to combat the act of subversive and terrorism, ISA is not the way to do it. We can enact new laws to confront this element of subversive and terrorism, without sacrificing Islamic justice, human rights and dignity.
Do you think Malaysia should be a secular or an Islamic state? Why?
I think the current constitutional framework where Islam being the official state religion with all the special positions accorded to Islam, with other religious belief and practices guaranteed is sufficient. We are neither Islamic nor secular state. It is the mutual respect and tolerant attitude towards each others religion that has been the hallmark and recipe of success and peace enjoyed by us in this beloved country all these years, until the birth of some religious bigots and zealots, including some atheist which cause the big problem faced by us today. It is their sick mentality and attitude that we need to address.
However as a Muslim, I have to be frank that with all honesty, if I were to have my way, I would definitely implement Islamic laws in all sphere of administration of justice; that includes but not limited to the implementation of Islamic criminal law. You have to understand that as a Muslim, it is our religious duty and responsibility to live by our own law, which was taken away by the colonial power without our consent. Any Muslim worth his salt would want that Islamic life back, and I for one will use all my utmost abilities to do so. I would rather die trying than live lying idle.
How do you define your role as an elected MP? Does Parliament provide you with the necessary infrastructure and support to fulfill your role?
I sincerely believe that our role as Member of Parliament is to lay the foundation and formulate good policies and good governance for the country and its people, including representing concerns and issues of my constituents. It is also my responsibility as a Muslim MP to convince the people especially Muslim that implementing Islamic justice and administrative system will bring positive development to the people and the country, regardless of religion, race and bakground. But we will do so without sacrificing or alienating the rights of other religion and beliefs. And we have to find ways to overcome those problems relating to inter-religious problem that has been the thorn to the very fabric of our society. I have said so before and I will say it again, that Islam has all the tenets of a democracy, but democracy doesn't have all tenets of Islam.
However, as far as our current democratic principles are concerned, the ideal principles seems to be near impossible as the doctrine of separation of powers enshrined in all genuine democracy is not present here. The executive seems to be in total, if not absolute control. The government backbenchers are nothing but mere yes-man who will be more than willing to rubber stamp anything. The ministers are too busy with their own politicking, and we the opposition have no control over the sitting of Parliament.
Hence, Parliament today is sadly a place of the elite with suits and ties having a nice time shouting at each other in the dewan, and having tehtarik after sitting outside the dewan.
Would you support a Freedom of Information Act? Why or why not?
Definitely I would fully support the freedom of information and freedom of speech and expression. In fact, Islamic principles begin with the command to say "Iqro" ie "read" says ALLAH. And the revelation of Al Quran is the very foundation of Muslim belief to freedom of expression, because bofore the Quranic revelation, peoples knowledge of God and human existence is almost nil!
Free access to information should be the rule rather than the exception. This is to prove our commitment to the principle that the people are entitled to information, so that they can make well informed decision; which is in line with the slogan "Rakyat Didahulukan" or “Ketuanan Rakyat”.

If there was one thing you could do to strengthen parliamentary democracy in Malaysia, what would it be?
We should have an independent, impartial and non-political Speakers and Deputy Speakers, may be ex-judges or people of the same integrity and credibility. I am not saying that we do not have one at the moment, I believe Tan Sri Pandikar is doing all that he could to uphold the dignity and sanctity of the Dewan. But there is room for improvement. This is because at the end of the day, a strong, independent, impartial and non-political Speakers will be able to carry out his constitutional and democratic duties without fear or favor. We also need to have allocations for office, researchers and sufficient logistic budget to be an effective Parliamentarian.

Do you believe in separation of powers between the government, Parliament and judiciary? Why or why not?
This principle goes without saying. It is the very basic tenet of Islamic justice. It is the hall mark of any good democracy. But I believe this is what is absence in our system of government today. And we in Pakatan are striving hard to achieve this ideal principle of governance. Good governance can only be achieved when there is an effective check and balance. And the separation of powers between the three pillars of government can provide that check and balance.

Thank you.

Yours faithfully,

Zulkifli Bin Noordin
Member of Parliament, Kulim Bandar Bharu
Jumaat
26 Rabi'ul Awal 1431
12 Mac 2010


*Nota: ini adalah pendirian yang saya nyatakan kepada 6 persoalan yang dikemukakan oleh media portal The Nutgraph yang mengemukakannya kepada kesemua Ahli Parlimen. Ianya saya hantarkan pada hari ini dan akan disiarkan oleh The Nutgraph mengikut jadual mereka sendiri. Adios

11 March 2010

PEMBANGUNAN DESA KG. KEDA

Salam 2 all.

Alhamdulillah berita baik buat penduduk Kg. Keda Dingin dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu.Saya dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Wilayah bahawa Kampung Keda Dingin dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu adalah antara 50 kampung seluruh negara yang terpilih untuk program keupayaan komuniti di bawah Program Tindakan Desa (PTD). Program komuniti tersebut akan dibuat menerusi Institut Kemajuan Desa (Infra) melalui peruntukkan pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE-2).

Sebenarnya semasa sesi sidang Parlimen tahun lepas saya telah berbincang dengan YB Menteri untuk menimbang memberikan peruntukkan pembangunan kepada beberapa kampung di bawah Parlimen Kulim Bharu. Saya ingatkan Menteri tidak akan pertimbangkan sebab kawasan adalah milik pembangkang. Rupanya kementerian telah meluluskannya pada bulan Januari lepas, cuma baru ini saya dimaklumkan. Biasalah kita pembangkang selalu tahu yang last, itu pun kalau dia nak bagitahu.

Tetapi apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri dan para pegawai Kementerian khususnya unit Institut Kemajuan Desa (Infra) atas kelulusan tersebut. Dibawah projek ini, pembangunan Kg. Keda Dingin diberikan peruntukkan sebanyak RM215,600-00 dan disalurkan saperti berikut:

1. Projek tanaman jagung berkelompok RM80,000-00;
2. Pusat mencuci kenderaan RM65,600-00;
3. Bengkel mengecat kenderaan & kimpalan RM70,000-00.

Saya percaya penduduk Kg. Keda Dingin akan dapat memenafaatkan peruntukkan tersebut untuk pembangunan kampung dan memajukan komuniti. Kepada kampung-kampung lain dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu, insyallah saya akan berusaha untuk mendapatkan peruntukkan atau geran pembangunan lain daripada mana-mana Kementerian yang ada untuk menafaat pembangunan dan kemajuan kampung dan desa.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
25 Rabi'ul Awal 1431
12 Mac 2010

10 March 2010

NSTLive

ALFATIHAH: SYAIKHUL AL AZHAR


Salam 2 all.

Innalillah hiwa inna ilai horojiun dan salam takziah saya ucapkan ata s pemergian Almarhum Syeikh Mohamed Sayyed Tantawi, Mufti Besar Al Azhar sebentar tadi di 'Arab Saudi. Beliau dipercayai diserang sakit jantung semasa penerbangan. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan di perkuburan Baqi' di Madinatul Munawwarah. Moga ALLAH melimpahkan rahmatNya ke atas Almarhum dan menganugerahkan beliau keampunan. Moga ALLAH juga memberikan kesabaran kepada ahli keluarga Almarhum.

Alfatihah.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
24 Rabi'ul Awal 1431
10 Mac 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan berita daripada Berita Harian Online bertarikh 10.03.2010)

Ulama Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia serangan jantung

KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi. Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal. Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia. Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram. Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.
"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP

NOTIS KEPADA PARLIMEN

ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

______________________________________________________
Pejabat Wakil Rakyat, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Ting. 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 K.L

Ruj. Kami : P18/ KBB/ AM
Ruj. Tuan :

Selasa: 23 Rabi’ul Awal 1431 / 09 Mac 2010

Yang Berhormat Tan Sri Speaker Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen PERHATIAN SERTA-MERTA
50680 Kuala Lumpur

UP: YB TAN SRI PANDIKAR AMIN MULIA

Yang Berbahagia Tan Sri

PERUBAHAN STATUS BAGI AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU- P.018

Perkara diatas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa berkuatkuasa serta merta daripada hari ini, saya ZULKIFLI BIN NOORDIN, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu P-018 tidak lagi menjadi Ahli Parlimen mewakili Parti Keadilan Rakyat; sebaliknya bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas tanpa ikatan kepada whip mana-mana parti.

Sekian untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak Tan Sri.


Yang benar

(ditandatangani)
Zulkifli bin Noordin

s.k.
YB Ketua Whip/YB Setiausaha Agong, Parti Keadilan Rakyat

09 March 2010

SIAN BADUT INGUSAN!

Salam 2 all.

Teman agak gelihati dan pelik bin hairan nengok beberapa badut-badut ingusan dok terkinja-kinja melenting tak tentu pase konon membantah teman masuk PAS, sedang teman mohon masuk pun tak!


Yang kelakaunya, satu badut ingusan tu siap mengaku lebih baik dia masuk muka depan akhbar "Roket" kepunyaan DAP daripada masuk suratkhabar Melayu. Begitulah parahnya badut-badut ingusan ini menari-nari tarian orang lain. Kesian ke dema yop..


Entah bile teman mohon masuk PAS pun tak tahu. Teman sekadar menghormati kenyataan Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Kanan PAs yang juga seorang ulama' yang sangat teman hormati yang mempelawa teman menyertai PAS. Itu sahaja. Seorang pimpinan kanan PAS dan juga seorang ulama' mempelawa teman, takkan teman nak buat dono jer yop!


Jadi sebagai seorang yang di ajar menghormati ulama', teman menjawab yang teman akan kaji pelawaan beliau dengan serius. Itu aje. Malahan sebenarnya ada beberapa orang lagi ulama' dan pimpinan kanan PAS serta ulama' dan pimpinan NGO-NGO Islam yang menghubungi teman apabila mendapat berita teman dipecat daripada PKR, meminta teman supaya bersabar dan yakin bahawa ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk teman, ada yang siap mendoakan teman lagi


Yang parahnya ada antara badut-badut ingusan ni bab kutip derma jihad cukup hebat, tapi kalu tengok cara dema memaki hamun dan mencaci mencacai, iblis pun menangis. Tapi teman maafkan badut-badut ingusan ni yop, sebab dema ni golongan jahlun.sebenarnya!

Cuma teman rase elok badut-badut ingusan ni ambil pengajaran daripada Al Fadhil Ustadz Nasharuddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS. Kenyataan beliau mencerminkan kematangan dan kewibawaan yang jelas. Beliau sekadar menyatakan sesiapa pun berhak memohon untuk menjadi ahli PAS dan hak PAS untuk menimbang untuk terima atau tidak. Setakat beliau tahu, teman belum pun memohon, jadi tiada sebab beliau nak komen. Kan cantik kenyataan macam tu, walaupun orang muda dan dilabel sebagai ekstremis dan fundamentalis oleh sesetengah orang, tetapi Ustadz Nasha berjaya menunjukkan kewibawaan yang hebat. Teman doakan beliau kebaikan dan diberi keberkatan oleh ALLAH.


Begitu juga kenyataan Cikgu Pa, Dr. Hatta dan lain-lain ulama' dan pimpinan PAS, teman hormati pandangan bernas mereka yang tidak menyetujui teman menyertai PAS kerana mereka lebih mengutamakan hubungan dengan PKR dan DAP. Walaupun teman rase tak perlu mereka nak buat komen-komen tersebut kerana teman tak memohon pun nak join mana-mana parti, tetapi itu hak mereka untuk menyatakan pandangan tersebut. Tetapi mereka juga mengakui teman belum buat apa-apa permohonan pun.


Apa-apa hal pun, teman baru je menduda yop. Eddah pun tak habis lagi. Kang buatnya ada orang gila talaq amacam? Lagipun bagi lah chance teman relax. Lega jugak bila dah bebas ni. Teman nak enjoy dulu waktu eddah ni. Teman dengor ada artis cun nak menjande tak lame lagi..hehehe.. :))


Kepada badut-badut ingusan lain, kalau hangpa nak tidoq celah kangkang Guan Eng hangpa pi lah. Teman sikit pun tak buloq dengan mat chauvinis dan rasis tu. Lagipun hangpa dok syok dengan gendang dia nak jadi kalipah tu..teman ucap selamat lah kat hangpa dengan kalipah baru tu.

Kepada sahabat dan rakan, para ulama dan tuan guru, para da'ii dan pendakwah, ustadz-ustadzah dan aktivis Islam yang mendoakan teman, janganlah khuatir. Teman rase selesa dengan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Bebas ni, dan teman akan kekal begitu insyallah. Takat ni teman tak terpikio pun nak join mana-mana parti politik. Tetapi teman tetap bersama perjuangan Islam, dan teman akan sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan, bimbingan dan cadangan yang boleh membantu memartabat dan menobatkan Islam insyallah.
Adios amigos..grasias senor.


Zulkifli Bin Noordin

Selasa

23 Rabi'ul Awal 1431

09 Mac 2010


*Gambar diatas tiada kena mengena dengan mana-mana badut ingusan sama ada yang idup apalagi kalau dah padam, termasuk badut-badut di zoo dan sarkis. Ia hanyalah gambar hiasan sekoq beruk yang tengah berdengkoq yop :))

TARIK DIRI SEBAGAI PEGUAM SYARIE

ZULKIFLI NOORDIN & ASSOCIATES
ZULKIFLI BIN NOORDIN LL.B (Wellington)
____________________________________________________________
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA ADVOCATES & SOLICITORS PEGUAM SYARIE

Ruj. Kami : DSAI/MTSWP/QAZAF
Ruj. Tuan : MTSWP-14100-099-0012-2010

Selasa: 23 Rabi’ul Awal 1431 / 09 Mac 2010

Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekuatan
Jalan Damansara
Kuala Lumpur Fax: 03-22740136/ POS

Tuan

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH W.P
PERMOHONAN NO: 14100-099-0012-2010
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM –v- SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN DLL

Perkara diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia meneruskan perwakilan mewakili YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim bagi kes permohonan di atas. Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan/ atau bertindak sebagai peguam syarie YB Dato’ Sei Anwar Bin Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Dilampirkan sesalinan Borang MS 8 untuk tindakan lanjut pihak tuan. Oleh itu, saya pohon kebenaran pihak tuan untuk kemaafan tidak hadir pada sebutan kes ini yang dijadualkan pada hari Rabu 24 Rabi’ul Awal 1431 / 10 Mac 2010.

Sekian untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak tuan.

Yang benar

(ditandatangani)
Zulkifli Bin Noordin

s.k
1. Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi
2. Tetuan Zainul Rijal & Associates
3. YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
BORANG MS 8

AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Seksyen 38)
________________________________________________________

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
DI WILAYAH PERSEKUTUAN DI KUALA LUMPUR

PERMOHONAN NO: 14100 – 099 – 0012 – 2010

ANTARA

DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM …PEMOHON

DAN

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN
Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan

2. DATO’ HJ. CHE’ MAT BIN CHE’ ALI
Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ. JAMIL KHIR BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri …RESPONDEN

NOTIS PENARIKAN DIRI PEGUAM SYARIE
Kepada Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

AMBIL PERHATIAN BAHAWA saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.

Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010

(ditandatangani)
………………………
(Peguam Syarie)


Kepada:

1. Peguamcara Pemohon Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi

2. Kepada Responden-Responden melalui Peguamcaranya
Tetuan Zainul Rijal & Associates




NOTIS ini dikeluarkan ZULKIFLI BIN NOORDIN daripada Tetuan Zulkifli Noordin & Associates di Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur